Eksport Minyak Sawit Naik Selepas India Sambung Pembelian


Robin Augustin
-May 30, 2020 9:54 AM

India bersetuju membeli 200,000 tan minyak sawit dari Malaysia minggu lalu.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis minyak sawit meramalkan prospek untuk eksport minyak sawit negara ke India terus meningkat susulan laporan pengimport di negara Asia Selatan itu minggu lalu menandatangani perjanjian untuk membeli 200,000 tan komoditi itu.

Sathia Varqa yang berpangkalan di Singapura memberitahu FMT, pengeluar Malaysia akan mendapat manfaat besar memandangkan harga minyak sawit mentah kini mencecah RM2,300 setan.

Beliau mengaitkan penyambungan permintaan dari India itu kepada penukaran kerajaan di Malaysia 3 bulan lalu.

Pembelian India terjejas selepas bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengkritik tindakan New Delhi dalam beberapa isu, termasuk dasarnya ke atas Kashmir dan undang-undang kerakyatan penuh kontroversi.

Sathia berkata, harga minyak sawit mentah boleh mencecah RM2,400 setan, jika India dan China mengekalkan pembelian mereka.

“Ini dilihat mungkin berlaku ketika kedua-dua negara melonggarkan sekatan dan menyambung semula penyimpanan bekalan.

“Stok minyak makan India kini sangat rendah dan di tahap defisit selama 11 bulan berturut-turut dari tahun ke tahun.”

Awal minggu ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyuarakan keyakinan terhadap harga komoditi itu akan mencecah RM2,300 hingga RM2,400 setan dalam beberapa bulan akan datang hasil hubungan diplomatik lebih baik dengan India.

Sathia berkata, Malaysia mempunyai kelebihan berbanding Indonesia kerana eksport minyak sawit republik itu tertakluk kepada levi eksport yang meningkat sebanyak AS$5 kepada AS$55, manakala cukai eksport minyak sawit Malaysia akan dikurangkan daripada 4.5% sekarang kepada 0%.

Bagaimanapun, katanya, harga mungkin merosot pada suku terakhir tahun ini dengan pengeluaran memuncak dan stok bertambah.

Beliau berkata, rancangan kerajaan untuk menyambung semula program biodiesel B20 pada September ini, selepas membatalkannya akibat perintah kawalan pergerakan akan membantu permintaan untuk minyak sawit.

“Tetapi, sama ada ini boleh dilaksanakan ialah perkara lain disebabkan harga rendah minyak mentah dan harga tinggi minyak sawit, yang bermakna kos pengeluaran biodiesel adalah tinggi.”

Beliau menganggarkan dengan harga ketika ini, kerajaan akan perlu memberi subsidi kepada program biodiesel sebanyak AS$400 juta untuk menandingi harga diesel.

Jika masalahnya ialah mengekalkan permintaan, katanya, kerajaan perlu memilih perjanjian perdagangan dua hala, diskaun untuk pasaran membangun terpilih, mewujudkan mekanisme pembiayaan untuk menjadikan biodiesel lebih mampan dan mempromosikan penggunaan minyak sawit secara agresif.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/eksport-minyak-sawit-naik-selepas-india.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Minyak Sawit Dijangka Kembali Kukuh Susulan Import Semula Oleh India

Harga Minyak Sawit Dijangka Kembali Kukuh Susulan Import Semula Oleh India

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 299 hits
Harga minyak sawit di pasaran dijangka mengukuh semula susulan India kembali membeli minyak sawit dari Malaysia kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Beliau berkata perubahan pendirian kerajaa...
India Formally Requests Malaysia To Extradite Fugitive Islamic Preacher Zakir Naik

India Formally Requests Malaysia To Extradite Fugitive Islamic Preacher Zakir Naik

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 286 hits
The Indian government has now sent a formal request to Malaysia to extradite fugitive Islamic preacher Zakir Naik News agency ANI quoted sources as saying that the Indian government is pursuing the matter with the Malaysian government The a...
Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah

Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 1173 hits
Minyak kelapa sawit adalah minyak yang terhasil daripada buah kelapa sawit atau nama saintifiknya Elaeis guineensis yang asalnya dari Barat Daya Afrika Anggaran jumlah minyak yang dihasilkan daripada 100kg buah kelapa sawit adalah 23kg miny...
Kes Positif Di Covid19 India Meningkat Selepas Sekatan Dilonggarkan

Kes Positif Di Covid19 India Meningkat Selepas Sekatan Dilonggarkan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 242 hits
Kes di India kembali meningkat selepas kerajaan melonggarkan sekatan pada Isnin mencatatatkan 5 242 kes dalam sehari dengan 157 kematian India mengesahkan lebih 96 000 kes positif tertinggi di Asia dengan 3 029 kematian Sebilangan besar kes...
Ramai Sudah Kembali Muncul Selepas Umno Jadi Kerajaan

Ramai Sudah Kembali Muncul Selepas Umno Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 431 hits
Saya masih ingat selepas kita hilang kuasa 9hb Mei ketika Pemilihan UMNO ramai yang tak berani menawarkan diri bertanding kerana hilang kuasa Paling real sebelum kita hilang kuasa ramai yang pasang badan cerita ttg kesetiaan perjuangan dala...
Ppbm Pulau Pinang Kekal Dengan Ph Kata Marzuki Selepas 2 Adun Sokong Pn

Ppbm Pulau Pinang Kekal Dengan Ph Kata Marzuki Selepas 2 Adun Sokong Pn

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 410 hits
PPBM Pulau Pinang akan terus menyokong Pakatan Harapan selepas 2 Adunnya mengumumkan sokongan kepada Perikatan Nasional Ketua PPBM Pulau Pinang Marzuki Yahya berkata Adun Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang Zolkifly Md Laz...
Elak Risiko Penularan Covid 19 Selepas Perayaan Pm

Elak Risiko Penularan Covid 19 Selepas Perayaan Pm

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 383 hits
TAK mengapalah pada hari raya kali ini kita tak bersalam atau peluk cium datuk atau nenek kita Jaga mak ayah dan nenek kita yang sudah berusia Ini kerana mereka lebih terdedah kepada jangkitan Covid 19 Itu pesanan Perdana Menteri Tan Sri Mu...
Seorang Maut 24 Lagi Keracunan Selepas Makan Soto Yang Disimpan Lama Di Indonesia

Seorang Maut 24 Lagi Keracunan Selepas Makan Soto Yang Disimpan Lama Di Indonesia

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 340 hits
Seramai 25 penduduk Kampung Labuhan Haji Lombok Timur Nusa Tenggara Barat mengalami keracunan makanan selepas dijamu soto semasa berbuka puasa Selasa lepas Berdasarkan laporan yang diterima soto tersebut dibawa oleh pemilik sawah semasa man...
Keputusan Tunai Haji Diumum Selepas Raya

Keputusan Tunai Haji Diumum Selepas Raya

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 317 hits
Keputusan sama ada rakyat Malaysia boleh menunaikan ibadat haji pada tahun ini akan diumumkan selepas Aidilfitri kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Beliau berkata Malaysia masih menunggu pengumum...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024