Diy Rak Troli Serbaguna Letak Kelengkapan Bayi Modal Kecil Hasilnya Puas Hati
Rak serbaguna dengan modal yang kecil tapi hasilnya cukup puas hati. Tak perlu nak beli yang mahal jika anda boleh buat sendiri.
Bukan sahaja boleh letak barangan kelengkapan atau pakaian bayi tapi rak beroda ini juga boleh diletakkan di ruang yang sesuai untuk meletakkan pelbagai barang dan mudah ditolak.
Perkongsian DIY rak serbaguna dari Maria Ariana dengan step yang mudah boleh dibuat dengan menggunakan beberapa bakul plastik, batang paip, roda, gam
Antara langkah pembuatan rak serbaguna:
Utk troli ni kita guna 3 pcs bakul,sbb kita nk buat 3 tingkat..saiz bakul pulak ikut citarasa korang la.tp klau guna bakul lain nnt ukuran paip pvc tu pun lain la ye..bakul korang bleh cari kat kedai eco,sbb murah(wah promot kdai eco nmpk)
.tp yg kaler putih ni mmg rare la nk jmp.xtau la kat tmpt korang byk ke x.
Ok yg ni penting..roda.. Pun dari kdai eco.(promot lg)
beli 1bungkus dpt 2pcs roda.tp pastikan tapak kat roda tu jenis yg 4segi tau.nnt nk ikat bolt sbb takut salah beli, kat eco ada byk jenis roda..
Cable tie guna nk ikat bakul tu nnt.beli 1 bungkus pkai x habis pun.tp pastikan beli yg besar.baru la kuat nk ikat bakul tu.ni pun dari kdai eco..kdai hardware pun ada tp saja la nk pelaku kdai eco.
Yg ni aku guna saiz ni..bleh nmpk kot noo dlm gmbr tu brapa saiz dia.guna utk ikat roda tu nnt.
Paip pvc ni abik yg tebal tau..sbb ada jugak yg nipis takut x kuat.yg ini beli kat kdai hardware..tp klau nk jimat,korang bleh cari kat longgok² tong sampah.kadang² org dok buang ja bekas saki baki yg dh potong.
Gam khas utk paip pvc..
Nah gmbr closeup saiz joint yg aku guna.15mm tau saiz dia.byk mana aku guna?korang tgk kat gmbr seterusnya ok.
Ni diaaa…ukuran dia.klau korang nk tinggikan lg troli tu korang ejas la sendiri saiz dia..
Ok..masuk cara² nk buat dh. Step 1 guna.. -4pcs L joint -4pcs T joint -2pcs paip 2cm -2pcs paip 36cm -4pcs paip 9cm Sambung dan gam ikut mcm dlm gmbr tu ya.
Step 2 nk buat tiang.. -4pcs paip 7cm(utk kaki bawah sekali tu) -8pcs paip 23cm -12pcs T joint -12pcs paip 2cm(utk sambung bahagianT joint tu)dekat arrow kuning tu. -4pcs L joint.
Ok step 3 korang cantumkan tapak dengan tiang.jgn lupa gam kan tau.baru x tercabut.
Step 4 tebuk lubang.tgk gmbr tu,faham kot noo..lubang utk ikat roda dan ikat bakul.
Step 5 guna bolt dan nut ikat roda tu. P/s. Klau korang nk cat apa² kaler pastikan sblm pasang roda tu ya.
Step 6 pasang bakul dan ikat ngan cable tie.gmbr closeup ikat bakul tu x abik.lupa….
sori naa. ikat la lagu mna pun jnji lekat bakul tu.
Taadaaa…hat ni siap dah..siap cat putih lagi.baru nmpk mahal.
Ok.siap… 3 tingkat ada 2 tingkat pun ada..selamat mencuba
Sumber: Maria Ariana
The post DIY Rak Troli Serbaguna Letak Kelengkapan Bayi. Modal Kecil Hasilnya Puas Hati appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/diy-rak-troli-serbaguna-letak-kelengkapan-bayi-modal-kecil-hasilnya-puas-hati/