Enam Khasiat Lobak Merah Selain Bagus Untuk Mata Ramai Tak Tahu


Orang selalu berkata, “Makanlah lobak merah, ia baik untuk mata.” Tetapi adakah lobak merah hanya mendatangkan manfaat kepada mata?
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sayuran berwarna oren ini, ikuti perkongsian artikel Hello Doktor ini.
Nutrisi lobak merah Daucus carota merupakan nama saintifik bagi sayuran daripada keluarga ubi ini. Sayuran rangup dengan pilihan warna seperti oren dan putih (warna biasa yang terdapat dalam pasaran Malaysia) ini sering digunakan sebagai bahan dalam coleslaws, salad dan wrap. Carrot  karot) juga boleh digunakan dalam pembuatan pastri seperti kek dan mufin. Malahan ia juga boleh dijadikan sebagai jus yang berkhasiat.
Menurut U.S. Department of Agriculture (USDA), secawan lobak yang dipotong, seberat 128 gram (g), memberikan:
Kalori – 52
Karbohidrat – 12.26 g
Gula – 3 g
Protein – 1.19 g
Lemak – 0.31 g
Serat – 3.6 g
Vitamin A – 1,069 mcg (mikrogram) 
Vitamin C- 7.6
Kalsium – 42 mg (miligram)
Zat besi – 0.38 mg
Magnesium – 15 mg
Fosforus – 45 mg
Kalium – 410 mg
Sodium – 88 mg
Zink – 0.31 mg
Folat – 24 mcg
Vitamin K – 16.9 mcg
Secawan lobak merah sudah dapat membekalkan lebih 100 peratus purata keperluan harian  vitamin A individu lelaki dan wanita yang disyorkan elaun harian (RDA). Sayuran ini juga mengandungi pelbagai jenis vitamin B.
Kebaikan lobak merah Jadi anda sudah mengetahui kelebihan nutrisi yang terkandung di dalam sayuran ini, apa kata kita lihat pula manfaatnya untuk kesihatan badan secara keseluruhan, okay? Berikut adalah beberapa kebaikan lobak merah yang mungkin akan menarik minat anda untuk mengambilnya dalam diet pemakanan harian anda.
Penjagaan mata Seperti yang semua sedia maklum, carrot sememangnya bagus untuk mata. Kandungan vitamin A dan B membantu mengekalkan tahap penglihatan mata pada tahap yang baik. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan anda mengalami rabun malam. Beta-karotena pula dapat melindungi mata daripada masalah degenerasi makular dan perkembangan katarak.
Kecantikan kulit Nak kulit cantik? Makanlah carrot. Ini kerana sayuran ini dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, terima kasih kepada vitamin A dan antioksidan. Ia juga membantu mencegah pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan awal dan menjadikan kulit anda lebih cerah serta sihat. 
Cegah kanser Kandungan diet karotenoid membuktikan lobak mempunyai kesan antikanser. Ini kerana kandungan antioksidan dapat membantu mengurangkan radikal bebas dalam badan. Terdapat kajian yang mencadangkan kemungkinan wujud kaitan antara diet tinggi karotenoid dengan risiko kanser prostat yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, masih banyak bukti yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini. 
Kuruskan badan Tengah mencari jalan untuk mengurangkan berat badan? Pilihlah lobak merah. Ia dapat membantu mengurangkan berat kerana kandungan enzim yang dapat melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam badan. Manakala kandungan serat di dalamnya akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh lebih lama. 
Baik untuk perokok Individu yang mempunyai tabiat merokok yang kuat, boleh mengamalkan untuk memakan carrot. Ini kerana kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dapat meneutralkan racun rokok. Manakala jus carrot pulak dapat membantu mengurangkan rasa sesak yang diakibatkan oleh terlalu banyak merokok. Mungkin tidak terdapat kajian yang boleh mengesahkan perkara ini, tetapi tidak salah jika anda mencubanya, bukan?
Cegah kerosakan gigi Mengamalkan pengambilan lobak dapat membantu dalam aspek penjagaan gigi. Ini kerana Daucus carota mempunyai peranan sebagai penghakis semula jadi yang boleh menyingkirkan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Malahan kandungan mineral di dalamnya dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut. 
Jangan berlebihan Yes, carrot memang baik untuk kesihatan, malahan sebenarnya terdapat pelbagai kelebihan lain yang ditawarkan sayuran ini seperti membantu mengurangkan kandungan gula dalam badan, menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan kadar kolesterol dan lain-lain lagi.
Walau bagaimanapun, pengambilan secara berlebihan boleh menjadi toksik kepada manusia. Ia akan mengakibatkan muncul sedikit warna oren pada warna kulit. Tetapi ia tidak memudaratkan kesihatan. 
Individu yang mengambil suplemen tambahan berasaskan vitamin A, seperti isotretinoin (Roaccutane) untuk jerawat atau acitretin untuk psoriasis, perlu menghindari daripada memakan lobak dalam jumlah yang banyak. Ini kerana ia boleh menyebabkan hypervitaminosis A, iaitu dos vitamin A yang berlebihan.
Jadi, sebelum memulakan sebarang perubahan diet, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu. 
Sumber : Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/31/enam-khasiat-lobak-merah-selain-bagus-untuk-mata-ramai-tak-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Ide Pelaminan Kekinian Nuansa Merah Selain Lambang Kemakmuran Kesannya Pun Meriah

10 Ide Pelaminan Kekinian Nuansa Merah Selain Lambang Kemakmuran Kesannya Pun Meriah

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 221 hits
Selain lambang kemakmuran warna ini juga jarang gagal memberi kesan elegan Tag pasanganmu sekarang yuk
5 Khasiat Air Rebusan Jagung Selain Merawat Diabetis Dan Batu Karang

5 Khasiat Air Rebusan Jagung Selain Merawat Diabetis Dan Batu Karang

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 490 hits
Siapa suka makan jagung Dikatakan Khasiat Air Rebusan Jagung Boleh Merawat Diabetis Darah Tinggi Dan Batu Karang Rasanya hampir kesemua orang mesti suka makan jagung bukan Sebut sajalah jagung rebus jagung bakar jagung manis dan sebagainya ...
Menu Low Iodine Diet Nasi Lobak Merah Ayam Grill Dan Sos Lada Hitam

Menu Low Iodine Diet Nasi Lobak Merah Ayam Grill Dan Sos Lada Hitam

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1064 hits
MENU LOW IODINE DIET NASI LOBAK MERAH AYAM GRILL DAN SOS LADA HITAM Harini hari ke 3 aku berpantang Tapi dua hari lepas aku tersasul juga makan tak jaga Hari ini dalam berjaga pun kantoi juga makan biskut Baru niat nak konsisten pantang iod...
Walau Mata Bengkak Najib Hadir Demi Bn Di Tg Piai

Walau Mata Bengkak Najib Hadir Demi Bn Di Tg Piai

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 416 hits
Keadaan mata bengkak tidak menjadi halangan kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak untuk hadir memberi sokongan kepada calon MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mewakili BN yang bertanding pada Pilihan Ra...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 01 November 2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 01 November 2019

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 458 hits
Gambaran Keseluruhan Pasangan mata wang EUR USD melonjak naik dari tahap 1 1124 ke 1 1176 dan ditutup pada harga 1 1154 Tetapi minggu ini kami mendapati bahawa pasaran dibuka di bawah tahap 1 1124 Sila ambil perhatian bahawa rintangan berad...
Kerap Bersin Hidung Tersumbat Mata Berair Ada Pendarahan Hidung Itu Tanda Anak Ada Resdung

Kerap Bersin Hidung Tersumbat Mata Berair Ada Pendarahan Hidung Itu Tanda Anak Ada Resdung

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 597 hits
Bagi golongan dewasa gejala seperti selesema hidung tersumbat dan berair sakit kepala rasa sakit di kawasan dahi dan muka merujuk kepada gangguan sinus atau resdung yang serius Begitupun semua simptom dan rasa sakit ini mudah disampaikan ke...
Anak Kecil Belekan Gara Gara Sering Main Hp Ini Penjelasan Dokter Mata

Anak Kecil Belekan Gara Gara Sering Main Hp Ini Penjelasan Dokter Mata

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 1127 hits
Belakangan ini heboh di media sosial ada seorang anak perempuan mengalami sakit mata Berdasarkan kabar yang beredar sang anak mengalami sakit mata akibat terkena radiasi ponsel Akibatnya mata sang anak jadi keluar belek bahkan cairan yang m...
Hilang Pekerjaan Bukan Bererti Hilang Mata Pencarian

Hilang Pekerjaan Bukan Bererti Hilang Mata Pencarian

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 255 hits
TERPAKSA KAYABisnes Bakal MeletupRM800 SehariRM24k SebulanWeb System Bermula Hari Ini Mulakan Dengan Modal RM60 Dapat Produk Dapat Keahlian Dapat Web System Dapat Bisnes Mula Jana Income sekarang Hubungi klikSNGMARKETING Daftar Perniagaan J...
Scl2019 Sa Klasiko Lepasi Cabaran Hebat Bukit Kapar Fc

Scl2019 Sa Klasiko Lepasi Cabaran Hebat Bukit Kapar Fc

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 855 hits
SA Klasiko FC menutup tirai minggu kelima saingan Selangor Champions League 2019 dengan nota kemenangan selepas berjaya menundukkan Bukit Kapar FC 2 1 pada aksi yang berlangsung di Arena MPSJ sebentar tadi Kemenangan itu meletakkan SA Klasi...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini