Elakkan Makan Lewat Malam Ini 7 Keburukan Yang Anda Perlu Tahu


Kita semua pasti pernah pergi ke dapur, berjalan ke peti sejuk pada lewat tengah malam dan memanaskan semula makanan dalam peti sejuk seperti spagheti, piza atau nasi goreng.
Sesekali makan lewat malam pastinya menjadi antara sesi makan terbaik untuk kita, dan ia akan menjadi satu rutin apabila waktu tidur terganggu. Tetapi adakah anda kerap makan lewat tengah malam? Dan jika ya, adakah rutin makan lewat malam bagus untuk anda?
Sudah tentu anda pernah mendengar – makan lewat malam tidak bagus untuk anda dan akan menganggu tidur malam yang baik. Kenyataan tersebut ada benarnya.
Ini kerana selepas makan lewat malam, pada waktu yang sepatutnya badan anda berehat setelah seharian berkerja, sebaliknya, badan anda perlu mencerna dan memproses makanan yang baru anda makan, sekali gus menganggu corak tidur anda. Namun bukan itu sahaja, makan lewat malam adalah satu tabiat buruk dari pelbagai aspek.
Gambar sekadar hiasan. Kenapa makan lewat malam tidak baik? Menyukarkan proses pengurangan berat badan
Makan lewat malam akan menggalakkan kepada penambahan berat badan. Terdapat penyelidikan membuktikan bahawa makan lewat boleh mempengaruhi proses penurunan berat badan. Ini kerana kalori yang diambil pada lewat malam lebih cenderung untuk disimpan sebagai lemak dalam tubuh.
Memburukkan kesihatan metabolisme
Jika anda seorang individu yang tidak kisah tentang kenaikan berat badan, berikut mungkin sesuatu yang dapat menghalang anda dari menghampiri peti sejuk ketika lewat malam. Kajian menunjukkan bahawa makan lewat malam dikaitkan dengan penurunan penggunaan tenaga rehat dan mengurangkan toleransi glukosa. Dalam bahasa mudah, makan lewat malam akan memudaratkan kesihatan metabolisme anda. Secara tidak langsung akan meningkatkan risiko anda terhadap ketahanan insulin, pra-diabetes, diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.
Mempengaruhi konsentrasi
Makan lewat malam tidak hanya membuatkan buah pinggang anda menderita. Ternyata makan lewat malam juga tidak baik untuk kesihatan otak anda. Percaya atau tidak, saintis mendapati bahawa masa makan mempunyai kesan luas pada fisiologi otak dan tingkah laku. Corak makan yang tidak menentu akan mempengaruhi sistem circadian dan seterusnya mempengaruhi keupayaan pembelajaran dan menghafal otak.
Gambar sekadar hiasan. Kualiti tidur
Makan lewat malam boleh membuatkan anda tidak tidur dan akan memberi kesan negatif kepada kualiti tidur. Terdapat penyelidik menyatakan ini boleh berlaku kerana pola makan secara langsung memberi kesan negatif pada pola tidur dan mimpi. Antara makanan yang harus dielakkan adalah makanan tenusu dan makanan pedas.
Tingkatkan risiko Asid Refluks
Makan sebelum tidur boleh meningkatkan risiko untuk asid refluks waktu malam. Apabila perut anda sedang bergelut untuk mencerna makanan semasa anda berbaring di tempat tidur, tekanan metabolisme makanan boleh menyebabkan LES (Lower Esophageal Sphincter) menjadi longgar, yang menyebabkan makanan dan asid perut yang tidak tercerna bergerak kembali ke esofagus. Jika anda mengalami refluks, sebaiknya buat jurang masa 2 jam antara makan dan tidur untuk mengelakkan refluks waktu malam.
Gangguan pemakanan
Jika anda mendapati diri anda memiliki keinginan untuk snek pada lewat malam, malam demi malam, anda mungkin menghadapi masalah yang lebih serius. Seandainya anda mempunyai keinginan berulang untuk makan lewat malam walaupun tidak berasa lapar, anda mungkin menghadapi masalah NES (Night Eating Syndrome).
Pagi yang lapar
Makan lewat malam boleh membuatkan anda berasa lebih lapar apabila anda bangun pada keesokan harinya. Ini disebabkan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas selepas makan. Ia seterusnya akan menyebabkan lebih banyak glukosa yang terhasil dan mencetuskan hormon yang dipanggil ‘ghrelin’ yang berfungsi menyebabkan kelaparan.
Gambar sekadar hiasan. Bagaimana menghentikan tabiat ini? Setelah anda mengetahui tentang keburukan makan lewat malam ini ke atas sistem metabolisma anda, anda mungkin berminat  mengetahui kaedah untuk mencegah tabiat tersebut.
Makan seimbang
Jangan terlalu mengawal pengambilan kalori anda semasa waktu makan malam. Sebaiknya seimbangkan makanan anda daripada protein, karbohidrat dan lemak yang sihat antara pukul 7.00 hingga 7.30 malam. Makanan yang seimbang akan membantu mengawal keinginan makan lewat malam sehingga anda tidur.
Makanan ringan
Elakkan dari membeli makanan ringan. Makan beberapa potong epal pasti tidak akan menganggu tidur anda, sebaliknya satu bungkus keropok kentang pasti akan menganggu anda. Ramai antara kita menghidangkan makanan ringan lewat malam bukan kerana kelaparan, tetapi kerana rasa bosan, kesunyian atau penyesalan. Sekiranya tiada makanan ringan di rumah anda, pasti anda tidak akan mencarinya.
Alas perut
Jika anda masih belum tidur ketika sekitar pukul 10 malam dan makan malam awal, anda mungkin boleh memasukan beberapa makanan ringan sihat ke dalam rutin makan anda, sebaiknya satu jam sebelum anda tidur. Beberapa potong epal atau sedikit badam pasti dapat membantu menghindari rasa lapar ketika anda cuba hendak tidur.
Segelas air
Ada masanya badan akan silap mentafsir rasa dahaga sebagai kelaparan dan mengakibatkan anda mungkin mengidam makanan ringan lewat malam walaupun telah memakan makanan seimbang ketika makan malam. Minum segelas air dan tunggu beberapa minit sebelum melayani keinginan anda itu. Kemungkinan besar anda hanya haus.
Gambar sekadar hiasan. Kawal emosi
Emosi yang tertekan sebelum tidur pasti akan memburukkan lagi keinginan makan lewat malam. Sebaiknya pastikan anda dalam keadaan dan emosi yang tenang dan santai. Jika keinginan anda akibat pergolakan emosi sebelum tidur seperti teringat tarikh akhir kerja atau pergaduhan dengan pasangan anda, cuba beberapa teknik pernafasan mendalam dan bukan dengan mencari makanan ringan. Anda juga boleh titisan beberapa titisan minyak lavender di atas bantal untuk memberikan rasa tenang.
Catatan
Mungkin agak remeh. Tetapi sekiranya anda mencatatkan apa dan berapa banyak makanan yang anda ambil, mungkin dapat membantu anda meningkatkan kesedaran dan membantu anda mencegah keinginan makan lewat malam.
Makanan pilihan lewat malam Ada masa walaupun anda dalam keadaan tenang dan santai, anda masih memiliki keinginan unutk memakan makanan ringan. Apabila perut anda terasa lapar dan pastinya anda akan sukar untuk tidur. Berikut beberapa contoh makanan yang sesuai untuk mengisi rasa lapar anda walaupun pada lewat malam:
Epal separuh Beberapa keping ayam panggang Beberapa keping keropok dengan satu sudu makan hummus Setengah pisang dengan satu sudu mentega kacang Segenggam kacang Telur rebus Semangkuk kecil potongan buah cincang seperti betik atau tembikai dengan keju. Selepas makan, pastikan anda tidak lupa untuk menggosok gigi dan membilas mulut anda sebelum tidur!!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: Hello Doktor
The post Elakkan Makan Lewat Malam, Ini 7 Keburukan Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/09/elakkan-makan-lewat-malam-ini-7-keburukan-yang-anda-perlu-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Ibu Hamil Makan Telur Separuh Masak Telur Goyang Telur Expired Pakar Nasihat Sila Elakkan

Bahaya Ibu Hamil Makan Telur Separuh Masak Telur Goyang Telur Expired Pakar Nasihat Sila Elakkan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 411 hits
Tular kisah 100 individu membabitkan 20 keluarga mengalami keracunan makanan selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu Siasatan awal telur tamat tempoh yang digunakan untuk membuat puding buih itu diperc...
Pasar Pagi Pasar Terbuka Pasar Malam Bazaria Di Selangor Dibuka Mulai Isnin Mb

Pasar Pagi Pasar Terbuka Pasar Malam Bazaria Di Selangor Dibuka Mulai Isnin Mb

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 287 hits
SHAH ALAM Pasar pagi pasar terbuka pasar malam dan bazaria di Selangor akan beroperasi secara berperingkat bermula Isnin ini kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Beliau berkata prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara ke
Memang Ada Duk Tunduk Je Lelaki Cemas Ada Benda Tumpang Kereta Tengah Tengah Malam

Memang Ada Duk Tunduk Je Lelaki Cemas Ada Benda Tumpang Kereta Tengah Tengah Malam

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 348 hits
Kata orang kalau bertemu hantu jangan terlalu takut Lagi kita takut lagi seronoklah ia menyakat Bagi mereka yang pernah diganggu pasti faham bagaimana perasaannya ketika berhadapan dengan makhluk halus ini Baru baru ini seorang pengguna Fac...
Penganjur Pasar Malam Perlu Kemuka Sop Mbsp

Penganjur Pasar Malam Perlu Kemuka Sop Mbsp

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 334 hits
Semua penganjur pasar malam pasar tani pasar pagi dan kenderaan saji di daerah Seberang Perai diminta mengemukakan cadangan pematuhan prosedur operasi standard di lokasi masing masing bagi membolehkan mereka beroperasi semula 15 Jun ini Dat...
Siapa Masih Belum Merasa Minyak Murah Berlaku Kenaikan Lagi Malam Ini

Siapa Masih Belum Merasa Minyak Murah Berlaku Kenaikan Lagi Malam Ini

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 402 hits
Sama seperti minggu lepas Ohmedia nak ingatkan korang isi minyak cepat bagi siapa siapa yang masih belum sempat merasa harga runcit minyak yang murah Ini disebabkan bermula pada jam 12 tengah malam ini akan ada kenaikan lagi bagi harga runc...
Dubes Ri Ungkap Tempat Hiburan Malam Rawan Penyebaran Covid 19 Setelah Relaksasi

Dubes Ri Ungkap Tempat Hiburan Malam Rawan Penyebaran Covid 19 Setelah Relaksasi

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 267 hits
Selain tempat hiburan tempat ibadah juga menjadi salah satu penyebabnya Ada beberapa gereja di sekitar Seoul itu sekarang menjadi tempat penyebaran baru
Bersepeda Di Malam Hari Berbahaya Mitos Atau Fakta

Bersepeda Di Malam Hari Berbahaya Mitos Atau Fakta

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 360 hits
Ya kita ketahui bersama bahwa aktivitas bersepeda di malam hari akan terasa seru dilakukan apalagi secara rombongan Bagi sebagian orang sengaja memilih waktu malam dikarenakan mereka baru lepas dari aktivitas pekerjaan rutin harian sehingga...
Perlis Tangguh Kebenaran Operasi Pasar Malam Pasar Sehari

Perlis Tangguh Kebenaran Operasi Pasar Malam Pasar Sehari

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 292 hits
Majlis Perbandaran Kangar menangguhkan kebenaran operasi pasar malam dan pasar sehari di seluruh negeri Perlis sehingga satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian Loading MPK dalam kenyataan malam tadi memberitahu ia selaras dengan keperluan...
Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi 9 30 Malam

Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi 9 30 Malam

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 413 hits
KUANTAN Semua premis perniagaan terutama restoran dan medan selera di Pahang dibenar beroperasi bermula 7 pagi hingga 9 30 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan berkuatkuasa hari ni hingga 31 Ogos ini Menteri Besar Da...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025