Redzuan Kecewa Proses Birokrasi Halang Pandu Uji Kereta Terbang



(FMT) – Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof kecewa dengan proses birokrasi, mengatakan ia merosakkan rancangannya untuk memandu uji kereta terbang.
Bercakap kepada FMT, beliau berkata amat mengecewakan apabila pembangunan “ekosistem untuk inovasi dan keusahawanan” dihalang oleh birokrasi.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan kereta terbang yang diumumkan Redzuan merupakan sejenis dron dan perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum diterbangkan.
“Saya faham terdapat keperluan untuk peraturan, dan kita adalah kerajaan yang mematuhi peraturan undang-undang.
“Kebimbangan saya adalah peraturan dan proses birokrasi kita tidak cukup berkembang pesat untuk memenuhi keperluan industri dan inovasi serta kemajuan teknologi.
“Ini adalah sesuatu yang perlu kita lihat,” kata Redzuan.
Katanya, adalah tidak tepat untuk mengatakan kenderaan udara yang dikendalikan manusia sama seperti dron yang tidak dikendalikan manusia dan ia dikenakan sekatan berkaitan dengan berat dan tujuan penerbangan.
Beliau menggesa pembaharuan proses birokrasi dan rangka kerja kawal selia untuk membolehkan pembangunan ekosistem yang menggalakkan inovasi dan keusahawanan.
Beliau berkata pembaharuan seperti itu perlu jika Malaysia mahu menjadi pemimpin bukan pengikut.
“Peluang tidak menunggu pengikut yang teragak-agak. Kita boleh merebutnya atau membiarkan ia berlalu.”
Redzuan mengumumkan projek kereta terbang awal tahun ini dan sejak itu beliau mempertahankannya daripada kritikan dan ejekan.
Beliau memberitahu FMT, 2 syarikat tempatan dan sebuah syarikat asing merancang untuk bekerjasama bagi menghasilkan sebanyak 10,000 kereta terbang untuk dieksport ke Indonesia dan Maldives.
“Kita boleh mencipta 2,000 pekerjaan, dan ini bukan pekerjaan bernilai rendah. Jika peraturan kita tidak dapat memenuhi tuntutan industri, kita tidak seharusnya terkejut apabila pelaburan ini pergi ke tempat lain,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/11/23/redzuan-kecewa-proses-birokrasi-halang-pandu-uji-kereta-terbang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Redzuan Birokrasi Ketat Penghalang Kemajuan Industri Kereta Terbang

Redzuan Birokrasi Ketat Penghalang Kemajuan Industri Kereta Terbang

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 384 hits
MALAYSIAKINI Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof berkata peraturan dan birokrasi yang ketat menjadi penghalang kemajuan pembangunan industri mobiliti udara atau kereta terbang Redzuan berkata walaupun peraturan diperlukan birokrasi y...
Pandu Uji Kereta Terbang Hanya Untuk Ahli Parlimen

Pandu Uji Kereta Terbang Hanya Untuk Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 830 hits
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata bahawa pandu uji kereta terbang atau juga dikenali sebagai aerieal vehicle telah dijadualkan pada hari khamis minggu ini Ia hanya terbuka kepada ahli parlimen yang berminat sahaja Beliau juga mengatakan...
Ini Ialah Kereta Terbang Pertama Negara Dron Ehang Yang Dijenamakan Semula

Ini Ialah Kereta Terbang Pertama Negara Dron Ehang Yang Dijenamakan Semula

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 691 hits
Kereta terbang pertama Malaysia akan melakukan ujian penerbangan pertama pada Khamis ini namun rekaannya telah tertiris ke area web haru ini Kenderaan yang diberi nama Super Dron ini menurut laporan Berita Harian dibangunkan oleh syarikat E...
Kereta Terbang Boleh Wujud Dengan Nyata

Kereta Terbang Boleh Wujud Dengan Nyata

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 592 hits
Pasti masih segar di ingatan semua orang mengenai prototaip kereta terbang Malaysia yang dilaporkan akan dibentang tahun ini Namun kecanggihan teknologi itu telah diatasi jurutera Slovakia dan juruterbang Stefan Klien dengan memperkenalkan ...
Kereta Terbang Menteri Kena Sindir

Kereta Terbang Menteri Kena Sindir

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 340 hits
Mohd Husni Mohd Noormhusni hmetro com myMOHD Redzuan FOTO arkib NSTPISU kereta terbang terus jadi bahan sindiran oleh Ahli Parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat pagi ini Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang ...
Idea Kereta Terbang Itu Sampah Rais Hussin

Idea Kereta Terbang Itu Sampah Rais Hussin

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 344 hits
Projek kereta terbang disifatkan sebagai idea sampah oleh salah seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia Ketua Biro Polisi dan Strategi PPBM Dr Rais Hussin berkata perhatian sewajarnya diberikan kepada isu yang sepatutnya Saya setuju...
Kereta Terbang Malaysia Sembang Atau Realiti

Kereta Terbang Malaysia Sembang Atau Realiti

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 645 hits
Tahukah anda penciptaan kereta terbang bukan satu perkara baharu Terdahulu adik beradik Wright telah mencipta kapal terbang dan berjaya mendaratkannya di dataran Kitty Hawk New York pada 1903 Kini negara maju seperti Jerman Rusia dan China ...
Honda Civic Nyaris Jadi Kereta Terbang Langgar Bonggol Tinggi Tengah Jalan

Honda Civic Nyaris Jadi Kereta Terbang Langgar Bonggol Tinggi Tengah Jalan

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 786 hits
Bonggol di atas jalan raya dibuat untuk memperlahankan kenderaan terutamanya pada kawasan yang berdekatan dengan simpang keluar masuk kenderaan Dengan adanya bonggol kenderaan sudah pastinya akan memperlahankan kenderaan mereka dan boleh me...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka