Entry Baru Di Tahun 2019
ENTRY BARU DI TAHUN 2019 | Alhamdulillah..Macam tak percaya je akan sampai ke tahun 2019.Tahun depan bakal jejaklah tahun 2020.Insyallah, kalau Allah swt tu panjangkan lagi umur untuk ke tahun 2020.
Kalau dulu waktu zaman sekolah, selalu cerita pasal wawasan 2020..Apa akan jadi pada tahun tu..And apa Negara akan jadi pada masa tu..Tapi bila dah hampir dengan tahun tu, macam tak percaya yang kita pernah sebutkan 30 tahun yang lepas tentang wawasan 2020 tu kan.
APA AZAM TAHUN 2018 YANG LEPAS
Actually, azam tu sentiasa sama.Sentiasa nak jadi yang lebih baik dari sebelumnya.Ada beberapa perkara yang berkaitan dengan azam aku yang sudah pun tertunai pada tahun 2018.Antaranya :-
RUMAH
Yes…Rumah pertama kami sekeluarga.Sebenarnya rumah tu umi dah duduk dari tahun 2016 lagi.Road to nak jadikan rumah ku syurga ku.Nak perindahkan lagi rumah tu.Nak betul-betul rumah tu complete walau sedikit-sedikit.Ada rezeki lebih tambah apa yang patut.Walaupun tak sempurna mana rumah tu, tapi tetap rezeki kami mempunyai rumah kami sendiri.
IBU MENUNAIKAN UMRAH
Alhamdulillah..Akhirnya ibu menjejakkan kaki ke Rumah Allah.Walaupun umi tak dapat nak support duit ke Umrah.Tapi umi dapat melengkapkan keperluan ibu hasil dari berblog.Itu masih lagi tak ternilai apa yang ibu dah buat kat umi masa umi kecil dulu.Umilah yang paling cerewet penjagaannya dari umi kecil.Masa kecil, umi ni banyak sangat penyakit.Tu yang kena extra penjagaan terhadap umi.
KESIHATAN YANG BAIK
Umi akui, selepas umi melahirkan Naura, kesihatan umi taklah begitu baik.Mungkin orang tengok umi sihat, tapi dalaman hanya umi sahaja yang tahu.Umi cuba jaga kesihatan sebaik mungkin.Sebab umi percaya, kalau umi sihat, insyallah anak-anak dan keluarga umi pun sihat kerana kalau umi tak sihat, siapalah yang nak menyediakan itu ini buat mereka.Alhamdulillah..bersyukur umi Allah pinjamkan lagi kesihatan yang baik pada umi.Terima kasih ya Allah.
KERJAYA SAMPINGAN SEBAGAI BLOGGER
Kerjaya sampingan umi sebagai blogger semakin menyerlah.Walaupun umi ni tak femes mana pun, tapi alhamdulillah..umi dapat banyak job berbayar .Kalau dikumpul duit job tu, mybe umi boleh beli sebiji camera A6000 yang umi impikan tu.Tapi yelah..Ukur baju di badan sendiri.Umi tak mampu nak berazam untuk dapatkan kamera tu.Duit job yang umi dapat, banyak umi belanjakan untuk keperluan keluarga dan sedikit rewards untuk diri umi sendiri.Bukan sahaja umi, anak-anak dan suami pun umi bagi rewards jugak.Moga Allah swt terus memberikan umi rezeki yang lebih luas untuk umi menyimpan pulak tahun ni.Doakan umi ye.
BERAT DI BAWAH 60KG
hahaha…Ini saje je umi tambah sebagai pemangkin semangat umi supaya lebih menajga kesihatan dan terus mendapat berat yang umi inginkan..Target umi dapat 55 kg pun dah ok dah…berangan tu tak salah kan…hehehehe.Ini semua berpunca dari umi pernah check kolestrol umi di Farmasi dulu dan menunjukkan kolestrol jahat umi ni kena berjaga-jaga.Umi ada ceritakan di Entry INI. Sejak itu umi mengamalkan IF,korang jugak boleh baca entry tentang Intermittent Fasting di SINI.
Itu jelah umi rasa azam yang umi dah berjaya capai untuk tahun lepas.Macam banyak sangat membebel ni.
APA PULAK AZAM UMI UNTUK TAHUN 2019
umi tak boleh nak target lagi apa yang umi nak untuk tahun ni.Cuma umi mohon pada Allah swt, sentiasa permudahkan urusan umi.Diberikan kesihatan yang baik.Nak jadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Itu semua dah ada dalam hati umi.Hari semakin tua, umi nak perbaiki lagi diri umi jadi hambaNya yang hanya menumpang di bumi buat sementara waktu.
The post ENTRY BARU DI TAHUN 2019 appeared first on Kisahsidairy.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahsidairy.com/entry-baru-di-tahun-2019/