Empat Kegagalan Besar Muhyiddin Wajib Lepas Jawatan



Pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri MuhyiddinYassin dilihat tidak lagi berupaya mengawal negara yang kian kucar-kacir sejak kebelakangan ini.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, Muhyiddin telah menghadapi empat kegagalan fatal yang tidak lagi melayakkan beliau kekal bergayut pada jawatan PM.
“Kegagalan pertama PM Muhyiddin berkait mengekang jangkitan wabak Covid 19 yang pada Jumaat, 29 Januari lalu mencatat sebanyak 5,725 kes baru, menjadikan kes terkumpul mencecah lebih 200,000. Jumlah kumulatif kematian pula seramai 733.
“Sehingga hari ini, vaksin untuk Covid-19 masih belum sampai ke Malaysia. PM Muhyiddin dan Kabinet pimpinannya telah gagal menangani Wabak Covid-19.
“Bukti kedua, dalam masa 11 bulan PM Muhyiddin mentadbir Malaysia, kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi tahun 2020 semakin teruk jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga ke-51 pada tahun 2019.
“Kedudukan ini antaranya disumbangkan oleh pelepasan kes-kes mahkamah yang meragukan dalam beberapa kes berprofil tinggi seperti kes Riza Aziz, Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Hassan lagi, ekonomi yang dalam perjalanan untuk pulih pada era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan telah merudum dengan teruknya akibat imej buruk pentadbiran Muhyiddin.
Tidak cukup dengan itu, katanya penarafan antarabangsa juga jatuh dan pelabur asing menjauhkan diri dari Malaysia.
“PM Muhyiddin bersama seluruh Kabinetnya gagal menguruskan ekonomi dengan baik. Rating penarafan kewangan Malaysia jatuh. Pertumbuhan ekonomi menguncup teruk. Berjuta rakyat telah hilang pekerjaan. Hutang negara bertambah.
“Kadar hutang negara berbanding KDNK semakin meningkat. Kerajaan Muhyiddin gagal menghasilkan peluang pekerjaan baru kepada berjuta rakyat yang menganggur.
“Fakta yang dibentangkan oleh Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) berhubung pengaliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia menunjukkan ia jatuh 68% kepada AS$2.5 bilion pada tahun 2020,” katanya.
Bukti kegagalan keempat, menurut Hassan, PM Muhyiddin memimpin sebuah kerajaan minoriti, bukannya kerajaan majoriti. Muhyiddin telah gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat di Parlimen.
“PM kerajaan minoriti menggunakan Proklamasi Darurat dan seterusnya menggantung Parlimen Malaysia semata-mata untuk terus berkuasa.
“Perisytiharan Darurat dijadikan alasan untuk kekal memerintah. Ini bercanggah dengan amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia sejak negara kita merdeka pada tahun 1957. Kerajaan minoriti Muhyiddin tidak stabil, tidak mendapat mandat rakyat dan tidak demokratik,” katanya.
Sehubungan itu, untuk mengelakkan Malaysia tenggelam lebih teruk dalam selut ekonomi, pendemik Covid dan ketidakstabilan sosial, Hassan menyeru agar PM bersikap rasional dengan melepaskan jawatannya dan mengembalikan kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Dengan berlandaskan seekurang-kurangnya empat sebab kegagalan yang dinyatakan maka dengan sesungguhnya demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta ini, saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang mendesak Tan Sri Muhyiddin dan seluruh anggota Kabinetnya meletakkan jawatan dengan segera,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31372

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Dan Kabinet Perlu Letak Jawatan Mp Senarai 4 Kegagalan Pn

Muhyiddin Dan Kabinet Perlu Letak Jawatan Mp Senarai 4 Kegagalan Pn

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 211 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim hari ini menyenaraikan empat sebab mengapa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya perlu letak jawatan Menurut Hassan Muhyiddin dan barisan menteri perlu berundur kerana gagal menangani ...
Umno Paya Besar Gesa Zahid Hamidi Lepas Jawatan Demi Bangsa Dan Kepentingan Parti

Umno Paya Besar Gesa Zahid Hamidi Lepas Jawatan Demi Bangsa Dan Kepentingan Parti

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 306 hits
KUANTAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO demi bangsa kepentingan parti serta 3 6 juta ahlinya Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata ia berikutan kemelut pim...
Muhyiddin Letak Jawatan Titah Agong Tetap Terpelihara

Muhyiddin Letak Jawatan Titah Agong Tetap Terpelihara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 183 hits
mykmu netBERDASARKAN kepada Perlembagaan Persekutuan titah Yang di Pertuan Agong terhadap penguatkuasaan Perintah Darurat tetap berjalan walaupun Perdana Menteri meletakkan jawatan Justeru tidak ada kebimbangan terhadap pentadbiran negara a...
Umno Paya Besar Minta Zahid Letak Jawatan

Umno Paya Besar Minta Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 478 hits
Umno Paya Besar meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno demi bangsa Melayu kesetiaan dan kegigihan 3 6 juta ahli parti Desakan secara terbuka itu dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad ...
Panas Berebut Jawatan Lantikan Politik Pn Kedah Bergaduh Besar

Panas Berebut Jawatan Lantikan Politik Pn Kedah Bergaduh Besar

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 330 hits
January 25 2021 ADAT BERPAKAT KUATKAN PAKATAN BUKANNYA MAKAN KAWAN1 Apabila beberapa pihak membentuk sesuatu pakatan atau permuafakatan kunci utamanya adalah musyawarah dan tolak ansur 2 Tidak boleh ada sifat yang besar ambil semua yang kec...
Muhyiddin Terbukti Gagal Perlu Segera Letak Jawatan

Muhyiddin Terbukti Gagal Perlu Segera Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 215 hits
1 Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memegang jawatannya sejak 1 Mac 2020 ternyata telah gagal menjalankan tugasnya mentadbir Malaysia Bukti bukti berikut menjelaskan kegagalannya itu 2 Bukti Kegagalan Pertama PM Muhyidd...
Muhyiddin Zalim Tidak Letak Jawatan Rakyat Jadi Mangsa Keangkuhannya

Muhyiddin Zalim Tidak Letak Jawatan Rakyat Jadi Mangsa Keangkuhannya

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 252 hits
Muhyiddin ngaku je la dah tak mampu Covid semakin tinggi sokongan kpd hang pun semakin kurang hingga langsung x capai majaroti langsung sbg PM Sbb itu Islam ajar nak lantik Imam solat pun kena pilih yg sihat segar selain dari berilmu Sedang...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage