Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi 9 30 Malam



KUANTAN: Semua premis perniagaan terutama restoran dan medan selera di Pahang dibenar beroperasi bermula 7 pagi hingga 9.30 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa hari ni hingga 31 Ogos ini

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kebenaran itu dibuat selepas beliau mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini, dengan meluluskan garis panduan untuk diguna pakai di seluruh negeri ini

Beliau berkata, syarat khusus operasi premis seperti restoran, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan berbumbung dibenarkan makan di premis dengan mengekalkan jarak antara meja dua meter manakala jarak antara kerusi pelanggan pula satu meter

Katanya, kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan makan di premis berkenaan

"Gerai buah-buahan bermusim pula hanya dibenarkan aktiviti beli dan bawa pulang sahaja selain tidak dibenarkan mencuba dan makan secara berkumpulan di tempat jualan

"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu kenal pasti dan menetapkan lokasi yang bersesuaian dan memantau pematuhan SOP penjarakan sosial pelanggan dan peniaga, penjagaan kebersihan seperti penyediaan pensanitasi tangan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini

Wan Rosdy berkata, aktiviti pasar awam beroperasi bermula 5 pagi hingga 2 petang, pasar terbuka iaitu pasar segar terkawal (pasar tani) dan pasar pagi pula bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari

Katanya, kerajaan negeri juga membenarkan aktiviti pasar malam beroperasi dari 3 petang hingga 9 malam kecuali di Temerloh, Jerantut dan Jengka, Maran yang ditangguhkan seminggu

Sementara itu, Wan Rosduy juga berkata, operasi kedai gunting rambut dan salon kecantikan di negeri ini hanya boleh menjalankan perniagaan gunting rambut sahaja

"Mereka dilarang menyediakan perkhidmatan seperti cuci rambut, cukur jambang dan misai, solekan, rawatan rambut, merawat kuku serta cucian dan rawatan muka

"Pelanggan berumur 60 tahun ke atas wajib membuat temujanji sebelum mendapatkan perkhidmatan dan tanpa kehadiran pengunjung lain daripada kumpulan umur lainbermula 9 pagi hingga 11 pagi sahaja

"Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, ibu bapa dibenarkan hadir, perlu memakai alat pelindung diri seperti penutup mulut dan hidung serta apron pakai buang," katanya

Wan Rosdy berkata, semua kilang, stesen minyak dan klinik dibenarkan beroperasi seperti biasa berdasarkan kelulusan lesen operasi asal

Bagaimanapun, katanya, sektor yang masih tidak dibenarkan beroperasi termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke dan taman tema

"Selain itu, aktiviti perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan aktiviti lain yang membabitkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP)," katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/06/waktu-operasi-semua-premis-makanan-7.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Premis Jualan Makanan Beroperasi Hingga Tengah Malam

Premis Jualan Makanan Beroperasi Hingga Tengah Malam

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 462 hits
Premis Jualan Makanan Beroperasi Hingga Tengah Malam di Perlis Perlis membenarkan premis menjual makanan beroperasi hingga jam 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula hari ini Premis Jualan Makanan Ber...
Waktu Operasi Baru Dari Foodpanda Malaysia Untuk Penghantaran Makanan

Waktu Operasi Baru Dari Foodpanda Malaysia Untuk Penghantaran Makanan

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 1350 hits
Waktu Operasi Baru dari FoodPanda Malaysia untuk Penghantaran Foodpanda semua orang kenal Bila lapar memang cari FoodPanda Tambah tambah musim PKP dan PKPB ni kan Memang FoodPanda antara syarikat penghantaran makanan yang sangat busy PM kit...
Perlis Tangguh Kebenaran Operasi Pasar Malam Pasar Sehari

Perlis Tangguh Kebenaran Operasi Pasar Malam Pasar Sehari

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 335 hits
Majlis Perbandaran Kangar menangguhkan kebenaran operasi pasar malam dan pasar sehari di seluruh negeri Perlis sehingga satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian Loading MPK dalam kenyataan malam tadi memberitahu ia selaras dengan keperluan...
Pasar Pagi Pasar Terbuka Pasar Malam Bazaria Di Selangor Dibuka Mulai Isnin Mb

Pasar Pagi Pasar Terbuka Pasar Malam Bazaria Di Selangor Dibuka Mulai Isnin Mb

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 332 hits
SHAH ALAM Pasar pagi pasar terbuka pasar malam dan bazaria di Selangor akan beroperasi secara berperingkat bermula Isnin ini kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Beliau berkata prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara ke
Anak Umur 1 Bulan Waktu Tidur Siang 6 7 Jam Waktu Malam 8 9 Jam Ini Jadul Waktu Tidur Anak Ikut Umur

Anak Umur 1 Bulan Waktu Tidur Siang 6 7 Jam Waktu Malam 8 9 Jam Ini Jadul Waktu Tidur Anak Ikut Umur

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 415 hits
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak Kanak kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan Ni saya kongsikan tempoh masa tidu...
Perkhidmatan Penghantaran Makanan Kini Boleh Beroperasi Sehingga Tengah Malam

Perkhidmatan Penghantaran Makanan Kini Boleh Beroperasi Sehingga Tengah Malam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 363 hits
Hari ini ialah hari pertama fasa pemulihan perintah kawalan pergerakan dan beberapa kelonggaran mula diberikan berbanding sebelum ini Kelonggaran yang mungkin penting bagi kebanyakan pembaca Amanz ialah perkhidmatan penghantaran makanan kin...
Larangan Merokok Di Premis Makanan Tidak Dihentikan

Larangan Merokok Di Premis Makanan Tidak Dihentikan

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 434 hits
BAGAN SERAI 13 JUN Kementerian Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makanan dan menambah baik kempen itu bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat negara ini Timbalan Menteri Kesihatan Datuk...
Waktu Operasi Mesin Wang Bank Kembali Biasa Esok

Waktu Operasi Mesin Wang Bank Kembali Biasa Esok

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 382 hits
PUTRAJAYA Waktu operasi mesin juruwang automatik akan kembali beroperasi seperti biasa mulai esok sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat Waktu operasi ATM sejak 19 Apr dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam sepanjang tempoh PKP...
Selangor Belum Terima Sop Operasi Kedai Gunting Rambut Pasar Malam

Selangor Belum Terima Sop Operasi Kedai Gunting Rambut Pasar Malam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 558 hits
SHAH ALAM 9 JUN Kerajaan Negeri belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan Persekutuan berhubung tatacara operasi piawai bagi pembukaan semula beberapa aktiviti perniagaan di Selangor susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera...
Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

Importance Of Mobile Phones In Our Life

True To The Craft A Bmw R80 Caf Racer By 46works


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Dua Kanak Kanak Lelaki Lemas Terjatuh Parit

The Forgotten Engineers Of The Roman Empire Builders Of Civilization

Miniatur Bus Haryanto Hr079 Jetbus2 Hhd