Ambulan Ulang Alik Sampai 2 Hari Apa Dah Jadi Kisah Askar Malaysia Sertai Latihan Di New Zealand


'Ambulan ulang alik sampai 2 hari! Apa dah jadi?!' - Kisah askar Malaysia sertai latihan di New Zealand



Pengorbanan barisan hadapan negara tidak perlu dipertikaikan lagi. Jasa dan sumbangan yang telah ditaburkan mereka sangat bernilai buat kita semua. Mereka sanggup menggadaikan nyawa, masa dan tenaga demi untuk negara. Pahlawan-pahlawan negara sering dilihat sebagai satu ikon yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Kekuatan dan ketahanan fizikal mereka tidak dapat ditandingi. Bahkah, melalui perkongsian cerita oleh Mejar Bersara Mohd Fitri, askar-askar Melayu mempunyai ketahanan yang tinggi berbanding negara lain.
Kisah yang dikongsikan beliau kembali tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter memuatnaik naik ciapan dan telah menarik perhatian netizen.
KISAH ASKAR Melayu dengan salji oleh Mejar Bersara Mohd Fitri. Malaysia tak pernah ada musim sejuk atau tak ada salji. Tapi apa terjadi bila Pahlawan kita menghadapi musim ini. Ini adalah cerita dan pengalaman dari seorang pegawai tentera bersara mengenai latihan ketika winter.
Kisah Tentera kita (kisah pertama). Askar Melayu dengan salji. Oleh kerana ramai minta saya cerita kejadian-kejadian yang pernah saya alami, baiklah saya akan bercerita sikit setakat yang saya boleh cerita.
1995, saya masuk latihan pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja. Setelah 6 bulan, satu pemilihan dibuat untuk memilih antara kadet yang terbaik untuk dihantar sambung ke luar negara. Saya terpilih seorang diri ke Officer Cadets School of New Zealand selama 18 bulan di kem Waiouru, New Zealand.
Pada tahun 1996, saya sedang buat latihan perang dalam keadaan amat sejuk kerana ribut bersalji dan suhu turun sehingga -30 celcius. Sejuknya teramat amat sehingga baju seluar dan tali kasut pun beku, ramai jurulatih dan kadet dari New Zealand sendiri kena ’frost bite’ dan tak sedar diri sebab ‘hypothermia’. Saya ni bertahan sekuatnya saja. Latihan kami terpaksa dibatalkan dan kami semua diselamatkan segera oleh pihak kem Waiouru. Terlalu sejuk!
Dalam masa yang sama, ada satu latihan tentera 5 negara sedang berjalan iaitu Exercise SUMAN WARRIOR di kaki Gunung Ruapehu tak jauh dari kem kami. SUMAN itu ialah gabungan Singapore, United Kingdom, Malaysia, Australia, New Zealand. Tentera kita diwakili oleh 1 kompeni (100 orang) dari Batalion ke 4 Rejimen Askar Melayu DiRaja (4 RAMD).
Ketika suhu jatuh ke -30 bawah paras beku, kami di kem Waiouru mula dengar siren ambulan berulang alik keluar masuk dari hospital kem ke kawasan latihan. Ambulan-ambulan itu ulang alik sampai 2 hari! Jadi semua tertanya-tanya, apa dah jadi? Rupanya ramai tentera yang dalam latihan itu kena hypothermia dan jatuh sakit. Kalau tak silap saya, jumlah yang jatuh sakit masuk hospital itu:
Askar New Zealand= 15-20 orang kena hypothermiaAskar British = 10-15 orang kena hypothermiaAskar Australia = 20-30 orang kena hypothermiaAskar Singapore = 50-60 orang kena hypothermiaAskar Malaysia = 1 orang sebab tergeliat kaki (?????)Pelik kan? Ya, tak ada askar kita masuk hospital sebab kesejukan tapi sebab tergeliat kaki. Maka kecohlah seluruh Kem Waiouru itu, masing-masing nak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jadi esoknya, sekolah pegawai kadet buat lawatan ke kawasan latihan Exercise Suman Warrior itu.
Sampai saja di kawasan latihan di kaki gunung itu, keadaan amat sejuk, bersalji tebal, mendung, gelap dengan angin kuat. Kami pergi ke setiap tempat askar-askar itu berkhemah. Kami lihat:
Askar New Zealand, 5-6 orang duduk luar khemah dan kelilingi api, yang lain lagi 100 orang sedang baring kesejukan dalam sleeping bag.Askar British pun samaAskar Australia, senyap sunyi. Tak nampak siapa pun di luar, semua dalam khemah masing-masing, dalam sleeping beg, kesejukan.Askar Singapura, sama macam askar Australia. Senyap sunyi, semua kesejukan.Askar Malaysia? Ramai-ramai tengah main takraw, minum kopi panas, goreng cucur, main salji, tak ada seorang pun dalam khemah! Hehehe, sejuk sangatlah tu sampai tak reti nak duduk diam! Ya Allah bangganya saya waktu itu melihat tentera kita. Rupanya yang 1 orang masuk hospital terkeliat kaki itu sebab terjatuh lubang waktu main takraw! Hahaha. (Saya bukan nak malukan negara-negara lain, tapi nak cerita kekuatan jiwa kita sendiri)
Pengajaran. Harap anak-anak bangsa kita tahu, bahawa dalam darah daging keturunan kita, terdapat sejarah yang mengatakan kita adalah satu bangsa yang amat tahan lasak, berjiwa kental, boleh hidup di mana-mana pun di dunia! Kita tidak lemah dan bodoh, tapi kita yang diperbodohkan beratus tahun oleh penjajah yang asyik kata kita lemah, kita malas, kita bodoh. Bangunlah dan sedarlah! 
(EDITED 28 Januari 8.30 pm) 
Salam. Kena faham. Kisah ini 23 tahun yang lepas. Saya bukan ingat fakta yang tepat seperti suhu yang sebenar.. It is not exact science. Cuma sewaktu jurulatih tarik kami keluar dari kawasan latihan itu, itulah suhu yang dicakapkan pada kami. Kami terkena ribut salji. Suhu situ berubah naik turun ikut angin dan awan. Kem itu 880m dari paras laut dan kawasan latihannya yang amat luas bergunung ganang jauh lebih tinggi dari ketinggian kem itu.
Yang penting, ambillah pengajaran atas ketabahan tentera kita yang diwakili oleh pasukan 4 RAMD ketika itu. Saya pun respek pada mereka.
Sumber: Irfan_newboys, Mohd Fitri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2020/08/ambulan-ulang-alik-sampai-2-hari-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
New Zealand Capai 100 Hari Bebas Covid 19

New Zealand Capai 100 Hari Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 210 hits
New Zealand capai 100 hari bebas Covid 19 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 9 Aug 2020 2 00PM
Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2020 Malaysia Prihatin

Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2020 Malaysia Prihatin

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 1728 hits
Hari Kebangsaan Malaysia 2020 Rutin wajib dibulan Ogos saban tahun Ia menjadi satu perkara yang sangat sangat tradisi dengan sambutan bulan kemerdekaan tanahair Bulan yang dinanti nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia Bulan yang rancak deng...
Virus Returns To New Zealand After 102 Days

Virus Returns To New Zealand After 102 Days

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 389 hits
After receiving global praise for successfully containing the virus Prime Minister Jacinda Ardern said four cases had been detected in a single family in Auckland from an unknown source AFP File Photo New Zealand 8217 s dream run of 102 day...
Kisah Pilu Bocah 5 Tahun Ini Tidur Beralas Karton Dan Tiap Hari Harus Tuntun Ibunya Yang Buta

Kisah Pilu Bocah 5 Tahun Ini Tidur Beralas Karton Dan Tiap Hari Harus Tuntun Ibunya Yang Buta

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 366 hits
Sehari hari Muhammad Hatta mengisi kegiatannya untuk menuntun sang ibu yang buta Hidup dalam kondisi yang serba kekurangan bocah berusia tahun tersebut sudah biasa tidur hanya beralas karton Kisah mengenai Hatta tersebut dibagikan akun sili...
New Zealand Orders Auckland Back In Lockdown After First Local Covid 19 Cases In 102 Days

New Zealand Orders Auckland Back In Lockdown After First Local Covid 19 Cases In 102 Days

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 393 hits
New Zealand ordered Auckland back into a Covid 19 lockdown on August 12 2020 after the island nation s largest city reported four new coronavirus cases The infections ended a 102 day streak with no local transmission reported in the country
Dr Noor Hisham New Covid 19 Strain D614g Detected In Malaysia 10 Times More Infectious

Dr Noor Hisham New Covid 19 Strain D614g Detected In Malaysia 10 Times More Infectious

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 286 hits
The Malaysian Institute for Medical Research has detected a D614G type mutation as a result of isolation and culture tests on three cases from the Sivagangga patient under investigation Cluster and one case from the Ulu Tiram Cluster Health...
Tema Dan Maksud Logo Malaysia Prihatin Hari Kebangsaan Ke 63

Tema Dan Maksud Logo Malaysia Prihatin Hari Kebangsaan Ke 63

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 1075 hits
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Tahun ini merupakan ulantahun ke 63 negara telah megisytiharkan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 Manakala 16 September merupakan Hari Malaysia yang mana Persekutuan Malaysia tertubuh...
11 Potret Ulang Tahun Yang Akan Selalu Diingat Hari Bahagia Yang Penuh Dengan Kekonyolan

11 Potret Ulang Tahun Yang Akan Selalu Diingat Hari Bahagia Yang Penuh Dengan Kekonyolan

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 234 hits
Ulang tahun nggak selalu berisi hal hal indah seringnya malah konyol Apalagi kalau udah ketemu sahabat sahabat yang begitu
Lg Brings The Vip Experience To Malaysia With Its New Nanocell Tvs

Lg Brings The Vip Experience To Malaysia With Its New Nanocell Tvs

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 336 hits
Its advanced core technology NanoCell delivers Pure Colours for the most stunning VIP visual experience for consumers Global innovator in technology and consumer goods LG Electronics Malaysia today introduced its first NanoCell 8K TV in Mal...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je