Ejeklah Pm Pun Minum Minyak Sawit Kata Teresa Kok


Teresa Kok mengakui bahawa hanya dalam tempoh 10 bulan lepas beliau benar-benar mengetahui mengenai minyak sawit dan manfaatnya. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 27 April — Tidak selalu kita menemui pihak berkuasa atau penggubal undang-undang menjadi bahan ejekan disebabkan kelebihan mereka, Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim ternyata antaranya.

Dalam temu bual baru-baru ini dengan media sempena sambutan satu tahun beliau dalam kerajaan, menteri itu mendapati lucu apabila netizen mengkritik beliau.

“Saya tahu netizen mengejek saya mengenai kenyataan saya makan satu sudu minyak sawit merah untuk kekal muda,” katanya, sambil menambah bahawa nasihat itu sebenarnya diberikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 94 tahun.

“Bagaimanapun, saya tidak kisah dengan orang yang mengejek saya, yang paling penting ialah mereka belajar mengenai minyak sawit dalam proses itu,” katanya.

Malah, semua komen sinis dan kritikan itu sebenarnya menarik perhatian orang ramai kepada minyak sawit dan isu yang berkaitan.

“Dua hari lepas Anggota Parlimen pembangkang bertanya kepada saya mengenai minyak sawit merah dan saya mendapati bahawa ia turut dibincangkan di Dewan Undangan Negeri Perak.

“Ini yang saya mahukan, lebih ramai orang mengetahui mengenai minyak sawit dan manfaatnya dari segi kesihatan,” katanya dalam temu bual yang berlangsung hampir sejam.

Malah, Kok mengakui bahawa hanya dalam tempoh 10 bulan lepas beliau benar-benar mengetahui mengenai minyak sawit dan manfaatnya.

“Pada 10 bulan lepas, saya kurang berminat dengan minyak sawit dan saya tidak tahu mengenai semua nilai dan manfaat daripada tanaman ini.

“Malah, saya secara terbuka telah menyatakan dalam satu forum bahawa saya sebelum ini menggoreng ikan menggunakan minyak zaitun dan orang ketawakan saya.

“Tetapi hari ini, saya mengetahui semua manfaat daripada tanaman serba boleh ini dan saya menggesa semua ahli masyarakat kita untuk meningkatkan pengetahuan mengenai produk kita supaya sebagai masyarakat, kita dapat sama-sama mempromosikan minyak sawit kita,” kata Kok, yang bersemangat apabila bercakap mengenai industri itu.

“Bayangkan apabila pergi ke Jepun dan memberitahu kepada rakyat Jepun untuk tidak memakan wasabi atau pergi ke Korea dan memberitahu mereka ginseng tidak baik.

“Mereka (rakyat Jepun dan Korea) akan memberi tindak balas kepada anda dan menyenaraikan semua manfaat produk mereka, kerana mereka tahu mengenai produk mereka dengan baik.

“Tetapi di sini di Malaysia, malah doktor kita menyatakan perkara negatif mengenai minyak sawit, dan itu sebabnya kita perlu kempen ‘Sayangi Sawit’,” katanya, sambil menambah rakyat Malaysia perlu menyokong dan melindungi tanaman emas negara itu.

Kok, yang enggan menilai dirinya walaupun diminta oleh media, berkata, “Ia adalah anda, rakyat Malaysia dan industri yang perlu menilai saya.” 
— Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/ejeklah-pm-pun-minum-minyak-sawit-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Dun Perak Gamat Adun Minum Minyak Sawit

Sidang Dun Perak Gamat Adun Minum Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 486 hits
APRIL 19 2019IPOH Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak gamat seketika apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang Dr Ko Chung Sen meminum minyak sawit merah ketika mengakhiri ucapan perbahasannya hari ini Katanya ia sebagai gimik kepada ...
Menteri Minum Minyak Sawit Merah Akan Kekal Awet Muda

Menteri Minum Minyak Sawit Merah Akan Kekal Awet Muda

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 453 hits
Menteri Industri Utama Teresa Kok mengajak semua Ahli Parlimen supaya mengambil minyak sawit merah untuk terus kekal awet muda Malah semua Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dibekalkan minyak sawit merah untuk diminum bagi mendapatkan hasil awet...
Diejek Netizen Kerana Makan Minyak Sawit Teresa Tidak Kisah

Diejek Netizen Kerana Makan Minyak Sawit Teresa Tidak Kisah

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 318 hits
Teresa Kok foto sumber internetKUALA LUMPUR 27 April Tidak selalu kita menemui pihak berkuasa atau penggubal undang undang menjadi bahan ejekan disebabkan kelebihan mereka Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim ternyata antaranya Dalam t...
Rakyat Akan Sedar Ph Lebih Baik Berbanding Bn Kata Kok

Rakyat Akan Sedar Ph Lebih Baik Berbanding Bn Kata Kok

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 325 hits
KETIDAKPUASAN hati terhadap Pakatan Harapan yang semakin meningkat disebabkan harapan tidak realistik rakyat untuk melihat perubahan drastik kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Dalam temu bual dengan portal berita Malaysiakini Kok berkat...
Katalis Merah Putih Kunci Utama Minyak Sawit Ri Jadi Berharga

Katalis Merah Putih Kunci Utama Minyak Sawit Ri Jadi Berharga

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 294 hits
Salah satu bahan utama selain minyak sawitnya sendiri yaitu Katalis atau Bahan yang dapat mempercepat dan mengarahkan reaksi kimia Katalis ini juga dikenal dengan nama Katalis Merah Putih Sebagai bahan yang dapat membuat minyak sawit dapat ...
Kempen Laporan Sarawak Terhadap Minyak Sawit Malaysia

Kempen Laporan Sarawak Terhadap Minyak Sawit Malaysia

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 494 hits
Sarawak ReportThe clearing of rainforest particularly in peat areas which comprise much of mainland Borneo is one of the largest drivers of global warming the Borneo Jungle had long been recognised as one of the three lungs of the earth yet...
Minum Sawit Tidak Langgar Peraturan Dun

Minum Sawit Tidak Langgar Peraturan Dun

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 262 hits
MALAYSIA GAZETTE Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang Dr Ko Chung Sen yang menyampaikan pandangan dengan cara berminum juga tidak melanggar peraturan mesyuarat KUALA KANGSAR Tindakan meminum minyak kelapa sawit ketika persidangan De...
M Sia Sertai Misi Ekonomi Minyak Sawit Di Arab Saudi

M Sia Sertai Misi Ekonomi Minyak Sawit Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 352 hits
Malaysia akan menyertai Misi Ekonomi Minyak Sawit yang akan membincangkan isu komoditi itu kayu balak dan perabot selama lima hari di Arab Saudi bermula Isnin ini kata Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin Be...
China Bakal Tambah Pembelian Minyak Sawit Malaysia Rm4 56 Bilion

China Bakal Tambah Pembelian Minyak Sawit Malaysia Rm4 56 Bilion

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 304 hits
China bakal tambah pembelian minyak sawit Malaysia RM4 56 bilion nbsp Dikemas kini 58 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Ap
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor