Allah Bagi Nisa Untuk Pimpin Kami Dialah Mata Dialah Tongkat Luah Mak Ayah Buta


“Nur Khairunnisa adalah mata dan tongkat kami,” kata Nur Suhaida Norwi, 30, ibu kepada murid Tahun Satu, Nur Khairunnisa Mohammad Haizir yang menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.
Gelagat anak kecil itu menunjukkan padang, kelas, kantin dan persekitaran sekolah ketika minggu orientasi kepada ibu bapanya yang cacat penglihatan menyentuh hati warganet yang beranggapan murid Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Batu, Kuala Lumpur, seolah-olah dewasa sebelum usia.
Memahami kami buta
Nur Suhaida berkata, anak tunggalnya itu sangat memahami ‘kekurangan’ ibu dan bapanya terutama untuk bergerak ke mana-mana.

“Khairunnisa membaca papan tanda dan nombor kenderaan serta bertanya orang ramai dalam setiap urusan harian kami.
“Anak ini memang anugerah Allah, dia tahu dalam usia masih muda perlu berdikari dan berdiri sendiri untuk membantu kami yang buta,” katanya kepada Harian Metro.
Bercita-cita beli kereta besar
Bagi Mohammad Haizir Zakaria, 36, Nur Khairunnisa yang sudah mengenal huruf ketika usia lima tahun antara yang diharapkan untuk menaiki pengangkutan awam dan menempah perkhidmatan e-hailing untuk bergerak.
“Anak ini tahu kami tidak nampak tetapi tetap juga mahu menjaga kami, paling meruntun jiwa cita-citanya untuk membeli kereta besar dan bawa kami berjalan-jalan.
“Saya faham kenapa anak bercita-cita mahu membeli kereta, mungkin dia nampak kepayahan untuk kami bergerak,” katanya yang cacat penglihatan sejak kecil.

Sejak usia 4 tahun dah pandai bawa diri
Menurutnya, sejak berusia empat tahun, dia dan isteri sudah mengajar Khairunnisa untuk rajin bertanya orang ramai sekiranya memerlukan bantuan ketika mencari jalan.
“Bulan lalu, kami sekeluarga ke Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga di sana.
“Ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khairunnisa tahu apa yang perlu dilakukan, dia segera ke kaunter tiket bertanyakan apa perlu dilakukan kerana kami buta. Dia memang peramah dan bertanggungjawab walaupun masih muda,” katanya.
Mohammad Haizir berkata, setiap hari dia dan isteri akan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Hang Tuah hingga Stesen Sultan Ismail untuk menghantar dan menjemput Khairunnisa daripada sekolah.
“Walaupun Khairunnisa nampak matang namun usianya tetap masih muda dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaganya,” katanya.
Dialah Mata Dan Tongkat Kami 
Sementara itu, guru kelas Nur Khairunnisa, Amira Nadwa Mohd Nasir, 28, berkata, dia tersentuh hati melihat anak muridnya yang begitu kuat dan bertanggungjawab walaupun baru berusia tujuh tahun.
“Jatuh air mata saya melihat seorang anak kecil, memimpin ibu bapanya yang tidak dapat melihat ke orientasi Tahun Satu pada 31 Disember lalu ketika hari pertama ke sekolah.
“Dia sendiri menulis nombor telefon ibu bapanya walaupun baru bertatih dan terbalik menulis, kuatnya dia walaupun terpaksa berdikari dalam usia terlalu muda,” katanya ketika dihubungi.

Amira Nadwa berkata, selesai orientasi, Khairunnisa memimpin ibu bapanya untuk menunjukkan kelas, padang dan kantin seolah-olah mereka dapat melihat.
“Masih terbayang di mata saya Khairunnisa menunjukkan ‘mak, sini kantin, ini padang sekolah’.
“Selepas orientasi, saya bersembang buat pertama kali dengan ibu bapanya semalam (kelmarin) ketika hari pendaftaran pertama sekolah.
“Masih terkesan ayat ibunya kepada saya apabila mengandaikan Khairunnisa adalah mata dan tongkat suami isteri berkenaan.
“Sememangnya murid ini boleh dijadikan inspirasi buat kita semua walaupun masih kecil tetapi mempunyai jiwa besar, mampu memimpin ibu bapanya ke mana saja mereka pergi,” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post “Allah Bagi Nisa Untuk Pimpin Kami. Dialah Mata, Dialah Tongkat.” Luah Mak Ayah Buta appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/allah-bagi-nisa-untuk-pimpin-kami-dialah-mata-dialah-tongkat-luah-mak-ayah-buta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Darjah Satu Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Satu Sekolah Undang Sebak

Murid Darjah Satu Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Satu Sekolah Undang Sebak

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 521 hits
Kebanyakan sesi orientasi tahun 1 melihat kegembiraan para ibu bapa membawa anak mereka menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke sekolah Namun perkongsian seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Perempuan Jalan Batu di sini mencoret sisi berbe...
Anak Luah Rasa Hiba Mak Ikut Jejak Ayah Meninggal Dunia Berselang Hari Di Madinah

Anak Luah Rasa Hiba Mak Ikut Jejak Ayah Meninggal Dunia Berselang Hari Di Madinah

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 426 hits
Berat ujian yang ditanggung Mohd Fikri Ismail dan adik beradiknya apabila kedua dua ibu bapa mereka kembali ke rahmatullah ketika sedang mengerjakan umrah di tanah suci baru baru ini Lebih menyedihkan pasangan itu pergi hanya selang sehari ...
Murid Tahun 1 Pimpin Ibu Ayah Yang Buta Pada Hari Orientasi Sekolah

Murid Tahun 1 Pimpin Ibu Ayah Yang Buta Pada Hari Orientasi Sekolah

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 616 hits
Sentap hari terakhir tahun 2019 Hari ni terima murid Tahun 1 Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020 Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil Memimpin mak ayahnya yang tidak dapat melihat ke orientasi tahun 1 hari pertama dia se...
Bila Mak Ayah Sudah Tiada Salah Satu Hubungan Yang Perlu Dijaga Adalah Adik Beradik

Bila Mak Ayah Sudah Tiada Salah Satu Hubungan Yang Perlu Dijaga Adalah Adik Beradik

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 492 hits
Gambar Sekadar HiasanAkhir zaman ini ujian yang paling berat untuk dihadap apabila adik beradik tak lagi sebulu Bila masing masing sudah berkeluarga mak ayah ada yang dah tiada sedihnya hubungan kian renggang Ada saja yang tak kena di mata ...
Anak 2 3 Tahun Tak Pandai Urus Diri Bebas Lampin Yang Patut Mak Ayah Risau Bukan Tak Pandai Abc

Anak 2 3 Tahun Tak Pandai Urus Diri Bebas Lampin Yang Patut Mak Ayah Risau Bukan Tak Pandai Abc

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 427 hits
Memandangkan tahun 2020 sudah semakin dekat pasti ada mak ayah yang meletakkan target untuk anak bebas diaper pada tahun depan Disini dikongsikan tentang artikel berkaitan semoga bermanfaat untuk mak ayah yang memerlukan Selamat berjaya MEL...
Mata Ayah

Mata Ayah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 278 hits
KATA TERINDAHSN Usman AwangMata AyahSILA LIKE SHARE DAN SUBSCRIBE
Rindukan Mak Ayah Pelajar Orang Asli Tahun 1 Menangis Cium Dinding Sekolah

Rindukan Mak Ayah Pelajar Orang Asli Tahun 1 Menangis Cium Dinding Sekolah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 587 hits
Pelbagai cerita menarik telah berlegar legar sejak semalam berkenaan sesi persekolahan Mana tidaknya alam persekolahan akan kelihatan baru di mata kanak kanak berusia lima hingga tujuh tahun berikutan kali pertama menjejakkan kaki ke tempat...
Pinggir Mak Ayah Bila Dah Kahwin Sampai Bila Bila Hidup Kau Akan Susah Ingat Pesanan Ini

Pinggir Mak Ayah Bila Dah Kahwin Sampai Bila Bila Hidup Kau Akan Susah Ingat Pesanan Ini

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 369 hits
Jika ditanya siapa yang paling kita sayangi sesudah Allah dan Rasul pasti ramai yang menjawab ibu bapa Ya ibu bapa lah manusia yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dunia Sewaktu kecil kitalah permata mereka kitalah intan yang ditatang d...
Jangan Pinggir Mak Ayah Selepas Berkahwin Hidup Akan Dalam Kesusahan Dan Tidak Bahagia

Jangan Pinggir Mak Ayah Selepas Berkahwin Hidup Akan Dalam Kesusahan Dan Tidak Bahagia

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 338 hits
Rata rata kalau ditanya siapa yang paling anda sayangi pasti ramai yang menjawab ibu bapa Yelah itukan sebelum berkahwin Selepas berkahwin pun masih lagi menjawab benda yang sama tapi betulkah semua itu yang berlaku Tahukah anda ibu bapa la...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik