Selangor Akan Usul Tambah Kerusi Dewan Undangan Negeri


hmetro.com
Ruwaida Md Zain
[email protected]

DATUK Seri Amirudin Shari ketika menjawab soalan berkaitan bantuan banjir dan jaringan capaian 5G. FOTO BernamaShah Alam: Selangor berhasrat mengusulkan penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor berikutan jumlah pengundi di beberapa Dun negeri itu yang kini mencecahkan lebih 100,000 orang.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penambahan kerusi Dun itu akan diusulkan dalam sesi Persidangan Dun Selangor akan datang.

"Kita berharap keseimbangan dapat diwujudkan dalam kalangan jumlah pengundi di kawasan bandar dan luar bandar supaya masing-masing akan dapat perkhidmatan yang seimbang oleh kerajaan.

"Setakat ini (kawasan) yang ada lebih 75,000 pengundi akan menjadi tumpuan dan mungkin kita gabungkan atau jadikan dua atau tiga (kerusi). Ada (kawasan) yang jejak lebih 100,000 dengan paling banyak Dun Kinrara.

"Setakat ini (Dun) ada lebih 70,000 pengundi akan menjadi tumpuan dan mungkin kita gabung, jadikan dua atau tiga (kerusi)..ada Dun yang mencecah lebih 100,000 pengundi, paling ramai (Dun) Kinrara iaitu 118,000 pengundi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penangguhan Persidangan Dun Selangor oleh Speaker Dun Selangor Ng Suee Lim di lobi Dewan Annex SUK sini, hari ini.

Justeru itu, Amirudin berkata, satu taklimat berhubung perkara itu bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 30 Mac ini yang turut membabitkan semua Adun di Selangor.

"Daripada taklimat itu, kita akan dapat maklumat yang lebih lanjut dari SPR.

Satu jawatankuasa bersama SPR dan kerajaan negeri akan lihat cadangan kedua-dua pihak (kerajaan negeri dan SPR).

"Apabila selesai dan dimuktamadkan, kita akan bawa ke sidang DUN Selangor. Kita perlukan dua per tiga majoriti, selepas lulus baru bawa ke Dewan Rakyat (Parlimen)," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan usul pertambahan kerusi Dun itu sebagai persediaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) namun bergantung pada tempoh masa yang diambil bagi proses itu.

"(Tambah kerusi) kena ada persefahaman sebab bukan mudah-mudah boleh tambah kerusi. Proses ini akan mengambil masa sedikit tetapi harapan kita ia dapat dilaksanakan.

"Semua bergantung kepada perbincangan dengan SPR sebab kita hendak meletakkan satu tahap jumlah kerusi yang boleh diterima, mungkin 40,000 hingga 50,000 pengundi (setiap Dun).

"Bukan mudah melakukan perkara itu kerana kita kena juga lihat kesan gaji Adun, elaun, pencen..ini semua akan mendapat pertimbangan sebab itu secara realistik kita boleh buat sekitar dalam tempoh tiga bulan paling awal," katanya.

Terdahulu, ketika ucapan penangguhan Amirudin menyenaraikan Dun Selangor yang dijangka mengalami perubahan antaranya Batang Kali; Gombak Setia; Teratai; Semenyih; Kajang; Balakong; Sungai Ramal; Seri Serdang; Kinrara, Subang Jaya; Seri Setia; Bukit Lanjan; Kota Damansara; Kota Anggerik; Bandar Baru Klang; Pandamaran; Sentosa; Sungai Kandis; Kota Kemuning; serta Dengkil.

"Seramai 3.66 juta pengundi berdaftar di Selangor pada hari ini dan melihat pertambahan pengundi pada tiga bulan dengan perkadaran pendaftaran automatik seramai lebih 89,000.

"Ini bermakna dalam tempoh 12 bulan dari sekarang, jumlah pengundi di Selangor akan mencecah kira-kira 4.6 juta ataupun ke 5 juta," katanya.

Sidang Dun Selangor ditangguhkan ke satu masa yang akan dimaklumkan kelak.
Disiarkan pada: Mac 21, 2022 @ 6:18pm


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/selangor-akan-usul-tambah-kerusi-dewan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tambah Kerusi Dun Di Selangor Umno Gusar Tohmah Ph Goyang

Tambah Kerusi Dun Di Selangor Umno Gusar Tohmah Ph Goyang

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 148 hits
FAZLI RADZIUmno tidak perlu gusar dengan usul pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri jika mereka beranggapan bahawa ada penolakan terhadap Pakatan Harapan sekaligus rakyat beralih sokongan kepada Barisan Nasional Pengarah Komunikasi PH Se...
Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Onn Hafiz Angkat Sumpah Mb Johor Ke 19

Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Onn Hafiz Angkat Sumpah Mb Johor Ke 19

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 187 hits
JOHOR BAHRU Anggota Dewan Undangan Negeri Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke 19 susulan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor Sabtu lepas Beliau yang bersongkok berbaju Mela...
Usul Sosma Ditolak Di Dewan Rakyat Bukti Umno Bn Punca Ketidakstabilan Politik Negara

Usul Sosma Ditolak Di Dewan Rakyat Bukti Umno Bn Punca Ketidakstabilan Politik Negara

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 186 hits
USUL SOSMA DITOLAK DI DEWAN RAKYAT BUKTI UMNO BN PUNCA KETIDAKSTABILAN POLITIK NEGARA 1 Sejarah telah tercipta semalam di Dewan Rakyat apabila kerajaan gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4 Akta Kesalahan Ke...
Saya Sudah Mengundi Dalam Pru Dewan Negeri Johor Ke 15

Saya Sudah Mengundi Dalam Pru Dewan Negeri Johor Ke 15

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 297 hits
Saya Sudah Mengundi dalam PRU Dewan Negeri Johor ke 15 Alhamdulillahhh Settle mengundi untuk PRU Dewan Negeri Johor ke 15 Nak simpan gambar jari dicelup inai ink je Haha Moga yang terbaik buatmu negeri Johor dan Malaysiaku Dulu kali pertama...
Saat Saat Sosma Dibatalkan Usul Dikemukakan Menteri Dalam Negeri Tidak Dipersetujui

Saat Saat Sosma Dibatalkan Usul Dikemukakan Menteri Dalam Negeri Tidak Dipersetujui

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 157 hits
Usul Menteri Dalam Negeri untuk lanjutkan Subseksyen 4 SOSMA 2012 bagi tempoh lima tahun lagi tidak melepasi proses undi belah bahagi kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun Keputusan undian belah bahagi Setuju dan Tidak Berset...
Anwar Usul Ditolak Dewan Rakyat Tak Batalkan Mou K Jaan Ph

Anwar Usul Ditolak Dewan Rakyat Tak Batalkan Mou K Jaan Ph

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 165 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 24 2022 8 47 AMPakatan Harapan menganggap perjanjian persefahaman gabungan itu dengan kerajaan tidak terbatal dengan gagalnya usul melanjutkan penguatkuasaan salah satu subseksyen Akta Kesalahan Keselamatan 2...
Raikan Hari Wanita Sedunia Di Negeri Selangor Pada Tahun 2022

Raikan Hari Wanita Sedunia Di Negeri Selangor Pada Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 261 hits
Hi Korang Negeri Selangor mempunyai pelbagai tarikan menarik untuk dikunjungi Anda boleh melihat sendiri keunikan Negeri ini termasuk kepelbagaian budaya Negeri Selangor juga merupakan sebuah negeri yang selamat dan bersih serta sesuai bagi...
Over Rm1 6bil Lost To Online Scammers From 2019 2021 Dewan Rakyat Told

Over Rm1 6bil Lost To Online Scammers From 2019 2021 Dewan Rakyat Told

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Malaysians lost over RM1 6bil to online scams over the last three years says Deputy Home Minister Datuk Jonathan Yasin Between 2019 and 2021 a total of 51 631 cases were recorded resulting in losses amounting to RM1 611 398 080...
Enough About Female Representation In Dewan

Enough About Female Representation In Dewan

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 136 hits
In December 2020 I was approached by a representative of a female minister According to the representative the YB was planning for a film to be made about her journey in the world of politics especially on her determination to have 30 perce...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran