Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah


Minyak kelapa sawit adalah minyak yang terhasil daripada buah kelapa sawit atau nama saintifiknya Elaeis guineensis, yang asalnya dari Barat Daya Afrika. Anggaran jumlah minyak yang dihasilkan daripada 100kg buah kelapa sawit adalah 23kg minyak kelapa sawit.
Malaysia adalah di antara negara pengeluar minyak kelapa sawit yang utama di dunia. Oleh kerana pengeluaran minyak daripada buah kelapa sawit adalah banyak berbanding sumber lain, maka minyak kelapa sawit menjadi sumber minyak makan utama di dunia .
Minyak kelapa sawit mempunyai titik asap (smoke point) yang tinggi dan stabil pada suhu tinggi. Ia sangat sesuai sebagai minyak masak utama dalam pemakanan seharian kita. Ia juga banyak digunakan dalam industri makanan di seluruh dunia .
Minyak kelapa sawit yang tidak ditapis atau dalam bentuk asalnya mempunyai warna kemerahan jingga dan di panggil ‘minyak kelapa sawit merah’. Ia kaya dengan bahan karotenoids dan anti oksidan. Pengambilan cuma 2 sudu minyak kelapa sawit merah setiap hari boleh memberikan khasiat kesihatan yang baik.
KELEBIHAN MINYAK KELAPA SAWIT MERAH
1. MENGAWAL KERADANGAN DAN KOLESTEROL
Kajian menunjukkan punca masalah pengerasan saluran darah atau atherosklerosis adalah kerana masalah keradangan yang tinggi yang juga di manifestasi dengan paras kolesterol yang tinggi terutama jenis trigliserida dan LDL. Kajian menunjukkan koleterol LDL yang teroksida akan menyebabkan masalah keradangan ini.
Kajian menunjukkan minyak kelapa sawit merah yang kaya dengan beta karotin dan anti oksidan yang lain akan mengurangkan pengoksidaan LDL ini dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian yang di terbitkan dalam Journal of Nutrition menunjukkan kesan minyak kelapa sawit, minyak soya, minyak kacang dan minyak babi (lard) kepada paras kolesterol trigliserida dan LDL. Hasil kajian ini menunjukkan minyak kelapa sawit menurunkan 13.1% LDL teroksida dan 6.7% paras trigliserida di kalangan peserta kajian berbanding minyak yang lain.
Satu lagi kajian yang di jalankan pada tahun 2016 di Columbia menunjukkan minyak kelapa sawit mempunyai kesan ke atas keradangan dan paras kolesterol yang sama seperti minyak zaitun ekstra dara dengan menurunkan paras trigliserida dan LDL.
Pengambilan minyak ikan, mengawal pengambilan gula dan mengambil serat secukupnya dalam pemakanan akan juga membantu mengawal keradangan dan kolesterol dalam tubuh secara semulajadi.
Kandungan Omega 9 sebanyak 30% di dalam minyak kelapa sawit merah juga menjadikan ianya bersifat anti keradangan dan sangat baik untuk kesihatan jantung.
2. MEMBANTU MASALAH PENYAKIT JANTUNG
Kajian juga menunjukkan pengambilan minyak kelapa sawit akan membantu melambatkan kemelaratan penyakit jantung koronari.
Kajian melihat kepada kesan minyak kelapa sawit kepada penyakit jantung koronari.
Selepas 18 bulan pengambilan minyak kelapa sawit, didapati 28% pesakit yang mempunyai masalah penyakit jantung menjadi bertambah baik dan 64% menjadi stabil iaitu tidak melarat.
Bagi peserta kajian yang tidak mengambil minyak kelapa sawit pula di dapati tiada seorangpun menjadi bertambah baik manakala 40% menjadi bertambah teruk penyakit nya. Ia adalah kerana kandungan minyak kelapa sawit yang tinggi anti oksidan, beta karotin, vitamin E, Co Enzim Q10, squalene didalamnya yang membantu mengawal keradangan dalam tubuh dan membantu dalam pemulihan penyakit jantung.
Pemakanan yang sihat dan gaya hidup sihat adalah kunci utama mengawal penyakit jantung dan pengambilan minyak sihat seperti minyak kelapa sawit merah adalah kaedah terbaik untuk pemakanan yang berkhasiat dari sumber minyak makan.
3. BAIK UNTUK KESIHATAN OTAK MANUSIA
Minyak kelapa sawit merah yang kaya dengan vitamin E tokotrienol mempunyai sifat anti oksidan yang kuat dan ampuh akan menyokong fungsi kesihatan otak. Ia akan membantu dalam masalah nyanyuk atau dementia.
Kajian pada tahun 2017 yang di terbitkan dalam jurnal perubatan The Journal of Alzheimer’s Disease menunjukkan tokotrienol akan menambah baik fungsi kognitif dalam tikus makmal yang dikaji.
Satu lagi kajian pada tahun 2011 yang di terbitkan dalam jurnal Stroke menunjukkan 121 orang dengan masalah ketumbuhan otak yang di berikan suplemen minyak kelapa sawit merah 1 sudu 2 kali sehari akan membantu menghalang ketumbuhan itu dari membesar.
Oleh kerana itu boleh dikatakan minyak kelapa sawit merah adalah makanan kesihatan untuk otak di samping makanan lain seperti buah blueberri, brokoli, sayur berdaun hijau dan ikan salmon.
4. MENINGKATKAN PARAS VITAMIN A TUBUH
Minyak kelapa sawit merah adalah sumber yang sangat kaya dengan beta karotin iaitu sejenis karotenoid yang akan menjadi vitamin A dalam tubuh. Vitamin A adalah satu nutrien yang sangat penting kesihatan seperti penglihatan dan kekuatan fungsi sistem imuniti tubuh. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan masalah mata kering, jangkitan kuman yang kerap dan kebutaan .
Minyak kelapa sawit merah selalu di gunakan sebagai suplemen untuk meningkatkan status vitamin A dalam kelompok yang mempunyai risiko kekurangan vitamin A. Kajian oleh National Institute of Nutrition, Indian Council of Medical Research di India menunjukkan wanita yang hamil yang diberikan minyak kelapa sawit merah untuk akan meningkatkan paras vitamin A dalam ibu dan anak yang dalam kandungan.
Satu lagi kajian yang menunjukkan kesan minyak kelapa sawit merah kepada pesakit ‘cystic fibrosis’ iaitu satu penyakit yang melibatkan ‘kelenjar sekretori’ dalam usus yang akan menyebabkan gangguan kepada penyerapan vitamin larut lemak seperti vitamin A. Pengambilan suplemen 2 ke 3 sudu setiap hari selama 8 minggu di dapati meningkatkan paras vitamin A dalam tubuh mereka.
Untuk mengekalkan paras vitamin A yang optimum dalam tubuh kita dan mencegah kesan kekurangan vitamin A maka pengambilan minyak kelapa sawit merah adalah kaedah yang baik di samping mengambil sumber makanan lain yang kaya beta karotin seperti karot, keledek, kuning telur, betik, mangga dan labu.
5. MENGURANGKAN STRES OKSIDATIF TUBUH
Radikal bebas adalah bahan yang sangat reaktif di dalam tubuh kita yang terhasil akibat masalah stres, pemakanan tidak sihat, pendedahan kepada pencemaran dan toksin. Radikal bebas akan berkumpul dan menjadi lebih tinggi jumlahnya semakin lama tempoh berlalu dan menjadi punca kepada masalah stres oksidatif, keradangan kronik, kerosakan sel dan penyakit kronik. Anti oksidan adalah bahan yang akan meneutralkan radikal bebas yang merbahaya untuk mencegah kerosakan sel-sel tubuh.
Minyak kelapa sawit merah adalah minyak yang sangat kaya dengan bahan anti oksidan yang telah terbukti secara saintifik mengawal keradangan dan tekanan oksidatif yang di sebabkan oleh serangan radikal bebas.
Kajian yang di jalan di Malaysia pada tahun 2013 untuk untuk melihat aktiviti anti oksidan ekstrak daun kelapa sawit (OPLE) dalam tikus yang ada diabetes. Selepas hanya 4 minggu, terdapat penambahbaikan kepada fungsi buah pinggang diabetes dan masalah fibrosis yang berkait dengan masalah diabetes nefropathi. Kajian ini juga menunjukkan berlaku penurunan penanda untuk stres oksidatif dan keradangan juga.
Pengambilan makanan yang kaya dengan anti oksidan akan melawan stres oksidatif dengan minyak kelapa sawit merah di samping pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, kunyit, halia, coklat gelap dan kekacang .
6. BAIK UNTUK KESIHATAN KULIT DAN RAMBUT
Pemakanan adalah juga penting untuk kesihatan kulit dan rambut. Pengambilan minyak kelapa sawit merah boleh membantu kesihatan kulit dan rambut kerana kandungan anti oksidan dan vitamin E nya yang tinggi. Ia boleh memperbaiki keadaan parut dan membantu dalam masalah jerawat.
Satu kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Research in Medical Sciences melaporkan bahawa pengambilan vitamin E selama 4 bulan memulihkan simptom alahan kulit (atopic dermatitis) berbanding dengan plasebo.
Kajian lain juga menyokong bahawa pengambilan vitamin E secukupnya dalam pemakanan dan suplemen adalah sangat berguna dalam rawatan luka, ulser tekanan dan penyakit kulit psoriasis.
Minyak kelapa sawit merah adalah baik untuk pertumbuhan rambut yang sihat kerana kandungan vitamin E tokotrienolnya. Kajian pada tahun 2010 yang melibatkan 37 peserta yang mengalami masalah rambut dan kebotakan menunjukkan pengambilan tokotrienol selama 8 bulan meningkatkan jumlah rambut kepada 34.5% berbanding dengan kumpulan plasebo yang hanya mengalami 0.1% pengurangan jumlah rambut di hujung kajian. Vitamin E juga ada dalam makanan seperti minyak zaitun, kuaci bunga matahari, avocado, badam (almond) dsbgnya.
Berdasarkan kajian-kajian yang ada di laporkan dalam jurnal-jurnal perubatan, ternyatalah bahawa minyak kelapa sawit merah ini adalah minyak sihat yang boleh kita amalkan setiap hari untuk kesihatan yang lebih baik.
Insyaallah
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Manipal), MScAARMMA (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)
Rujukan:
1. Vijay V, Pimm SL, Jenkins CN, Smith SJ. The Impacts of Oil Palm on Recent Deforestation and Biodiversity Loss. PLoS One. 2016;11(7):e0159668. Published 2016 Jul 27. doi:10.1371/journal.pone.0159668
2. Tarmizi AH, Lin SW. Quality assessment of palm products upon prolonged heat treatment. J Oleo Sci. 2008;57(12):639-48.
3. Jian Zhang, Wang Ping, Wang Chunrong, Chen Xiao Shou, Ge Keyou, Nonhypercholesterolemic Effects of a Palm Oil Diet in Chinese Adults, The Journal of Nutrition, Volume 127, Issue 3, March 1997, Pages 509S–513S, https://doi.org/10.1093/jn/127.3.509S
4. Lucci P, Borrero M, Ruiz A et al. Palm oil and cardiovascular disease: a randomized trial of the effects of hybrid palm oil supplementation on human plasma lipid patterns. Food Funct. 2016 Jan;7(1):347-54. doi: 10.1039/c5fo01083g.
5. Tomeo AC, Geller M, Watkins TR, Gapor A, Bierenbaum ML. Antioxidant effects of tocotrienols in patients with hyperlipidemia and carotid stenosis. Lipids. 1995 Dec;30(12):1179-83.
6. Ibrahim NF, Yanagisawa D, Durani LW et al. Tocotrienol-Rich Fraction Modulates Amyloid Pathology and Improves Cognitive Function in AβPP/PS1 Mice. J Alzheimers Dis. 2017;55(2):597-612.
7. Gopalan Y, Shuaib IL, Magosso E et al. Clinical investigation of the protective effects of palm vitamin E tocotrienols on brain white matter. Stroke. 2014 May;45(5):1422-8. doi: 10.1161/STROKEAHA.113.004449. Epub 2014 Apr 3.
8. McLaren DS. Vitamin A deficiency disorders. J Indian Med Assoc. 1999 Aug;97(8):320-3.
9. Radhika MS, Bhaskaram P, Balakrishna N, Ramalakshmi BA. Red palm oil supplementation: a feasible diet-based approach to improve the vitamin A status of pregnant women and their infants. Food Nutr Bull. 2003 Jun;24(2):208-17.
10. Sommerburg O, De Spirt S, Mattern A et al. Supplementation with red palm oil increases β-carotene and vitamin A blood levels in patients with cystic fibrosis. Mediators Inflamm. 2015;2015:817127. doi: 10.1155/2015/817127. Epub 2015 Jan 26.
11. Pham-Huy LA, He H, Pham-Huy C. Free radicals, antioxidants in disease and health. Int J Biomed Sci. 2008;4(2):89‐96.
12. Varatharajan R, Sattar MZ, Chung I, Abdulla MA, Kassim NM, Abdullah NA. Antioxidant and pro-oxidant effects of oil palm (Elaeis guineensis) leaves extract in experimental diabetic nephropathy: a duration-dependent outcome. BMC Complement Altern Med. 2013 Sep 29;13:242. doi: 10.1186/1472-6882-13-242.
13. https://draxe.com/nutrition/top-10-high-antioxidant-foods/
14. Jaffary F, Faghihi G, Mokhtarian A, Hosseini SM. Effects of oral vitamin E on treatment of atopic dermatitis: A randomized controlled trial. J Res Med Sci. 2015;20(11):1053‐1057. doi:10.4103/1735-1995.172815
15. Keen, Mohammad Abid, and Iffat Hassan. “Vitamin E in dermatology.” Indian dermatology online journal vol. 7,4 (2016): 311-5. doi:10.4103/2229-5178.185494
16. Beoy LA, Woei WJ, Hay YK. Effects of tocotrienol supplementation on hair growth in human volunteers. Trop Life Sci Res. 2010;21(2):91‐99.
The post Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah (Red Palm Oil) appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/kebaikan-minyak-kelapa-sawit-merah-red-palm-oil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eksport Minyak Sawit Naik Selepas India Sambung Pembelian

Eksport Minyak Sawit Naik Selepas India Sambung Pembelian

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 387 hits
May 30 2020 9 54 AMIndia bersetuju membeli 200 000 tan minyak sawit dari Malaysia minggu lalu PETALING JAYA Seorang penganalisis minyak sawit meramalkan prospek untuk eksport minyak sawit negara ke India terus meningkat susulan laporan peng...
Harga Minyak Sawit Dijangka Kembali Kukuh Susulan Import Semula Oleh India

Harga Minyak Sawit Dijangka Kembali Kukuh Susulan Import Semula Oleh India

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 328 hits
Harga minyak sawit di pasaran dijangka mengukuh semula susulan India kembali membeli minyak sawit dari Malaysia kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Beliau berkata perubahan pendirian kerajaa...
Tujuh Ditahan Berjudi Di Ladang Kelapa Sawit

Tujuh Ditahan Berjudi Di Ladang Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 377 hits
KUANTAN 17 Mei Polis menahan tujuh lelaki dipercayai berjudi dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 7 Maran dekat sini semalam Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata suspek yang berumur 50 hingga 72 ta...
Diduga Terpapar Suami Bekerja Di Wilayah Zona Merah Irt Di Kota Serang Positif Covid

Diduga Terpapar Suami Bekerja Di Wilayah Zona Merah Irt Di Kota Serang Positif Covid

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 240 hits
Pasien IRT dinyatakan terpapar virus Corona setelah hasil Swab positif dan Sebelumnya juga pasien telah dilakukan rapid test sebanyak dua kali dan hasilnya reaktif
Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Orang Kahwin Paling Sedap Cepat Senang Ini Rahsianya

Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Orang Kahwin Paling Sedap Cepat Senang Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 396 hits
Walaupun berkali mencuba ada waktunya kita masih tercari cari resipi nasi tomato dan ayam masak merah yang bukan hanya sedap bahkan cara membuatnya juga cukup mudah Resipi set Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah yang dikongsikan oleh ini palin...
Sepang Kian Masuk Zon Merah

Sepang Kian Masuk Zon Merah

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 244 hits
Sepang kian masuk Zon Merah Sepang kian masuk Zon Merah SEPANG menghampiri zon merah apabila merekodkan 40 kes aktif semalam berbanding 11 kes kelmarin Berdasarkan maklumat dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor di laman web ...
Safawi Sambar Porsche Merah

Safawi Sambar Porsche Merah

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 358 hits
Safawi sambar Porsche merah Safawi sambar Porsche merah PENYERANG Johor Darul Ta zim dan skuad Harimau Malaya Safawi Rasid menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya apabila memuatnaik gambar di Instagram berdiri di depan kereta mewah Safawi...
Jangan Asal Ini 9 Cara Membuat Busana Merah Mudamu Jadi Elegan Tanpa Kecerahan

Jangan Asal Ini 9 Cara Membuat Busana Merah Mudamu Jadi Elegan Tanpa Kecerahan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 315 hits
Biasanya warna pink selalu identik dengan sesuatu yang terlalu cerah dan kekanak kanakan tapi nggak lagi kalau kamu perhatikan trik ini
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation