Elfira Loy Rahsia Jantina Bayi






Meskipun telah mengetahui jantina anak yang dikandungnya, Elfira dan suami mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara tersebut sebagai kejutan kepada keluarga serta peminat.

Merahsiakan jantina bayi dalam kandungannya, pelakon Elfira Loy berkata, dia dan suami, Khairol Faris Anuar, 27, mengambil keputusan tersebut kerana ingin memberi kejutan kepada keluarga kedua-dua belah pihak.

Ujar Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, yang kini hamil enam bulan, buat masa sekarang hanya dia dan suami yang tahu tentang jantina bayinya. Pengumuman jantina bayi hanya akan dibuat kepada keluarga dan peminat apabila dia sudah selamat bersalin kelak.

Ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar Oppo Reno Sunset Rose di ibu negara baru-baru ini, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu mendedahkan dia tidak mengalami sebarang alahan mahupun mengidam makanan yang pelik-pelik.

Dalam pada itu, Elfira turut berkongsi kerinduannya untuk kembali berlakon, namun mengakui kekangan masa menjadi penghalang terutamanya selepas menjadi isteri dan bakal memegang peranan seorang ibu.

Bagaimana keadaan kehamilan Elfira sekarang?

Elfira Loy: Alhamdulillah. Tiada alahan bukan-bukan. Setakat ini semua okey. Boleh saya katakan proses kehamilan anak pertama ini dipermudahkan.

Bab makanan pun tiada mengidam yang pelik-pelik. Cuma, saya dinasihatkan oleh ibu dan ibu mertua supaya banyakkan berehat.

Mengapakah anda masih aktif bekerja meskipun telah hamil enam bulan?

Setiap ibu mengandung ada kekuatan dan kelemahan sendiri. Kalau saya, daripada sebelum mengandung memang saya sudah aktif bekerja ke sana sini.

Jadi, apabila mengandung, bekerja atau kekal aktif adalah perkara yang normal untuk dilakukan. Walaupun penat dan kadang-kadang sakit badan, rasa seronok dan itu mungkin membuatkan saya menjadi kuat.

Adakah anda sudah mengetahui tentang jantina bayi?

Sudah tahu (senyum). Jantinanya mestilah rahsia. Bukan apa, saya rasa, sebab ini cucu pertama untuk kedua-dua belah pihak. Jadi, saya dan suami sepakat untuk memberi kejutan kepada keluarga masing-masing.

Kami akan mengumumkan jantina bayi apabila saya sudah selamat bersalin kelak yang dijangka sekitar Oktober depan. Biar nenek dan datuk terkejut untuk tahu sama ada cucu mereka lelaki atau perempuan (tertawa).

Mengapakah anda memberi kenyataan takut untuk bersalin sebelum ini?

Tiadalah takut sehingga tidak mahu melahirkan anak. Saya rasa semua wanita yang bakal melahirkan anak terutama bayi sulung akan mengalami perasaan yang sama. Gementar sebab perkara yang paling susah adalah untuk melahirkan anak.

Bagaimanapun, selepas melalui sendiri proses kehamilan sejak hari pertama sampailah sekarang, saya bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan Allah. Sebagai seorang bakal ibu, kita sendiri perlu bijak menguruskan waktu dan menangani hormon diri. Suami banyak membantu dalam melakukan kerja rumah terutama dalam keadaan saya yang semakin sarat.



Tidakkah anda bimbang dilupakan peminat kerana begitu lama tidak aktif berlakon?

Saya tidak pernah terfikir perkara tersebut. Saya sudah berada dalam industri hampir 10 tahun. Sepanjang tempoh itu, saya sudah merasai bahang populariti sejak kecil sehingga sampai satu tahap kehidupan saya terasa tidak normal. Selepas berkahwin dan bergelar isteri adalah satu pengalaman yang baharu buat saya.

Akhirnya saya dapat duduk di rumah, melakukan kerja rumah dan perkara lain yang orang normal buat. Walaupun tidak lagi aktif berlakon, saya bersyukur masih lagi dikurniakan rezeki melakukan kerja-kerja menerusi media sosial.

Itu membuktikan orang masih ingat siapa saya. Insya-Allah, selepas bersalin kelak, jika ada tawaran yang sesuai, saya mahu kembali berlakon. Perasaan rindu terhadap set penggambaran sentiasa ada.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/elfira-loy-rahsia-jantina-bayi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biarlah Ia Jadi Kejutan Elfira Loy Rahsia Jantina Anak Tiada Majlis Pengumuman Jantina

Biarlah Ia Jadi Kejutan Elfira Loy Rahsia Jantina Anak Tiada Majlis Pengumuman Jantina

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 594 hits
Ramai yang tahu pelakon Elfira Loy mengandung dan kandungannya sudah mencecah enam bulan tetapi akui masih belum melakukan sebarang persiapan dan membeli barangan untuk bayinya BACA Bukan itu saja malah Elfira menjelaskan dia mahu jantina a...
Hiburan Tidak Akan Adakan Majlis Pengumuman Jantina Anak Elfira Loy

Hiburan Tidak Akan Adakan Majlis Pengumuman Jantina Anak Elfira Loy

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 279 hits
Memasuki trimester kedua kehamilan dengan usia kandungan sudah mencecah enam bulan pelakon Elfira Loy memberitahu dia belum melakukan sebarang persediaan termasuklah membuat keputusan untuk untuk melahirkan anak pertamanya itu di mana mana ...
Saya Dah Mula Rasa Takut Nak Bersalin Elfira Loy

Saya Dah Mula Rasa Takut Nak Bersalin Elfira Loy

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 473 hits
Pelakon Elfira Loy yang kini hamil enam bulan akui sudah mula berdebar menanti detik kelahiran bayi sulungnya Namun Elfira dalam masa yang sama dia teruja untuk menyambut cahaya matanya dan seronok menikmati proses kehamilannya Sekarang ini...
Temui Neelofa Fattah Amin Elfira Loy Di Sunway Pyramid Dan Berpeluang Menang Hadiah Rm40 Ribu

Temui Neelofa Fattah Amin Elfira Loy Di Sunway Pyramid Dan Berpeluang Menang Hadiah Rm40 Ribu

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 328 hits
Siapa peminat telefon pintar keluaran OPPO tu silalah munculkan diri anda di Roadshow OPPO Reno 10x Zoom yang bakal berlangsung di LG1 The post appeared first on
7 Makanan Yang Perlu Dielakkan Untuk Diberi Kepada Bayi

7 Makanan Yang Perlu Dielakkan Untuk Diberi Kepada Bayi

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 581 hits
Seperti yang kita sedia maklum tubuh bayi belum bersedia sepenuhnya lebih lebih lagi daripada aspek makanan Malah makanan yang sering golongan dewasa makan sudah semestinya membawa mudarat pada kesihatan bayi
Diy Rak Troli Serbaguna Letak Kelengkapan Bayi Modal Kecil Hasilnya Puas Hati

Diy Rak Troli Serbaguna Letak Kelengkapan Bayi Modal Kecil Hasilnya Puas Hati

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 1288 hits
Rak serbaguna dengan modal yang kecil tapi hasilnya cukup puas hati Tak perlu nak beli yang mahal jika anda boleh buat sendiri Bukan sahaja boleh letak barangan kelengkapan atau pakaian bayi tapi rak beroda ini juga boleh diletakkan di ruan...
Beau Jessup Remaja Yang Menjadi Jutawan Hanya Dengan Menamakan Bayi

Beau Jessup Remaja Yang Menjadi Jutawan Hanya Dengan Menamakan Bayi

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 244 hits
Percaya atau tidak hanya dengan menamakan bayi yang baru lahir anda mampu menjana pendapatan jutaan ringgit Macam tak percayakan Tetapi inilah yang berlaku kepada seorang remaja dari Britain Beau Jessup Sewaktu berusia 16 tahun Beau Jessup ...
Kalau Nak Bayi Cepat Explore Tak Perlu Pakaikan Sarung Tangan Terlalu Lama

Kalau Nak Bayi Cepat Explore Tak Perlu Pakaikan Sarung Tangan Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 524 hits
Mama papa tidak perlu pakaikan bayi sarung tangan terlalu lama sangat kalau nak bantu perkembangannya Memakaikan bayi sarung tangan terlalu lama adalah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan Sarung tangan atau mitten dipakaikan kepada bayi...
Bayi Lelaki Ditinggalkan Bersama Nota Di Kampung Pompod Kota Belud

Bayi Lelaki Ditinggalkan Bersama Nota Di Kampung Pompod Kota Belud

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 788 hits
Bayi yang hanya berbalut kain itu ditinggalkan di atas kerusi berhampiran tangga rumah wanita terbabit Bayi lelaki ditinggalkan bersama nota di Kota Belud Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf Sejak lahir Yusuf belum minum setitik susu Biarl...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Kuih Raya Homemade By Nieyl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Growth Mindset In Startups

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jambu Bertih

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Alim Kris Kunjungan Terakhir Chord