Nasi Lemak Kukus Di Cuti Tahun Baru Cina



Sempena cuti Tahun Baru Cina, Hubby meminta saya menyediakan nasi lemak untuk sarapan. Maklumlah waktu cuti tahun baru seperti ini, banyak kedai tutup kerana ramai yang balik kampung dek cuti yang panjang. 

Kami pergi minum petang di Restoran Wau juga terpaksa order lempeng sahaja kerana semua kuih muih telah habis. Dari situ, kami berjalan ke The Village Grocer dengan Nelly, Boy dan Mia untuk mencari bahan untuk memasak nasi lemak. Seronok pula kerana tiada sesak, untuk mencari parking pun lebih mudah.

Kami tidak ke mana mana, hanya tinggal di rumah sahaja kerana anak anak semua ada di rumah kecuali Nana dan Juita. Lagi pulak, saya memang tidak mahu bercuti saat cuti perayaan kerana jalan raya pastinya penuh sesak. Banyak masa akan terbuang di atas jalan raya. 

Sebetulnya sejak cucunda saya Ammar berpindah ke rumah mereka sendiri, saya belum lagi memasak. Saya seperti kemurungan dan tiada mood untuk memasak. Saya sedih bila mengingatkan Ammar yang dulu sentiasa ada di dapur menemani saya. Lagi pula, saya telah mula bekerja, menjadikan saya sangat kepenatan. Banyak projek dan tugasan yang perlu disiapkan. 
Hari ini saya masih menggunakan resepi nasi lemak kukus menggunakan daun salam yang memang sangat sedap. Boleh klik di SINI untuk langkah demi langkah bergambar. Kaedah seperti yang saya gunakan ini menjadikan nasi lemak lebih berlemak kerana santan betul betul menyerap pada nasi berbanding dengan nasi lemak yang dimasak menggunakan periuk letrik yang mana santan akan timbul di permukaan. 
Manakala sambal tumis pula, masih menggunakan sambal yang saya kongsikan sebelum ini di SINI. Sambal mudah tetapi sangat sedap. Yang membezakan ialah teknik dan kaedah memasaknya sahaja. Memasak sambal kena banyak bersabar dan bertabah. Barulah ianya menghasilkan sambal yang sedap. Saya suka menyediakan sambal nasi lemak kosong jika untuk dimakan dengan nasi lemak. Tetapi Nelly meminta saya menyediakan sambal tumis ikan bilis. Tak mahu sambal semata mata. Maka itulah terhasilnya sambal tumis ikan bilis,


Seperti biasa, saya sangat suka set nasi lemak yang dimakan dengan ikan bilis yang digoreng rangup. Saya kongsikan petua di bawah ini untuk menghasilkan ikan bilis yang rangup dan sedap. 
Selain ikan bilis goreng dan timun, yang pasti adalah telur. Saya sertakan cara dan teknik menyediakan telur mata dan telur rebus yang juga sangat sedap. Telur rebus cara di bawah akan menjadikan telur kuning masih lembab dan lebih sedap serta tidak terlebih masak. Begitu juga dengan telur mata. 
Oleh kerana anak anak suka makan ayam, saya goreng juga ayam. Goreng biasa biasa sahaja. Goreng garam kunyit. Selamat mencuba resepi resepi yang saya kongsikan di bawah ini ya..


Sambal Tumis Ikan BilisOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:150 gram/1 1/2 mangkuk ikan bilis2 biji bawang besar  - hiris1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan 1 cawan air1 sudu besar garam kasar1/2 keping gula Melaka1 sudu besar gula pasir1 3/4 cawan minyak masak 
Bahan kisar:8-9 sudu besar cili kisar 12 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih - opsyenalSedikit belacan - opsyenal, tak letak 
Cara cara:Panaskan minyak yang agak banyak dan masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 
Tuangkan bahan kisar. Masak lama lama dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak.

Masukkan air asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi.

Masukkan pula bawang besar hiris dan kacau hingga bawang layu. 

Akhir sekali, masukkan gula dan perlahankan api. Renihkan sambal sehingga benar benar cantik berkilat dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. 


Gula akan menjadikan sambal lebih berkilat. Jadi dimasukkan akhir sekali.


Nasi Lemak Kukus Azie KitchenOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:4 cawan beras Basmathi 1 biji kelapa parut - santan1 sudu kecil garam kasar4 helai daun salam
Sedikit minyak masak - jika guna santan kotak
Cara cara:Basuh bersih beras dan ditos. Masukkan santan secukupnya seperti mana sukatan air kita memasak nasi biasa.
Masukkan daun salam dan garam. Kacau rata di dalam kuali sehingga santan bergaul rata dengan nasi. 

Terus kacau dengan perlahan supaya beras tidak patah sehingga santan kering.
Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Ceduk nasi ke dalam pengukus. Tutup penutup pengukus dan kukuslah sehingga nasi masak. 
Setelah masak, kacau rata dengan berhati hati supaya nasi tidak patah dan kekal cantik. Sedia untuk dihidangkan dengan set nasi lemak.   


Petua Menggoreng Ikan Bilis:Petua untuk menggoreng ikan bilis supaya garing dan rangup ialah dengan memilih ikan bilis yang berkualiti iaitu ikan bilis yang berwarna lebih terang. Ikan bilis mestilah dikeringkan betul betul sebelum digoreng. Ikan bilis hanya dibasuh manja sejurus sebelum dimasak sahaja. 

Pastikan minyak telah betul betul panas sebelum dimasukkan ikan bilis. Ketika menggoreng, perlahankan api untuk mengelakkan ikan bilis cepat hangus. 

Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dalam bekas kedap udara. Tutup bekas dengan segera untuk elak ikan bilis dimasuki angin dan kurang rangup. Elak guna sudu yang basah sewaktu mengambil ikan bilis kerana ia boleh mengurangkan kerangupan ikan bilis.



Petua Menggoreng Telur Mata:Guna kuali kecil yang melengkuk ke dalam. Telur putih akan membaluti telur kuning dan tak merebak ikut saiz kuali. Minyak kena lebih supaya ianya tenggelam rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu. 

Bila permukaan keliling putih telur dah garing sedikit, dah boleh angkat. Tos  bagi minyak meleleh jatuh sebelum diletak ke dalam pinggan. Sebaiknya guna telur saiz D atau E. Pastikan telur kuning separa cair, baru sedap. 

Petua Merebus Telur:Masukkan telur yang telah dibersihkan ke dalam periuk dan isikan air dalam 1-2 inci dari permukaan telur. Nyalakan api dan masak sehingga hampir mendidih. 

Sebaik mendidih, terus perlahankan api supaya air hanya mendidih kecil. Tutup periuk dan masak dalam 6-8 minit. Tutup api. Tuang api panas dan masukkan air paip bagi menghentikan telur dari terus masak. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/02/nasi-lemak-kukus-di-cuti-tahun-baru-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuti Tahun Baru Cina Jom Beriang Ria Ke Sunway Lagoon

Cuti Tahun Baru Cina Jom Beriang Ria Ke Sunway Lagoon

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 635 hits
MINGGU DEPAN DAH CUTI TAHUN BARU CINA KORANG DAH ADA PLAN KE KALAU TAK TAHU NAK KE MANA MANA DAN TAK ADA PLAN NAK BALIK KAMPUNG SEBAGAINYA JOM KITA KE SUNWAY LAGOON NIKMATI PELBAGAI PROMOSI HEBAT THE BEST REUNION EVER BERMULA 1 FEBRUARI HIN...
Cuti Tahun Baru Cina 2019

Cuti Tahun Baru Cina 2019

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 601 hits
Jangkaan suasana Cuti Tahun baru Cina di Cameron Saya rasa Cameron akan menerima Ramai pelancong malah dari semalam sempena cuti Hari Wilayah sudah nampak banyak kenderaan Di Laluan saya pagi tadi dari Hospital ke Tanah Rata Stesen Mardi su...
Dah Mula Sibuk Dengan Persiapan Untuk Cuti Tahun Baru Cina

Dah Mula Sibuk Dengan Persiapan Untuk Cuti Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 493 hits
Minggu depan dah start cuti sekolahh Cuti raya cina adalah dari 2hb FEBRUARY sampai 10 FEBRUARY Cukup lama tu Jadi minggu ni ada banyak kerja nak di siapkan Kerja rumah kerja blog urusan anak anak Kalau boleh sebelum esok semuanya dah diuru...
5 Jenis Perayaan Yang Disambut Kaum Cina Malaysia Selain Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Cai

5 Jenis Perayaan Yang Disambut Kaum Cina Malaysia Selain Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Cai

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 1033 hits
Sebagai sebuah negara berbilang kaum Malaysia memang terkenal dengan masyarakat berlainan bangsanya yang sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai Oleh sebab wujudnya pelbagai kaum ini kita semua dapatlah merasa pelbagai jenis perayaan ya...
Ph Menang Rakyat Senang Tambang Bas Naik 10 Untuk Tahun Baru Cina Hancing Viral

Ph Menang Rakyat Senang Tambang Bas Naik 10 Untuk Tahun Baru Cina Hancing Viral

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 544 hits
Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia mendakwa kerajaan membenarkan kenaikan tambang bas sebanyak 10 menjelang dan semasa Tahun Baru Cina Presiden Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat memaklumkan perkara itu pa...
Raikan Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Chai Di Estuari Gardens Puteri Harbour

Raikan Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Chai Di Estuari Gardens Puteri Harbour

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 424 hits
Raikan Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Chai di Estuari Gardens Puteri Harbour pada 16 Februari 2019 Sabtu ini Pelbagai persembahan dan aktiviti yang menarik seperti acara yee sang orkestra cina tarian singa akrobatik permainan tradisional cina d...
Tahun Baru Cina Tawaran Diskaun Tol 10 Di Klk Dan Lpt1

Tahun Baru Cina Tawaran Diskaun Tol 10 Di Klk Dan Lpt1

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR Syarikat konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 sempena perayaan Tahun Baru Cina Pengarah Eksekutif ANIH Berhad Datuk Nik Fau...
Selamat Tahun Baru Cina 2019

Selamat Tahun Baru Cina 2019

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 659 hits
Lagi dua hari kaum Cina akan meraikan tahun baru Cina Happy New Year diucapkan Kali ini tak nak cerita panjang tiap tiap tahun pasti akan update hadiah lucky draw Jadi jom layan jer semua gambar gambar di bawah Kali ini lucky draw masih tid...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner