Anda Seorang Kaki Movie Tahukah Anda Ada 10 Filem Adi Wira Terburuk Yang Pernah Di Hasilkan Oleh Dc Dan Marvel



Filem adiwira yang diadaptasi daripada komik selalunya mencatat kutipan pecah panggung apabila ditayangkan. Tidak dinafikan penggemar adiwira memang ramai di seluruh dunia. Buktinya, filem adiwira terutama terbitan Marvel Studios seperti Avengers : Endgame, Avengers : Infinity Wars dan Black Panther mencatat kutipan tinggi

Bagaimanapun, tidak semua filem berkenaan mendapat sambutan hebat dan menerima pujian, ada juga sebaliknya. Berikut disenaraikan 10 filem adiwira yang dianggap buruk dan gagal menarik penonton di pawagam. Walaupun membariskan pelakon terkenal, beberapa kelemahan yang ada terutama skrip yang longgar dan lakonan lemah mungkin menjadi faktor filem terbabit gagal

1. Catwoman (2004)


Catwoman adalah watak fiksyen dalam komik Amerika Syarikat terbitan DC Comics yang biasanya berkaitan dengan Batman. Filem ini diarahkan Pitof yang tidak pernah mengarah filem cereka sekali gus membuatkan filem ini sangat teruk

Catwoman menampilkan Halle Berry sebagai pelakon utama sebelum dia berjaya dengan watak Storm dalam siri filem X-Men. Kostum Catwoman yang dianggap terlalu seksi, plot membingungkan serta pembentukan imej janaan komputer (CGI) yang kasar membuatkan filem ini nampak tidak sempurna. Watak Catwoman turut diketengahkan dalam filem The Dark Knight Rises lakonan Anne Hathaway


2. Fantastic Four (2005)

Sebelum Chris Evans mencipta populariti sebagai Captain Amerika, dia terlebih dulu dikenali sebagai Human Torch menerusi filem ini yang dilihat terlalu berunsurkan komik. Filem arahan Tim Story yang turut menampilkan Loan Gruffudd, Jessica Alba, Michael Chiklis, Julian McMahon and Kerry Washington dilihat cuba mempelbagaikan kisah dramatik adiwira bagi menarik penonton. Watak yang ditampilkan bagaimanapun gagal menarik penonton untuk memberikan sokongan


3. Batman V Superman : Dawn of Justice (2016)

Ramai yang ternanti-nantikan filem ini kerana ia pertama kali menggabungkan dua watak adiwira paling ikonik, Batman dan Superman dalam satu filem. Filem terbitan DC Entertainment ini adalah dalam usaha menyaingi kejayaan Marvel Studios yang sering berjaya dengan filem adiwira mereka

Filem ini menampilkan barisan pelakon ternama iaitu Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Jesse Eisenberg, Diane Lane, Laurence Fishburne, Jeremy Irons, Holly Hunter dan Gal Gadot. Melihatkan pada senarai nama, diakui penerbit dan pengarahnya cuba menghasilkan sebuah filem yang baik

Bagaimanapun, hasilnya agak mengecewakan kerana skrip tulisan Chris Terrio dan David S. Goyer ini agak kelam-kabut dan kurang kemas. Paling melucukan apabila pertarungan hebat di antara Batman dan Superman boleh terhenti kerana nama kedua-dua ibu mereka sama


4. Green Lantern (2011)


Green Lantern adalah antara adiwira DC Comics yang paling terkenal. Filem arahan Martin Campbell ini adalah filem superhero Amerika Syarikat berdasarkan watak buku komik dengan nama sama muncul pada komik terbitan DC. Filem tulisan Greg Berlanti ini menampilkan Ryan Reynolds sebagai pelakon utama bernama Hal Jordan

Pelakon lain ialah Mark Strong, Blake Lively dan Peter Sarsgaard. Sayangnya, ketika diadaptasi menjadi sebuah filem, Green Lantern dianggap gagal. Ia tidak mampu memenuhi piawaian peminat yang mahu melihatnya menjadi sebagai sebuah filem adiwira terbaik

Bagaimanapun, karier Reynolds sebagai watak adiwira terselamat apabila dia mengambil keputusan membintangi filem terbitan Marvel Studios iaitu Deadpool


5. Justice League (2017)

Filem arahan Zack Snyder ini menampilkan Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Jason Momoa, Ezra Miller, Ray Fisher, Amy Adams, Willem Dafoe, Jesse Eisenberg, Jeremy Irons, Diane Lane, Connie Nielsen, Ciaran Hinds dan J K Simmons. Hampir semuanya adalah nama besar dalam industri filem Hollywood

Dalam Justice League, Batman dan Wonder Woman bergabung dalam satu kumpulan bersama Flash, Aquaman dan Cyborg untuk menghadapi Steppenwolf dan pasukan Parademons. Lakon layar beberapa pelakon dan konsep lakonan satu dimensi tidak memberikan impak yang sewajarnya terhadap filem ini sehingga kurang diminati peminat


6. Daredevil (2003)

Filem arahan Mark Steven Johnson ini turut menampilkan Ben Afflek sebagai adiwira. Ben sememangnya mempunyai kerjaya hebat sebagai adiwira dan sekarang menyerlah menerusi Batman terbitan DC

Kemunculannya menerusi filem ini pada 2003 agak kurang meyakinkan dan sekali gus menampakkan filem ini tidak mempunyai reputasi yang hebat. Colin Farrell yang melakonkan watak penjahat dikatakan lebih menyerlah berbanding Ben


7. Ghost Rider: Spirit of Vengeance (2011)

Filem arahan Mark Neveldine dan Brian Taylor ini diharapkan mendapat sambutan menggalakkan bagi mengubati kekecewaan akibat kegagalan filem pertamanya pada 2017. Bagaimanapun filem yang menampilkan Nicolas Cage, Ciarán Hinds, Violante Placido, Johnny Whitworth, Christopher Lambert dan Idris Elba ini sekali lagi mengalami kegagalan. Malah, ia lebih teruk daripada filem pertama dan mendapat kutipan yang terlalu rendah


8. Batman & Robin (1997)

Filem arahan Joel Schumacher ini menampilkan Arnold Schwarzenegger, George Clooney dan Chris O’Donnell. Dikeluarkan pada 1997, Batman & Robin diharapkan mampu meneruskan kejayaan dua filem Batman sebelumnya yang dibintangi Michael Keaton

Namun, malangnya filem ini menjadi filem Batman terburuk sepanjang masa kerana beberapa babak yang kurang logik. Mujurlah filem Batman yang diarahkan Christopher Nolan selepas itu mampu memulihkan nama baik Batman


9. Elektra (2005)

Elektra adalah filem ‘spin-off’ daripada Daredevil yang dibintangi Ben Affleck pada 2003. Ia menjadi filem adiwira wanita pertama daripada Marvel Studios. Populariti Jennifer Garner ketika itu membuatkan dia menjadi pilihan pengarah Rob Bowman bagi membawakan watak utama

Pelakon lain ialah Goran Visnjic dan Will Yun Lee. Malangnya, Elektra dikritik habis-habisan oleh pengkritik filem dan peminat kerana skripnya yang longgar serta kegagalan Jennifer melakonkan wataknya dengan baik


10. Supergirl (1984)

Selepas Superman, filem arahan Jeannot Szwarc ini dihasilkan bagi menonjolkan kewibawaan wanita. Barisan pelakonnya ialah Faye Dunaway, Helen Slater, Hart Bochner, Peter Cook, Mia Farrow, Marc McClure, Brenda Vaccaro dan Peter O’Toole.

Sumber: MyMetro
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/anda-seorang-kaki-movie-tahukah-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita Hollywood Ingin Hasilkan Semula Filem Korea Parasite Sekadar Khabar Angin Cj Entertainment

Berita Hollywood Ingin Hasilkan Semula Filem Korea Parasite Sekadar Khabar Angin Cj Entertainment

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 269 hits
CJ Entertainment menafikan laporan yang mengatakan mereka kini dalam rundingan awal dengan studio penerbitan Hollywood untuk hasilkan filem remake Parasite Berita tersebut mula tersebar menerusi laman hiburan yang berpengkalan di Amerika Sy...
Giliran Salma Hayek Pula Dikaitkan Dengan Filem Marvel The Eternals

Giliran Salma Hayek Pula Dikaitkan Dengan Filem Marvel The Eternals

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 464 hits
Bintang filem The Hitman s Bodyguard Salma Hayek dilaporkan sedang berbincang dengan Marvel Studios untuk membintangi filem terbaru Marvel Cinematic Universe The Eternals Bagaimanapun berdasarkan laporan dari laman The Wrap karakter yang ba...
Pencipta Komik The Mask Mahu Hasilkan Filem Reboot Pelakon Utamanya Adalah Wanita

Pencipta Komik The Mask Mahu Hasilkan Filem Reboot Pelakon Utamanya Adalah Wanita

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 600 hits
Pencipta komik The Mask Mike Richardson dilaporkan mahu filem reboot The Mask dihasilkan dengan pelakon utamnya ada wanita Menurut laporan dari laman Movieweb Richardson mahu karakter dalam filem itu nanti berbeza dari yang dibawakan oleh J...
Penulis Komik Marvel Cadangkan Keanu Reeves Berlakon Dalam Filem Shang Chi

Penulis Komik Marvel Cadangkan Keanu Reeves Berlakon Dalam Filem Shang Chi

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 225 hits
Sejak filem John Wick Chapter 3 Parabellum ditayangkan kepada penonton populariti pelakon utamanya Keanu Reeves melonjak secara mendadak Popularitinya itu membuatkan peminatnya tidak sabar untuk melihat pelakon kesayangan mereka beraksi dal...
Dulu Baca Berita Sekarang Seorang Youtuber Berjaya Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Pernah Gagal Dalam Hidup

Dulu Baca Berita Sekarang Seorang Youtuber Berjaya Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Pernah Gagal Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 415 hits
Dalam dunia ini tiada siapa yang suka mengalami kegagalan kerana ia adalah bukti bagi satu usaha atau prestasi yang tidak mencukupi untuk mencapai sesuatu matlamat Tetapi tiada siapa yang tidak pernah merasai kegagalan dalam hidup Kegagalan...
7 Perkara Yang Disembunyikan Oleh Seorang Introvert

7 Perkara Yang Disembunyikan Oleh Seorang Introvert

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 271 hits
7 Perkara Yang Disembunyikan Oleh Seorang IntrovertJika anda seorang berperwatakan introvert atau mengenali introvert pasti anda tahu bahawa kehidupan ini tidaklah mudah bagi mereka Introvert adalah orang yang cenderung fokus kepada pikiran...
Seorang Maut Seorang Lagi Cedera Parah Jatuh 40 Kaki Ketika Sedang Selfie

Seorang Maut Seorang Lagi Cedera Parah Jatuh 40 Kaki Ketika Sedang Selfie

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 513 hits
Pelancong berusia 24 tahun itu maut apabila terjatuh ke atas konkrit SEORANG pelancong Britain maut manakala seorang lagi rakannya cedera parah apabila terjatuh dari ketinggian 40 kaki ketika sedang berselfie Ketika kejadian kedua dua merek...
Ford Mustang Shelby Gt500 2020 Model Terhebat Pernah Di Hasilkan

Ford Mustang Shelby Gt500 2020 Model Terhebat Pernah Di Hasilkan

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 209 hits
Sebut mengenai muscle car pastinya Ford Mustang antara yang menjadi sebutan buat peminat automotif dan kali ini model ikonik buat Ford hadir dengan versi terbaru melalui model Mustang Shelby GT500 2020 Model ini bukan sahaja tampil dengan r...
3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Apakah Itu Sistem Bantuan Pemandu Dan Fungsinya

Tamago Kake Gohan



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Puisi 35 Takdir

Raya Raya Raya 2024

Siput Serang Tanaman

Year Round Pool Fun Pool Place Easton Your Partner In Pool Maintenance

3 Lelaki Positif Dadah Ditahan Samun Pelajar Di Kolej

Remaja Perempuan Berusia 14 Tahun Anak Ketua Polis Lahad Datu Ditemui Maut Berlumuran Darah