Enam Negeri Setuju Naik Tarif Air


Rancangan untuk menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna kini mendapat persetujuan enam negeri. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Rancangan untuk menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna kini mendapat persetujuan enam negeri.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, ketika mengesahkan perkara itu berkata perundingan untuk menaikkan tarif air giat dijalankan kerana kadar berkenaan tidak pernah disemak dalam tempoh 20 tahun.

Katanya, proses libat urus membabitkan pelbagai agensi dilakukan susulan tarif air yang ditetapkan di setiap negeri berbeza bersandarkan keupayaan dan kadar permintaan masing-masing.


“Rundingan masih diteruskan dan kita jangkakan dua lagi negeri turut bersetuju menaikkan tarif air,” katanya tanpa memperincikan nama negeri berkenaan ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai sama ada kerajaan berhasrat menetapkan had harga siling air bagi setiap negeri, selain justifikasi cadangan menyemak tarif bekalan berkenaan.

Xavier berkata, situasi semasa menyaksikan peningkatan kos operasi tahunan industri pembekalan air tidak diimbangi dengan kadar tarif bekalan terbabit.

Sehubungan itu, katanya, kualiti perkhidmatan merudum saban tahun, sekali gus menyebabkan ratusan pengguna berdepan gangguan bekalan air sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

“Matlamat kita ialah memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih 24 jam untuk 365 hari, namun beberapa aspek termasuk kewangan syarikat pengurusan air perlu diberi keutamaan.

“Menyedari sesetengah syarikat pengurusan air negeri berdepan masalah kewangan, Kerajaan Persekutuan akan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wasia) untuk merungkai isu ini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) berhubung usaha menangani isu air tanpa hasil (NRW), Xavier berkata, ia fokus utama kerajaan kerana kadar purata nasional ketika ini masih berada pada tahap 35 peratus.

Katanya, usaha mengatasi NRW akan dilaksana menerusi kerjasama dan bantuan sektor swasta serta industri perbankan.

“Itu sebabnya kita tubuhkan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) supaya menggunakan kuasanya sebagai syarikat untuk meraih dana daripada ekuiti swasta dan mengeluarkan sukuk.

“Ia kemudian akan membantu negeri-negeri, mengikut permintaan masing-masing dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air, termasuk menerusi penggunaan teknologi bersesuaian.

“Proses bayaran balik kepada PAAB dijangka berupaya diselesaikan dalam tempoh sekitar 45 tahun,” katanya.

Kredit Berita Harian Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/enam-negeri-setuju-naik-tarif-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Antara Negeri Setuju Naik Tarif Air Exco

Kedah Antara Negeri Setuju Naik Tarif Air Exco

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 403 hits
THE MALAYSIAN TIMES ALOR SETAR Kedah merupakan antara enam negeri yang bersetuju dengan rancangan Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli untuk menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna Pengerusi Jawat...
K Tan Tak Naik Tarif Air Walau 6 Negeri Setuju Naik

K Tan Tak Naik Tarif Air Walau 6 Negeri Setuju Naik

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 293 hits
KOTA BHARU Kerajaan Kelantan tidak berhasrat menaikkan kadar tarif air dalam masa terdekat biar pun ada negeri lain bersedia meningkat tarifnya Timbalan Menteri Besar Dato Mohd Amar Abdullah berkata perkara tersebut tidak dibincangkan pada ...
Pengguna Mampu Bayar Tarif Air Naik Dr Xavier

Pengguna Mampu Bayar Tarif Air Naik Dr Xavier

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 355 hits
Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata cadangan kadar kenaikan tarif air di seluruh negara secara berperingkat tahun ini masih berada pada paras rendah dan mampu ditanggung pengguna Menurutnya kenaikan itu susulan pen...
Kenaikkan Tarif Air Tanggungjawab Rakyat

Kenaikkan Tarif Air Tanggungjawab Rakyat

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 581 hits
Wartawan Watan Online Kerajaan baharu Pakatan Harapan menjangkakan kenaikkan tarif air secara berperingkat bermula tahun ini bagi penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata ke...
Per Hari Ini Lion Air Turunkan Tarif Tiket Pesawat

Per Hari Ini Lion Air Turunkan Tarif Tiket Pesawat

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 322 hits
Lion Air Group yang terdiri dari Lion Air Wings Air dan Batik Air telah melakukan penurunan harga jual tiket pesawat usai pemerintah mengeluarkan kebijakan baru terkait harga tiket pesawat Kebijakan ini berlaku untuk seluruh rute penerbanga...
Khutbah Jumat Enam Catatan Tentang Pemimpin Negeri

Khutbah Jumat Enam Catatan Tentang Pemimpin Negeri

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 297 hits
Catatan ini berharga sekali perlu kita perhatikan terkait dengan pemimpin negeri ini Posting ditampilkan lebih awal di
Benarkah Air Mineral Jenama Spritzer Tercemar Dengan Air Dari Kawasan Perkuburan Cina

Benarkah Air Mineral Jenama Spritzer Tercemar Dengan Air Dari Kawasan Perkuburan Cina

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 712 hits
Hari ini adalah hari terakhir aku sebagai pekerja di sebuah kilang air mineral yang terbesar di Malaysia yang mana lebih dikenali sebagai jenama Spritzer Kilang ini terletak di kawasan Air Kuning Taiping Ia juga sebenarnya terletak di bahag...
Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

When The Jackals Rule

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi

While Most Politicians Are Fighting For Survival Syed Saddiq Is Doing What