Etika Wajib Memberi Buah Tangan Tahun Baru Cina


Kredit: thoughtco.com Memberi hadiah atau buah tangan semasa perayaan, lazimnya tidaklah begitu susah. Namun begitu, perayaan budaya Tahun Baru Cina terdapat etika tertentu yang anda perlu ikuti dalam memberikan buah tangan Tahun Baru Cina.
Etika ini disediakan untuk mengelakkan anda daripada membuatkan anda menyinggung perasaan rakan-rakan atau ahli keluarga semasa berkunjung ke rumah mereka. Tambahan pula, sebagai negara yang berbilang kaum, kesedaran tentang kewujudan etika ini membuatkan anda lebih sensitif dan terbuka pada perbezaan tersebut.
Tanpa membuang masa lagi, ayuh kita lihat apakah etika atau pantang yang perlu kita ikuti.
 
Etika Buah Tangan Tahun Baru Cina Tahun Baru Cina adalah tentang ucapan kebahagiaan, menjana kekayaan, mendapat tuah dan hubungan erat berkekalan.
Oleh itu, pemberian buah tangan Tahun Baru Cina adalah tentang melambangkan semua ucapan positif ini dalam pelbagai aspek termasuklah perkara kecil yang selalunya dipandang enteng oleh kita.
Ayuh kita lihat beberapa etika penting untuk diikuti apabila memilih buah tangan Tahun Baru Cina di bawah.
 
Etika 1 – Warna Kredit: vecteezy.com Warna adalah satu aspek yang cukup penting semasa perayaan Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina percaya bahawa warna dan tuah adalah dua perkara yang saling berkait.
Oleh itu, warna, dari pakaian, hiasan hinggalah ke warna sampul duit atau angpao perlu dititikberatkan jika mahu sambutan Tahun Baru membawa segala kebaikan dan tuah seperti yang diingini.
Oleh itu, sudah ditetapkan bahawa warna-warna membawa tuah seperti merah, kuning dan emas cukup disukai dan sering kali menjadi warna pilihan perayaan sementara warna putih, biru dan hitam dianggap sebagai warna malang kerana dikaitkan dengan kematian dan pengebumian.
Pastikan segala barangan anda, semasa berkunjung rumah terbuka mahupun apabila mencari buah tangan, hendaklah dalam warna tuah yang ditetapkan.
 
Etika 2 – Bilangan Kredit: thebalanceeveryday.com Selain daripada warna, terdapat etika dalam bilangan barangan yang anda ingin berikan kepada tuan rumah.
Kebanyakan daripada kita tidak pernah ambil kisah tentang bilangan buah tangan atau barang yang ingin diberi kepada tuan rumah kerana bagi kita, lagi banyak, lagi bagus. Hal ini demikian kerana bilangan yang banyak menunjukkan kita tidak kedekut.
Prinsip ini kita kena buang jauh-jauh apabila nak berikan hadiah semasa Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina mempercayai bahawa jumlah atau bilangan wang yang diberi dalam angpao mestilah secara nombor genap (kecuali nombor empat). Jumlah terbaik untuk diberi ialah nombor 88 kerna
 
Etika 3 – Dua Lebih Baik Daripada Satu Kredit: amazonaws.com Sekarang, anda sudah mengetahui bilangan dan warna tuah dalam pemberian buah tangan Tahun Baru Cina. Seterusnya, anda perlu mengetahui etika memberi dan menerima buah tangan.
Terdapat dua perkara penting yang perlu diingati dalam etika ini:
Hadiah yang diberi atau diterima mesti diambil atau diserah dengan dua tangan. Tindakan ini merupakan tanda penghargaan dan hormat atas pemberian hadiah tersebut. Seterusnya, hadiah dan angpao mestilah diberi kepada individu yang paling tua atau paling senior dalam keluarga atau kumpulan individu yang berkumpul. Tindakan ini juga merupakan satu cara untuk menunjukkan rasa hormat. Wang angpao yang diberi mestilah baru kerana wang lama atau koyak merupakan satu perbuatan yang biadap. Hal ini demikian kerana apabila masuknya tahun baru, masyarakat cina melihat benda baru sebagai permulaan baru dan tidak berada di takuk lama.  
Etika 4 – Buka Apabila Pulang Etika terakhir yang disenaraikan dalam artikel ini adalah tentang masa sesuai untuk membuka hadiah yang diterima. Siapa yang tidak teruja apabila menerima hadiah? Anda pasti tak sabar nak buka, betul tak?
Walaupun anda tidak kisah atau minta si penerima untuk buka hadiah anda (jika balutan hadiah legap), si penerima mungkin akan menunggu sehingga anda pulang untuk membuka hadiah yang diterima. Hal ini demikian kerana ingin mengelakkan anda daripada berasa tersinggung jika si penerima tidak menyukai atau menunjukkan rasa tidak berterima kasih atas hadiah yang diberi.
Tambahan pula, musim perayaan adalah untuk mengeratkan perhubungan, bukannya untuk menimbulkan perbalahan dan persengketaan.
 
Memberi Lebih Baik Daripada Menerima Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk memberikan hadiah dan buah tangan untuk rakan-rakan anda semasa berkunjung ke rumah mereka hujung minggu ini? Jika anda tidak pasti apakah hadiah terbaik untuk berikan kepada rakan-rakan Cina anda, dapatkan idea daripada artikel idea buah tangan Tahun Baru Cina ini.
The post Etika Wajib Memberi Buah Tangan Tahun Baru Cina appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/etika-buah-tangan-tahun-baru-cina

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Lemak Kukus Di Cuti Tahun Baru Cina

Nasi Lemak Kukus Di Cuti Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 548 hits
Sempena cuti Tahun Baru Cina Hubby meminta saya menyediakan nasi lemak untuk sarapan Maklumlah waktu cuti tahun baru seperti ini banyak kedai tutup kerana ramai yang balik kampung dek cuti yang panjang Kami pergi minum petang di Restoran Wa...
Sambutan Tahun Baru Cina Bertemakan A Blossoming Day Di Suria Klcc

Sambutan Tahun Baru Cina Bertemakan A Blossoming Day Di Suria Klcc

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 681 hits
Sambutan Tahun Baru Cina Bertemakan A Blossoming Day Di Suria KLCC Assalammualaikum semua Tahun Baru Cina bakal tiba dan di Malaysia ia disambut dengan meriah sekali Pelbagai tema dekorasi akan disediakan di tempat tempat menarik Bandaraya ...
Steam Menawarkan Kupon Diskaun Rm10 Bersempena Dengan Jualan Tahun Baru Cina

Steam Menawarkan Kupon Diskaun Rm10 Bersempena Dengan Jualan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 352 hits
15 Kongsikan Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina Steam menawarkan kupon diskaun sebanyak RM10 untuk setiap pembelian pertama berjumlah RM60 Diskaun ini hanya boleh diberi untuk pembelian kepada diri anda sendiri Dalam masa yang sama ...
Carousell Mencatatkan Rekod 45 1 Penyenaraian Produk Musim Tahun Baru Cina

Carousell Mencatatkan Rekod 45 1 Penyenaraian Produk Musim Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 361 hits
Carousell salah satu daripada pasaraya iklan terbesar dan paling cepat berkembang di dunia hari ini berkongsi bahawa bilangan penyenaraian di platform meningkat 45 1 kepada 678 853 penyenaraian semasa musim perayaan Tahun Baru Cina Fesyen w...
Gong Xi Fa Cai Simbolik Sambutan Tahun Baru Cina

Gong Xi Fa Cai Simbolik Sambutan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 1190 hits
Selamat tahun baru Cina kepada semua yang menyambutnya terutamanya kepada semua masyarakat Tionghua di negara kita Semoga lembaran tahun baru ini memberi kebahagiaan kemakmuran kekayaan dan kegembiraan yang berganda kepada kita semua G ngx ...
Penangan Tahun Baru Cina Jadi Malas Memasak

Penangan Tahun Baru Cina Jadi Malas Memasak

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum Kebelakangan ni rasa macam tak sedap badan je Lemau jer badannya Malas memasak pun ada juga Sehinggakan suami pun dah mula perasan ahaks Iyealah dah cuti raya cina Asyik jalan jalan jer kan Makanya kuali dan periuk belanga t...
Tun M Anwar Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Tun M Anwar Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 407 hits
Foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang diadakan di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia di sini Beliau yang tiba kira kira puku...
Istana Perintah Batal Sambut Tahun Baru Cina Di Masjid

Istana Perintah Batal Sambut Tahun Baru Cina Di Masjid

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 446 hits
Sambutan dikatakan dianjur MAIS dan LZS dipindahkan ke lokasi lain10 Jamadilakhir 1440H Jumaat Satu majlis bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang dirancang di Masjid Sirajuddin Al Anuar As Salam Klang pada 17 Februari ini dibatalkan da...
10 Tahun Penantian Adam Corrie Sambut Tahun Baru Cina Yang Pertama Bersama Baby Lee

10 Tahun Penantian Adam Corrie Sambut Tahun Baru Cina Yang Pertama Bersama Baby Lee

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 481 hits
10 tahun penantian Adam Corrie sambut Tahun Baru Cina yang pertama bersama Baby Lee Setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri Fazema pada pada 21 November 2008 Pasangan itu akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata 11 Ju...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya