Eur Usd 6 Julai Laporan Cot Coronavirus Menyerang Amerika Syarikat Hari Kemerdekaan As Pedagang Berterusan Tidak Mahu


Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta 1 Jam

Salam sejahtera, pedagang! Pasangan mata wang Euro/Dolar AS telah diniagakan berhampiran garis arah aliran menaik pada 3 Julai, mengekalkan mood pedagang yang "tidak menentu". Walau bagaimanapun, 3 Julai adalah pra-percutian dan hujung minggu di Amerika Syarikat (4 Julai adalah Hari Kemerdekaan). Oleh itu, kebanyakan pedagang pada hari ini sama sekali tidak mahu melakukan perdagangan aktif. Di Amerika, latar belakang maklumat tidak ada pada hari ini, dan bahkan semua laporan ekonomi penting dipindahkan sehari sebelumnya. Namun, mood kebanyakan rakyat Amerika pada 3-4 Julai sama sekali tidak bercuti. Amerika terus menerajui dalam jumlah kes coronavirus, dan dalam beberapa minggu terakhir, kadar pertumbuhan wabak ini mulai meningkat. White House tidak aktif dan bahkan tidak banyak mengulas mengenai kenaikkan kes wabak ini. Donald Trump hanya mengulangi beberapa kali apa yang telah lama diketahui oleh semua orang: "Peningkatan kes coronavirus ini dikaitkan dengan peningkatan jumlah ujian yang dilakukan." Sementara itu, ekonomi Amerika mungkin mula mengalami masalah lagi. Sekiranya wabak ini terus menular di negara ini, maka terdapat kemungkinan bahawa pihak berkuasa akan melaksanakan sekatan kuarantin baru (bahkan di beberapa negeri), dan penurunan baru ekonomi.
Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta 4 Jam


Merujuk kepada carta 4 jam, harga bagi pasangan mata wang Euro/Dolar AS telah kembali diniagakan ke tahap pembetulan 76.4% (1.1294). Peningkatan dalam kadar pertukaran pasangan mata wang ini dari tahap Fibo sekali lagi akan membolehkan para pedagang bergantung pada pembalikan yang memihak kepada mata wang Amerika dan permulaan kejatuhan ke arah tahap pembetulan 61.8% (1.1167). Pada 6 Julai, perbezaan penurunan harga berhampiran inidkator CCI sedang meningkat, bersama-sama dengan pemulihan harga dari tahap 61.8%, akan meningkatkan kemungkinan penurunan harga saham. Penutupan sebut harga di atas tahap 1.1294 akan menyokong pertumbuhan berterusan ke arah tahap pembetulan 100.0% (1.1496).
Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta Harian
Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang Euro/Dolar AS menghabiskan beberapa hari perdagangan di bawah tahap 127.2% (1.1261), namun, hari ini ia berjaya membuat penyatuan di atasnya, yang akan membolehkan kita menjangkakan pertumbuhan berterusan ke arah pembetulan seterusnya padatahap 161.8% (1.1405).
Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta Mingguan

Pada carta mingguan, pasangan mata wang Euro/Dolar AS dilihat telah melantun semula dari garis bawah "segitiga penyempitan", yang masih membolehkan pedagang menjangkakan pertumbuhan harga ke arah tahap 1.1600 (garis atas "segitiga").
Gambaran keseluruhan fundamental:
Pada 3 Julai, Kesatuan Eropah dijadualkan akan mengeluarkan laporan indeks aktiviti perniagaan untuk sektor perkhidmatan, yang tidak begitu menarik minat pedagang. Semua berita paling menarik telah dikeluarkan pada awal minggu lalu, terutama mengenai laporan statistik Amerika. Namun, seperti yang kita lihat, ia tidak mempengaruhi mata wang Dolar AS dengan cara apa pun. Ia tidak memulakan penurunan baru, dan tidak juga meneruskan proses pertumbuhan.
Kalendar berita untuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah:
EU - perubahan jumlah perdagangan runcit (09:00 GMT).
AS - PMI untuk sektor perkhidmatan (13:45 GMT).
US - Indeks komposit ISM untuk sektor bukan pembuatan (14:00 GMT).
Pada 6 Julai, EU diramalkan akan mengeluarkan laporan mengenai perdagangan runcit dan perubahannya untuk bulan Mei, tetapi data yang lebih penting akan dikeluarkan selepas waktu makan tengah hari di AS - indeks ISM untuk sektor perkhidmatan. Hari ini dimulakan dengan kejatuhan Dolar AS, oleh itu, pedagang sudah sedia negatif.
Laporan COT (Komitmen Peniaga):

Laporan COT terbaru, yang dikeluarkan pada hari Jumaat sebelumnya, hampir tidak menunjukkan apa-apa. Kumpulan "Bukan Komersial", yang merupakan kumpulan terpenting dan dianggap sebagai elemen yang mendorong pasaran, telah membuka hanya 5,000 kontrak, yang mana 3,000 panjang dan 2,000 pendek. Kumpulan "Komersial" (pelindung nilai) lebih aktif dan membuka hampir 11,000 kontrak pendek, namun, seperti yang kita lihat, dalam tempoh dari 17 hingga 23 Jun, pasangan mata wang Euro/Dolar AS diniagakan menurun, kemudian menaik, kemudian menurun semula. Dengan erti kata lain, mustahil untuk menyimpulkan bahawa mood pedagang dalam jangka masa ini adalah sama dan tidak berubah. Sehingga akhir minggu sebelumnya, pedagang terus melakukan perdagangan yang tidak jelas, dan pada akhir minggu ini, laporan COT baru tidak dikeluarkan ekoran sambutan Hari Kemerdekaan AS.
Ramalan dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD:
Hari ini, saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli mata wang euro dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1496, jika pasangan mata wang ini menutup dagangan di atas tahap pembetulan 76.4% (1.1294). Adalah lebih menguntungkan untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD sekarang dengan sasaran 61.8% (1.1167), jika lantunan harga baru dari tahap 1.1294 dibuat.
Istilah:
"Bukan komersial" - pelaku pasaran utama: bank, dana lindung nilai, dana pelaburan, swasta, pelabur besar.
"Komersial" - perusahaan komersial, firma, bank, syarikat, syarikat yang membeli mata wang, bukan untuk keuntungan spekulatif, tetapi untuk memastikan kegiatan semasa atau operasi eksport-import.
"Kedudukan yang tidak boleh dilaporkan" - peniaga kecil yang tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap harga.


The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomforex2u.blogspot.com/2020/07/eurusd-6-julai-laporan-cot-coronavirus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eur Usd 29 Jun Laporan Cot Neutraliti Dan Ketengangan Pemain Pasaran Utama Pedagang Aliran Menaik Mula Membeli Mata

Eur Usd 29 Jun Laporan Cot Neutraliti Dan Ketengangan Pemain Pasaran Utama Pedagang Aliran Menaik Mula Membeli Mata

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 217 hits
EUR USD 1H Helo para pedagang Pada 26 Jun pasangan euro dolar AS memulakan proses pemulihan setelah penurunan harga dua hari Oleh itu gambaran grafik membolehkan kita membina garis arah aliran menaik yang sekali lagi mencirikan suasana peda...
Pelan Perdagangan Untuk Eur Usd Pada 6 Julai 2020 Berita Terkini Mengenai Coronavirus Pergerakan Mata Wang Eropah

Pelan Perdagangan Untuk Eur Usd Pada 6 Julai 2020 Berita Terkini Mengenai Coronavirus Pergerakan Mata Wang Eropah

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 367 hits
Statistik terbaru mengenai coronavirus menunjukkan bahawa terdapat peningkatan lain dalam jumlah jangkitan baru COVID 19 di seluruh dunia dimana ia mengakibatkan peningkatan baru dalam jumlah kejadian harian Nasib baik jumlah kematian telah...
Pasangan Mata Wang Eur Usd 25 Jun Laporan Cot Perhimpunan Dan Tunjuk Perasaan Di As Mencetuskan Gelombang Kedua Wabak

Pasangan Mata Wang Eur Usd 25 Jun Laporan Cot Perhimpunan Dan Tunjuk Perasaan Di As Mencetuskan Gelombang Kedua Wabak

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 322 hits
Pasangan mata wang EUR USD carta masa 1H Salam sejahtera para pedagang Pada 24 Jun pasangan mata wang euro dolar berpihak kepada mata wang AS dan memulakan proses baru untuk kejatuhan walaupun pada sebelumnya ditutup atas laluan aliran menu...
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 2 Julai 2020 Kemas Kini Mengenai Wabak Coronavirus Di Seluruh Dunia

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 2 Julai 2020 Kemas Kini Mengenai Wabak Coronavirus Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 374 hits
Data terbaru menunjukkan bahawa Amerika Syarikat terus menyaksikan peningkatan terbesar dalam kes jangkitan coronavirus kepada lebih dari 50 ribu kes sehari Ini jelas menunjukkan bahawa gelombang kedua wabak itu sedang berlaku di negara ini...
Gbp Usd Julai 8 Laporan Cot Menteri Kewangan Uk Mencadangkan Untuk Mengedarkan Baucar Kepada Penduduk Untuk Pembelian

Gbp Usd Julai 8 Laporan Cot Menteri Kewangan Uk Mencadangkan Untuk Mengedarkan Baucar Kepada Penduduk Untuk Pembelian

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 249 hits
GBP USD 1H Selamat sejahtera pedagang Menurut carta setiap jam pasangan pound dolar melakukan pembalikan baru yang memihak kepada mata wang Britain dan meneruskan proses pertumbuhan Saya telah membentuk koridor arah aliran baru yang dapat m...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd 29 Jun Laporan Cot Berita Tenang Di Uk Dan As Pedagang Sedang Bersiap Sedia Untuk Pembelian

Pasangan Mata Wang Gbp Usd 29 Jun Laporan Cot Berita Tenang Di Uk Dan As Pedagang Sedang Bersiap Sedia Untuk Pembelian

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 258 hits
Pasangan Mata Wang GBP USD Carta 1 JamSelamat petang pedagang Menurut carta 1 Jam pasangan mata wang Pound Dolar AS dilihat telah meneruskan penurunan harga yang sangat lemah Koridor penurunan harga sebelumnya telah mengubah sudut kecenderu...
Gbp Usd 24 Jun Laporan Cot Halangan Dalam Bentuk Pada Tahap 1 2530 Dapat Menghentikan Pedagang Aliran Menaik Yang Akan

Gbp Usd 24 Jun Laporan Cot Halangan Dalam Bentuk Pada Tahap 1 2530 Dapat Menghentikan Pedagang Aliran Menaik Yang Akan

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 315 hits
GBP USD 1H Helo pedagang Menurut carta setiap jam pasangan pound dolar AS juga meneruskan proses pertumbuhan dan terjamin di koridor arah aliran menurun Oleh itu mood pedagang pada pasangan pound dolar AS juga berubah menjadi aliran menaik ...
Penghargaan Ella Teruja Lagunya Jadi Pilihan Amerika Untuk Rai Hari Kemerdekaan

Penghargaan Ella Teruja Lagunya Jadi Pilihan Amerika Untuk Rai Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 382 hits
Ratu Rock Ella berbangga dan teruja apabila Kedutaan Amerika Syarikat di sini memilih lagunya Standing In The Eyes Of The World untuk diberi nafas baru bersempena Hari Kemerdekaan negara itu Menurut kata Ella dia terus bersetuju sebaik dihu...
Analisis Teknikal Pasangan Eur Usd Untuk 2 Julai 2020

Analisis Teknikal Pasangan Eur Usd Untuk 2 Julai 2020

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 319 hits
Tinjauan 5 14 PM 7 2 2020Pasaran Teknikal Pasangan EUR USD telah membuat siri graflilin Pin Bar tepat di atas sokongan jangka pendek utama yang berada pada tahap 1 1185 dan membuat lantunan dengan ketara Aliran menaik menuju ke utara jadi p...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner