Gong Xi Fa Cai Simbolik Sambutan Tahun Baru Cina


Selamat tahun baru Cina kepada semua yang menyambutnya terutamanya kepada semua masyarakat Tionghua di negara kita. ‪Semoga lembaran tahun baru ini, memberi kebahagiaan, kemakmuran, kekayaan dan kegembiraan yang berganda kepada kita semua.  ‪Gōngxǐ fācái, xīnnián jìnbù

Macam biasa orang lain yang menyambutnya kita yang sibuk ambil cuti. Bukan apa sama-sama meraikannya. 1Malaysia dengan pelbagai kaum keturunan di dalamnya.


Gong Xi Fa Cai ! Tahun Baru tak akan meriah tanpa buah limau mandarin, tanglung, kuih bulan, warna merah, bunga sakura lagi 2 bunga lupa dah bunga apa, mercun serta tarian singa. Sekarang inipun berdentum-dentum bunyi mercun. Ehh silap masa bunyi tu malam pertama sambutan tahun baru cina tu. Kira ia simbolik sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. 
Perayaan Tahun Baru ataupun lebih dikenali dengan Perayaan Musim Bunga di China ini adalah permulaan kepada bulan baru/ zodiak baru. Ia bermula dari hari pertama hingga hari ke-15 pada bulan pertama.

Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12 binatang sahaja yang sampai.

Sebagai penghargaan, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang  dilahirkan dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, Ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.

Simbolik Sambutan Tahun Baru Cina
Warna MerahLebih dikaitkan dengan elemen api, kegembiraan, cemerlang, bahagia, bertuah dan lain-lain yang seangkatannya.  Dilarang mengenakannya dalam majlis yang mendukacitakan. Warna ini memang menjadi pilihan untuk sambutan perayaan ataupun majlis kebesaran.


Kuih BakulKuih tradisi paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakannya pada masa perayaan dipercayai membawa tuah kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

Makan besarMelambangkan keutuhan sesebuah keluarga. Telah lama diamalkan dan merupakan aktiviti paling penting dalam perayaan tahun baru. Sebab itu walau dimana mereka berada, semua anggota keluarga / sanak saudara dekat ataupun yang berada di perantauan akan pulang dan sama-sama nikmati hidangan makan besar ini.
Merupakan simbol permulaan yang baik untuk tahun-tahun yang akan datang selain dapat merapatkan hubungan dan ukhwah sesama mereka.

Limau MandarinDalam bahasa Cina ianya bermaksud emas. Yang merujuk kepada kekayaan dan mereka percaya siapa yang makan buah ini akan mendapat kemakmuran dan kekayaan.



Hiasan bungaan seperti Bunga Kekwa, Teratai, Orkid, pokok buluhSimbolik kepada harapan, keamanan, kedamaian serta ketenangan.
Bunga plum– melambangkan tuah
Kumkuat– melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa– melambangkan panjang umur
Buluh– tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari– bermaksud tahun yang elokMembakar mercunTerutamanya menjelang tengah malam sehingga membingitkan telinga., sebenarnya selain menambahkan kemeriahan sempena sambutan tahun baru, ia juga dipercayai akan dapat menghalau segala nasib malang, tolak bala, usir puaka dari kawasan rumah serta menjemput sesuatu yang baik seperti tuah, kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan ke dalam rumah.

Tanglungmewujudkan suasana kemeriahan dan keceriaan yang harmoni. Semasa zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina sering berpesan agar orang-orang kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru untuk menghalau binatang  / raksasa yang bernama Nian yang menganas di kawasan rumah mereka. Warna merah dipercayai sangat ditakuti oleh Nian.

Pesta Tanglung->perayaan tradisional Cina yang jatuh pada hari ke-15 kalendar Cina, 14 hari selepas Tahun Baru Cina (sekitar penghujung Januari dan awal Februari).
->Perayaan ini menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan ini juga dikenali sebagai Yuanxao Jie. Pesta Tanglung dikenali juga sebagai Hari Valentine Cina.



->Pada zaman dahulu, wanita dan lelaki tidak berpeluang untuk bebas berjumpa. Mereka menjadikan festival Tanglung peluang untuk mencari pasangan hidup. Mereka bermain permainan Tanglung untuk mencari pasangan yang paling sesuai dengan mereka.
->Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua pula beberapa ribu tahun lampau, pesta ini diadakan sebagai tanda arah kepada tetamu dan roh-roh datuk nenek moyang mereka yang telah pergi terlebih awal, menunjuk mereka arah ke pesta yang diadakan. Selepas tamat jamuan 15 hari itu, roh-roh itu akan ditunjuk arah pulang ke dunia mereka melalui lampu-lampu tanglung yang digantung.
Tarian SingaSimbolik untuk sambutan tahun baru Cina sambil menghalau puaka dan musibah dari kawasan rumah

Chap Goh Mei->Istilah Chap Goh Mei berasal dari dialek Hokkien yang bermakna malam ke-15 bagi Tahun Baru Cina di mana ia juga menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru Cina. Secara literalnya, Chap memberi maksud ‘10’, Goh adalah ‘lima’ dan Mei pula adalah ‘malam’.
->Perayaan Chap Goh Mei seringkali dikaitkan dengan mitos peristiwa dua wanita bujang yang telah membuang buah oren ke dalam sungai dengan harapan mendapat jodoh.



->Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.
->Walaupun perayaan ini tidak diiktiraf sebagai cuti umum di Malaysia, ia satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh komuniti Cina kerana ada sebahagiannya yang beranggapan Chap Goh Mei merupakan Hari Kekasih versi kaum itu. Pada malam perayaan Chap Goh Mei, kebiasaannya masyarakat Cina akan berkumpul dan makan secara besar-besaran dengan hidangan tradisi Yuan Xiao (beras pulut berbentuk bulat) selain rumah yang dihias cantik dengan lampu-lampu merah bagi menghidupkan lagi suasana.
->Secara adatnya, pada hari tersebut, akan dimainkan muzik balada cinta yang dipanggil Dondang Sayang yang diperdendangkan di jalanan dengan instrumen biola, gendang dan gong. Ada ketika, ia menjadi komedi apabila liriknya digubah sendiri oleh penyanyi.
->Pulau Pinang merupakan salah satu daripada negeri di Malaysia yang membuat sambutan besar-besaran meraikan Chap Goh Mei. Pada malam itu, kerajaan negeri akan menghidangkan makanan-makanan enak di sepanjang jalan selain permainan, persembahan budaya Baba Nyonya dan kuiz. Turut disajikan, perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar 'Chingay'.

Sumber : Astro Awani





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ciktie.com/2019/02/gong-xi-fa-cai-simbolik-sambutan-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Jenis Perayaan Yang Disambut Kaum Cina Malaysia Selain Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Cai

5 Jenis Perayaan Yang Disambut Kaum Cina Malaysia Selain Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Cai

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 1033 hits
Sebagai sebuah negara berbilang kaum Malaysia memang terkenal dengan masyarakat berlainan bangsanya yang sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai Oleh sebab wujudnya pelbagai kaum ini kita semua dapatlah merasa pelbagai jenis perayaan ya...
Muslim Uyghur Dipaksa Makan Babi Dan Minum Alkohol Untuk Sambutan Raya Tahun Baru Cina

Muslim Uyghur Dipaksa Makan Babi Dan Minum Alkohol Untuk Sambutan Raya Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 505 hits
Pihak berkuasa China dilaporkan memaksa umat Islam di rantau Xinjiang untuk makan daging babi dan minum alkohol semasa cuti tahun tahun baru cina di negara itu di ketika isu penindasan keras terhadap Muslim masih lagi panas memetik laporan ...
Sambutan Majlis Jamuan Tahun Baru Cina 2019 Di Dewan Seri Mentaloon

Sambutan Majlis Jamuan Tahun Baru Cina 2019 Di Dewan Seri Mentaloon

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 760 hits
Sambutan Majlis Jamuan Tahun Baru Cina 2019 bersama YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir di Dewan Seri Mentaloon kediaman rasmi Menteri Besar Kedah
Sambutan Tahun Baru Cina Reunion Dinner Di Ioi City Mall 2019

Sambutan Tahun Baru Cina Reunion Dinner Di Ioi City Mall 2019

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 479 hits
Hi Korang Kak lily berkesempatan ke majlis CSR anjuran iOi Resort City bersama Palm Garden Resort Marriot Putrajaya dan iOi Golf Resort yang di adakan di West Garden di iOi City Mall ini Selain daripada makan besar mereka juga meraikan oran...
Raikan Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Chai Di Estuari Gardens Puteri Harbour

Raikan Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Chai Di Estuari Gardens Puteri Harbour

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 423 hits
Raikan Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Chai di Estuari Gardens Puteri Harbour pada 16 Februari 2019 Sabtu ini Pelbagai persembahan dan aktiviti yang menarik seperti acara yee sang orkestra cina tarian singa akrobatik permainan tradisional cina d...
Sambutan Tahun Baru Cina Bertemakan A Blossoming Day Di Suria Klcc

Sambutan Tahun Baru Cina Bertemakan A Blossoming Day Di Suria Klcc

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 681 hits
Sambutan Tahun Baru Cina Bertemakan A Blossoming Day Di Suria KLCC Assalammualaikum semua Tahun Baru Cina bakal tiba dan di Malaysia ia disambut dengan meriah sekali Pelbagai tema dekorasi akan disediakan di tempat tempat menarik Bandaraya ...
Raikan Tahun Baru Cina Dengan Dolly Dimsum

Raikan Tahun Baru Cina Dengan Dolly Dimsum

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 992 hits
Assalamulaikum hi korang Erm dah lama tak makan dim sum panas panas Sempena Tahun Baru Cina tak lama lagi bulan Febuari depan Dolly Dim Sum memperkenalkan variasi menu istimewa untuk meraikan lunar bersama keluarga atau rakan rakan Tempoh h...
Program Menyantuni Golongan Memerlukan Sempena Tahun Baru Cina Dari Ioi City Mall

Program Menyantuni Golongan Memerlukan Sempena Tahun Baru Cina Dari Ioi City Mall

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 776 hits
Salam sejatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Musim perayaan nak menghampiri ini golongan yang susah sangat beruntung kerana apa ada sahaja pihak yang sudi membantu mereka dan juga memberi kecer...
5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Tahun Baru Cina

5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 660 hits
Esok dah pun Tahun Baru Cina korang semua pun mesti tumpang suka sebab dapat cuti jugak Sajian Cina memang terkenal di dunia kulinari antarabangsa Ni ada 5 aneka resipi terbaik dari Hotel Grand BlueWave Shah Alam Selangor Boleh lah dicuba c...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids