Anwar Masih Boleh Lakukan Keajaiban Meskipun Ismail Sabri Dikata Mendahului



SEJUJURNYA, kesabaran penulis menantikan keputusan siapa calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk dipilih secara sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri kesembilan pada malam Selasa umpama menyaksikan pemilihan calon Presiden bagi pilihan raya Amerika Syarikat (AS).
Penuh kejutan dan mendebarkan! Perlumbaan tiga calon UMNO dan BN bagi ditabalkan sebagai wakil tunggal koalisi itu untuk dipilih Yang di-Pertuan Agong, berakhir seusai diputuskan dalam mesyuarat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.
Seperti dijangka, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjadi pilihan fraksi UMNO cenderung Perikatan Nasional (PN) berjaya mengatasi dua pencalonan lain iaitu Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Keputusan pemilihan Ismail Sabri itu sebenarnya memberi gambaran besar bahawa fraksi UMNO menolak PN yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan sesekali menjalinkan kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP bagi membentuk kerajaan baharu.
Selain itu, Ismail Sabri juga dianggap calon terbaik dikemukakan BN kerana beliau turut mendapat sokongan padu daripada parti-parti blok PN diketuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sendiri.
Pengumuman Ismail Sabri sebagai calon juga berkemungkinan menamatkan spekulasi Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal kembali menerajui negara selaku Perdana Menteri kesembilan.
PECUTAN 'GAME OF THRONES' CECAH GARISAN PENAMAT
Bagaimanapun, Sinar Premium difahamkan satu perjanjian didakwa telah dikompromi oleh pucuk kepimpinan BN termasuk Ahmad Zahid dan Najib bagi membolehkan pemimpin-pemimpin Bersatu kembali diberikan jawatan-jawatan penting kerajaan.
Lebih menarik, melalui pengesahan pencalonan Ismail Sabri itu, pecutan terakhir 'Game of Thrones' bagi menentukan siapa ditabalkan sebagai Perdana Menteri baharu Malaysia kini hanya tertumpu kepada Ahli Parlimen Bera itu dan Anwar.
Berdasarkan angka sokongan diperolehi kedua-dua calon itu ketika ini, atas kertas Ismail Sabri berkemungkinan besar meraih kembali sokongan 115 ahli Parlimen yang membentuk kerajaan PN sebelum ini.
Anwar pula buat pertama kalinya didakwa sudah mengumpulkan angka mujarab 105 ahli Parlimen setelah dikatakan berjaya meraih sokongan secara koalisi perdana parti-parti dalam blok pembangkang termasuk Parti Warisan Negara (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Muda (Muda), Parti Sarawak Bersatu (PSB), UPKO dan dua calon bebas.
KERAJAAN PERPADUAN ATAU MAGERAN
Bagaimanapun, angka sokongan 115 ahli Parlimen dijangka tidak cukup untuk memuaskan hati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membolehkan kerajaan baharu BN-PN-GPS-Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu dipilih sebagai kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan PN.
Hal ini kerana kejatuhan kerajaan PN pada 16 Ogos lalu membuktikan angka itu masih rapuh untuk membentuk sebuah kerajaan stabil, sekurang-kurangnya mampu bertahan sehingga PRU15 pada saat negara ditekan dengan krisis Covid-19 yang sangat dahsyat.
Atas faktor itu, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan setiap parti di negara ini untuk mencari satu titik pertemuan bagi membentuk politik negara yang 'aman dan nyaman'.
Meskipun Anwar dalam sidang medianya selepas selesai menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pada Selasa, seolah-olah menggambarkan titah baginda menunjukkan hasrat pembentukan sebuah kerajaan perpaduan.
Namun, bagi sebilangan pemerhati politik tanah air, titah itu boleh juga dianggap sebagai isyarat kepada parti-parti politik tanah air bahawa Seri Paduka Baginda bersedia untuk membuat keputusan lebih drastik termasuk menubuhkan kerajaan berbentuk Mageran bagi menyelesaikan krisis politik yang tidak berkesudahan.
Menariknya, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menyampaikan titah Yang di-Pertuan Agong bagi mengarahkan 220 ahli Parlimen untuk menghantar surat akuan sokongan (SD) calon Perdana Menteri pilihan masing-masing terus kepada Istana Negara.
Berdasarkan satu surat tular di media sosial, Azhar turut meminta semua ahli Parlimen berbuat demikian sebelum jam 4 petang Rabu dengan kaedah serahan perlu dilakukan secara email, faksimile dan salinan PDF melalui aplikasi WhatsApp.
Titah terkini Yang di-Pertuan Agong melalui Speaker Dewan Rakyat turut memberi bayangan jelas bahawa Istana Negara mungkin mencuba konvensyen pemilihan calon Perdana Menteri yang baharu dan lebih telus berbanding konvensyen dipraktikkan Seri Paduka Baginda selepas kejatuhan kerajaan PH.
ANWAR MASIH BOLEH LAKUKAN KEAJAIBAN
Berbalik kepada peluang dua calon Perdana Menteri baharu, Sinar Premium berpandangan di sebalik kelebihan berada di tangan Ismail Sabri untuk menewaskan Anwar, segala kemungkinan masih boleh berlaku pada saat genting ketika ini.
Ibarat perlumbaan acara basikal kierin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan wira negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya membuat pecutan menakjubkan pada 100 meter terakhir perlumbaan bagi memenangi pingat perak.
Keajaiban sama masih boleh berlaku kepada Anwar, lebih-lebih lagi sumber PKR memaklumkan kepada Sinar Premium bahawa Ahli Parlimen Port Dickson itu sebenarnya memiliki sokongan 'lebih paras mencukupi' bagi dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.
Tumpuan utama rakyat pastinya berfokus kepada arah mana sebenarnya sokongan Warisan, Pejuang, Muda, calon bebas dan paling penting fraksi 15 ahli Parlimen UMNO menolak Muhyiddin ketika ini.
Berdasarkan situasi politik semasa, Warisan yang dipimpin bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal secara terbuka mengumumkan sokongan kepada Anwar untuk mengembalikan mandat pembentukan kerajaan PH pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, terdapat spekulasi berlaku pertemuan Ismail Sabri dengan Warisan dan Pejuang sebelum ini dengan sebarang bentuk perjanjian yang lebih menguntungkan kedua-kedua parti itu, pastinya akan diambil sebaiknya oleh mereka untuk memihak pihak lebih 'pemurah'.
Pada masa sama, tawaran mengujakan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan diberikan Anwar kepada Mohd Shafie, mungkin menarik minat lapan ahli Parlimen Warisan untuk menyatakan kembali sokongan kepada Pengerusi PH itu.
Bagi Pejuang pula, meskipun parti itu konsisten meminta sebuah Majlis Pemulihan Negara seakan-akan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang bebas politik ditubuhkan bagi menyelesaikan krisis politik Malaysia.
Parti diterajui bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad turut difahamkan tidak akan sesekali menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
Hal ini kerana episod perseteruan antara Dr Mahathir dan Anwar sangat jelas dengan impak perbalahan antara dua pemimpin itu turut menjadi faktor utama kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020.
Untuk Muda yang dipimpin satu-satunya ahli Parlimen mereka, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta calon bebas, Dr Maszlee Malik, kedua-dua bekas pemimpin Bersatu ini difahamkan cenderung menyokong perjuangan PH dan dijangka akan menyokong Anwar.
Pada saat getir ketika ini, kemungkinan fraksi UMNO menolak Muhyiddin dipimpin Ahmad Zahid akan memberi sokongan kepada Anwar untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan kelak masih tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Dengan sokongan 15 ahli Parlimen UMNO berkenaan dijangkakan hanya berbentuk sokongan kepada Anwar bagi menjadi Perdana Menteri baharu dan bukan menyertai kerajaan baharu PH secara rasmi kelak.
UMNO FRAKSI ZAHID MASIH BOLEH JADI KINGMAKER

Kumpulan UMNO 15 masih boleh berperanan sebagai 'kingmaker' disebabkan fraksi Zahid dan Najib bimbang dengan kedudukan Bersatu dalam kerajaan baharu dipimpin BN yang dianggap mereka sebagai 'liabiliti' kepada UMNO

Ditambah dengan Ismail Sabri secara terbuka menyebelahi Muhyiddin berbanding patuh kepada arahan Ahmad Zahid untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN sebelum ini.
Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan juga bakal mempengaruhi impak pemilihan parti itu yang dijangka diadakan pada tahun 2023 kelak.
Secara jelas, kedudukan Presiden UMNO itu pastinya akan tergugat dengan Ismail Sabri yang disokong pemimpin-pemimpin UMNO anti Ahmad Zahid akan mengorak langkah untuk bertanding jawatan tertinggi parti berkenaan.
Bahkan kita boleh melihat kem Zahid seolah-olah merupakan kumpulan minoriti dalam permainan kuasa kepimpinan UMNO apabila beliau hanya disokong 14 ahli Parlimen, berbanding Ismail Sabri yang mendapat dukungan 22 ahli Parlimen parti itu.
Lebih penting, sekiranya Ahmad Zahid disabitkan bersalah atas kes mahkamah dihadapi beliau kelak, senario ini pastinya memberi tekanan kepada kem pemimpin UMNO yang menyokong beliau untuk membendung asakan 'power play' bakal direncana kem UMNO menolak Presiden parti itu.
Namun begitu, sikap dingin DAP yang menolak pemimpin 'kleptokrat' dalam UMNO mungkin menjadi rintangan kepada Anwar bagi mendapatkan sokongan tidak dijangka berkenaan.
Bahkan sikap terbuka beberapa pemimpin DAP seperti Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming yang lebih rela mengekalkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri berbanding mengembalikan kerajaan 'kleptokrat', jelas memberi gambaran fraksi UMNO diketuai Ahmad Zahid tidak dialu-alukan mereka dalam PH.
KU LI BERPOTENSI POTONG TANG KONA
Sekiranya Anwar dan Ismail Sabri gagal mendapat sokongan majoriti meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bagi membentuk kerajaan stabil, tidak mustahil Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li akan kembali dijadikan sandaran bagi mengetuai sebuah kerajaan Mageran.
Seterusnya silalah sambung bacaan anda di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/anwar-masih-boleh-lakukan-keajaiban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Gesa Semua Terima Keputusan Agong Lantik Ismail Sabri

Anwar Gesa Semua Terima Keputusan Agong Lantik Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 269 hits
tuncarlos comKenyataan Media21 Ogos 2021Dengan penuh takzimnya saya mewakili Pembangkang keseluruhannya menjunjung kasih ke atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong di atas pelantikan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Pe...
Anwar 105 Ismail Sabri Hilang 18 Dari Gps

Anwar 105 Ismail Sabri Hilang 18 Dari Gps

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 885 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE August 18 2021Tindakan Gabungan Parti Sarawak untuk menyerahkan urusan pemilihan Perdana Menteri ke 9 kepada Yang Dipertuan Agong telah menyebabkan kumpulan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional kehilangan sokongan ...
Kit Siang Proposes Anwar As Dpm To Ismail Sabri

Kit Siang Proposes Anwar As Dpm To Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 245 hits
With two possible candidates for Malaysia s next prime minister DAP s Lim Kit Siang today suggested that the one not picked for the top job be made the deputy in a unity government The Iskandar Puteri MP said this would allow the creation o...
Anwar And Shafie Pejuang S Top Picks Open To Ismail Sabri As Well

Anwar And Shafie Pejuang S Top Picks Open To Ismail Sabri As Well

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 247 hits
Pakatan Harapan leader Anwar Ibrahim and Warisan president Mohd Shafie Apdal are the top picks for Pejuang Tanah Air to be the next prime minister On the same note party president Mukhriz Mahathir said Pejuang is prepared to support any pri...
Anwar Leads Race To Be Opposition S Pick For Pm But Die Likely Already Cast In Ismail Sabri S Favour

Anwar Leads Race To Be Opposition S Pick For Pm But Die Likely Already Cast In Ismail Sabri S Favour

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 259 hits
Pakatan Harapan and other Opposition parties would fully back PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim to be the next prime minister if he could get rival lawmakers to support his bid sources said The sources and insiders privy to the negotia...
Persaingan Jawatan Pm Baharu Ismail Sabri Vs Anwar Ibrahim

Persaingan Jawatan Pm Baharu Ismail Sabri Vs Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 471 hits
Bekas timbalan perdana menteri mana yang akan diangkat menjadi perdana menteri baharu Ismail Sabri Yaakob ketika ini dilihat mengatasi Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Ketika negara menunggu penuh debar siapa yang akan diangkat menjadi perdana me...
Antara Ismail Sabri Anwar Dan Shafie Siapa Lebih Berpeluang Jadi Pm

Antara Ismail Sabri Anwar Dan Shafie Siapa Lebih Berpeluang Jadi Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 252 hits
rwan Muhammad ZainOgos 16 2021 KUALA LUMPUR Setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Perdana Menteri siapa yang akan mengisi jawatan tersebut dan membentuk kerajaan terus menjadi tanda tanya Antara nama yang disebut sebut Presiden P...
Malaysia Perlukan Anwar Ibrahim Sebagai Pm Bukan Ismail Sabri

Malaysia Perlukan Anwar Ibrahim Sebagai Pm Bukan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 393 hits
Oleh LIM KIT SIANG August 16 2021Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu untuk membawa masuk pasukan dan dasar dasar baharu yang boleh menghentikan kemusnahan akibat Covid 19 dan juga menyalakan semangat untuk Impia...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan