Sidang Dun Perak Gamat Adun Minum Minyak Sawit


APRIL 19, 2019

IPOH:  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak gamat seketika apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Dr Ko Chung Sen meminum minyak sawit merah ketika mengakhiri ucapan perbahasannya, hari ini.

Katanya ia sebagai gimik kepada kempen ‘Sayangi Sawitku’ yang sering dipandang serong oleh segelintir pihak malah dijadikan bahan jenaka beberapa ahli politik pembangkang.

Difahamkan juga tindakan beliau itu juga merupakan rentetan cabaran ke atas dirinya untuk berbuat demikian pada persidangan sesi DUN Perak baru-baru ini.

Chung Sen yang berlatarbelakangkan pakar bedah dalam bidang kardiotorasik atau jantung itu berkata minyak sawit merah mengandungi banyak khasiat.

Antaranya ia mampu mengurangkan kadar kolesterol, mengurangkan risiko sakit jantung, mengurangkan risiko penyakit alzheimer, meningkatkan kesihatan otak dan sebagainya.

Selain itu katanya, harga minyak sawit yang lebih murah berbanding dengan harga minyak lain seperti minyak kelapa, zaitun, soya dan bunga matahari adalah antara sebab mengapa minyak sawit harus dijadikan pilihan utama rakyat Malaysia.

“Minyak ini menjadi mudarat apabila orang menyalahgunakannya apabila menggunakan kembali minyak tersebut selepas memasak. Sehingga menjadi hitam tidak baik untuk kesihatan.

“Minyak sawit ini adalah yang termurah berbanding dengan yang lain. Bukan sahaja murah malah ia lebih sihat.

“Minyak sawit ini juga adalah hasil daripada usaha para peneroka dan pekebun kecil kita. Kita seharusnya menyokong,” katanya.

Beliau kemudian menyeru semua pihak termasuk daripada pembangkang untuk turut menyokong kempen ‘Sayangi Sawitku’ dan seterusnya menuangkan secawan minyak sawit merah yang dibawanya sebelum ia diminum.

Beberapa ADUN Pembangkang cuba untuk membuat pencelahan kepada beliau namun dihalang Timbalan Speaker DUN Perak, Aminuddin Zulkipli kerana masa tidak mencukupi.

Selepas Speaker mengumunkan penangguhan sesi persidangan dewan, Chung Sen menjemput semua ADUN Pembangkang dan kerajaan untuk datang ke kerusi beliau bagi turut sama meminum minyak sawit merah.

Antara ADUN yang kelihatan berbuat demikian ialah ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria; ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud; ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu serta ADUN Batu Kurau, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/sidang-dun-perak-gamat-adun-minum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Yang Tidak Tahu Khasiat Minum Minyak Sawit Ianya Sebenarnya Mampu Mengurangkan Masalah Rabun Mata Anda

Ramai Yang Tidak Tahu Khasiat Minum Minyak Sawit Ianya Sebenarnya Mampu Mengurangkan Masalah Rabun Mata Anda

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 586 hits
Tak perlu cucuk bot0ks Minumlah minyak masak sawit Tapi tak perlulah teguk sampai sebotol seperti gambar yang tul4r dalam med1a sos1al Sesudu sehari sudah cukup seperti saranan Perdana Menteri Tapi ingat nak amalkannya bukan dengan minyak s...
Menteri Minum Minyak Sawit Merah Akan Kekal Awet Muda

Menteri Minum Minyak Sawit Merah Akan Kekal Awet Muda

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 467 hits
Menteri Industri Utama Teresa Kok mengajak semua Ahli Parlimen supaya mengambil minyak sawit merah untuk terus kekal awet muda Malah semua Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dibekalkan minyak sawit merah untuk diminum bagi mendapatkan hasil awet...
Pegawai Tertinggi Malaysia Ke Brussels Bantah Larangan Minyak Sawit

Pegawai Tertinggi Malaysia Ke Brussels Bantah Larangan Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 268 hits
Pegawai tertinggi Malaysia ke Brussels bantah larangan minyak sawit Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Apr 2
Kempen Laporan Sarawak Terhadap Minyak Sawit Malaysia

Kempen Laporan Sarawak Terhadap Minyak Sawit Malaysia

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 515 hits
Sarawak ReportThe clearing of rainforest particularly in peat areas which comprise much of mainland Borneo is one of the largest drivers of global warming the Borneo Jungle had long been recognised as one of the three lungs of the earth yet...
Teresa Kok Harap China Tingkat Pembelian Minyak Sawit

Teresa Kok Harap China Tingkat Pembelian Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 334 hits
Teresa Kok harap China tingkat pembelian minyak sawit Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 12 Apr 2019 8 30PM
Cukuplah Sehari Sidang Dun Perlis Kata Wakil Pas

Cukuplah Sehari Sidang Dun Perlis Kata Wakil Pas

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 393 hits
MALAYSIAKINI Wakil wakil rakyat PAS tiada masalah dengan tempoh singkat sidang Dewan Undangan Negeri yang cuma berlangsung sehari hari ini Anggota DUN Sanglang Mohd Shukri Ramli berkata cukup sehari bagi negeri kecil seperti Perlis untuk be...
China Bakal Tambah Pembelian Minyak Sawit Malaysia Rm4 56 Bilion

China Bakal Tambah Pembelian Minyak Sawit Malaysia Rm4 56 Bilion

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 318 hits
China bakal tambah pembelian minyak sawit Malaysia RM4 56 bilion nbsp Dikemas kini 58 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Ap
Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang Dun Pahang

Tengku Hassanal Rasmi Penggal Kedua Sidang Dun Pahang

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 564 hits
KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah hari ini berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang Ke 14 Ketibaan baginda di Wisma Sri Pahang pada jam 9 4...
Terculik Sana Tertukar Sini

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day