Estetika Dan Kearifan Dalam Puisi Melayu Tradisional


Puisi  Melayu  tradisional adalah pusaka bangsa yang sangat berharga. Di dalamnya terkandung mutiara kata dan susunan madah yang membuktikan kebijaksanaan atau kearifan nenek moyang kita. Puisi Melayu tradisional adalah Institusi PENDIDIKAN dalam masyarakat MelayuKhazanah kesusasteraan tradisional mengandungi Pantun, Syair, Gurindam, Seloka, Nazam,  (sekadar menyebut jenis-jenis yang lebih terkena). Setiap satu mempunyai bentuk/struktur, isi dan fungsi masing-masing dan mempunyai pemikiran yang tinggi dan  falsafah yang berupa nasihat dan pedoman untuk masyarakat .

PANTUN
Di antara sekian banyak puisi warisan, boleh dikatakan Pantun adalah bentuk yang paling popular  dan hidup subur pada masa ini.  Pantun tersebar luas melalui pelbagai media seperti lirik lagu, majlis perkahwinan, majlis rasmi dan pelbagai acara kemasyarakatan. Sering juga diadakan pertandingan berbalas pantun baik di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.  Pantun bukan sahaja disiarkan dalam majalah ilmiah dan budaya  seperti Dewan Budaya, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa malah dalam majalah-majalah jenaka dan komik seperti  Ujang dan Din Lawak.
Dalam puisi tradisi penggunaan unsur alam sangat penting. Orang Melayu tidak mengkritik secara terus terang tetapi Menyamakan sesuatu dengan alam. Kata ‘pantun’ bererti menyamakan, mengumpamakan “kami sepantun telur itik, kasihan ayam maka menjadi’.
Misalnya Laut.
Secara keseluruhannya laut digunakan di dalam pantun untuk menggambarkan perjalanan hidup manusia. Menempun hidup disamakan dengan mendayung perahu atau melayari bahtera di lautan. Manusia akan menempuh pelbagai peristiwa, suka dan dukia, bahaga dan sengsara umpama pelbagai perkara yang ditemui di dalam pelayaran. Cabaran dan dugaan yang dilalui digambarkan sebagai ombak, gelombang, badai dan batu karang yang mengganggu perjalanan. Setiap orang perlu berhati-hati di dalam hidupnya sepertimana seorang pelaut mesti berhati-hati di tengah lautan. Kehidupan yang hancur disamakan dengan kapal yang karam.
Laut adalah cabaran yang mesti ditempuh oleh seorang yang telah dewasa seperti mana yang dinyatakan di dalam pantun ini:
Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sbatang
Kecil2 ditimang ibu
sudah besar ditimang gelombang

Pantun ini sering diselitkan di dalam lagu2 rakyat atau nyanyian kanak-kanak. Melalui pantun ini orang2 tua menydiakan minda anak2 untuk menempuh alam kedewasaan . ia menyedarkan bahawa dalam hidup ini tidak boleh selamanya berharap atau bergantung kepada ibubapa dan orang lain. Juga adalah tanggungjawab ibu menimang atau member kasih sayang dan tunjuk ajar sesukupnya kepada si anak ketika ia masih kecil. Bila meningkat dewasa anak mesti dilepaskan untuk pergi mencari penghidupannya sendiri. Tibalah waktunya untuk brdikari. Keluar membina kehidupan biasanya melibatkan perjalanan menyeberang lautan . segala susah payah akan dialami baaikan menempuh gelombang di tengah lautan.
 Angin barat gelombang barat
Barat ditiup siangin timur
Tidak dirintang muatan sarat
Akibat laut tempat berkubur

PRIHAL MEMBUAT PILIHAN DAN MENENTUKAN PRIORITI.Orang tua menasihati agar kita berpada-pada di dalam segala segi. Kalau mahu selamat mestilah  menjaga batas dan sempadan. Hidup adalah umpama pelayaran maka belayarlah dengan bekalan yang mencukupi dan  bawalah hanya yang diperlukan.
Orang yang berjaya dan selamat adalah mereka yang bijak membuat pilihan.Sudah dikatakan bahawa hidup adalah pelayaran, maka pilihlah yang terbaik dan yang diperlukan sahaja untuk dibawa.  Terlalu banyak muatan yang tidak diperlukan akan menyebabkan perahu karam di lautan. Orang Melayu menasihati dengan pantun:
Tuai padi antara masak,
     Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
     Esok jangan rindu-rinduan.

TUMBUHAN Bunga kembang tak jadi dan pohon tidak berbuah
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagi bunga kembang tak jadi

Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jika hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.

Ilmu yang tidak diamalkan/bagi pohon tidak berbuah.Orang Melayu menghargai ilmu.dan  Budi

GURINDAM
Berisi nasihat dan pedoman hidup.
GURINDAM DUA BELAS ( CIPTAAN RAJA ALI HAJI).

Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagar duri

Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja

Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat

Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu

Hormat akan orang pandai
Tanda mengenal kasa dan cindai
pemikiran dan falsafah
Terdapat pemikiran dan falsafah pengarang tentang kepimpinan dan kenegaraan yang dipadatkan di dalam dua baris ini. Pada pemikiran pengarang, keteguhan dan kedaulatan sebuah negeri bergantung pada pemimpin yang adil dan juga rakyat yang setia.
Keindahan bahasa (penggunaan simile, metafora,perlambangan)
Bahasa diperindah dengan penggunaan simile “bagaikan kebun dipagar duri”. Kebun melambangkan kesuburan dan kemakmuran, sumber makanan dan rezeki rakyat. Kebun yang berpagar duri berada di dalam keadaan terpelihara dan tidak mudah diganggu oleh musuh. Pagar berduri merujuk kepada ketahanan dan keselamatan negara tersebut akibat dari raja yang bermuafakat dengan menteri. Dalam ungkapan ‘mengenal kasa dan cindai”  terdapat penggunaan metafora atau perlambangan. Kasa dan cindai tidak sama dari mutunya.Kasa adalah kain yang kasar sedangkan cindai adalah halus dan indah buatannya.Keduanya digunakan sebagai lambang atau ukuran kepada taraf dan nilai di dalam kehidupan.
Pemikiran yang tinggi
Terdapat pemikiran tinggi tentang nilai ilmu. Ungkapan “Mengenal kasa dan cindai” merujuk kepada kebijaksanaan atau daya intelek. Syarat untuk menjadi bijak itu mestilah dahulu hormat akan orang yang pandai. Pemimpin dan rakyat mesti menuntut ilmu dan menghargai orang-orang yang berilmu. Ini juga bermaksud raja mesti meminta nasihat daripada orang yang pandai di dalam menjalankan urusan negeri dan di dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul.

SELOKA
Seperti kebanyakan puisi tradisional yang lain, ciri-ciri seloka boleh dikenali melalui isinya dan tujuan ia dikarang. Seperti yang diketahui umum, gurindam digubah untuk menyampaikan nasihat dan panduan, Nazam digunakan untuk menyampaikan kisah dan puji-pujian terhadap Allah dan Nabi Muhammad s.a.w., teromba merupakan puisi yang menyampaikan perbilangan adat dan peraturan bermasyarakat, manakala mantera adalah jampi serapah yang bertujuan mengubat pesakit. Seloka pula dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau.
Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Seperti kebanyakan karya di dalam khazanah Melayu tradisi, kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka. Namun dari seloka yang kita warisi, terbukti bahawa pengarang seloka adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya terhadap alam dan masyarakat di sekeliling. Mereka peka terhadap segala yang berlaku dan menjalankan tanggungjawab bagi menyampaikan teguran dan kritikan. Pengarang seloka menggunakan perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. Imej-imej alam ini perlu ditafsir untuk mengetahui maksud sebenar seloka.
Warisan Melayu telah meninggalkan sejumlah seloka untuk dihayati. Untuk mengenal seloka dengan lebih dekat kita akan menganalisis tiga buah seloka yang paling terkenal di dalam masyarakat Melayu iaitu:
1.    Seloka Pak Kaduk,
2.    Seloka Pandai Pak Pandir
3.    Seloka Mak Si Randang

Ketiga-tiga seloka di atas adalah berdasarkan cerita rakyat atau cerita jenaka yang terkenal di dalam sastera Melayu. Pak Kaduk dan Pak Pandir merupakan watak-watak yang ditimpa malang. Nasib malang itu adalah akibat daripada kebodohan mereka sendiri. Mereka telah melakukan perbuatan-perbuatan yang merugikan diri sendiri. Seloka Mak Si Randang adalah berdasarkan cerita rakyat masyarakat Minangkabau yang mengisahkan seorang ibu yang terlalu pemurah dan sanggup memberikan segala yang ada kepada orang lain. 

Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

Seloka ini boleh dikatakan rumusan kepada cerita jenaka Pak Kaduk.. Daripada seloka ini tergambar kehidupan masyarakat Melayu tradisional yang bergantung sepenuhnya kepada alam. Di sini kita menemui watak Pak Kaduk yang sentiasa dirundung malang. Mengikut seloka ini, nasib yang tidak beruntung ini ialah kerana dia tidak pandai mengatur hidupnya mengikut peraturan alam. Pada pandangan orang Melayu keberuntungan dan kebahagian adalah apabila seseorang dapat hidup secara harmoni dengan alam. Melakukan sesuatu yang bercanggah atau berlawanan dengan alam akan mengundang pelbagai masalah.
Pada masa dahulu, sungai adalah jalan perhubungan. Manusia menggunakan sungai sebagai laluan untuk ke sana ke mari. Seloka ini menggambarkan perjalanan pak kaduk ketika hendak ke hulu dan ke hilir. Pak Kaduk telah mudik atau mendayung perahu ke arah hulu ketika air surut. Perbuatan ini adalah tindakan yang tidak bijak dan bercanggah dengan kejadian alam. Sepatutnya Pak Kaduk mudik ketika air pasang kerana air yang sedang pasang akan membantu menolak perahunya dan mempercepatkan perjalanannya. Sebaliknya ketika hendak ke hilir Pak Kaduk telah memilih ketika air pasang sedangkan perjalanan dari hulu ke hilir lebih mudah dilakukan ketika air surut kerana air sungai yang mengalir ke muara akan membantu menarik perahu ke arah hilir. Maka pengarang seloka ini mengejek kelakuan Pak Kaduk yang Mudik menongkah surut /Hilir menongkah pasang .
Seloka ini juga mengecam Pak Kaduk yang telah membunuh isterinya sedangkan isterinya telah memberi sokongan kepadanya selama ini. Di dalam hidupnya manusia memerlukan hubungan dengan alam dan hubungan dengan manusia lain. Alam persekitaran dan kampung halaman. Hubungan dengan manusia lain diperlihatkan dengn hubungan isteri. Citra keluarga memberi penekanan kepada faktor sentiman keluarga, kasih sayang dan hubungan kekeluargaan sebagai contoh citra keMelayuan. Kerana dosa dan kesalahannya Pak Kaduk menerima balasan. Dia nyaris mati oleh tak makan. Kita juga mendapat gambaran tentang apa yang berlaku pada Pak Kaduk. Angin telah mati ketika dia hendak belayar, (Masa belayar kematian angin.Sauh dilabuh bayu berpuput). Hal ini memperlihatkan alam juga seolah-olah tidak mahu bekerjasama dengan Pak Kaduk setelah dia melakukan dosa membunuh isterinya itu.
Selain Pak Kaduk, watak Pak Pandir juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Kebodohan Pak Pandir diungkapkan melalui seloka ”Pandai Pak Pandir”

Pandai Pak Pandir
Anak dipijak,dagang dijinjing
Kucing dibunuh, tikus dibela
Harta habis, badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung
Apa didengar gelagat dagang
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujang tak lalu
Awak juga berkecundangan

Seloka di atas adalah perihal kelakuan Pak Pandir yang salah pertimbangan dan sering membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya dilakukan. Pak Pandir berbuat baik tidak pada tempatnya. Dia berbuat baik dengan menjinjing dagang tetapi  berlaku kejam dengan perlakuannya “memijak”  anak sendiri. Dia telah membunuh kucing iaitu sejenis binatang yang dikaitkan dengan kemanjaan tetapi telah membela tikus iaitu sejenis haiwan yang boleh merosakakan kesihatan dan harta benda. Kerana kebodohan dan kebaikannya yang melampau itu, Pak Pandir mudah ditipu. Dia mudah percaya kepada orang asing (Mendengar gelagak dagang,Tak sedar bertelanjang) Akibatnya, harta habis,badan tergadai. Pak Pandir juga sering mengambil risiko tanpa berfikir panjang. Hal ini digambarkan melalui peribahasa Mendengar guruh di langit,Air tempayan dicurahkan. Ternyata dagang yang dijinjingnya adalah penipu yang licik yang berpura-pura baik Hal ini dijelaskan melalui ungkapan mulut kena suap pisang,Buntut kena cangkuk onak,dan gunting makan di hujung Pak Pandir juga yang menanggung Apa didengar gelagat dagang Gelagak rambutan jantan Orang berbunga dia berunga Orang berbuah dia haram Kilat memancar hujang tak lalu
Awak juga berkecundangan
Sebahagian besar dari maksud Seloka Pandai Pak Pandir disampaikan melalui peribahasa. Oleh itu ia menunjukkan dengan jelas hubungan yang rapat antara seloka dan peribahasa. Di sini terdapat sekurang-kurangnya empat ungkapan yang merupakan peribahasa yang terkenal.
Mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia bebunga. orang berbuah dia haram


Mak Si Randang
Baik budi emak si Randang
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuh
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkan
Kera di hutan disusui
Dagang pergi awak terhutang
Beras habis padi tak jadi
Awak juga kecundangan
Menceritakan tentang emak si Randang yang berbudi kepada orang lain hingga sanggup berbuat apa sahaja walaupun perbuatan itu merugikan dan merosakkan diri dan keluarga sendiri. Emak si Randang terlau ekstrim di dalam menjamin kesejahteraan orang dagang. Perbuatan melampau ini adalah bertentangan dengan pepatah Melayu yang berbunyi ”Buat baik berpada-pada”. Agama Islam juga menyarankan kita bersederhana di dalam segala perkara. Emak si Randang telah menanak nasi untuk menjamu si dagang . Kebodohannya dilihat apabila dia  sanggup meruntuhkan rumah untuk mendapatkan kayu bagi menyalakan api. Nasibnya sangat malang kerana dagang yang dijamu itu ternyata bersikap pelahap yang menghabiskan semua makanan tanpa meninggalkan sedikitpun baki. Ini dibuktikan apabila anak atau si Randang pulang tidak ada apa yang boleh dimakan, Nasi yang dimasak habis dimakan oleh si dagang. Perbuatan mak si randang itu umpama menyusukan anak kera dan membiarkan anak sendiri kehausan/ Hal ini digambarkan di dalam ungkapan, Anak dipangku diletakkan Kera di hutan disusui . Mak si Randang juga menanggung hutang  kerana membeli makanan. Nasib semakin malang kerana padi tidak menjadi pada musim itu sedangkan beras telah habis ditanak untuk menjamu dagang yang lalu. Setelah kenyang, si dagang telah pergi tanpa meninggalkan apa-apa hadiah sebagai saguhati. Hal ini menunjukkan perangai si dagang yang tidak mengenang budi. Hal ini juga menyalahi ajaran Islam yang mengatakan dengan jelas bahawa seorang ibu dan bapa adalah wajib memberi makan atau nafkah kepada anak dan tanggungannya . Islam juga mengajar bahawa sedekah kepada ahli keluarga adalah lebih tinggi pahalanya dari sedekah yang diberikan kepada orang yang bukan dari kalangan kaum kerabat.
PTiga buah seloka di atas telah digunakan untuk mengkritik golongan yang tidak membuat atau menjalankan urusan dengan betul. Apa yang amat menarik ialah ungkapan-ungkapan yang berupa sindiran dan kiasan itu tidak hanya tepat untuk mengkritik masyarakat zaman dahulu. Lebih penting ianya terus relevan dengan situasi semasa. Pada masa ini masih ada golongan atasan yang terlalu menjaga kepentingan ’orang dagang’ hingga melupai atau mengabaikan kebajikan rakyat asal. Pada masa ini terdapat ramai orang yang menanggung kerugian kerana mengharapkan keuntungan yang belum tentu. Isi seloka ini perlu difahami dan dijadikan pengajaran dan iktibar kepada setiap golongan masyarakat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2019/09/estetika-dan-kearifan-dalam-puisi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Unsur Alam Dalam Puisi Melayu

Unsur Alam Dalam Puisi Melayu

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 541 hits
Buku ini berasal dari tesis bertajuk Puisi Melayu Moden Kajian Teori Pengkaedahan Melayu yang dikemukakan untuk memperolehi ijazah Doktor Falsafah 2008 Aspek yang dikaji oleh Zurinah ialah pendekatan firasat dan dakwah serta bagaimana unsur...
Saya Pun Melayu Juga

Saya Pun Melayu Juga

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 266 hits
Tamrin Tun GhafarKhamis 19 09 191 Kali ini saya menggunakan tajuk buku I Too am Malay atau Saya Pun Melayu Juga tulisan Zaid Ibrahim mantan Menteri Kabinet satu ketika dulu sebagai tajuk penulisan kali ini2 Ada 4 ayat dan laungan yang senan...
Kongres Maruah Melayu Yang Akan Terus Membaruahkan Melayu

Kongres Maruah Melayu Yang Akan Terus Membaruahkan Melayu

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 628 hits
Sebaik saja selesai Himpunan Penyatuan Nasional selesai tiba tiba parti Bersatu umumkan akan diadakan Kongres Maruah Melayu Dari maklumat yang diterima dikatakan dalam kongres tu nanti Dr Mahathir akan sampaikan amanat pada bangsa Melayu Ir...
Dakwaan Pembangunan Kampung Baru Sisih Orang Melayu Tidak Benar Dr M

Dakwaan Pembangunan Kampung Baru Sisih Orang Melayu Tidak Benar Dr M

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 277 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Dakwaan bahawa pembangunan Kampung Baru akan mengeluarkan orang Melayu dari ibu kota adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata kepentingan dan kedu...
Final Melayu Pecah Dua Satu Puak Sokong Rasuah Satu Puak Tidak Sokong Rasuah

Final Melayu Pecah Dua Satu Puak Sokong Rasuah Satu Puak Tidak Sokong Rasuah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 337 hits
Tidak perlu bagi apa alasan Tidak perlu bertapi tapi Tidak ada atas pagar PRK atau PRU15 menyaksikan pertembungan dua puak itu Yang menang akan jadi kerajaan Tetapi status perpecahan kekal kepada dua puak tersebut
Interesting Speech To Read From Ex Presiden Alumni Bekas Pelajar Murid2 Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

Interesting Speech To Read From Ex Presiden Alumni Bekas Pelajar Murid2 Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 303 hits
17 09 1 38 pm Tan Sri Dato Dr Megat Najmuddin Megat Khas SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU Dalam sejarah politik negara hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan pe tama memenangi...
Cara Umno Dan Pas Tipu Orang Melayu Jual Tanah

Cara Umno Dan Pas Tipu Orang Melayu Jual Tanah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 362 hits
Oleh Muhamad Hishamudin Hashim Zahari Sulaiman Kalu tak tau baca peta belajar Jgn terus dgn kebodohan diri pertahankan benda yg nyata salahCONTOH GERAN TANAH YANG DIGUNA OLEH UMNO PAS UNTUK KELIRUKAN ORANG RAMAISubjek Plot tanah hakmilik se...
Kongres Maruah Melayu Hanya Retorik Hakikatnya Tidak Pernah Bela Melayu Berhentilah Jadi Alat Dap

Kongres Maruah Melayu Hanya Retorik Hakikatnya Tidak Pernah Bela Melayu Berhentilah Jadi Alat Dap

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 329 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata usahlah Parti Pribumi Bersatu Malaysia hanya menunjuk kononnya mahu membela Melayu dengan menganjurkan Kongres Maruah Melayu kerana hakikatnya parti Bersatu tidak membela...
Tekan Terus Melayu Islam Memang Itu Dasar Ph

Tekan Terus Melayu Islam Memang Itu Dasar Ph

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 339 hits
Dasar Kerajaan Pakatan Harapan Terus Terusan Menekan Bangsa Melayu Posted by SnapShot at 9 20 2019Sudah melebihi satu tahun kuasa berpindah kepada kerajaan Pakatan Harapan Admin dah muak nak menulis tentang Manifesto Pilihanraya PRU 14 Paka...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof