Ella Jadi Tauke Cili






“Sudah sampai masanya untuk saya berbakti pada tanah di negara sendiri yang boleh menghasilkan pelbagai jenis tanaman.

“Niat saya hendak mendidik masyarakat dan menjadi inspirasi kepada anak muda,” kata ratu rock tanah air, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.

Menurutnya, dia dan suaminya, Azhar Ghazali mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak dua tahun lalu dengan modal pusingan RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.

“Alhamdulillah, tanaman ini sudah masuk musim keenam di mana setiap ladang mampu menghasilkan pengeluaran cili lapan tan.

“Setahun kami dapat menghasilkan dua musim di mana setiap musim dari peringkat semaian hingga menuai mengambil masa selama enam bulan. Kami menggunakan benih cili kulai 461 yang terbukti berkualiti dan baik,” katanya yang ditemui di ladangnya di Puncak Alam, dekat sini, semalam.

Ella berkata, setiap ladang mempunyai keluasan 0.4 hektar yang mampu menanam kira-kira 5,000 pokok cili menggunakan beg semaian di mana setiap pokok dapat menghasilkan sehingga dua kilogram (kg) cili dengan panjang mencecah lima hingga enam inci.

“Sejak kecil saya suka bercucuk tanam pokok bunga di keliling rumah. Mungkin sudah ditakdirkan jodoh dengan suami mempunyai minat yang sama dalam pertanian walaupun kami tiada asas pertanian.

“Sebelum berkecimpung dalam bidang ini, saya dan suami banyak membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat mengenai tanaman fertigasi cili termasuk mengikuti kursus asas pertanian.

“Saya yakin potensi perniagaan pertanian ini mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Ditanya mengenai bidang nyanyian yang diceburi sejak 34 tahun lalu, Ella berkata, dia menjadikan bidang nyanyian dan pertanian sebagai kerjaya utama kerana meminati industri berkenaan.



“Saya akan terus menyanyi kerana minat sejak kecil dan pada masa sama akan memantau perkembangan ladang cili supaya ia tidak dilakukan separuh jalan.

“Saya menggalakkan lebih ramai golongan muda berkecimpung dalam bidang pertanian kerana ia menjanjikan masa depan yang baik, sekali gus mengurangkan cili import,” katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, bagi tanaman musim kali ini, dia menggunakan sistem perladangan pintar menerusi aplikasi Internet of Things (IoT) yang mana parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon pintar.

“Kecanggihan teknologi masa kini membolehkan bidang pertanian makin berkembang pesat dan berupaya mengurangkan kos serta sumber manusia di samping meningkatkan kecekapan dalam menangani cabaran dan isu pertanian.

“Lebih menarik semua parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon pintar. Ia membolehkan IoT membawa manfaat kepada fertigasi cili khususnya dalam proses penjagaan berjalan dengan lebih bermaklumat.

“Ia mudah dipantau. Penderia untuk suhu, kelembapan udara dipasang di kawasan fertigasi cili manakala penderia kelembapan tanah pula diletakkan dalam sabut kelapa di pangkal pokok cili yang secara langsung berperanan sebagai masukan kepada aplikasi sistem IoT ini,” katanya.

Menurutnya, selain mengelak pembaziran dan mengurangkan kos operasi, hasil pertanian yang dikeluarkan juga lebih berkualiti kerana mendapat bekalan air dan baja dalam kuantiti yang diperlukan termasuk kandungan Omega 3.

“Dengan menggunakan kaedah IoT, ia dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga tiga kg bagi satu pokok cili selain dapat memenuhi permintaan pasaran cili tempatan yang kurang mengandungi bahan kimia berbanding cili import,” katanya.

“Hasil pengeluaran cili ini akan dipasarkan ke pasar raya, kedai runcit, Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat dan restoran makanan.

“Dalam perancangan masa depan, kami akan memasarkan sendiri cili ini dan menambah ladang di kawasan berhampiran.

“Kami turut mengadakan khidmat nasihat kepada usahawan yang mahu menjalankan aktiviti pertanian fertigasi cili,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/10/ella-jadi-tauke-cili.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Memang Minat Bercucuk Tanam Ratu Rock Ella Kini Jadi Tauke Cili

Saya Memang Minat Bercucuk Tanam Ratu Rock Ella Kini Jadi Tauke Cili

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 523 hits
Penyanyi rock legenda Malaysia Ella bukan sahaja dikenali dengan kemerduan suaranya malah semua sangat kenal perwatakannya yang sangat manja dan bersahaja Terkini Ella membuktikan bahawa dirinya bukan sahaja berbakat serta releven dalam ind...
Rasai Kepedasan Sos Cili Pedas Karambunai Dan Sweet Sour Thai Sauce Betul Betul Terangkat

Rasai Kepedasan Sos Cili Pedas Karambunai Dan Sweet Sour Thai Sauce Betul Betul Terangkat

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 1660 hits
Cili Karambunai terkenal tahap pedasnya Sos Cili Pedas Karambunai dan Sweet Sour Thai Sauce dibuat dengan menggunakan cili yang berkualiti tinggi dan sesuai digunakan sebagai sos pelbagai guna untuk dimakan bersama burger popiah lekor kepak...
Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Bersama Udang Dan Tenggiri Masakan Kampung Sangat

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Bersama Udang Dan Tenggiri Masakan Kampung Sangat

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 671 hits
Lauk masakan kami sekeluarga ini adalah pisang muda masak lemak cili api bersama udang dan tenggiri Masakan kampung sangat kata anak anak aku Tapi yang tak boleh nak fikir dengan otak aku ini en suami minta aku campur denga nudang dan ikan ...
Ketam Cili

Ketam Cili

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 311 hits
Ketam CiliBy Kak Wan ResipicitarasawanBahan bahan4 ekor ketam1 batang serai di ketuk3 ulas bawang putih di ketuk1 cawan airBahan Kisar1 labu bawang besar4 ulas bawang merah2 ulas bawang putih6 tangkai cili kering buang biji rendam air panas...
5 Menu Sambal Ikan Cili Padi Yang Padu Sedapnya

5 Menu Sambal Ikan Cili Padi Yang Padu Sedapnya

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 649 hits
Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun ia memang sedap dan terbaik Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng Cukup asam garamnya memang terangkat sedap biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan sebagai hidan...
Sambal Cili Merah Bihun Sup Utara

Sambal Cili Merah Bihun Sup Utara

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 445 hits
Ok hangpa sebab ramai pakat minta resepi Sambal Cili Merah Bihun Sup Utara ni maka saya kena buat entry khas hahaha Sebab nanti hangpa tanya lagi saya bagi link saja Mungkin ramai dah tahu kalau bihun sup utara di sebelah Kedah ni sambal ci...
Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Jantung Pisang

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Jantung Pisang

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 715 hits
Saya tak pasti jika orang lain pernah alami seperti yang saya alami Setiap pagi bila terjaga dari tidur dan hari tersebut jatuh pada hari Sabtu atau Ahad atau hari cuti kelepasan akan rasa sangat best Saya akan bercakap dengan diri sendiri ...
Ini Patut Dicontohi Dari Artis Ella Al Hamdulillah

Ini Patut Dicontohi Dari Artis Ella Al Hamdulillah

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 475 hits
HALAMAN HIBURAN SUDAH sampai masanya untuk saya berbakti pada tanah di negara sendiri yang boleh menghasilkan pelbagai jenis tanaman Niat saya hendak mendidik masyarakat dan menjadi inspirasi kepada anak muda kata ratu rock tanah air Ella a...
Konsert Haus Boom 2019 Menampilkan Ella Hujan Bunkface Pop Shuvit Gerhana Ska Cinta K Clique Budak Nakal Hujung Simpang

Konsert Haus Boom 2019 Menampilkan Ella Hujan Bunkface Pop Shuvit Gerhana Ska Cinta K Clique Budak Nakal Hujung Simpang

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 428 hits
Konsert Haus Boom 2019 Menampilkan Ella Hujan Bunkface Pop Shuvit Gerhana Ska Cinta K Clique Budak Nakal Hujung Simpang Kejayaan penganjuran Haus Boom Music 2018 membuatkan Hausboom Music begitu teruja untuk menganjurkan Hausboom Music 2019...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025

Resipi Bihun Goreng Limau Purut Yang Sedap Pedas Wangi

Bantuan Sara Ini Desakan Daripada Presiden Ibu Tunggal