Najib Bagi Jalan Untuk Selamatkan Duit Tabung Haji






Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Tabung Haji (TH) telah membuat kesalahan yang kejam iaitu terlebih membayar dividen kepada pencarum selama empat tahun berturut-turut, iaitu dari 2014 hingga 2017.

Dakwa mereka, akibat membayar dividen berjumlah RM12.652 bilion kepada pencarum untuk empat tahun ini, TH sudah kekurangan RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017.

Tiada dakwaan wang TH sudah dirompak ataupun diselewengkan tetapi TH di bawah kerajaan BN telah melakukan tindakan yang kejam iaitu terlebih bayar dividen kepada pencarum selama 4 tahun berturut-turut.

Saya amat hairan mengapa audit luar dan audit kerajaan tidak pernah menimbulkan isu ini untuk empat tahun berturut-turut itu.

Seperti yang saya beritahu minggu lepas, masalah utama TH ialah penurunan teruk nilai pelaburan mereka untuk tahun ini akibat kejatuhan Bursa Malaysia selepas PRU ke-14.

Oleh itu, dividen TH untuk tahun ini akan jauh lebih rendah berbanding tahun lepas dan cara paling sesuai untuk kerajaan sekarang ialah menyalahkan kerajaan terdahulu.

Mereka yang fasih tentang audit dan penilaian aset sudah tentu memahami ini bukanlah langkah yang baik. Amat mudah untuk sesuatu aset dinilai rendah apatah lagi ketika pengurusan baru TH bersetuju dengannya.

Bukan sukar untuk menilai sesuatu aset lima peratus lebih rendah ketika proses audit.

Aset TH hari ini ialah RM73 bilion maka jika dinilai lima peratus lebih rendah sudah RM4 bilion.

Saya tidak terharu dengan pengumuman kerajaan PH bahawa cara penyelesaian utama untuk TH mengatasi defisit yang mereka umum hari ini ialah untuk menjual aset.

Ya, jual aset sekali lagi.

Kerajaan PH umumkan bahawa aset TH akan dijual kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) pada nilai semasa, iaitu nilai yang sudah rendah selepas kejatuhan teruk Bursa Malaysia. Ini termasuk 150 hartanah milik TH di seluruh dunia.

Secara tipikalnya, apabila SPV ambil alih aset-aset itu, mereka bebas untuk mencairkan atau menjual aset berkenaan.

Saya harap akan ada pemantauan dibuat agar penjualan aset sedemikian dibuat dengan betul dan tiada mana-mana pihak tertentu mendapat manfaat daripadanya ekoran hubungan politik.

Ia pasti akan mencetus pertikaian sebagaimana yang berlaku apabila Danaharta dan Danamodal ditubuhkan dahulu.

Biarpun jika ada terlebih penilaian terhadap aset TH dan wujud kekurangan, tiada keperluan mendesak untuk SPV mengambil alih aset TH kerana kerajaan menjamin wang pendeposit.

Aset-aset ini boleh ditinggalkan di TH sahaja untuk menunggu nilai aset pulih.

Satu lagi cara mudah untuk kerajaan ialah menyuntik aset sama ada melalui tunai atau bukan tunai yang sama nilai dengan kekurangan yang didakwa itu.

Dan apabila nilai aset itu pulih, TH boleh membayar semula kepada kerajaan.


NAJIB RAZAK ialah bekas perdana menteri dan anggota parlimen Pekan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2018/12/najib-bagi-jalan-untuk-selamatkan-duit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Rejim Najib Ubah Tabung Haji Jadi Skim Pak Man Telo

Bila Rejim Najib Ubah Tabung Haji Jadi Skim Pak Man Telo

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 826 hits
Selepas salah urus dan rompakkan yang berlaku kepada 1MDB MARA dan Felda skandal terkini yang sepatutnya mengejutkan orang orang Melayu adalah skandal Tabung Haji Seperti skandal 1MDB mungkin skandal TH agak terlalu rumit dan kusut bagi ora...
Skandal Tabung Haji Najib Curiga Hairan Dengan Ph

Skandal Tabung Haji Najib Curiga Hairan Dengan Ph

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 527 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hairan bagaimana PH mampu menyelesaikan masalah defisit besar Tabung Haji berjumlah RM4 1 bilion dalam jangka masa singkat Berkongsi laporan Sinar Harian dalam laman Facebooknya ...
Th Tabung Haji Bukan Tabung Harapan Adakah Ph Mahu Bank Run Terhadap Th Najib Razak

Th Tabung Haji Bukan Tabung Harapan Adakah Ph Mahu Bank Run Terhadap Th Najib Razak

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 373 hits
Langkah kerajaan PH semalam untuk mempolitikkan Tabung Haji dengan mendakwa TH telah terlebih bayar dividend untuk 4 tahun berturut turut sehingga mengalami defisit RM4 1 bilion serta aset TH sedang dijual bukan satu langkah yang bijak Lebi...
Dedah Isu Tabung Haji Untuk Tutup Kelemahan Pakatan Dakwa Najib

Dedah Isu Tabung Haji Untuk Tutup Kelemahan Pakatan Dakwa Najib

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 394 hits
Dedah isu Tabung Haji untuk tutup kelemahan Pakatan dakwa Najib Dikemas kini 36 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 3 De
Magik Tiba Tiba Defisit Tabung Haji Hilang Najib

Magik Tiba Tiba Defisit Tabung Haji Hilang Najib

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 359 hits
Tiba tiba kita diberitahu bahawa Tabung Haji mengalami defisit RM4 1 bilion kerana terlebih bayar dividen untuk 4 tahun berturut turut walaupun telah diaudit dan diluluskan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun Maka aset TH bernilai RM19 9...
Najib Warns Bank Run Can Further Destabilise Tabung Haji

Najib Warns Bank Run Can Further Destabilise Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 325 hits
Najib Abdul Razak has warned that the Pakatan Harapan government s surprise revelation on Lembaga Tabung Haji s alleged cooking of the books to hide billions in deficit could result in mass withdrawal of deposits thus de stabilising the fun...
Azeez Persoal Mujahid Isu Tabung Haji

Azeez Persoal Mujahid Isu Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 447 hits
Diterbitkan 11 Dis 2018Bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim mempertikaikan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa semalam berkaitan kedudukan kewangan badan berkanun itu Katanya Mujahid tidak menyentu...
Azeez Rahim Nafi Salah Laku Tabung Haji

Azeez Rahim Nafi Salah Laku Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 321 hits
Azeez Rahim nafi salah laku Tabung Haji Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 11 Dec 2018 2 58PM middot
Tidak Salah Beri Dividen Tabung Haji Kata Azeez

Tidak Salah Beri Dividen Tabung Haji Kata Azeez

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 351 hits
Tidak sampai seminggu selepas tohmahan terhadap pengurusan Tabung Haji yang lepas kononnya menyalahgunakan dana Yayasan TH bagi tujuan politik satu lagi dakwaan dilemparkan Walaupun penjelasan lengkap saya berhubung tohmahan isu Yayasan TH ...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aku Bukan Ustazah 2

Pirake Ayer Kuning Tiada Siapa Dapat Mendabik Dada

Yosvany Terry Exploring Afro Cuban Music Traditions

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah