Elak Pertembungan Umno Dengan Pas
Elak pertembungan UMNO dengan Pas. Pakatan Harapan (PH) tidak akan dapat berkuasa semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya UMNO dan Pas mencapai persefahaman untuk tidak bertembung di kawasan pengundi Melayu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, meskipun Pas memilih untuk berada dalam Perikatan Nasional (PN), tetapi parti itu lebih awal bersama UMNO dalam Muafakat Nasional.
Menurut beliau, kesepakatan melalui Muafakat Nasional antara UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dengan Pas boleh memastikan parti-parti di bawah PH tidak akan berjaya untuk kembali menerajui pentadbiran negara atau negeri-negeri.
“Walaupun Pas kini sudah bersama PN, namun kebersamaan UMNO dan Pas adalah lebih awal dalam Muafakat Nasional iaitu ketika menempuh suasana sukar sebagai pembangkang melawan DAP, PKR, Bersatu, Amanah dan Warisan.
“Maka, kefahaman (kesepakatan) agar tidak bertembung antara parti itu dan UMNO di kawasan 50 hingga 65 peratus pengundi Melayu adalah penting bagi memastikan kemenangan (dan mengelak PH menang),” katanya di sini, semalam.
Ahmad mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad yang menyatakan pertembungan tiga penjuru antara parti-parti dalam PN dengan pembangkang akan memberi peluang kepada PH berkuasa semula.
Idris memberitahu, ‘bilik perang’ parti itu telah membuat unjuran tersebut dengan mengambil kira keadaan seandainya UMNO memilih untuk meninggalkan PN.
Pada 14 September 2019, Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai UMNO dan Pas antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.
Piagam itu ditandatangani Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, negeri-negeri lain juga wajar mencontohi semangat Muafakat Nasional yang utuh dan kuat seperti ditunjukkan di Selangor dan Pahang.
“Di Selangor dan Pahang, Muafakat Nasional adalah aktif. Diharap di negeri-negeri lain begitu juga kerana Muafakat Nasional adalah hasil gerakan akar umbi UMNO dan Pas di bawah penyatuan dua parti Melayu Islam di negara ini,” katanya.
Malah, beliau turut berharap MCA dan MIC juga bersama-sama menggalas tugas besar untuk mengembalikan sokongan pengundi Cina dan India kepada BN yang secara tidak langsung menguatkan lagi semangat Muafakat Nasional. – UTUSAN
Elak pertembungan UMNO dengan Pas
Baca Artikel Menarik :
Muhyiddin perlu contohi Pak Lah berundur secara terhormat – Ibrahim Ali
Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
Kuli Mahu UMNO berpisah dengan Bersatu
Jangan terkinja-kinja dalam TikTok tetapi poket kosong – DSV
Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit [VIDEO]
Resepi Almond Nutella Cookies Rangup
Layari Laman Facebook MYKMU
Rafizi, Syahredzan ‘perang’ di Twitter
The post Elak pertembungan UMNO dengan Pas appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/07/12/elak-pertembungan-umno-dengan-pas/