Ekonomi Meleset 17 Pn Bawa Malaysia Ke Tepi Jurang



Dr Ong Kian Ming
Pada 27 Mac 2020, 9 hari setelah dimulainya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan berikut semasa mengumumkan pakej bantuan PRIHATIN – “Kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda memilih. Tetapi saya ingin anda semua tahu bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang menjaga anda”.
Semasa permulaan PKP, ramai orang bersedia memberikan sokongan kepada Perdana Menteri. Tetapi sekarang, hampir 6 bulan setelah terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional (PN), lebih ramai orang yang mengeluarkan perasaan keraguan bahawa kerajaan PN benar-benar “kerajaan yang menjaga anda”.
Mari kita bermula dengan angka KDNK Suku Kedua 2020 yang baru diumumkan. Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 17.1%, prestasi terburuk di antara negara-negara Asia dalam tempoh ini.
Singapura, yang mengumumkan penutupan atau ‘pemutus litar’ pada 7 April, ‘hanya’ mengalami penguncupan 13.2%.
Indonesia mengalami pengecutan 5.3%. Kejatuhan KDNK suku tahun ini bahkan lebih tinggi daripada penguncupan 11.2% yang dialami pada suku keempat 1998, semasa kemuncak krisis kewangan Asia.
Secara mutlak, KDNK pada Suku Kedua 2020 turun sebanyak RM59.6 bilion (perbandingan tahun ke tahun dengan suku kedua 2019). Sektor pembinaan jatuh hampir separuh (-44.7%). Sektor pembuatan menguncup sebanyak RM14.5 bilion atau 18.4%, sektor perlombongan menguncup sebanyak RM5.2 bilion atau 19.9% dan sektor perkhidmatan, yang merangkumi lebih daripada separuh KDNK, menguncup sebanyak RM32.3 bilion atau 16.2% (Lihat Jadual 1 di atas).
Penguncupan KDNK bersejarah ini menyebabkan Bank Negara Malaysia mengubah ramalan KDNK untuk tahun 2020 dari -2% ke 0.5% kepada ramalan yang terbaru iaitu dari -3.5% ke -5.5%. Ramalan ini mungkin perlu dikemas kini apabila angka KDNK Suku Ketiga diumumkan pada 13 November 2020 nanti.
Pengecutan besar ini dapat dikurangkan jikalau kerajaan PN tidak tergesa-gesa mengumumkan PKP tanpa adanya pelan tersedia. Laman web MITI tidak boleh diakses untuk beberapa hari pertama PKP kerana ribuan syarikat membanjiri laman webnya untuk memohon kelulusan untuk terus beroperasi semasa PKP. Kelewatan dalam mendapatkan kelulusan yang diperlukan memberi kesan negatif yang besar bagi syarikat yang beroperasi di sektor penting.
Tambahan lagi, tidak ada pertimbangan untuk memberikan kelulusan kepada kebanyakan pembekal kepada syarikat sektor penting. Sebagai contoh, sebuah syarikat pengeluaran susu mengadu bahawa pembekal kotak dan botol mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan daripada MITI.
Terdapat juga koordinasi yang kurang memuaskan antara Kementerian Pengangkutan, operator pelabuhan dan pengangkut yang menyebabkan kargo menumpuk di pelabuhan utama di negara kerana pengangkut tidak mempunyai kelulusan untuk mengangkut barang-barang ini dan kilang-kilang tidak mempunyai kelulusan untuk menerima barang-barang ini.
Menteri Pengangkutan terpaksa mengeluarkan beberapa arahan untuk membenarkan kargo di pelabuhan untuk diagihkan semasa tempoh awal PKP
Setelah menghentikan kegiatan ekonomi tanpa pelan tersedia, kerajaan PN tiba-tiba mahu membuka ekonomi semula pada 1 Mei. Ini menyebabkan kekeliruan di kalangan orang umum dan peniaga oleh kerana SOP tidak diumumkan dan pihak berkepentingan seperti kerajaan negeri tidak diberi penerangan dengan betul.
Sebilangan besar rakyat Malaysia mungkin masih mengingati masa ini sebagai masa di mana pendandan rambut diberi kebenaran untuk mula beroperasi semula tanpa mempunyai SOP yang jelas.
Ramai Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) mengalami kesusahan serius semasa PKP dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan PN dalam bentuk Program Subsidi Upah (PSU) jelas tidak mencukupi.
Ramai PKS mengharapkan program yang lebih tersasar dan jumlah bantuan yang lebih besar seperti apa yang diumumkan dalam RUU Bantuan COVID Singapura pada April 2020 dan dipertingkatkan lagi pada bulan Jun 2020.
Tetapi kerajaan PN tidak mengambil peluang semasa persidangan parlimen yang berlaku pada 18 Mei 2020 untuk meluluskan RUU Batuan Covid. Kerajaan PN memutuskan untuk hanya bersidang setengah hari pada hari itu.
Alasan yang diberikan adalah kerumitan akibat virus COVID dan juga tidak mahu ‘bermain politik’ semasa PKP. Tetapi kerumitan ini tidak menghalang Perdana Menteri daripada melantik sejumlah besar ahli parlimen PN dan ahli politik PN sebagai pengerusi GLC dan badan berkanun.
Kerumitan ini tidak menghalang PN daripada menjatuhkan kerajaan PH yang dipimpin oleh BERSATU di Kedah dan daripada berusaha untuk melakukan perkara yang sama di Negeri Sembilan dan Selangor walaupun tidak berjaya akhirnya.
RUU Bantuan COVID akhirnya dibentangkan dalam persidangan parlimen sekarang tetapi ia sudah terlambat untuk menyelamatkan PKS yang terpaksa ditutup akibat PKP.
Yang menjadi semakin jelas adalah bahawa kerajaan PN, yang dipimpin oleh Tan Sri Muyhiddin Yassin, BUKAN kerajaan yang menjaga anda tetapi adalah sekumpulan ahli politik dengan kepentingan dan keutamaan tersendiri dan semuanya ingin mendapatkan akses kepada kuasa untuk diri mereka sendiri dan bukan untuk menjaga rakyat Malaysia.
_______________________________________________________________________________
Penulis adalah MP Bangi yang juga Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29270

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perikatan Ekonomi Malaysia 5 0

Perikatan Ekonomi Malaysia 5 0

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 244 hits
Inovasi Malaysia harus ditingkatkan untuk mengatasi cabaran cabaran pemulihan pasca Covid Apabila kita melihat kembali waktu yang genting ini kita mungkin akan menghargai peluang unik yang diberikan oleh Covid 19 untuk meningkatkan beberapa...
Ekonomi Malaysia Papar Tanda Awal Pemulihan

Ekonomi Malaysia Papar Tanda Awal Pemulihan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 292 hits
PUTRAJAYA Ekonomi Malaysia mula memaparkan tanda tanda awal pemulihan sejak Jun lepas berikutan pembukaan perniagaan secara beransur ansur mulai 4 Mei 2020 selepas terjejas teruk akibat impak koronavirus Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Z...
1 Warga Poso Ditemukan Tewas Di Tepi Jurang Pegunungan Malahena

1 Warga Poso Ditemukan Tewas Di Tepi Jurang Pegunungan Malahena

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 304 hits
Sebelumnya satu orang petani Desa Sangginora Kabupaten Poso juga ditemukan tewas pada Minggu 08 08 Polisi yakin pelaku pembunuhan terhadap petani itu adalah kelompok Mujahidin Indonesia timur
Malaysia Berada Di Landasan Tepat Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

Malaysia Berada Di Landasan Tepat Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 352 hits
BATU KAWAN 8 OGOS Ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai pemulihan pada 2021 kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata negara berkedudukan baik untuk mencatatkan peningkatan semula pada ...
Ekonomi Malaysia Mulai Pulih Sejak Mei

Ekonomi Malaysia Mulai Pulih Sejak Mei

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Ekonomi Malaysia mulai pulih pada Mei apabila aktiviti ekonomi dibenarkan secara berperingkat dan kadar jangkitan Covid 19 lebih terkawal Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata penguncupan Keluaran Dalam Negara ...
Pasang Bendera Malaysia Johor Secara Terbalik

Pasang Bendera Malaysia Johor Secara Terbalik

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 630 hits
HARAKAH DAILY JOHOR BAHRU Pengurus kilang perusahaan perabot merupakan antara empat individu yang ditahan kerana memasang bendera Malaysia dan bendera negeri Johor secara terbalik dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Tebrau di sini semal...
Cuti Cuti Malaysia Aktiviti Memancing Ikan Puyu Di Kampung

Cuti Cuti Malaysia Aktiviti Memancing Ikan Puyu Di Kampung

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 572 hits
Musim Covid 19 ni kita memang tak dapat nak travel jauh keluar negara Jadi musim macam ni masa terbaik untuk bercuti dalam Malaysia Alang alang balik kampung kita jadi pelancong ditempat sendiri sokong ekonomi setempat Ini aktiviti kami Cut...
Ambulan Ulang Alik Sampai 2 Hari Apa Dah Jadi Kisah Askar Malaysia Sertai Latihan Di New Zealand

Ambulan Ulang Alik Sampai 2 Hari Apa Dah Jadi Kisah Askar Malaysia Sertai Latihan Di New Zealand

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 443 hits
Ambulan ulang alik sampai 2 hari Apa dah jadi Kisah askar Malaysia sertai latihan di New ZealandPengorbanan barisan hadapan negara tidak perlu dipertikaikan lagi Jasa dan sumbangan yang telah ditaburkan mereka sangat bernilai buat kita semu...
Dr Noor Hisham Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid 19 Hari Ini

Dr Noor Hisham Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 398 hits
KUALA LUMPUR Malaysia mencatatkan 11 kes baharu positif Covid 19 setakat jam 12 tengahari tadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut lapan adalah kes import yang melibatkan tujuh wa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias