Ernst Young Nafi Jadi Juruaudit Tabung Haji



KUALA LUMPUR, 12 Dis — Ernst & Young (EY) menjelaskan bahawa ia bukanlah juruaudit Lembaga Tabung Haji (TH) dan tidak mengeluarkan sebarang “laporan audit” berhubung penyata kewangan TH.

Dalam satu kenyataan, EY berkata, ia tidak menyemak penyata pendapatan TH dan EY tidak terlibat dalam penilaian aset dan liabiliti TH dan aset anak-anak syarikatnya.

Loading...
EY membuat penjelasan itu berikutan pelbagai laporan media semalam mengenai EY dan TH.

Sebaliknya, seperti yang dinyatakan dalam laporan EY kepada lembaga pengarah TH, EY menyatakan bahawa ia telah ditugaskan Lembaga Pengarah TH untuk melaporkan sama ada kunci kira-kira pro forma pada 31 Disember 2015, 31 Disember 2016 dan 31 Disember 2017 telah disediakan dengan sempurna berdasarkan kriteria yang boleh digunakan.

“Lembaga Pengarah TH menyediakan kunci kira-kira imbangan pro forma pada 31 Disember 2015, 31 Disember 2016 dan 31 Disember 2017 semata-mata untuk menggambarkan kesan pelaporan pelaburan TH dalam ekuiti, sekuriti dan hartanah pada nilai aset yang dapat direalisasikan dan bukannya kos asal pada kunci kira-kira TH.

EY tidak melakukan pengauditan maklumat kewangan yang digunakan untuk menyusun kunci kira-kira pro forma.

EY berkata, ia melaporkan bahawa pelarasan dibuat adalah semata-mata untuk maksud menggambarkan kesan laporan pelaburan TH dalam ekuiti, sekuriti dan hartanah pada nilai aset yang boleh direalisasikan pada kunci kira-kira TH.

“Laporan EY tidak boleh disandarkan untuk tujuan pengisytiharan dividen oleh TH pada 4 Februari 2016, 3 Februari 2017 dan 7 Februari 2018 masing-masing untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015, 2016 dan 2017, kerana laporan EY untuk tahun-tahun yang berkaitan hanya dikeluarkan selepas tarikh pengisytiharan dividen.

“EY mengeluarkan laporannya pada 30 September 2016, 12 Julai 2017 dan 23 Mei 2018 berhubung dengan lembaran imbangan pro forma masing-masing pada 31 Disember 2015, 2016 dan 2017,” jelasnya.

“EY juga tidak pernah menyatakan mengenai kesesuaian perisytiharan keuntungan yang boleh diagihkan sebagai dividen menurut Akta Tabung Haji 1995,” katanya.

EY juga ingin menarik perhatian kepada Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995, yang menetapkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh TH berhubung pengisytiharan keuntungan boleh diagih sebagai dividen. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/ernst-young-nafi-jadi-juruaudit-tabung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azeez Rahim Nafi Salah Laku Tabung Haji

Azeez Rahim Nafi Salah Laku Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 317 hits
Azeez Rahim nafi salah laku Tabung Haji Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 11 Dec 2018 2 58PM middot
Tabung Haji Akan Diawasi Bank Negara Untuk Masa Depan Terjamin

Tabung Haji Akan Diawasi Bank Negara Untuk Masa Depan Terjamin

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 312 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata Tabung Haji melanggar dua syarat pemembayaran hibah sejak 2014 Mujahid menjelaskan terdapat dua syarat tersebut merupakan sebelum pembayaran hibah dibuat aset tidak boleh kurang ...
Mujahid Cetus Panik Dedah Skandal Tabung Haji Kata Asyraf Wajdi

Mujahid Cetus Panik Dedah Skandal Tabung Haji Kata Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 345 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyelar tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa mendedahkan Tabung Haji mengalami defisit sebanyak RM4 1 bilion Asyraf berkata kenyataan umum Mujahid itu boleh mencetuskan panik ...
Audit Tabung Haji Bayar Dividen Guna Simpanan Pendeposit

Audit Tabung Haji Bayar Dividen Guna Simpanan Pendeposit

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 444 hits
MALAYSIAKINI Tabung Haji didapati membayar hibah menggunakan simpanan pendeposit menurut semakan kedudukan kewangannya pada 2017 oleh syarikat audit bebas PriceWaterhouseCoopers Bagaimanapun atas kertas TH membuat rundingan untuk memberikan...
Umno Cadang Suruhanjaya Diraja Siasat Wang Tabung Haji

Umno Cadang Suruhanjaya Diraja Siasat Wang Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 294 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Umno serius dalam usaha memelihara kewibawaan institusi berkaitan dengan orang Melayu dan Islam Foto oleh Shafwan ZaidonSEREMBAN 10 Dis Umno hari ini mencadangkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhka...
Skandal Tabung Haji Najib Curiga Hairan Dengan Ph

Skandal Tabung Haji Najib Curiga Hairan Dengan Ph

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 522 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hairan bagaimana PH mampu menyelesaikan masalah defisit besar Tabung Haji berjumlah RM4 1 bilion dalam jangka masa singkat Berkongsi laporan Sinar Harian dalam laman Facebooknya ...
Tidak Salah Beri Dividen Tabung Haji Kata Azeez

Tidak Salah Beri Dividen Tabung Haji Kata Azeez

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 344 hits
Tidak sampai seminggu selepas tohmahan terhadap pengurusan Tabung Haji yang lepas kononnya menyalahgunakan dana Yayasan TH bagi tujuan politik satu lagi dakwaan dilemparkan Walaupun penjelasan lengkap saya berhubung tohmahan isu Yayasan TH ...
Pengurusan Tabung Haji Rompak Harta Rakyat Kata Anwar

Pengurusan Tabung Haji Rompak Harta Rakyat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 352 hits
Pengurusan Tabung Haji rompak harta rakyat kata Anwar Dikemas kini 30 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 11 Dec 2018 3
Najib Bagi Jalan Untuk Selamatkan Duit Tabung Haji

Najib Bagi Jalan Untuk Selamatkan Duit Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 485 hits
Kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan Tabung Haji telah membuat kesalahan yang kejam iaitu terlebih membayar dividen kepada pencarum selama empat tahun berturut turut iaitu dari 2014 hingga 2017 Dakwa mereka akibat membayar dividen berjumlah...
Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Kek Lapis Penganan Pilah

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Flood Situation In Sabah Worsens

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Dua Parcel

Gigi Susu

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Video Gelagat Sheila Rusly Sharifah Shahora Maria Tunku Sabri Cetus Reaksi Netizen Cute La Bertiga Ni

Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E Hailing Marah Kerana Book Ride Untuk Pekerja Warga Asing Dia Rampas Phone Saya