Enggan Susahkan Mak Ayah Pelajar Cemerlang Ini Tolak Tawaran Ke Sbp


“SAYA tolak tawaran belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) kerana bimbang dengan kemampuan kewangan ibu dan ayah yang hidup serba kekurangan,” ujar pelajar, Noor Areesya Redza Redzuan, 13.
Dia yang mendapat keputusan cemerlang 6A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu itu menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu di TKC tahun ini.
Bagaimanapun, bekas murid Sekolah Kebangsaan Senawang 3 itu menolak tawaran berkenaan ketika menghadiri temuduga baru-baru ini, berikutan kebimbangan terhadap kemampuan kewangan keluarga selain tidak mahu menyusahkan kedua-dua ibu dan bapanya.
Dia yang kini meneruskan persekolahan Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi Senawang, mengakui bimbang menyusahkan kedua orang tuanya.
“Saya ambil keputusan menolak tawaran TKC itu kerana tidak mahu menyusahkan ibu dan bapa,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Desa Ixora Senawang, di Seremban, hari ini.
Keluarga terbabit dikunjungi Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan Mohd Hanis Alimin, yang turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.
Bapa pelajar itu, Redzuan Mansor, 57, berkata, dia kini bergantung sumber pendapatan menjual nasi lemak dan kuih muih di tepi jalan utama taman berkenaan manakala isterinya, Norafiza Abd Hamid, 51, bekerja sebagai pencuci di sebuah institusi kewangan di Senawang.
Menurutnya, dia mengharapkan anak bongsunya itu dapat meneruskan pelajaran ke Tingkatan Satu disekolah berasrama penuh (SBP).
“Memang saya mengharap dia dapat belajar di SBP kerana keputusan UPSR 2019 yang dia perolehi amat baik.
“Saya pun tidak sangka dia sendiri menolak tawaran itu. Saya sedar dengan sikapnya yang tidak mahu membebankan keluarga,” katanya yang akui anaknya itu seorang yang rajin belajar.
Sementara itu, Mohd Hanis, berkata pihaknya akan membantu keluarga terbabit termasuk mendapatkan peluang bagi Noor Areesya meneruskan persekolahan di SBP.
Beliau berkata, pelajar terbabit seorang yang berpotensi untuk terus cemerlang dalam pelajaran.
“Kami akan cuba bantu keluarga ini khususnya remaja ini jika dia ingin meneruskan pelajaran di sekolah berasrama penuh.
“Saya fikir soal kos tidak menjadi isu kerana SBP adalah sekolah bantuan kerajaan,” katanya.
The post Enggan susahkan mak ayah, pelajar cemerlang ini tolak tawaran ke SBP appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/enggan-susahkan-mak-ayah-pelajar-cemerlang-ini-tolak-tawaran-ke-sbp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindukan Mak Ayah Pelajar Orang Asli Tahun 1 Menangis Cium Dinding Sekolah

Rindukan Mak Ayah Pelajar Orang Asli Tahun 1 Menangis Cium Dinding Sekolah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 587 hits
Pelbagai cerita menarik telah berlegar legar sejak semalam berkenaan sesi persekolahan Mana tidaknya alam persekolahan akan kelihatan baru di mata kanak kanak berusia lima hingga tujuh tahun berikutan kali pertama menjejakkan kaki ke tempat...
Mak Ayah Paling Bodoh Prank Baling Telur Rosakkan Kek Ketika Hari Jadi Anak Dikecam

Mak Ayah Paling Bodoh Prank Baling Telur Rosakkan Kek Ketika Hari Jadi Anak Dikecam

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 703 hits
Kanak kanak memang suka sambut birthday kan Bagi ibu bapa yang berkemampuan mereka pasti akan buat parti khas dan menjemput ahli keluarga serta kawan kawan anak untuk sama sama meraikan hari istimewa ini Tetapi lain pula yang jadi dengan se...
Walaupun Mak Ayah Mampu Tapi Tak Salah Ajar Anak Hidup Susah Dan Sederhana

Walaupun Mak Ayah Mampu Tapi Tak Salah Ajar Anak Hidup Susah Dan Sederhana

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 438 hits
Musim persekolahan semakin dekat Mak ayah pun dah mula beli persiapan persekolahan anak anak Dari baju kasut sampailah beg sekolah Mak ayah punya pilihan sama ada mahu beli barang sekolah anak yang mahal atau sebaliknya Guru ini Noraniza Ab...
Anak Cctv Bergerak Mak Ayah Apa Kita Cakap Buat Diingat Sampai Besar

Anak Cctv Bergerak Mak Ayah Apa Kita Cakap Buat Diingat Sampai Besar

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 355 hits
Semua mesti tahukan yang anak ni CCTV terbaik di seantero dunia Storage mereka tak ada limit berapa juta gig pun diaorang boleh rekod Kamera pula bukan calang calang bukan Full HD lagi tapi 6D nampak real Kita kena jaga tingkah laku kita bi...
Anak Asyik Bergaduh Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama Sama

Anak Asyik Bergaduh Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama Sama

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 622 hits
Anak anak kita ada perangainya masing masing Bila mereka duduk bersama tiba tiba boleh bercakar Itu adalah perkara normal ada saja perkara yang akan menyebabkan mereka bergaduh Pergaduhan ini boleh merapatkan hubungan mereka tetapi tidak el...
Pinggir Mak Ayah Bila Dah Kahwin Sampai Bila Bila Hidup Kau Akan Susah Ingat Pesanan Ini

Pinggir Mak Ayah Bila Dah Kahwin Sampai Bila Bila Hidup Kau Akan Susah Ingat Pesanan Ini

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 369 hits
Jika ditanya siapa yang paling kita sayangi sesudah Allah dan Rasul pasti ramai yang menjawab ibu bapa Ya ibu bapa lah manusia yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dunia Sewaktu kecil kitalah permata mereka kitalah intan yang ditatang d...
Jangan Pinggir Mak Ayah Selepas Berkahwin Hidup Akan Dalam Kesusahan Dan Tidak Bahagia

Jangan Pinggir Mak Ayah Selepas Berkahwin Hidup Akan Dalam Kesusahan Dan Tidak Bahagia

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 338 hits
Rata rata kalau ditanya siapa yang paling anda sayangi pasti ramai yang menjawab ibu bapa Yelah itukan sebelum berkahwin Selepas berkahwin pun masih lagi menjawab benda yang sama tapi betulkah semua itu yang berlaku Tahukah anda ibu bapa la...
Allah Bagi Nisa Untuk Pimpin Kami Dialah Mata Dialah Tongkat Luah Mak Ayah Buta

Allah Bagi Nisa Untuk Pimpin Kami Dialah Mata Dialah Tongkat Luah Mak Ayah Buta

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 500 hits
Nur Khairunnisa adalah mata dan tongkat kami kata Nur Suhaida Norwi 30 ibu kepada murid Tahun Satu Nur Khairunnisa Mohammad Haizir yang menjadi tular di laman sosial baru baru ini Gelagat anak kecil itu menunjukkan padang kelas kantin dan p...
Anak Akan Tengok Cara Ayah Layan Mak Sebab Itu Kena Tunjuk Yang Baik Baik

Anak Akan Tengok Cara Ayah Layan Mak Sebab Itu Kena Tunjuk Yang Baik Baik

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 452 hits
Sebagai seorang ayah anak perlu berwaspada dengan tingkah laku anda bila berhadapan dengan anak anak Anak anak cenderung menjadikan ayahnya sebagai role model dalam hidupnya Pernah tak dengar bila cikgu tanya anak anak anda nak jadi apa bes...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik