Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot
Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot | Ramai dikalangan blogger yang teringin sangat entri mereka diindex dengan pantas oleh Googlebot atau juga dipanggil Google Crawlers. Pasti ada sesuatu yang istimewa dan bersebab sehingga entri kita terindek begitu pantas. Nak tahu baca entri ini sehingga habis. Saya akan ceritakan satu persatu supaya anda semua memahaminya
Diindex Oleh Googlebot
Entri Terpantas Diindex Oleh GooglebotSemenjak bertukar template baru, semakin terpantas entri saya diindex oleh Google. Satu percapaian yang kebanyakan blogger mahukan. Sebenarnya dah lama template ini menjadi idaman saya, cuma sekarang baru terlaksana hajat. Template itu dah lama download dan berada di dalam simpanan dan pada tahun baru 2016 barulah saya tukar daripada template RetroTale Blogger Template ke Iconic One Responsive Blogger Template.
Jangan Lupa Baca Entri Terdahulu
"Pengalaman Bersama ONEXOX"
Jika diperhatikan Print Screen di atas, anda dapati entri saya dengan menggunakan kata kunci 10 Soalan Berkaitan ONEXOX berjaya diindex oleh googlebot hanya sekitar 23 saat (28 secs ago), yakni kurang daripada 1/2 minit. Hebatkan?
Saya pun tertanya-tanya pasal apa google ini cepat sangat mengindexkan entri saya begitu cepat sekali dan saya cuba selidik apa yang patut saya buat dan mahu menguji kembali tahap di mana kedudukan status saya di mata Google. Mungkin juga Pak Google dah mula sayang blog Top Seo Friendly kot? Apakah sebenarnya google perlukan dan apakah syarat-syarat yang patut sesebuah blog itu cepat terindex? Kalau untuk blog baru boleh buat dahulu tip di bawah ini
1. Daftar Blog Di Google Webmaster ToolGoogle Webmaster Tool adalah tool yang terbaik untuk mendaftarkan blog anda. Ia disediakan oleh Google sebagai tempat terletaknya semua struktur blog anda. Ia membantu agar memudahkan googlebot dan monitor berintraksi dengan blog yang kita miliki
Submit Sitemap Blog Di Google Webmaster ToolSetelah mendaftar, jangan lupa submitkan sitemap anda di Google Webmaster Tool. Ia bertujuan untuk memberitahu kepada bahawa blog kita sudah ada sitemap atau laman peta dan mudah bagi enjin google untuk menemukan content/entri blog yang harus dicrawler dan diindex secepat mungkin. Boleh buat sitemap yang mesra SEO agar ia makin mudah dan cepat diindex oleh Googlebot
Submit URL Blog/Entri Di Google URL Submit Apabila sudah ada sitemap di blog maka makin senang dan cepat diindex jika lepas publish entri anda terus submit di Google URL Submit. Ini bertujuan untuk memberitahu kepada google crawler dan googlebot bahawa kita telah mengirimkan/publish/update entri terkini
Daftar Blog Di Google AnalyticTindakan seterusnya adalah dengan cara mendaftarkan blog anda di Google Analytics. Google Analytics adalah tool yang disediakan oleh Google juga untuk membantu pemilik blog bagi memudahkan untuk melihat keseluruhan trafik dan pengunjung yang sudah dan sering berkunjung ke blog anda. Secara tidak langsung ia memberi signal kepada pemilik blog bahawa segala analisis berkaitan blog anda akan diproses secara berterusan
Bila sudah daftar, pihak Google Analytics akan menyuruh anda untuk letakkan "Tracking ID" di Dashboard blog anda "Tracking Code" di template di bahagian <head>. Letakkan di bawah selepas <head>. Contoh Tracking ID ialah "UA-62498465-1.
<script> (function(i,s,o,g,r,a,m){i['GoogleAnalyticsObject']=r;i[r]=i[r]||function(){ (i[r].q=i[r].q||[]).push(arguments)},i[r].l=1*new Date();a=s.createElement(o), m=s.getElementsByTagName(o)[0];a.async=1;a.src=g;m.parentNode.insertBefore(a,m) })(window,document,'script','//www.google-analytics.com/analytics.js','ga');
ga('create', 'UA-62498465-1', 'auto'); ga('send', 'pageview');
</script>
Kongsikan Entri Ke Media SosialIni juga perlu dilakukan oleh blogger, terutamanya blogger baru yang belum tahu keuntungannya berganda-ganda jika kongsikan entri anda ke Media Sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Group Whatsapp, Group Telegram dan sebagainya. Gunakan Media Sosial sebaik-baiknya, banyak kelebihannya
Submit Di Sosial BookmarkingIni juga seperti kongsikan entri ke media sosial tetapi ia di sebelah luar negara. Biasanya kita boleh dan pernah menjumpai seperti Linked, Stumbleupon, Delicious dan sebagainya
Submit RSS Feed Di Blog Directory Submit juga di RSS Feed blog anda di blog directory yang trafiknya tinggi seperti Altop, Technorati, Top Rank Blog, Riddit dan sebagainya
Bina Backlink SebanyaknyaSelepas itu jangan lupa bina backlink sebanyak mungkin. lebih baik gunakan yang percuma sahaja. Terdapat banyak backlink yang boleh kita perolehinya. Boleh cuba dapatkan link juice, yakni link blog/entri kita berada di blog milik blogger lain. Caranya adalah dengan pingkan di mana-mana ping tool yang dipercayai seperti pingler, GooglePing, mypagerank, TotalPing, Ping-O-Matic, blogged.my, Blogr, Ping Busuk dan sebagainya. Lagi banyak backlink diperolehi maka lebih cepat googlebot mengindexkan entri anda.
Template ResponsifTemplate terkini lebih kepada blog responsif kerana ia mesra SEO dan banyak diakses oleh pengguna yang menggunakan gajet mereka sebagai tempat untuk mereka mencari sesuatu maklumat dan infonya.
Content BerkualitiIni sudah ramai yang mengetahuinya, content mestilah berkualiti. Berkualiti bermaksud, artikel yang anda tulis itu adalah artikel yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Google. Artikel itu mestilah panjang jumlah perkataanya (500 patah perkataan ke atas) dan artikel itu pula adalah berkaitan informasi dan perkongsian yang memberi manfaat kepada pembaca.
Artikel berinformasi dan mempunyai tajuk besar dan kecil secara tersusun serta memberi kemudahan kepada pembaca untuk mencari sesuatu maklumat daripada blog anda. Blog yang copy dan paste terkeluar daripada content berkualiti
Loading Blog Pantas
Pingdom Speedtest Tool
Yalah...sesiapa pun tidak mahu menunggu lama untuk membuka sesebuah laman blog, begitu juga halnya dengan Google. Mereka mahu blog korang speednya laju supaya senang google crawlers nak menjelajahi entri tersebut. Ada 3 tempat boleh anda test blog anda untuk melihat keputusan loading blog anda, berapa lama ia mengambil masa iaitu Pingdom Tool, GTmetrix Tool,
Membuat Akaun YoutubeDisarankan buat akaun Youtube dan mengupload sebarang video berkaitan dengan tutorial cara membuat blog ke, cara daftar blog ke Webmaster Tool ke atau apa saja yang difikirkan perlu. Di situ boleh letakkan link ke blog anda
Buat Anchor TextAnchor Text juga boleh diistilahkan kepada judul link atau label link. Anchor Text yang baik adalah link yang menuju ke artikel lain (hyperlink) tetapi dengan topik yang sama di blog kita sendiri. Ia berhubung kait dengan tajuk sesuatu ayat/perkataan. Boleh juga linkkan ke luar (outboundlink). Boleh lihat di dalam artikel ini yang berwarna biru
KesimpulannyaEntri yang kita posting/publish pastinya akan diindex oleh Googlebot/crawler. Ia merayap ke halaman post anda keseluruhannya yang di dalamnya ada metadata, keyword/kata kunci, jumlah perkataan, anchor text, hyperlink, meta tag, description, label, judul dan sebagainya. Selepas itu crawler/web spider akan menilai artikel/entri tersebut dan akan dihantar ke database search engine result page (SERP) lalu di siarkan di google search
Semoga Entri Terpantas Diindex Oleh Googlebot adalah sebuah entri yang terbaik untuk dibaca oleh pengunjung/blogger yang inginkan tip SEO, teknik SEO, rahsia SEO sebagai satu pembelajaran buat mereka. Ia sedikit sebanyak memberi informasi yang berguna. Terima kasih sudi membaca artikel ini, harap ada banyak manfaatnya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://topseofriendly.blogspot.com/2016/01/entri-terpantas-diindex-oleh-googlebot.html