Muhyiddin Dan Kabinet Perlu Letak Jawatan Mp Senarai 4 Kegagalan Pn



 
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim hari ini menyenaraikan empat sebab mengapa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya perlu letak jawatan.
Menurut Hassan, Muhyiddin dan barisan menteri perlu berundur kerana gagal menangani penularan wabak Covid-19, keadaan ekonomi yang semakin merudum, isu tadbir urus dan kepimpinan serta pengisytiharan darurat yang tidak wajar.
Menyentuh peningkatan jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat walaupun dengan perintah kawalan pergerakan (PKP), Hassan berkata jumlah kes semalam, iaitu 5,725 kes yang merupakan angka tertinggi, jelas menunjukkan kegagalan Muhyiddin.
“Sehingga hari ini, vaksin untuk Covid-19 masih belum sampai ke Malaysia. Kesimpulannya, PM Muhyiddin dan kabinet pimpinannya telah gagal menangani Wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan.
Sebab kedua, menurut Hassan, adalah kemerosotan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International untuk tahun ini, yang jatuh enam anak tangga berbanding tahun sebelumnya, dalam tempoh 11 bulan Muhyiddn mentadbir negara.
Dia juga menyebut antara faktor kemerosotan yang diambil kira indeks tersebut, iaitu sejumlah kes mahkamah berprofil tinggi yang digugurkan atau dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA), antaranya melibatkan bekas ketua menteri Sabah Musa Aman dan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz.
Berhubung kedudukan negara dalam CPI, Pejabat Perdana Menteri semalam menegaskan kerajaan terus komited untuk memerangi rasuah dan meningkatkan tadbir urus kerajaan.
Mengulas lanjut, ahli Parlimen PKR itu turut berkata ekonomi negara juga gagal diuruskan dengan baik, dengan penurunan penarafan kedudukan kewangan negara dan kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI).
“Berjuta rakyat hilang pekerjaan. Kadar hutang negara berbanding KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) semakin meningkat. Kerajaan Muhyiddin gagal menghasilkan peluang pekerjaan baru kepada berjuta rakyat yang menganggur,” katanya lagi.
“Terakhir sekali ialah fakta yang dibentangkan oleh Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) berhubung pengaliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia telah jatuh 68 peratus kepada AS$2.5 bilion pada tahun 2020,” katanya lagi.
Dia juga mendakwa kerajaan PN tidak mendapat mandat rakyat dan menggunakan proklamasi darurat untuk menggantung Parlimen agar dapat terus mengekalkan kuasa.
“Dengan berlandaskan seekurang-kurangnya empat sebab kegagalan ini, maka dengan sesungguhnya demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta ini, saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang mendesak Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota Kabinetnya meletakkan jawatan dengan segera,” katanya.
The post Muhyiddin dan Kabinet perlu letak jawatan – MP senarai 4 ‘kegagalan’ PN appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/30/muhyiddin-dan-kabinet-perlu-letak-jawatan-mp-senarai-4-kegagalan-pn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=muhyiddin-dan-kabinet-perlu-letak-jawatan-mp-senara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Tarik Pelabur Muhyiddin Perlu Letak Jawatan

Gagal Tarik Pelabur Muhyiddin Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 317 hits
Sungguhpun hampir setahun memerintah namun terlalu banyak kepincangan dalam kerajaan minoriti Perikatan Nasional Dari segi tadbir urus ekonomi pentadbiran kerajaan persekutuan dan pembanterasan wabak Covid 19 kerajaan PN yang merangkumi 3 p...
Perdana Menteri Belanda Dan Kabinet Letak Jawatan

Perdana Menteri Belanda Dan Kabinet Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 329 hits
MALAYSIA TIADA MAJORITI MASIH MAHU BERKUASANORMAN RADZUAN Negara negara Eropah mereka maju kerana pemikiran mereka maju Jadi pemimpin politik tidak akn membuatkan mereka kaya Mereka sgt bertanggungjawab walaupun kes hanya melibatkan kebajik...
Empat Kegagalan Besar Muhyiddin Wajib Lepas Jawatan

Empat Kegagalan Besar Muhyiddin Wajib Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 245 hits
Pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri MuhyiddinYassin dilihat tidak lagi berupaya mengawal negara yang kian kucar kacir sejak kebelakangan ini Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Muhyiddin telah menghadapi empat kegagalan fatal...
Muhyiddin Zalim Tidak Letak Jawatan Rakyat Jadi Mangsa Keangkuhannya

Muhyiddin Zalim Tidak Letak Jawatan Rakyat Jadi Mangsa Keangkuhannya

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 343 hits
Muhyiddin ngaku je la dah tak mampu Covid semakin tinggi sokongan kpd hang pun semakin kurang hingga langsung x capai majaroti langsung sbg PM Sbb itu Islam ajar nak lantik Imam solat pun kena pilih yg sihat segar selain dari berilmu Sedang...
Muhyiddin Terbukti Gagal Perlu Segera Letak Jawatan

Muhyiddin Terbukti Gagal Perlu Segera Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 296 hits
1 Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memegang jawatannya sejak 1 Mac 2020 ternyata telah gagal menjalankan tugasnya mentadbir Malaysia Bukti bukti berikut menjelaskan kegagalannya itu 2 Bukti Kegagalan Pertama PM Muhyidd...
Muhyiddin Letak Jawatan Titah Agong Tetap Terpelihara

Muhyiddin Letak Jawatan Titah Agong Tetap Terpelihara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 246 hits
mykmu netBERDASARKAN kepada Perlembagaan Persekutuan titah Yang di Pertuan Agong terhadap penguatkuasaan Perintah Darurat tetap berjalan walaupun Perdana Menteri meletakkan jawatan Justeru tidak ada kebimbangan terhadap pentadbiran negara a...
Umno Bahagian Bandar Tun Razak Nafi Banner Tuntut Presiden Letak Jawatan Perbuatan Mereka

Umno Bahagian Bandar Tun Razak Nafi Banner Tuntut Presiden Letak Jawatan Perbuatan Mereka

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 397 hits
UMNO Bahagian Bandar Tun Razak hari ini menafikan sekeras kerasnya tentang banner atau kain rentang yang dipasang tertera desakan agar Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO Dalam satu tangk...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Ralat Tak Tengok Supermoon

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah