Pinggir Mak Ayah Bila Dah Kahwin Sampai Bila Bila Hidup Kau Akan Susah Ingat Pesanan Ini



Jika ditanya siapa yang paling kita sayangi sesudah Allah dan Rasul, pasti ramai yang menjawab ibu bapa. Ya, ibu bapa lah manusia yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dunia

Sewaktu kecil, kitalah permata mereka, kitalah intan yang ditatang dan dijaga sebaiknya. Masih ingat sewaktu kita meminta dibelikan ais krim, atau beg sekolah, buku dan pensil, atau kasut raya berkilat ditaburi manik

Ya, saya masih ingat persis. Saya harap anda para pembaca juga masih megingati kenangan-kenangan manis bersama ibu bapa

Itu adalah puluhan tahun dulu. Kini pasti mereka telah meningkat usia, uban putih memenuhi kepala, kedut-kedut di wajah dan tangan yang semakin ketara. Itulah tangan yang selalu membelai kita sejak kecil

Sekarang kita sudah dewasa, dan semakin jauh dari kehidupan ibu bapa. Namun kita, tetap menjadi dunia mereka yang selalu mereka lewati saat gambar-gambar dalam album lama diteliti. Ya, anda tidak pernah tahu dan tidak pernah menyangka

Suatu hal yang tidak dapat kita lari dan seharusnya kita cepat sedari adalah ibu bapa kita bukanlah semakin muda. Usia tua telah memamah kudrat mereka

Usia tua telah menjadikan mereka semakin sensitif dan cepat berkecil hati dengan perselisihan-perselisihan kecil yang terjadi. Jadi mari kita teliti 5 hal yang boleh kita ambil tahu sewaktu melayani dan menyantuni mereka:

#1 – Sensitif Dengan Keadaan Kesihatan
Semakin meningkat usia, mereka semakin terdedah dengan penyakit-penyakit tertentu contohnya darah tinggi atau kencing manis. Luangkan sedikit masa untuk menemani mereka ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan berkala, atau anda juga boleh membuat giliran dengan adik-beradik yang lain, mungkin atas faktor kekangan kerja dan cuti yang tidak banyak

Cuba fahami apa yang dibicarakan doktor, saranan pengambilan ubatan yang pelbagai atau nasihat-nasihat tambahan yang diberikan. Ingatkan mereka untuk mengambil ubat atau boleh juga belikan alat untuk memeriksa tekanan darah dan kandungan gula supaya boleh dilakukan sendiri di rumah. Ini lebih mudah

Perlu diingatkan bahawa kesihatan mereka kembali sensitif apabila meningkat usia, sama seperti waktu kita kecil-kecil dahulu, kerap demam dan tidak sihat badan, maka begitu juga mereka

#2 – Cari Tahu Impian dan Keinginan Mereka
Kebanyakan ibu bapa bukanlah suka meminta. Banyak hal yang mungkin dipendam mereka. Ibu kita mungkin lebih sibuk memikirkan menu apa yang ingin dimasak untuk ahli keluarga hari ini? Atau bagaimana keadaan anak cucunya, sihatkah mereka

Bahkan, sepanjang hidup seorang ibupun, pemikiran dan pemerhatian lebih tertumpu kepada keperluan keluarga. Apa kata anda cuba selidik dan cari tahu keinginan dan impian ibu bapa selama ini

Mungkin mereka sangat teringin menunaikan umrah atau haji? Anda boleh mula merancang bersama adik beradik yang lain lebih awal. Mungkin impian ibu bapa adalah untuk pergi ke suatu tempat untuk berehat. Anda boleh juga merancang percutian istimewa untuk mereka

#3- Komunikasi Yang Berkualiti
Kita kerap merengek dan bercerita segala macam hal sewaktu kecil dahulu kepada mereka bukan? Bergaduh dengan kawan di sekolah, kena marah dengan cikgu dan sebagainya

Sekarang luangkanlah pula masa untuk mendengar mereka bercerita sekalipun hal-hal yang kecil bagi kita, sama ada melalui panggilan telefon atau ketika anda mempunyai ruang untuk menjenguk merka

Mungkin mereka akan berbual tentang bunga yang ditanam, lauk yang dimasak, kucing jiran yang masuk kawasan rumah mahupun apa sahaja yang boleh menyenang dan melapangkan fikiran mereka

Masih ingat iklan raya Petronas yang terkenal tentang perbualan antara seorang bapa dan anaknya? Si bapa bertanya soalan yang sama (Burung apa?) berkali- kali kepada si anak. Dan anak tersebut akhirnya hilang sabar dan memarahi bapanya

Lalu waktu lampau semasa kecil diulang tayang semula menunjukkan si bapa tersebut sabar melayan kerenah anaknya yang bertanya soalan sama berkali-kali, dan tetap dijawab tanpa jemu

Tidak dinafikan bahawa kita akan cepat hilang sabar apabila berkomunikasi dengan orang tua, namun inilah suatu hal yang boleh meredakan semula perasaan kita; Self reflection atau membuat renungan ke dalam diri semula tentang kehidupan bersama ibu bapa yang pernah dijalani sejak dari kecil

InsyaAllah cara ini akan membantu kita untuk lebih sabar menyantuni mereka

#4 – Elakkan Membebankan Orang Tua Dengan Masalah Kita
Usia tua seharusnya dijalani dengan hati yang tenang dan lapang. Elakkanlah dari membebankan fikiran mereka dengan masalah-masalah kita seperti masalah kewangan, perlu menjaga pula anak-anak kita (cucu mereka)

Berikanlah ruang dan peluang buat mereka untuk memberi perhatian kepada diri sendiri, seperti meluangkan masa ke masjid, kuliah agama atau melakukan aktiviti kemasyarakatan dengan jiran tetangga

Namun hal ini tetap boleh dibawa berbincang, tidak bermakna masalah harus dipendam dan tidak boleh dikongsikan langsung dengan ibu bapa, cuma anda perlulah bijak menilai kemampuan mereka

#5 – Usah Membandingkan Kemampuan Ibu Bapa
Setiap ibu bapa pasti mempunyai kelemahan dan kelebihannya masing-masing. Mungkin ibu bapa kita sekarang kerap lupa tentang sesuatu, tidak mampu berbual atau memberi respon dengan baik, atau mungkin sudah tidak mampu melakukan tugasan-tugasan rumah seperti sebelumnya

Perlu kita fahami bahawa ini adalah proses penuaan yang akan dilalui oleh mereka, dan proses ini berbeza bagi setiap orang

Ada orang sihat tanpa sebarang masalah sehingga dijemput Ilahi dan ada pula yang mengalami masalah-masalah penuaan atau dihinggapi penyakit-penyakit tertentu

Kita akan lebih tenang menghadapi situasi begini jika kita ada pengetahuan yang lebih tentang keadaan mereka, maka rujuklah pakar kesihatan atau banyakkan bacaan tentang proses penuaan

Hidup adalah suatu putaran. Apabila kita memandang keadaan ibu bapa kita yang sekarang ibaratnya kita memandang kepada diri kita sendiri pada masa hadapan

Keadaan yang sama juga akan turut kita lalui jika kita dipanjangkan umur oleh Tuhan. Ibu saya selalu berpesan, hidup adalah putaran, bagaimana kita menyantuni orang di sekeliling kita, begitu juga Allah membalas kembali apa yang kita lakukan

InsyaAllah jika baik layanan kita, maka baiklah juga balasan layanan yang akan kita terima daripada anak-anak kita kelak

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” Surah Al-Isra’ : 24
Sumber: tazkirahnet

sumber Sehinggit Media News

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2020/01/pinggir-mak-ayah-bila-dah-kahwin-sampai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pinggir Mak Ayah Selepas Berkahwin Hidup Akan Dalam Kesusahan Dan Tidak Bahagia

Jangan Pinggir Mak Ayah Selepas Berkahwin Hidup Akan Dalam Kesusahan Dan Tidak Bahagia

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 340 hits
Rata rata kalau ditanya siapa yang paling anda sayangi pasti ramai yang menjawab ibu bapa Yelah itukan sebelum berkahwin Selepas berkahwin pun masih lagi menjawab benda yang sama tapi betulkah semua itu yang berlaku Tahukah anda ibu bapa la...
Walaupun Mak Ayah Mampu Tapi Tak Salah Ajar Anak Hidup Susah Dan Sederhana

Walaupun Mak Ayah Mampu Tapi Tak Salah Ajar Anak Hidup Susah Dan Sederhana

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 440 hits
Musim persekolahan semakin dekat Mak ayah pun dah mula beli persiapan persekolahan anak anak Dari baju kasut sampailah beg sekolah Mak ayah punya pilihan sama ada mahu beli barang sekolah anak yang mahal atau sebaliknya Guru ini Noraniza Ab...
Murid Darjah Satu Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Satu Sekolah Undang Sebak

Murid Darjah Satu Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Satu Sekolah Undang Sebak

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 522 hits
Kebanyakan sesi orientasi tahun 1 melihat kegembiraan para ibu bapa membawa anak mereka menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke sekolah Namun perkongsian seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Perempuan Jalan Batu di sini mencoret sisi berbe...
Rindukan Mak Ayah Pelajar Orang Asli Tahun 1 Menangis Cium Dinding Sekolah

Rindukan Mak Ayah Pelajar Orang Asli Tahun 1 Menangis Cium Dinding Sekolah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 588 hits
Pelbagai cerita menarik telah berlegar legar sejak semalam berkenaan sesi persekolahan Mana tidaknya alam persekolahan akan kelihatan baru di mata kanak kanak berusia lima hingga tujuh tahun berikutan kali pertama menjejakkan kaki ke tempat...
Bila Mak Ayah Sudah Tiada Salah Satu Hubungan Yang Perlu Dijaga Adalah Adik Beradik

Bila Mak Ayah Sudah Tiada Salah Satu Hubungan Yang Perlu Dijaga Adalah Adik Beradik

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 493 hits
Gambar Sekadar HiasanAkhir zaman ini ujian yang paling berat untuk dihadap apabila adik beradik tak lagi sebulu Bila masing masing sudah berkeluarga mak ayah ada yang dah tiada sedihnya hubungan kian renggang Ada saja yang tak kena di mata ...
Asal Marah Anak Yang Sama Je Kena Mak Ayah Siasat Dulu Baru Hukum

Asal Marah Anak Yang Sama Je Kena Mak Ayah Siasat Dulu Baru Hukum

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 510 hits
Tengok abang tu perangai dia baik je Mama cakap sekali dah dengar sebab tu Mama sayang dia lebih dari adik bentak Pn Marina ketika memarahi anak keduanya Sudah acap kali Pn Marina membandingkan kedua dua anaknya itu Lebih teruk lagi sikap p...
Hidup Yatim Piatu Foto Kanak2 Leka Bermain Di Kubur Ibu Amp Ayah Undang Sebak

Hidup Yatim Piatu Foto Kanak2 Leka Bermain Di Kubur Ibu Amp Ayah Undang Sebak

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 273 hits
Melihat anak kecil kehilangan ibu bapa adalah sesuatu yang sangat menyedihkan Lebih lebih lagi ketika itu mereka masih belum menyedari bahawa pusara yang kerap diziarahi adalah milik ibu bapa tercinta Kisah pasangan suami isteri yang maut a...
Mak Ayah Paling Bodoh Prank Baling Telur Rosakkan Kek Ketika Hari Jadi Anak Dikecam

Mak Ayah Paling Bodoh Prank Baling Telur Rosakkan Kek Ketika Hari Jadi Anak Dikecam

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 704 hits
Kanak kanak memang suka sambut birthday kan Bagi ibu bapa yang berkemampuan mereka pasti akan buat parti khas dan menjemput ahli keluarga serta kawan kawan anak untuk sama sama meraikan hari istimewa ini Tetapi lain pula yang jadi dengan se...
Anak Akan Tengok Cara Ayah Layan Mak Sebab Itu Kena Tunjuk Yang Baik Baik

Anak Akan Tengok Cara Ayah Layan Mak Sebab Itu Kena Tunjuk Yang Baik Baik

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 453 hits
Sebagai seorang ayah anak perlu berwaspada dengan tingkah laku anda bila berhadapan dengan anak anak Anak anak cenderung menjadikan ayahnya sebagai role model dalam hidupnya Pernah tak dengar bila cikgu tanya anak anak anda nak jadi apa bes...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni