Baucar Perlindungan Tenang 3 0 Semakan Kelayakan Cara Tebus
Bermula 1 September 2025, penerima Sumbangan Tunai Rahmah layak menebus Baucar Perlindungan Tenang PTV 3.0 bernilai RM30. Penerima boleh menyemak kelayakan di www.myptv.my dan kunjungi www.mycoverage.my untuk maklumat lanjut.

Baucar Perlindungan Tenang 3.0
Usaha ini bertujuan meluaskan akses perlindungan kepada isi rumah berpendapatan rendah di samping melengkapi inisiatif Kerajaan yang lain seperti Skim Perubatan MADANI dan PeKa B40.
Ini hanyalah langkah awal ke arah penambahbaikan jaringan sosial, yang akan diperhalusi oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2022, dan sebagai salah satu komponen program PERKUKUH Pelaburan Rakyat. ⠀
Berikut dikongsikan antara manfaat, kelebihan, cara semakan kelayakan, cara penebusan bagi penerima program ini dan lain-lain info penting.
Apa Itu Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 ?
Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 merupakan inisiatif strategik oleh kerajaan Malaysia untuk memperkukuh perlindungan sosial bagi komuniti yang kurang mendapat akses dan terdedah kepada risiko.
Bermula 1 September 2025, seramai 2 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak akan menerima subsidi baucar bernilai RM30.
Baucar ini boleh digunakan untuk membeli atau memperbaharui produk mikroinsurans dan mikrotakaful di bawah Perlindungan Tenang yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen yang mengambil bahagian.

Baucar Perlindungan Tenang 3.0

Baucar Perlindungan Tenang 3.0

Baucar Perlindungan Tenang 3.0
Ciri-ciri Utama Perlindungan Tenang
Mampu milik: Sumbangan serendah berapa ringgit sebulan.
Mudah: Senang difahami. Bayaran sekaligus apabila berlaku kematian, kemalangan, kerosakan harta.
Proses tuntutan mudah: Tuntutan dibayar dalam masa 5 hari bekerja untuk kes kematian dan 7 hari bekerja untuk kes bukan kematian.
Mudah dibeli/disertai: Boleh dibeli/sertai secara dalam talian melalui syarikat insurans, pengendali takaful, ejen atau pengedar yang sah.

Baucar Perlindungan Tenang 3.0
Jumlah Baucar
Jumlah Baucar Perlindungan Tenang 3.0 (PTV 3.0) bagi tahun 2025 ialah RM30 untuk setiap penerima yang layak.
Baucar ini boleh digunakan untuk membiayai sebahagian kos produk insurans atau takaful Perlindungan Tenang yang berharga sekurang-kurangnya RM50 setahun.
Jika harga produk lebih tinggi, baki harga perlu dibayar sendiri (contoh: produk RM50, baucar tanggung RM30, penerima bayar RM20).
Hanya satu baucar RM30 boleh digunakan oleh setiap penerima STR sepanjang fasa program PTV 3.0 2025.
Sah sehingga 31 Disember 2025, bermula dari 1 September 2025.
Syarat Kelayakan Baucar Perlindungan Tenang 3.0
Syarat kelayakan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia yang layak menerima STR 2025.
Baucar akan diberikan secara automatik kepada penerima STR, tiada permohonan manual diperlukan. Siapa cepat dia dapat.
Nilai baucar ialah RM30 dan hanya sah untuk membeli produk Perlindungan Tenang (insurans/takaful asas) yang berharga minimum RM50 setahun.
Pembelian produk hanya melalui syarikat insurans/takaful berlesen yang mengambil bahagian dalam program PTV3.0.
Baucar hanya boleh ditebus sekali sahaja sepanjang tempoh program.
Penebusan perlu dibuat sepanjang tempoh sah program, bermula 1 September 2025 sehingga 31 Disember 2025.
Baucar ini akan diberikan kepada 2 juta penerima penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak berdasarkan siapa cepat, dia dapat (first come first served basis).
NOTA:
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak hanya akan menerima satu baucar bernilai RM30. Baucar ini tidak boleh dipindahmilik dan hanya boleh digunakan oleh penerima STR yang layak sahaja.
Setiap penerima yang layak hanya boleh membeli satu produk Perlindungan Tenang menggunakan baucar RM30.
Baucar ini tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
Cara Semak Kelayakan Baucar Perlindungan Tenang
Semakan kelayakan Baucar Perlindungan Tenang 3.0 boleh dibuat melalui laman web rasmi Perlindungan Tenang Voucher (PTV). Rujuk cara-caranya di bawah:
Sila layari laman rasmi Perlindungan Tenang Voucher (PTV)
Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya. Sila gunakan nombor baucar tersebut apabila anda mahu menebus baucar RM30 semasa membuat pembelian.
NOTA: Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen / pengedar yang sah bagi syarikat insurans / pengendali takaful yang menyertai dan menawarkan produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0 untuk menyemak kelayakan anda.

Baucar Perlindungan Tenang 3.0
Sekiranya layak, anda akan menerima paparan seperti berikut:

Layak menerima Baucar Perlindungan Tenang
Cara Tebus
Terdapat dua kaedah untuk menebus Baucar bagi membeli produk anda:
Kaedah 1 – Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian:
Layari portal MyCoverage di pautan berikut: https://www.mycoverage.my/
Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (KP), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda juga perlu memasukkan nombor unik Baucar Perlindungan Tenang anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.
Kaedah 2 – Penebusan dan pembelian di kaunter:
Anda juga boleh menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawagan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful.
Fahami ciri-ciri asas dan manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Jika anda memilih untuk meneruskan pembelian produk, anda perlu memberikan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.
Sila ambil perhatian bahawa proses ini mungkin berbeza mengikut syarikat. Anda dinasihatkan untuk merujuk wakil khidmat pelanggan syarikat berkenaan untuk maklumat lanjut.
Produk Perlindungan Tenang PTV3.0
1. PerlindunganKu Allianz4All
Jumlah Dilindungi
Sehingga RM50,000
Jenis Perlindungan
Kematian atau Hilang Upaya Kekal
Pendapatan Hospital di Hospital Kerajaan akibat Kemalangan dan Penyakit
Perbelanjaan Perubatan di Hospital Kerajaan akibat Kemalangan dan Penyakit
Bantuan Kecemasan (sekiranya belaku perpindahan akibat banjir)
Kadar Sumbangan
RM50/setahun (tidak termasuk SST)
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1300-22-5542
[email protected]
Laman sesawang syarikat
www.allianz.com.my
2. A-Z Protect
Jumlah Dilindungi

Jenis Perlindungan
Rujuk Jadual [Jumlah Dilindungi] di atas
Kadar Sumbangan
RM 80 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1300-22-5542
[email protected]
Laman sesawang syarikat
www.allianz.com.my
3. Protector Guard
Jumlah Dilindungi
RM 30,000.00
Jenis Perlindungan
Kematian Akibat Kemalangan, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan, Pendapatan Hospital Akibat Kemalangan
Kadar Sumbangan
RM52 / 12 bulan
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
+603 2058 3000 / 1800-88-3226
[email protected]
4. Qaseh Setia
Jumlah Dilindungi
Dari RM 70 setahun dengan Pelan 70 Kami anda bakal menikmati perlindungan:
Manfaat Kematian – Bukan KemalanganSehingga RM 15,000Manfaat Kematian – KemalanganSehingga RM 90,000Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)Sehingga RM 15,000Perbelanjaan PengebumianSehingga RM 3,000
Jenis Perlindungan
Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), seta Perbelanjaan Pengebumian
Kadar Sumbangan
RM 70 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1300-22-6262
[email protected]
Laman sesawang syarikat
www.fwd.com.my
5. Qaseh Bakti Plus
Jumlah Dilindungi
Dari RM 60 setahun dengan Pelan 1, 2 atau 3 kami anda bakal menikmati:
Manfaat Kematian – Bukan KemalanganSehingga RM 2,500Manfaat Kematian – KemalanganSehingga RM 5,000Manfaat Tunai Penghospitalan HarianSehingga RM 200 sehari
Jenis Perlindungan
Manfaat pendapatan semasa rawatan hospital dan manfaat kematian
Kadar Sumbangan
RM 60 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1300-22-6262
[email protected]
Laman sesawang syarikat
www.fwd.com.my
6. MikroSayang
Jumlah Dilindungi
Manfaat Hospitalisasi = RM50 sehari sehingga 14 hari
Manfaat Kematian = RM5000
Manfaat Kematian akibat Kemalangan = RM5000
Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal = RM5000
Manfaat Penyakit Kritikal = RM5000
Jenis Perlindungan
Pelan A: Manfaat Kematian Akibat Kemalangan & Manfaat Hospitalisasi
Pelan B: Manfaat Kematian Akibat Kemalangan & Penyakit Kritikal
Pelan C: Manfaat Kematian Akibat Kemalangan, Manfaat Hospitalisasi & Penyakit Kritikal
Pelan A+: Kematian/ Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) & Manfaat Hospitalisasi
Pelan B+: Kematian/ Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) & Penyakit Kritikal
Pelan C+: Kematian/ Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK), Manfaat Hospitalisasi & Penyakit Kritikal
1. Manfaat Hospitalisasi
2. Manfaat Kematian
3. Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
4. Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)
Manfaat Penyakit Kritikal
Kadar Sumbangan
RM 50
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1300-13-8338
[email protected]
Laman sesawang syarikat
www.greateasterntakaful.com
7. HLA Stackable (Pelan Pakej)
Jumlah Dilindungi
Sehingga RM13,000 perlindungan kematian
Jenis Perlindungan
Kematian, Kematian Akibat Kemalangan, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan, Pendapatan Hospital Akibat Kemalangan
Kadar Sumbangan
RM50.10 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
+603 7650 1288
[email protected]
Laman sesawang syarikat
www.hla.com.my
8. Mini PA Insurance
Jumlah Dilindungi
Sehingga RM75,000.00
Jenis Perlindungan
Kematian disebabkan Kemalangan;
Hilang Upaya Kekal disebabkan Kemalangan;
Elaun Perkabungan
Kadar Sumbangan
Plan E – RM 75 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1-800-88-6744
[email protected]
Laman sesawang syarikat
www.msig.com.my
9. BSN Takaful Sakinah Plus
Jumlah Dilindungi

*Penerima PTV layak untuk menyertai BSN Takaful Sakinah Plus – Pelan 1 atau Pelan 2 sahaja.
Jenis Perlindungan
Takaful Keluarga
Kadar Sumbangan
Pelan 1Pelan 2Pelan 3Pelan 4RM65RM95RM130RM190
*Nota: Selepas menggunakan PTV, baki sumbangan akan ditolak daripada Akaun Simpanan BSN.
Contoh:
Bayaran sumbangan untuk Pelan 1 (RM65): PTV RM30 + RM35 akan ditolak daripada Akaun Simpanan BSN.
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
+603 2775 7188
[email protected]
Laman sesawang syarikat
www.prubsn.com.my
10. Tokio Marine TenangCare
Jumlah Dilindungi
RM50,000 seorang
Jenis Perlindungan
a) Kematian / Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan : RM 50,000
b) Elaun Perkabungan (Kematian Akibat Demam Denggi): RM 50,000
c) Elaun Tunai Kemasukan Hospital (Akibat Kemalangan) : RM100 sehari, sehingga 50 hari
d) Elaun Demam Denggi : RM 1,000
Kadar Sumbangan
RM 50 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
talian bebas tol: 1800-88-0812
[email protected]
Laman sesawang syarikat
Tokiomarine.com
Perkara Penting untuk Diketahui
Baucar sah untuk SATU produk sahaja.
Satu baucar untuk setiap penerima. Tidak boleh dipindah milik.
Baucar tidak boleh dikembalikan atau ditukar kepada wang tunai.
Hanya untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak.
Produk mesti mempunyai sumbangan tahunan minimum RM50, dan penerima perlu menambah sekurang-kurangnya RM20 untuk melengkapkan pembelian.
Sah bermula 1 September 2025 sehingga 31 Disember 2025 atau sehingga habis ditebus.

Perkara Penting untuk Diketahui
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan insiatif ini, sila layari www.myptv.my dan www.mycoverage.my, atau hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di 03 7723 9333
Persatuan Insurans Hayat Malaysia: +603 – 2691 6168 / 6628 / 8068
Persatuan Takaful Malaysia: +603 – 2031 8160

Baucar Perlindungan Tenang
Rujuk soalan FAQ di bawah:

Soalan Lazim Baucar Perlindungan Tenang

Soalan Lazim Baucar Perlindungan Tenang

Soalan Lazim Baucar Perlindungan Tenang
Soalan Lazim – Baucar Perlindungan Tenang
1. Apa itu Baucar Perlindungan Tenang 3.0? Baucar bernilai RM30 yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk membeli produk insurans dan takaful asas berharga minimum RM50 setahun, dengan subsidi kerajaan.
2. Siapa yang layak menerima baucar ini? Semua penerima STR 2025 layak secara automatik, tiada permohonan diperlukan.
3. Bagaimana cara menebus baucar? Baucar boleh ditebus secara atas talian melalui portal rasmi atau secara bersemuka di pejabat ejen/pengedar insurans/takaful berlesen yang mengambil bahagian.
4. Bolehkah baucar digunakan untuk pembaharuan polisi sedia ada? Tidak, baucar hanya untuk pembelian produk baru dalam program Perlindungan Tenang 3.0.
5. Ada had umur kelayakan untuk baucar? Ya, penerima mesti berumur antara 18 hingga 60 tahun dan penerima STR.
6. Boleh saya gunakan baucar lebih dari sekali? Tidak, setiap penerima hanya layak satu baucar RM30 untuk satu penebusan sepanjang tempoh program.
7. Bila tempoh sah baucar? Mulai 1 September 2025 hingga 31 Disember 2025 atau sehingga stok baucar habis.
8. Jika sudah menebus baucar PTV sebelum ini, bolehkah menebus kali lagi? Ya, walaupun telah menebus PTV fasa terdahulu, penerima masih layak menebus baucar PTV 3.0 tahun ini asalkan masih penerima STR 2025.
9. Apa jenis perlindungan yang ditawarkan? Produk merangkumi perlindungan hayat, kemalangan diri, khairat kematian, perlindungan harta seperti rumah dan motosikal, serta perlindungan perubatan asas.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/program-baucar-perlindungan-tenang-3-0/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-baucar-perlindungan-tenang-3-0