Elango Cipta Rekod Rakyat Malaysia Tertua Tawan Everest


 
Pendaki, N Elanghovan berkata kos menawan gunung itu mencecah lebih RM200,000 dan suku daripadanya disumbangkan rakan dan ahli keluarga. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Pendaki gunung N Elanghovan mencatat namanya dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Rakyat Malaysia Tertua Mendaki Gunung Everest” pada usia 64 tahun.
Perunding Rekod Kanan MBOR, Edwin Yeoh, menyerahkan sijil berkenaan kepada anak kelahiran Cameron Highlands itu, dalam satu majlis diadakan di pejabat MBOR.
Pesara Tenaga Nasional Berhad itu menjejakkan kaki ke puncak Everest berketinggian 8,849m, pada 9.17 pagi waktu Nepal (11.32 pagi waktu tempatan), 12 Mei.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis, Elanghovan berkata, usia bukan penghalang untuk beliau mencapai impiannya itu.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“Rakyat Malaysia, terutama generasi muda mestilah mengambil cabaran dalam kehidupan, tanpa cabaran, kehidupan tidak bermakna. Mesti mempunyai minat mendalam sama ada dalam pelajaran, sukan atau apa saja, turutilah minat itu… antaranya mendaki gunung.
“Di Malaysia, kita mempunyai banyak tempat mendaki, manakala di luar negara terdapat pendakian alpine yang memerlukan peralatan teknikal. Saya nasihatkan semua supaya mempunyai gaya hidup aktif demi kesihatan dan kesejahteraan mereka,” katanya yang mesra dipanggil Elango.
Pemegang rekod itu dalam kategori tersebut sebelum ini ialah Idris Said daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Idris adalah anggota Ekspedisi Everest Persatuan Kembara Negara (PKN) pada 2007 dan melakukan aksi tersebut pada usia 52 tahun. Beliau meninggal dunia pada 1 Jan 2017.
Ditanya tentang bajet mendaki gunung tertinggi dunia itu, Elango berkata, kosnya mencecah lebih RM200,000 dan suku daripadanya disumbangkan oleh rakan dan ahli keluarga, malah beliau juga menjual rumahnya di Shah Alam untuk mengumpul dana.
“Kos mendaki Everest bukan murah, kita kena bayar USD40,000 (kira-kira RM177,000) kepada syarikat di Nepal sebelum bertolak. Daripada jumlah itu, USD11,000 adalah permit, manakala USD29,000 untuk perbelanjaan seperti makanan, logistik dan sherpa. Kami tinggal di Kem Pangkalan Everest, kira-kira dua bulan untuk menyesuaikan diri dan latihan teknikal.
“Ia tak termasuk tambahan USD9,000 untuk pembelian peralatan dan lebih RM50,000 untuk latihan sejak 2014,” katanya.
Ditanya tentang misinya selepas ini, Elango berkata, beliau merancang untuk menakluk semua puncak G7 iaitu tujuh puncak gunung tertinggi di tujuh benua.
Selain Everest di Asia dan Gunung Kilimanjaro di Afrika (5,895m) yang dilakukan pada Ogos 2016, Elango berhasrat mendaki Gunung Aconcagua (6,961m) di Argentina, Amerika Selatan; Gunung Denali (6,194m) di Alaska, Amerika Utara; Gunung Elbrus (5,642m) di Rusia, Eropah; Gunung Vinson Massif (4,892m) di Antartika dan Gunung Kosciuszko (2,228m) di Australia. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/elango-cipta-rekod-rakyat-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Info Terbaru Masih Belum Terlambat Untuk Claim Baucar Rm 400 Untuk Rakyat Malaysia L Sah Sehingga Disember 2022

Info Terbaru Masih Belum Terlambat Untuk Claim Baucar Rm 400 Untuk Rakyat Malaysia L Sah Sehingga Disember 2022

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 585 hits
Info Terbaru Masih Belum Terlambat Untuk Claim Baucar RM 400 Untuk Rakyat Malaysia l Sah Sehingga Disember 2022 Untuk makluman umum pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh P...
Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 353 hits
Bantuan Elaun RM500 Kepada Rakyat Malaysia l Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memberi perhatian kepada rakyat terutama mereka yang memerlukan Oleh itu kerajaan Malaysia telah menub...
Kurang Guna Gajet Rahsia Kejayaan Anjanaa Cipta Rekod Dunia Namakan 230 Bendera Negara Kurang 5 Minit

Kurang Guna Gajet Rahsia Kejayaan Anjanaa Cipta Rekod Dunia Namakan 230 Bendera Negara Kurang 5 Minit

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 444 hits
Hebatnya si kecil ini Baru berusia lapan tahun tetapi Anjanaa Rhea Ganeson berjaya menembusi Rekod Dunia Kanak kanak Kanada dan Buku Rekod Dunia Jackhi India apabila membuat catatan masa terpantas bagi mengenal pasti 230 bendera negara dala...
Lagi Rakyat Malaysia Dihukum Gantung Di Singapura Hari

Lagi Rakyat Malaysia Dihukum Gantung Di Singapura Hari

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 345 hits
SINGAPURA Selepas hampir dua bulan hukuman gantung ke atas warga Malaysia Nagaentharan Dharmalinggam pagi ini seorang lagi rakyat negara ini dihukum gantung sampai mati pukul 7 pagi tadi di Singapura Kalwant Singh yang ketika ini berusia 32...
Mat Kilau Hampiri Rekod Kutipan Avengers Endgame Di Box Office Malaysia

Mat Kilau Hampiri Rekod Kutipan Avengers Endgame Di Box Office Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 503 hits
Musim cuti perayaan telah membantu meningkatkan lagi kutipan filem epik sejarah tempatan Mat Kilau Sehingga petang ini filem arahan Syamsul Yusof itu telah mengumpul RM71 juta lapor Harian Metro Kutipan setakat semalam lebih RM68 juta Kalau...
Mat Kilau Cipta Rekod Menjadi Filem Melayu Paling Pantas Kutip Lebih Rm 20 Juta

Mat Kilau Cipta Rekod Menjadi Filem Melayu Paling Pantas Kutip Lebih Rm 20 Juta

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 370 hits
Walaupun berhadapan dengan saingan filem filem Hollywood seperti Top Gun Maverick Elvis dan yang terbaru Minion The Rise of Gru filem arahan Syamsul Yusof Mat Kilau terus menunjukkan prestasi baiknya di pasaran box office tempatan Dalam per...
Malaysia Akan Hadapi Kenaikan Harga Beras Pula

Malaysia Akan Hadapi Kenaikan Harga Beras Pula

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 376 hits
Malaysia akan hadapi kenaikan harga beras pula Posted By on July 05 2022Perang di Eropah yang berlanjutan dijangka akan mempengaruhi peningkatan harga beras biar pun negara yang berperang bukanlah pengeluar beras Menurut Ahli Parlimen Wangs...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku