Elak Hilang Sokongan Tunai Manifesto Peringkat Negeri




Elak hilang sokongan, tunai manifesto peringkat negeriPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: March 17, 2022 ShareKeputusan yang tidak menyebelahi Pakatan Harapan (PH) mahu pun KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru baru ini memerlukan kepimpinan untuk memikirkan dengan serius strategi mengembalikan keyakinan rakyat.
Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Harikrishnan, kekurangan pengundi yang keluar mengundi, yang biasanya menyokong PH dalam PRN Melaka sebelum itu juga bukan semata mata faktor Covid 19.
Katanya, satu penelitian perlu dilakukan apabila Undi 18 dan Undi 21 yang diharap akan menyokong KEADILAN tidak menunjukkan pertambahan undi yang signifikan daripada kelompok berkenaan.
“Jumlah pengundi yang amat rendah di PRN Johor baru-baru ini tidak dapat dinafikan, namun undian dari anak muda turut kecundang apabila tidak mendapat undi seperti yang diharapkan.
“Apakah kemungkinan anak muda sudah tidak kisah atau sudah hilang kepercayaan terhadap PRN? Covid boleh dijadikan salah satu sebab tetapi faktor “fed up” harus diambil kira kerana kerajaan PH sebelum ini tidak menunaikan sebarang janji manifesto seperti yang telah dijanjikan kepada anak muda,” katanya.
Tegas Harikrishnan, faktor undi anak muda menjadi penentu utama kemenangan PH pada PRU 14 lalu, dengan salah satu janji utama adalah untuk menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).
Walau bagaimanapun, katanya, perlaksanaan janji itu sukar ditunaikan PH dengan hanya memerintah di tiga buah negeri ketika ini.
“Namun sebagai langkah permulaan kerajaan negeri PH boleh (dicadangkan) membayar hutang PTPTN tahunan yang dibayar oleh pelajar B40 dan M40 kelahiran Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk tempoh lima tahun pertama.
“Berdasarkan pengalaman saya, gaji tahun pertama sebagai jurutera sebanyak RM1,800 selepas potongan KWSP dan PERKESO, kemudian hutang PTPTN sebanyak RM330 setiap bulan.
“Bayangkan jika seorang jurutera muda hanya menerima gaji bersih kurang RM1,500, bagaimanakah pula dengan pelajar lulusan dari bidang-bidang yang lain? Jika kerajaan negeri dapat memberi pulangan hutang yang dibuat oleh pelajar kelahiran negeri Kerajaan PH, sedikit sebanyak mampu membantu pelajar untuk tempoh lima tahun pertama sebelum mereka mampu mendapat pendapatan yang lebih baik.
“Cara ini diharap boleh mengembalikan sedikit sebanyak keyakinan anak muda tentang keseriusan kerajaan negeri PH untuk menunaikan janji manifesto. Saya percaya kita tidak dapat melaksanakan manifesto yang lepas kerana Perdana Menteri PH pada masa itu bukannya seorang yang memegang janji,” katanya lagi.
Justeru, beliau menyeru kepada pemimpin PH bersama-sama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk meneliti semula cara terbaik melaksanakan janji manisfesto di peringkat negeri secepat yang mungkin sebelum PRU 15.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/elak-hilang-sokongan-tunai-manifesto.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maszlee Minta Maaf Akui Ph Gagal Tunai Janji Manifesto Pru14

Maszlee Minta Maaf Akui Ph Gagal Tunai Janji Manifesto Pru14

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 157 hits
Calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri Layang Layang Maszlee Malik malam ini memohon maaf kepada para pengundi kerana gagal menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Pendidikan ...
Menteri Bumn Optimis Ekonomi Syariah Indonesia Peringkat 4 Dunia Di 2045

Menteri Bumn Optimis Ekonomi Syariah Indonesia Peringkat 4 Dunia Di 2045

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 126 hits
Menteri BUMN Erick Thohir optimis Indonesia akan menempati peringkat ke 4 di dunia dalam perkembangan ekonomi syariah pada tahun 2045 Hal itu disampaikan dalam dalam acara Multaqo VII OIAA Indonesia dan Seminar Nasional secara virtual Sabtu
Rais Mahu Kit Siang Diberi Penghormatan Peringkat Nasional

Rais Mahu Kit Siang Diberi Penghormatan Peringkat Nasional

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 148 hits
Rais mahu Kit siang diberi penghormatan peringkat nasional Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim mengesyorkan kerajaan memberikan penghormatan kepada veteran DAP Lim Kit Siang yang baru mengumumkan persaraannya daripada politik Ahad lepas K...
Johor Ph Manifesto Looks Like Others But Not The Same

Johor Ph Manifesto Looks Like Others But Not The Same

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 267 hits
Johor Amanah chief Aminolhuda Hassan and state DAP chief Liew Chin Tong at the unveiling of the PH manifesto in Batu Pahat today BATU PAHAT Pakatan Harapan s manifesto for the Johor elections may look similar to those of other coalitions bu...
Saat Saat Sosma Dibatalkan Usul Dikemukakan Menteri Dalam Negeri Tidak Dipersetujui

Saat Saat Sosma Dibatalkan Usul Dikemukakan Menteri Dalam Negeri Tidak Dipersetujui

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 169 hits
Usul Menteri Dalam Negeri untuk lanjutkan Subseksyen 4 SOSMA 2012 bagi tempoh lima tahun lagi tidak melepasi proses undi belah bahagi kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun Keputusan undian belah bahagi Setuju dan Tidak Berset...
Permohonan Bantuan I Fitri Rm250 Rm400 Bagi Negeri Terengganu Tahun 2022

Permohonan Bantuan I Fitri Rm250 Rm400 Bagi Negeri Terengganu Tahun 2022

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 259 hits
Permohonan Bantuan I Fitri RM250 RM400 Bagi Negeri Terengganu Tahun 2022 Kerajaan Terengganu baru sahaja mengumumkan pengumuman terbaru berkenaan Bantuan bagi Bantuan dana raya iaitu i Fitri yang bernilai RM56 juta akan dibayar kepada 148 7...
6 Negeri Tidak Bubar Dun Membazir Adakan Pru Tahun Ini

6 Negeri Tidak Bubar Dun Membazir Adakan Pru Tahun Ini

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 137 hits
6 negeri tidak bubar DUN membazir adakan PRU tahun iniPosted By on March 21 2022Desakan berterusan pemimpin Umno untuk segera dilaksanakan Pilihan Raya Umum ke 15 mendapat kecaman rakyat dan memperlihatkan seolah olah parti Ketuanan Melayu ...
Selangor Akan Usul Tambah Kerusi Dewan Undangan Negeri

Selangor Akan Usul Tambah Kerusi Dewan Undangan Negeri

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 170 hits
hmetro comDATUK Seri Amirudin Shari ketika menjawab soalan berkaitan bantuan banjir dan jaringan capaian 5G FOTO BernamaShah Alam Selangor berhasrat mengusulkan penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor berikutan jumlah pengundi di b...
Enaknya Sajian Iftar Citarasa Nismilan Di Klana Beach Resort Port Dickson Negeri Sembilan Buffet Ramadhan 2022

Enaknya Sajian Iftar Citarasa Nismilan Di Klana Beach Resort Port Dickson Negeri Sembilan Buffet Ramadhan 2022

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 257 hits
Klana Beach Resort Port Dickson Puas betul pekena kibas golek rendang itik udang masak lemak cili api rendang maman dan kids corner turut disediakan khas untuk kanak kanak Mana mana preview buffet ramadan yang juju pernah pergi inilah salah...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik