Elyana Kalis Soalan Mati






Konsert sulung Elyana pada 6 Julai depan mempunyai makna tersendiri apabila dia bakal meraikan ulang tahun ke-19 kariernya dalam industri dan dalam masa sama mengumpul dana buat pesakit kanser.

'Bila mahu mati?' Itu adalah soalan yang paling kerap dilemparkan kepada penyanyi Elyana yang kini sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat sejak sembilan tahun lalu.

Hanya kerana dia sering menunjukkan dirinya cergas dalam media sosial, ramai yang menyangka dia sudah pulih atau berpura-pura sakit untuk menagih simpati orang ramai.

Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal ini hanya mampu tersenyum saat diajukan soalan hidup mati saban hari kerana jiwanya sudah lali.

Meskipun tidak tahu apakah kesalahan yang dilakukan sehingga menjengkelkan orang di luar sana, Elyana memilih untuk tidak mempedulikan komen negatif yang hanya akan menambah mudarat penyakitnya.

“Saya pun tidak faham kenapa orang tergamak bertanya soalan seperti itu kepada sesiapa sahaja termasuk saya.

“Pada mulanya, saya sedih dan sangat tertekan dengan soalan sebegitu, namun lama-kelamaan saya reda. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar konsert Elyana:Jadi Diriku 19 Live In Concert di The Red Box, The Gardens Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukti

Oleh sebab itu, bagi membuktikan bahawa kesakitan yang menghantuinya tidak pernah menjadi penghalang Elyana daripada menjalani hidup seperti biasa, dia bakal tampil dengan konsert sulung pada 6 Julai depan.

Selepas hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia seni, inilah kali pertama anak kelahiran Selangor itu berpeluang mengadakan konsert solo dan lebih manis tujuannya untuk membantu pesakit kanser lain.

Selain meraikan ulang tahun ke-19 Elyana dalam industri, konsert berkenaan diadakan untuk mengumpul dana bagi disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Pada masa sama, Elyana turut berharap konsert tersebut dapat memberi inspirasi kepada semua yang menghidap penyakit kronik di luar sana untuk terus berjuang.

“Sakit bukan pengakhiran hidup. Memang ujian ini tidak mudah, tetapi kita tidak boleh menyerah begitu sahaja. Saya mahu menjadi bukti bahawa pesakit kanser juga boleh dan layak berbahagia.

“Saya banyak menerima mesej daripada mereka yang mempunyai sakit kronik dalam laman sosial yang bertanya bolehkah mereka hidup seperti orang lain. Insya-Allah, pada 6 Julai nanti saya akan buktikan bahawa pesakit kanser limfoma tahap empat ini boleh lakukan apa yang dimahukan dan sakit bukan alasan untuk berhenti menikmati hidup,” tegasnya panjang lebar.

Bakal berlangsung di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, Selangor yang boleh memuatkan penonton sehingga 1,000 orang pada satu masa. Tiket konsert selama satu jam setengah itu akan mulai dijual pada 24 April ini di laman web, www.shopee.com.my.

Tunda

Bercerita lanjut tentang konsert perdananya itu, pelantun Kalis Rindu itu memberitahu, biarpun masih berbaki tiga bulan, namun persediaan terutama dari segi fizikal telah bermula.

Tambah Elyana, dia sedar mungkin tenaga dan kelincahannya di atas pentas tidak segagah dahulu, tetapi dia akan cuba sedaya upaya untuk kekal cergas sepanjang tempoh sejam setengah itu.

“Stamina saya memang tidak seperti dulu, sebab itu saya letakkan nama konsert Jadi Diriku kerana apa yang saya mampu beri pada malam tersebut, itulah diri saya sekarang. Setakat ini, perancangan saya adalah membuat latihan gimnasium dan banyak berlatih bermain badminton.

“Doktor saya juga belum tahu akan rancangan konsert ini, tetapi saya yakin, dia akan memberi pelepasan kerana persembahan ini akan membantu membuatkan saya berasa gembira,” terangnya.

Dalam pada itu, ibu kepada Cinta Sumayyah, 8, itu turut meluahkan rasa syukur kerana suami, Khairul Anuar Hussin dan keluarga memberikan sokongan penuh saat dia meluahkan hasrat untuk mengadakan konsert.

Katanya lagi, dia sanggup menunda rawatan kimoterapi yang sepatutnya dijalankan bulan hadapan kerana mahu memberi fokus kepada persediaan konsert akan datang.

“Mungkin orang akan ingat saya gila kerana tidak mahu menjalani rawatan, tetapi pada pendapat saya melakukan sesuatu yang kita cinta juga salah satu daripada proses rawatan.

“Lain orang lain caranya. Saya sudah tidak boleh terperuk di rumah dan berasa kasihan dengan diri sendiri. Saya berharap konsert ini boleh membantu mengurangkan rasa sakit dengan cara tersendiri,” tuturnya sambil tersenyum penuh makna.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/elyana-kalis-soalan-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Hari Orang Kecam Tanya Bila Nak Mati Elyana

Setiap Hari Orang Kecam Tanya Bila Nak Mati Elyana

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 490 hits
Bertarung dengan kanser limfoma tahap empat penyanyi Elyana akui terkilan dengan kata kata kecaman netizen terhadap dirinya Lebih menyedihkan ada netizen yang sanggup mempersoalkan mengapa dia masih belum mati Kata Elyana dia cukup sedih de...
Shamsher Daripada Hidup Tanpa Maruah Aku Rela Mati

Shamsher Daripada Hidup Tanpa Maruah Aku Rela Mati

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 271 hits
The BMF scandal will haunt the Barisan Nasional in the coming general elections because it is most powerful proof of the betrayal of the promise of a Clean Effective and Trustworthy Government But there is not just the BMF Scandal in the co...
Kerana Penat Kerja Fatin Afeefa Luah Mahu Mati

Kerana Penat Kerja Fatin Afeefa Luah Mahu Mati

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 558 hits
Sebelum ini Fatin Afeefa ada meluahkan rasa benci dengan kehidupan yang dilaluinya dan jika boleh mahu mati sahaja Jelas Fatin luahan itu The post appeared first on
Lelaki Tekup Tumbuk Leher Kekasih Sampai Mati Kerana Cemburu Mangsa Sering Bergaul Dengan Rakan Lelaki

Lelaki Tekup Tumbuk Leher Kekasih Sampai Mati Kerana Cemburu Mangsa Sering Bergaul Dengan Rakan Lelaki

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 354 hits
Seorang mahasiswi berusia 20 tahun dibunuh oleh teman lelakinya hanya kerana cemburu dengan mangsa yang sering bergaul dengan rakan rakan lelaki di universiti nbsp Difahamkan suspek yang dikenali sebagai KI dan mangsa Ni Made Serli Mahardik...
Bakal Dihukum Mati Kerana Bina Rumah Atas Laut

Bakal Dihukum Mati Kerana Bina Rumah Atas Laut

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 403 hits
Seorang pelabur mata wang kripto bitcoin warga Amerika Syarikat bakal berdepan hukuman mati selepas Tentera Laut Thailand mendakwanya melanggar kedaulatan negara itu kerana membina sebuah rumah di luar pantai negara itu Berita penuh di http...
Bermalam Di Masjid Mati Dalam Belukar Permintaan Ustaz Syam Buat Jemaah Makin Pelik

Bermalam Di Masjid Mati Dalam Belukar Permintaan Ustaz Syam Buat Jemaah Makin Pelik

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 570 hits
Bermalam Di Masjid Mati Dalam Belukar Permintaan Ustaz Syam Buat Jemaah Makin Pelik
Pengantin Sunti 17 Tahun Mati Pada Malam Pertama Dibunuh Suami Sebab Tak Berdarah

Pengantin Sunti 17 Tahun Mati Pada Malam Pertama Dibunuh Suami Sebab Tak Berdarah

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 575 hits
Sebelum cerita ni mula ada sedikit pesanan buat kaum adam diluar sana jangan terlalu mudah untuk jatuh hukum terhadap seseorang wanita dan paling penting jangan terlalu ignorant untuk kenal serba sedikit berkenaan dengan perihal dalaman wan...
Sibuk Layan Telefon Bimbit Anak Mati Lemas

Sibuk Layan Telefon Bimbit Anak Mati Lemas

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 466 hits
Zaman teknologi sekarang ni memang semua orang wajib ada telefon bimbit Dah banyak iklan yang dikeluarkan mengenai kelalaian orang dewasa menggunakan telefon bimbit sehingga membahayakan nyawa orang sekeliling Baru baru ini satu kejadian ya...
Kali Ini Tidak Jadi Ahli Silap Mata Houdini Ditemui Mati Dalam Keadaan Bergari Di Pokok

Kali Ini Tidak Jadi Ahli Silap Mata Houdini Ditemui Mati Dalam Keadaan Bergari Di Pokok

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 423 hits
Kali ini Tidak Jadi Ahli Silap Mata Houdini Ditemui Mati Dalam Keadaan Bergari Di Pokok Seorang lelaki yang meminati ahli silap mata terkenal dan pakar melepaskan diri Harry Houdini ditemui mati dalam keadaan bergari di sebatang pokok di Ru...
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine