Equipment Reban Ayam Sistem Tertutup
Equipment Reban Ayam Sistem Tertutup
==========================Saya share sikit, ini adalah barang yang selalu saya guna untuk buat reban ayam. GSI a.k.a Cumberland. Selain dari brand ini, ada lagi brand lain yang ok juga seperti Big Dutchman. Kalau nak diikutkan, banyak lagi barang syarikat lain seperti KPI, Prestine, Peracolli, Astino dan macam macam lagi. Kalau nak atur terlalu banyak brand yang ada. Sejak dua menjak ni, kenaikan harga barang dia orang tak boleh nak bawa bincang. Benda ni selari dengan kenaikan harga barang seluruh dunia due to permintaan melebihi pengeluaran
Untuk sistem reban tertutup, secara asasnya. Kiraan mudah untuk kos barang sahaja adalah RM10-RM13 untuk setiap kaki persegi untuk reban ayam jenis tertutup. Bergantung kepada spesifikasi yang owner nak buat. Kos akan makin meningkat jika nak pasang Plastic Slat dibahagian lantai. Dan ramai yang tak tahu, sebenarnya untuk setiap jenis barang, akan ada banyak jenis model yang berbeza harga. Contoh nipple line, nipple line ada macam macam jenis dan harga. Bergantung kepada jenis ayam yang nak diternak. Makanan ayam automatik pun sama. Ada M14, ada M7 dan macam macam lagi. Benda detail macam ni, orang baru biasa tak tahu sangat. Hanya orang yang dah lama akan tahu beza antara satu sama lain. Kipas pun ada macam macam jenis. Ada kon fan, ada box fan, ada aluminium, ada GI, ada 3 blade, ada 5 blade, ada 6 blade. Eh, macam macam lah. Kalau korang macam serius nak buat reban, boleh la kontek supplier supplier ni untuk tanya harga. Cumanya, kena cari sendirilah contact mereka. Google je. Insya Allah akan jumpa. Sekarang ni, dah mula masuk equipment dari negara China pada harga yang lebih murah. Kalau kita nak beli sendiri di Alibaba pun boleh juga
Cumanya, kita ada masalah sikit. Supplier ada banyak, kita tak tahu mana yang ok, mana yang tak ok. Kalau kena tipu, bergetah juga rasanya. Mungkin juga boleh terus pi beli direct di China kalau nak lebih murah. Semua tu kena usaha lebih sikit lah. Lagi satu, kita tak tahu dari segi ketahanan dia nanti. Maintenance dia nanti. Ini pun satu problem jugak. Sebab tulah, last last ramai farmer ambil brand yang well known juga sebab tak nak ada masalah dikemudian hari. Begitulah. Sekian sharing hari ni. Jika berminat nak tahu lebih banyak cerita mengenai bisnes ayam, boleh follow fb saya Mohd Firdaus Mat Saad Kalau ada soalan, boleh tulis di ruangan komen. Bila free saya share. Thanks
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2022/05/equipment-reban-ayam-sistem-tertutup.html