Rais Mahu Kit Siang Diberi Penghormatan Peringkat Nasional
Rais mahu Kit siang diberi penghormatan peringkat nasional
Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim mengesyorkan kerajaan memberikan penghormatan kepada veteran DAP Lim Kit Siang yang baru mengumumkan persaraannya daripada politik Ahad lepas.
Kata Rais, meskipun merupakan politikus pembangkang, Lim layak diberikan anugerah dan penghargaan peringkat nasional setelah lebih setengah abad mengabdi diri dalam arena politik tanah air.
“Negara harus juga memberi penghormatan kepadanya. Yang saya tekankan begini, politik pembangkangan mempunyai peranan dan dasar Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam wawancara yang disiarkan Utusan Malaysia.
Kata Rais, selama ini dia juga kurang menyedari bahawa Malaysia agak ketinggalan dalam soal itu, apabila politikus pembangkang yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik tidak pernah diberikan penghargaan.
Sebaliknya, katanya, hanya politikus dari parti pemerintah sahaja yang diangkat.
“Soalnya takkan seseorang yang begitu lama berjuang untuk masyarakat atau Malaysia tidak wajar dipertimbangkan untuk apa-apa penghargaan nasional?
“Beliau (Lim) bukan seorang komunis, dia adalah pembangkang parti politik dan partinya juga pernah bersama mentadbir kerajaan.
“Ini satu hal saya rasa amat pelik dan seharusnya diambil kira oleh mereka yang mempunyai anugerah,” katanya lagi.
Semasa kongres DAP pada Ahad, Lim mengumumkan bersara dari politik dan tidak akan bertanding untuk sebarang jawatan dalam kongres DAP, serta di mana-mana kerusi parlimen dan DUN.
Menurut Rais, dengan kemunculan politik liberal, warga muda lebih tertarik kepada politik pembangkang kerana ia dilihat mampu mengingatkan pihak berkuasa secara semula jadi.
Dia turut memuji aspek pentadbiran DAP yang efisien dan tidak mengamalkan pembaziran, berteraskan kemasyarakatan dan perjuangan telus bagi mewakili kaum Tionghoa, serta tidak bergantung pada keahlian yang ramai semata-mata.
Perkara itu, katanya, telah menarik perhatian semakin ramai orang Melayu untuk menyertai parti berkenaan meskipun ada ketikanya dia berasakan parti itu mengkritik secara melulu atau keterlaluan.
Katanya, untuk itu, dia percaya Lim – yang dianggapnya sebagai seorang sahabat lama ketika dalam Semangat 46 dahulu dan sempat mengharungi beberapa pilihan raya bersama – wajar dikaji sebagai susuk yang mengetuai perjuangan politik pembangkang di negara ini.
“Ada nas dalam perjuangan yang diketuai oleh Kit Siang mungkin boleh dijadikan sebagai sains politik baharu kepada beberapa pihak yang mengkaji politik tanah air.
“Mungkin inilah masanya pengajian sains politik komparatif di Malaysia menerusi kaca mata pembangkangan dilihat dari sudut dalam yang membina.
“Menerusi perjuangan Kit Siang, kita dapat melihat bahawa seseorang tidak perlu memegang apa-apa jawatan di dalam kerajaan untuk mendapat ikonik di dalam politik tanah air. Satu dari penjurusan pemandangan selama berkhidmat.
“Saya percaya, Kit Siang akan sentiasa diingat sebagai seorang pembangkang ikonik dalam Malaysia buat dekad mendatang,” katanya. Mk
Rais mahu Kit siang diberi penghormatan peringkat nasional
Baca Artikel Menarik:
Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti – Saifuddin
Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia
Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK
Tular lelaki bergaduh, saling menetak
Mariupol dihujani bom, mayat bergelimpangan
Pembuli jalan raya ditahan polis
Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
Guan Eng menangis, Anthony Loke diumum Setiausaha Agung DAP yang baharu
Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
Vida, peliknya semakin menjadi-jadi
Siapa yang curi van jenazah?
Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/22/rais-mahu-kit-siang-diberi-penghormatan-peringkat-nasional/