Ini Patut Dicontohi Dari Artis Ella Al Hamdulillah
HALAMAN HIBURAN
“SUDAH sampai masanya untuk saya berbakti pada tanah di negara sendiri yang boleh menghasilkan pelbagai jenis tanaman.“Niat saya hendak mendidik masyarakat dan menjadi inspirasi kepada anak muda,” kata ratu rock tanah air, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.
Menurutnya, dia dan suaminya, Azhar Ghazali mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak dua tahun lalu dengan modal pusingan RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.
“Alhamdulillah, tanaman ini sudah masuk musim keenam di mana setiap ladang mampu menghasilkan pengeluaran cili lapan tan.
“Setahun kami dapat menghasilkan dua musim di mana setiap musim dari peringkat semaian hingga menuai mengambil masa selama enam bulan. Kami menggunakan benih cili kulai 461 yang terbukti berkualiti dan baik,” katanya yang ditemui di ladangnya di Puncak Alam, dekat sini, semalam.
Ella berkata, setiap ladang mempunyai keluasan 0.4 hektar yang mampu menanam kira-kira 5,000 pokok cili menggunakan beg semaian di mana setiap pokok dapat menghasilkan sehingga dua kilogram (kg) cili dengan panjang mencecah lima hingga enam inci.
“Sejak kecil saya suka bercucuk tanam pokok bunga di keliling rumah. Mungkin sudah ditakdirkan jodoh dengan suami mempunyai minat yang sama dalam pertanian walaupun kami tiada asas pertanian.“Sebelum berkecimpung dalam bidang ini, saya dan suami banyak membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat mengenai tanaman fertigasi cili termasuk mengikuti kursus asas pertanian.“Saya yakin potensi perniagaan pertanian ini mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Ditanya mengenai bidang nyanyian yang diceburi sejak 34 tahun lalu, Ella berkata, dia menjadikan bidang nyanyian dan pertanian sebagai kerjaya utama kerana meminati industri berkenaan.
“Saya akan terus menyanyi kerana minat sejak kecil dan pada masa sama akan memantau perkembangan ladang cili supaya ia tidak dilakukan separuh jalan.“Saya menggalakkan lebih ramai golongan muda berkecimpung dalam bidang pertanian kerana ia menjanjikan masa depan yang baik, sekali gus mengurangkan cili import,” katanya.
Sementara itu, Azhar berkata, bagi tanaman musim kali ini, dia menggunakan sistem perladangan pintar menerusi aplikasi Internet of Things (IoT) yang mana parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon pintar.
“Kecanggihan teknologi masa kini membolehkan bidang pertanian makin berkembang pesat dan berupaya mengurangkan kos serta sumber manusia di samping meningkatkan kecekapan dalam menangani cabaran dan isu pertanian.“Lebih menarik semua parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon pintar. Ia membolehkan IoT membawa manfaat kepada fertigasi cili khususnya dalam proses penjagaan berjalan dengan lebih bermaklumat.“Ia mudah dipantau. Penderia untuk suhu, kelembapan udara dipasang di kawasan fertigasi cili manakala penderia kelembapan tanah pula diletakkan dalam sabut kelapa di pangkal pokok cili yang secara langsung berperanan sebagai masukan kepada aplikasi sistem IoT ini,” katanya.
Menurutnya, selain mengelak pembaziran dan mengurangkan kos operasi, hasil pertanian yang dikeluarkan juga lebih berkualiti kerana mendapat bekalan air dan baja dalam kuantiti yang diperlukan termasuk kandungan Omega 3.
“Dengan menggunakan kaedah IoT, ia dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga tiga kg bagi satu pokok cili selain dapat memenuhi permintaan pasaran cili tempatan yang kurang mengandungi bahan kimia berbanding cili import,” katanya.“Hasil pengeluaran cili ini akan dipasarkan ke pasar raya, kedai runcit, Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat dan restoran makanan.“Dalam perancangan masa depan, kami akan memasarkan sendiri cili ini dan menambah ladang di kawasan berhampiran.“Kami turut mengadakan khidmat nasihat kepada usahawan yang mahu menjalankan aktiviti pertanian fertigasi cili,” katanya.
ELLA memerhatikan Azhar mengendalikan aplikasi di ladang mereka.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Anak muda, Inilah yang patut dicontohi dari Ella, supaya 'bebas kewangan' tidak terlalu bergantung kepada industri muzik semata-mata. Al-hamdulillah!
Lihat Sebelum Ini..Jom Lawat Kampung Janda Indo... Penyelesaian.Intip Lagi, Kampung Janda, Kini Di Bogor Pula..Sekitar Artis Menjanda Di Indonesia, Masuk Air?K/Janda: (1)Bunuh Ragol &Politik IndK/Janda: (2) Bunuh Ragol &Politik IndoK/Janda Aceh: Kampung Tanpa Lelaki.Pasukan Janda Aceh, Berperang Di Jalan Al...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/al-hamdulillah-ini-yang-patut-dicontohi.html