Eloklah Bersara Boleh Duduk Di France


 



Terkini! Nazri nak bersara dari politik?
August 26, 2021 Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang lantang mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, difahamkan sedang menimbang kemungkinan untuk bersara daripada dunia politik.
Perkara itu didedahkan oleh sumber Barisan Nasional (BN) yang rapat dengan beliau, kepada Sinar Premium pada Rabu.
Jelas sumber berkenaan, pertimbangan itu sedang dibuat Mohamed Nazri setelah pihaknya bersama rakan-rakan lain dalam UMNO berjaya menyempurnakan misi mengangkat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu.
Menurut sumber itu lagi, Mohamed Nazri turut terkesan dengan gerakan politik bagi menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berpandangan politik sebegini tidak seharusnya berlaku pada saat negara berdepan krisis pandemik Covid-19.
“Baru-baru ini, Cip Nazri (panggilan mesra Mohamed Nazri) sudah bayangkan hasrat bersara sepenuhnya daripada dunia politik setelah 40 tahun berkecimpung di dalamnya.
“Beliau menjelaskan tugasan dan misi politiknya sudah selesai setelah Ismail Sabri diangkat menjadi Perdana Menteri baharu kerana Ahli Parlimen Bera itu sudah mempunyai angkatan pasukan baharu untuk melindunginya.
“Cip Nazri mengakui lega kerana Ismail Sabri akhirnya dipilih jadi Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin, justeru beliau merasakan masa untuk bersara sudah tiba,” katanya kepada Sinar Premium.
Terdahulu, beberapa portal berita tempatan mencadangkan Ismail Sabri melantik Mohamed Nazri yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Menteri Pelancongan, dalam senarai jemaah menteri Kabinet baharu kerajaan beliau.
Cadangan itu dikemukakan susulan keperibadian Mohamed Nazri yang dianggap sebagai salah seorang ‘pahlawan’ dalam UMNO dan tidak gentar mempertahankan kerajaan pada saat dikritik pihak lawan.
Bahkan, Mohamed Nazri sebelum ini mengakui beliau merupakan antara mastermind yang mengumpulkan senarai akuan tandatangan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen BN bagi membolehkan seorang TImbalan Perdana Menteri daripada koalisi itu diangkat kerajaan PN sebelum ini.
Sepanjang penglibatan dalam dunia politik, Ketua UMNO bahagian Padang Rengas itu pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO serta Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Mohamed Nazri juga tidak sunyi daripada dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk episod pertelingkahan beliau dengan bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), membuat pengakuan terbuka menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pakatan Harapan(PH) mendirikan kerajaan serta mengkritik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas kekalahan kerajaan BN.
Mengulas lanjut, sumber BN berkenaan turut memaklumkan hasrat persaraan Mohamed Nazri daripada dunia politik adalah bertujuan memberi peluang kepada generasi baharu mengambil alih tampuk kepimpinan UMNO dan BN.
“Sejujurnya, segala usaha Cip Nazri mempertahankan pendirian kerajaan dan parti bukan atas sebab beliau hendak jawatan, tetapi sekadar mahu menyumbang kepada parti sahaja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, sumber BN berkenaan membayangkan senarai kabinet baharu yang bakal diumumkan Ismail Sabri dalam masa terdekat tidak akan disertai mana-mana ahli Parlimen pembangkang.
Bagaimanapun, susulan pertemuan Ismail Sabri dan ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan (PH) pada Rabu, beliau yakin terdapat kemungkinan ada sebahagian ahli Parlimen koalisi itu yang bakal dilantik dalam Jawatankuasa Khas Pemulihan Ekonomi dan dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
“Bagi pelantikan kabinet baharu pula, saya menjangkakan pemimpin-pemimpin senior dalam UMNO seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar bakal dilantik bagi memantapkan lagi barisan menteri UMNO.
“Mengenai desas-desus Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said bakal dilantik menteri penuh selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Speaker Parlimen, itu saya tidak pasti kerana keputusan peletakan jawatan beliau atas arahan parti,” katanya.
Ditanya sama ada Ismail Sabri mampu melepasi ujian penentuan keabsahan sokongan ahli Parlimen terhadap beliau pada sidang Parlimen terdekat, sumber BN berkenaan berkeyakinan Perdana Menteri kesembilan itu mampu mengatasinya dengan cemerlang.
“Insya-ALLAH boleh sebab (pemimpin) yang gila jawatan (dalam UMNO) tidak ramai…Lagi ramai ahli UMNO biasa yang sayang parti daripada individu tertentu,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/eloklah-bersara-boleh-duduk-di-france.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Game Matematik Pm9 Semuanya Tak Boleh Pakai

Game Matematik Pm9 Semuanya Tak Boleh Pakai

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 534 hits
220 MPs are given till 4 pm today to submit a name for PM candidate According to party leaders who attended the session with the king and his deputy today the chosen one must still prove his majority on the floor when the parliament convene...
Sokong Anwar Tiada Jaminan Ke Syurga Dan Tak Boleh Jadi Kaya

Sokong Anwar Tiada Jaminan Ke Syurga Dan Tak Boleh Jadi Kaya

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 223 hits
Kenapa Anwar tidak layak menjadi PM Sokong Anwar tiada jaminan ke syurga dan tak boleh jadi kaya SOALAN DIJAWAB DGN PERSOALAN Siapa yg menyokong Anwar anda tidak dijamin masuk syurga dan tidak akn menjadi kaya Anwar bukan jenis manusia yg m...
Noah Anak Yang Betul Betul Suka Susu Ibu Siang Hari Saja Boleh Minum 33 Auns Susu Ika

Noah Anak Yang Betul Betul Suka Susu Ibu Siang Hari Saja Boleh Minum 33 Auns Susu Ika

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 358 hits
Perjalanan menyusukan bayi bukan sesuatu yang mudah melainkan dalam diri dah bertekad untuk memberikan yang terbaik buat bayi Begitu juga kisah yang penuh inspirasi oleh pelakon Ika Nabella yang sangat komited memberi susu ibu buat anak lel...
Mageran Boleh Ditubuhkan Jika Tiada Ahli Parlimen Cukup Sokongan Jadi Pm

Mageran Boleh Ditubuhkan Jika Tiada Ahli Parlimen Cukup Sokongan Jadi Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 188 hits
hmetro comPRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan kepada pengamal media ketika keluar dari Istana negara selepas selesai sesi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah h...
Cengkih Boleh Buat Paru Paru Anda Berfungsi Dengan Baik

Cengkih Boleh Buat Paru Paru Anda Berfungsi Dengan Baik

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 214 hits
Cengkih boleh buat paru paru anda berfungsi dengan baik Tapi kan dah alang alang kunyah cengkih apa kata kita cuba petua amalan Allahyarham Tuan Guru Haji Hashim mudir Pondok Pasir Tumbuh Kelantan ni Allahyarham Tuan Guru Haji Hashim dah am...
Masyaallah Banyak Betul Perubahan Nabil Sesekali Dengar Cerita Tentang Agama Boleh Jadi Insaf

Masyaallah Banyak Betul Perubahan Nabil Sesekali Dengar Cerita Tentang Agama Boleh Jadi Insaf

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 246 hits
Nabil Ahmad memberitahu dia dan isteri Nazira Ayub sudah memadam foto foto lama yang dirasakan tidak sesuai untuk tatapan umum di laman sosial Instagram Selain itu menurut Nabil 37 dia juga banyak melihat perubahan isterinya ke arah lebih b...
Anwar Masih Boleh Lakukan Keajaiban Meskipun Ismail Sabri Dikata Mendahului

Anwar Masih Boleh Lakukan Keajaiban Meskipun Ismail Sabri Dikata Mendahului

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 586 hits
SEJUJURNYA kesabaran penulis menantikan keputusan siapa calon UMNO dan Barisan Nasional untuk dipilih secara sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri kesembilan pada malam Selasa umpama menyaksikan pemilihan calon Presiden bagi pilihan r...
As Beri Amaran Perhimpunan Agung Pbb Boleh Jadi Super Spreader Covid

As Beri Amaran Perhimpunan Agung Pbb Boleh Jadi Super Spreader Covid

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 286 hits
AS beri amaran Perhimpunan Agung PBB boleh jadi super spreader Covid PERTUBUHAN BANGSA BANGSA BERSATU Amerika Syarikat menggesa pemimpin dunia menghantar video berbanding pergi ke New York bulan depan untuk menghadiri perhimpunan tahunan pe...
Siapa Pernah Kena Buli Mesti Boleh Relate Kidd Santhe Kongsi Kisah Peribadi Dalam Lagu

Siapa Pernah Kena Buli Mesti Boleh Relate Kidd Santhe Kongsi Kisah Peribadi Dalam Lagu

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 329 hits
Kidd Santhe mengakui pernah dibuli oleh guru dan pelajar ketika dibangku sekolah kerana memiliki saiz tubuh badan yang besar Ujar Kidd ketika tingkatan empat dia memiliki berat badan lebih daripada 70 kilogram dan ia menjadi punca sering di...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia

Ryan Bakery Minta Pempengaruh Sedar Diri Jaga Adab Dalam Hasilkan Konten

Makanan Dipesan Di Kedai Tomyam Tak Sedap Lelaki Ini Berjaya Dapatkan Refund Selepas Tulis Reviu Di Google