Eksplorasi Gua Sireh Di Baling


Kedah | Eksplorasi Gua Sireh di Baling | Sampai je Baling dari Kuala Kangsar kami terus makan tengahari di Nasi Ayam Azman Pinggan Besar di belakang Hentian Bas Baling. Sangat puas hati rasa nasi ayamnya, nasi lembut berderai dengan sos dan kicap disiram terus atas ayam. Sup pun terasa chicken broth tu, bukan jenis air paip boh kiub ayam 😏. 
Selepas tu aku menggunakan kuasa veto untuk terus ke Gua Sireh. Kalau balik rumah mak mentua dulu soheh tak keluar lagi dah dan keputusan tersebut adalah terbaik sebab keesokannya hujan turun hingga tengahari dan Bangteh mula rasa tak sihat


Koleksi Gua Indah Di Baling, KedahSesiapa yang pertama kali ke sini pasti akan kagum dengan lanskap Baling. Di daerah Baling ada Gunung Baling yang di sisinya Kampung Lubuk Pedati yang menghadap Sungai Ketil tempat berkelah dan mandi-manda. Tidak jauh pula ada kawasan sawah padi yang sangat indah bila musim padi menguning. Melalui Jalan Weng menuju Kampung Padang Che Mas ada Gua Sireh, Gua Badak dan Gua Air

Gua adalah terowong semula jadi yang terbentuk ke dalam bukit atau gunung disebabkan fenomena alam seperti hakisan air atau angin. Keunikan gua disebabkan ciri monumen geologi, rupa bumi, landskap, kepelbagaian struktur geologi, batuan, fosil dan mineral mempunyai tarikan yang memberi pengalaman dan menjadi aktiviti lasak digemari pencinta alam untuk diterokai. 
Malaysia ada banyak gua menarik yang menghidangkan keunikan dan cabaran tersendiri memandangkan struktur dalamannya berbeza. Di Baling sahaja ada 12, kami dah melawat satu yang lain akan menyusul kemudian insyaallah. Nak pergi ketiga-tiganya sekaligus tak sempat dan takkan enjoy kalau tergesa-gesa

Apa yang seronoknya masuk gua

Pendapat aku gini... aku suka bila dapat melihat sendiri apa yang pernah aku baca dan belajar. Walaupun apa yang dilihat itu hanya secara literal tapi dapatlah sedikit pengetahuan. Terasa satu kepuasan

Kali pertama aku masuk gua ialah di kompleks Gunung Mulu National Park, Sarawak dibawa oleh Sarawak Tourism, selepas tamat Borneo Jazz . Ia pembuka mata dan aku rasa seronok dapat melihat keindahan alam yang terbentuk oleh luluhawa batuan. Yang menambah rasa seronok tu sebab kawan yang pergi tu pun enjoy juga ekspedisi tu. Kalau pergi dengan anak aku yang sorang tu senyap sunyi tak berbunyi lansung boring juga hahaahhaha... suara tak keluar senyum pun payah aiyoo itu budak

Pelancongan Gua Sireh bermula sejak tahun 2019 dengan pembabitan penduduk kampung. Sehingga kini ia masih diuruskan oleh Koperasi Eko Pelancongan Gua Sireh. Pelancongan ke gua ini menjadi antara sumber pendapatan baharu kepada penduduk kampung yang rata-ratanya hanya menoreh getah

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membantu menyediakan kemudahan dengan menaik taraf adalah laluan pejalan kaki sepanjang 400 meter dan pagar dalam gua, pembelian van pelancong, penambahbaikan fasiliti dan pembelian peralatan gua serta insurans


Melangkah Ke Gua Ok sebelum awak semua rasa membuak-buak nak ke ke sini nak bagitaulah bahawa hanya orang yang tak sakit lutut sahaja boleh ke Gua Sireh. Pasaipa

Dari tempat parkir kenderaan tu kita kena berjalan kaki dan naik tangga kira-kira 150 meter. Di dalam pula bukan semua tempat ada laluan kayu, sebahagiannya ada pagar sahaja dan kita kena berjalan atas tanah yang tidak rata. Aku pun cuak juga sebab pergelangan kaki aku masih belum pulih sepenuhnya  masih terasa sakit bila berada di permukaan tak rata

Bas berkapasiti 40 penumpang tak boleh masuk hingga ke kawasan parkir di kaki gua. Aku pun tak pastilah sama ada kena berjalan atau ada van jemput dari jalanraya

Owh lupa pula, kena beli tiket eh. Aku rasa tiket ni banyak sangat kelas dah agak mahal. Gunung Mulu national Park World Heritage Site di Sarawak hanya mengenakan tiket dewasa sebanyak RM15 untuk pas lima hari, RM7 untuk warga emas, RM5 untuk pelajar 5-18 tahun dan percuma bagi kanak-kanak dibawah enam tahun. Manakala national park RM10 dan nature reserve hanya RM5. Murah berbanding statusnya yang terkenal serata dunia

Aku rasa lebih sesuai tiket dewasa dikurangkan kepada RM10 dan kategori pelajar tu disekalikan. Pelancong asing tu takpelah mereka datang bawa duit sekali memang nak melancong. Aku juga ingin mencadangkan denda tinggi jika membuang sampah merata-rata atau menconteng gua. Sakit mata dan hati menengoknya. 
Elok juga tiket dengan nombor siri diberi kepada pelawat. Setakat ini kita hanya mengisi nama di dalam buku log. Satu tindakan yang baik jugalah untuk memastikan semua pelawat telah keluar dari gua bila habis waktu melawat.  

Selepas itu kami diiringi oleh 'tour guide' comel ke dalam gua. Aku awal lagi dah tersalah jalan tapi sebenarnya bukan salah aku... aku ikut je anak panah tu. Adik (eh anak)  tu pun tunjuklah kesan angin dan air yang membentuk dinding gua menyerupai haiwan tertentu. Menarik juga. 
Adik tu kalau dia belajar subjek geografi dengan tekun dan cari juga maklumat tentang gua, dia boleh tambah ilmu dan terangkan dengan lebih baik. Dia juga akan dapat menjawab soalan dengan lebih yakin lagi. Besar potensinya untuk menjadi jurupandu yang baik sebab membesar di situ. Yang penting jangan 'goreng', sesetengah pelawat nampak je macam tak tau apa apa tapi pengkaji bumi dan ahli sejarah. Orang pun tak lokek bagi tips jika puas hati (dia tak mintalah tapi rakyat Malaysia ni kan pemurah)


Ciri-Ciri Gua SirehKeluasan gua mencecah 192 meter lebar dengan ketinggian antara 60 hingga 80 meter. Mengikut kajian dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia UKM), Gua Sireh ini sudah ada masyarakat terawal yang mendiami gua sejak 16,000 hingga 17,000 tahun lalu kerana terdapat banyak kesan fosil atau kulit kerang dan siput lama yang kelihatan

Bukaan gua tidak berapa besar dan di pintu gua kita akan 'disambut' dengan batu yang berbentuk sirih junjung. Berjalan lagi ke dalam gua semakin menarik dengan dinding unik berombak-ombak berwarna putih dan seakan-akan berbentuk lukisan  tiga dimensi selain formasi stalagmite dan stalaktit berbentuk singa, burung, musang, gajah, perahu patah, pengisar tepung dan lain-lain. Malah ada batu yang berbunyi seperti gong bila diketuk

Lampu berwarna-warni menghiasi gua itu menghidangkan pemandangan yang sungguh mengasyikkan tapi aku rasa agak terganggu dengan kabel elektrik yang melintang di dinding gua. Mungkin boleh diperbaiki lagi


Kat depan tu ada tangga yang tak berapa tinggi. Sapsapsoi je naik


Sirih junjung

Aku pun dah blend in dengan background 😄
Same spot different colours.

Chamber yang luas dengan dinding yang cantik beralun.
Kiri tu pagar je tau, kita jalan atas tanah.
Luas.
Bentuk singa. Sakit hati aku tengok contengan tu.
Batu yang berbunyi gong bila diketuk di tempat tertentu.





Penerokaan Gua Sireh hampir dua jam menyeronokkan dan aku yakin anak-anak dapat menambah ilmu pengetahun mereka. Taklah bosan dalam kelas geografi nanti

Selalu aku pesan bila dalam kereta, pandang sekeliling, tahun depan belum tentu ada hutan tu lagi. Manusia semakin rakus melihat duit


Pesanan AkhirAda orang kata, orang sekarang ni bukan nak dengar pantang orang tua bila masuk gua (kena baca mentera ke?). Kena cakap, "atuk, anak cucu tumpang lalu?". Teringat bicara seorang ustaz, atuk tu siapa... kau cucu setan ke? hahahhaha..

Pada aku Islam ni mudah, jaga mulut dan kelaku. Baca bismillah, ayat kursi dan selawat lalu berserah kepada Allah. Kalau kita percaya sangat mistik boleh jatuh syirik pula nanti. Bila sakit kepala kau salahkan lalu kubur waktu senja padahal kau berapa kali turun naik kereta, kejap berpanas lepas tu masuk dalam kereta kena air-cond semula lepas tu turun balik. Tak pun, kejap buka tingkap sebab nak hisap rokok lepas tu tutup balik. Mana tak bengang kepala. Islam tak terpisah dengan sains

Omputeh dukung anak kecik masuk gua elok je. Saintis Malaysia bawa anak bawah lima tahun masuk hutan takde pun kena sampuk. Jika terlalu percaya hal mistik apa pun akan dikaitkan dengannya. Orang lain dah ke angkasa raya kita berpantang tak habis habis

Semoga semuanya baik baik saja


Gua Sireh
Kampung Padang Che Mas
09100 Baling
Kedah
Tel: 013-411 4325 © copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/09/eksplorasi-gua-sireh-di-baling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Di Baling Semalam

Pm Anwar Di Baling Semalam

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 1198 hits
Hadir di Baling hari ini bagi merasmikan penutupan Program MADANI Rakyat Kedah sambil menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam di peringkat negeri dan persekutuan dalam suasana penuh harmoni dan muafakat Dalam ucapan sa...
Caj Tapak Rm400 Di Baling Cake Desak Siasatan

Caj Tapak Rm400 Di Baling Cake Desak Siasatan

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 2308 hits
ALOR SETAR Persatuan Pengguna Kedah menggesa pihak berkuasa menyiasat isu caj sewa tapak parkir sebanyak RM400 di Baling yang tular sejak semalam Melampau Tekan Peniaga Kecil Presidennya Mohamad Yusrizal Yusoff menyifatkan caj tersebut seba...
M Nasir Sahabat Gua Chord

M Nasir Sahabat Gua Chord

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 763 hits
Em Am Em Am Em Em Em Berapa banyak bintang Em di langit kau kaji Em Engkau hafali Am Em ya Sahibul Kahfi Em Em Am Em Em Tak akan sama Em bintang yang satu ini Em Yang engkau kenali Am Em di dalam hati Em Em Am Em Em Terang walaupun Em dia t...
Gua Musang Lojing Road Hit By Fifth Sinkhole In 10 Months Narrows Traffic To Single Lane

Gua Musang Lojing Road Hit By Fifth Sinkhole In 10 Months Narrows Traffic To Single Lane

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1204 hits
A section of the road at KM78 of the Jalan Gua Musang Lojing near Kampung Jekjok at Pos Brooke has been reduced to a single lane after a new sinkhole was detected on September 12 Picture via X BernamaGUA MUSANG Sept 16 A section of the road...
Nasi Ambeng Di Selangor

Bunuh Diri Atau Dibunuh

Barang Branded Vs Barang Fake Mana Lagi Sesuai

Yummy Healthy Chicken Recipes You Can Freeze

Majlis Khawin Lagi Idlan Nurul

Nasi Goreng Cina Dan Doa Buat Anak Saudara Saya

Smooth Morning Traffic Nationwide As School Holidays End

After Timah Whiskey Malaysia Faces Another Alcohol Name Controversy In Santubong Beer


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Filem Killmaster Lulus Lpf Tanpa Cut Diklasifasikan Sebagai P16 Meskipun Ada Adegan Intim

Seorang Lelaki Tergamak Bunuh Ibu Kerana Putuskan Sambungan Internet

Empat Pensyarah Uum Tersenarai Antara 2 Saintis Terbaik Dunia

Ketahui Tanda Awal Cara Elak Masalah Bateri Kereta

Panduan Asas Search Engine Optimization Untuk Blog

Man Climbs Warehouse Roof In Bintulu Firefighters Talk Him Down Safely