Muhyiddin Terbukti Gagal Perlu Segera Letak Jawatan




 1.Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memegang jawatannya sejak 1 Mac 2020 ternyata telah gagal menjalankan tugasnya mentadbir Malaysia. Bukti-bukti berikut menjelaskan kegagalannya itu:-
2. Bukti Kegagalan Pertama: PM Muhyiddin Yassin telah gagal menangani wabak Covid-19. Angka-angka berikut menceritakannya.Pada hari Jumaat 29 Januari 2021, sebanyak 5,725 kes baru, menjadikan kes terkumpul mencecah lebih 200,000. Jumlah kumulatif kematian pula seramai 733. Sehingga hari ini, vaksin untuk Covid-19 masih belum sampai ke Malaysia. Kesimpulannya, PM Muhyiddin dan Kabinet pimpinannya telah gagal menangani Wabak Covid-19.
3. Bukti Kegagalan Kedua: Dalam masa 11 bulan PM Muhyiddin Yassin mentadbir Malaysia, kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi tahun 2020 semakin teruk iaitu jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga ke-51 pada tahun 2019. Kedudukan yang merosot ini antaranya disumbangkan oleh pembebasan atau pelepasan kes-kes mahkamah yang meragukan dalam beberapa kes berprofil tinggi bagi kes rasuah seperti kes Riza Aziz, Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
4. Bukti Kegagalan Ketiga: PM Muhyiddin Yassin bersama seluruh Kabinetnya telah gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik. Rating penarafan kedudukan kewangan Malaysia telah jatuh. Pertumbuhan ekonomi menguncup teruk. Berjuta rakyat telah hilang pekerjaan. Hutang negara bertambah. Kadar hutang negara berbanding KDNK semakin meningkat. Kerajaan Muhyiddin gagal menghasilkan peluang pekerjaan baru kepada berjuta rakyat yang menganggur. Terakhir sekali ialah fakta yang dibentangkan oleh Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) berhubung pengaliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia telah jatuh 68 peratus kepada AS$2.5 bilion pada tahun 2020.
5. Bukti Kegagalan Keempat:PM Muhyiddin Yassin sekarang memimpin sebuah kerajaan minoriti, bukannya sebuah kerajaan majoriti. Muhyiddin Yassin telah gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat di Parlimen. PM kerajaan minoriti ini menggunakan Proklamasi Darurat dan seterusnya menggantung Parlimen Malaysia semata-mata untuk terus berkuasa. Perisytiharan Darurat dijadikan alasan untuk kekal memerintah. Ini bercanggah dengan amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia sejak negara kita Merdeka pada tahun 1957. Kerajaan minoriti Muhyiddin Yassin ini tidak stabil, tidak mendapat mandat rakyat dan tidak demokratik.
6. Dengan berlandaskan seekurang-kurangnya empat (4) sebab kegagalan yang dinyatakan di atas, maka dengan sesungguhnya demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta ini, saya HASSAN ABDUL KARIM, Ahli Parlimen Pasir Gudang mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota Kabinetnya meletakkan jawatan dengan segera. Sekian.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Sabtu 30 Januari 2021




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/muhyiddin-terbukti-gagal-perlu-segera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Tarik Pelabur Muhyiddin Perlu Letak Jawatan

Gagal Tarik Pelabur Muhyiddin Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 316 hits
Sungguhpun hampir setahun memerintah namun terlalu banyak kepincangan dalam kerajaan minoriti Perikatan Nasional Dari segi tadbir urus ekonomi pentadbiran kerajaan persekutuan dan pembanterasan wabak Covid 19 kerajaan PN yang merangkumi 3 p...
Muhyiddin Letak Jawatan Titah Agong Tetap Terpelihara

Muhyiddin Letak Jawatan Titah Agong Tetap Terpelihara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 246 hits
mykmu netBERDASARKAN kepada Perlembagaan Persekutuan titah Yang di Pertuan Agong terhadap penguatkuasaan Perintah Darurat tetap berjalan walaupun Perdana Menteri meletakkan jawatan Justeru tidak ada kebimbangan terhadap pentadbiran negara a...
Muhyiddin Dan Kabinet Perlu Letak Jawatan Mp Senarai 4 Kegagalan Pn

Muhyiddin Dan Kabinet Perlu Letak Jawatan Mp Senarai 4 Kegagalan Pn

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 282 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim hari ini menyenaraikan empat sebab mengapa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya perlu letak jawatan Menurut Hassan Muhyiddin dan barisan menteri perlu berundur kerana gagal menangani ...
Muhyiddin Zalim Tidak Letak Jawatan Rakyat Jadi Mangsa Keangkuhannya

Muhyiddin Zalim Tidak Letak Jawatan Rakyat Jadi Mangsa Keangkuhannya

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 343 hits
Muhyiddin ngaku je la dah tak mampu Covid semakin tinggi sokongan kpd hang pun semakin kurang hingga langsung x capai majaroti langsung sbg PM Sbb itu Islam ajar nak lantik Imam solat pun kena pilih yg sihat segar selain dari berilmu Sedang...
Dedah Sehari Selepas Dilantik Mahathir Minta Tommy Thomas Letak Jawatan Segera

Dedah Sehari Selepas Dilantik Mahathir Minta Tommy Thomas Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 438 hits
January 27 2021 Tommy Thomas akan melancarkan autobiografi yang menceritakan pengalaman hidupnya membesar menceburi kerjaya bidang undang undang dan tempoh 20 bulan menjadi peguam negara Bahagian prolog buku My Story Justice in the Wilderne...
Desak Zahid Letak Jawatan Hakis Kepercayaan Penyokong Umno Kata Penganalisis

Desak Zahid Letak Jawatan Hakis Kepercayaan Penyokong Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 345 hits
January 23 2021 Penganalisis berkata desakan supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan memberi persepsi negatif terhadap tahap tahap keyakinan akar umbi dan penyokong parti itu PETALING JAYA Penganalisis politik menyifatkan...
Desak Presiden Letak Jawatan Tindakan Tak Beradab Umno Perak

Desak Presiden Letak Jawatan Tindakan Tak Beradab Umno Perak

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 340 hits
mykmu netUMNO Perak menyifatkan tindakan pihak tertentu mendesak secara terbuka Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai melanggar peradaban tidak beretika dan bermaruah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UM...
Kim Poong Dari Webtoon Ke Dapur Presiden Korea Dan Netflix

Bomboloni Si Donut Montel Yang Jadi Kesukaan Ramai

Senarai Lengkap 24 Hotel Resort Chalet Di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak Beserta Contact Number Maklumat Pool

Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

Perkhidmatan Line Clear Express Yang Mengecewakan

Kerajaan Rancang Jadikan Malaysia Pusat Mobiliti Bakat Serantau Langkah Menuju Kecemerlangan Global

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sedekah Kepada Ahli Keluarga

Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Remaja 17 Tahun Suspek Utama Letupan Ketika Solat Jumaat Di Jakarta Polis

Anwar Free Education For Hardcore Poor From Preschool To University Starting Next Year

Explosion At Jakarta Mosque During Friday Prayers Injures 55 Police Identify 17 Year Old Suspect

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Subway Malaysia Perkenal The Ultimate Footlong Meal Hidangan Terunggul Terbaharu Untuk Peminat Sandwic