Ego Annuar Musa Seperti Ini Hanya Menyusahkan Lagi Perdana Menteri


 
Ternampak sombong dan ego benar reaksi Annuar Musa ketika ditanya wartawan berhubung idea pemotongan gaji para menteri di ketika inflasi ini.
Kalau pun tidak setuju, Annuar seharusnya lebih berhemah serta menunjukkan sikap lembut dalam memberi reaksinya.
Memberi reaksi dengan menampakkan sikap sombong dan ego hanya menyusahkan lagi Perdana Menteri dan meletakkan kerajaan terus tersisih daripada hati rakyat.
Sementara Ismail Sabri Yaakob diketahui sentiasa berusaha membuatkan rakyat lebih bersama kerajaan, sikap Annuar ini adalah kontradiksi yang langsung tidak membantu Perdana Menteri.
Atau Annuar memang mahu menyusahkan Ismail Sabri dan agar kerajaan ini tidak beroleh sokongan kukuh daripada rakyat?
Dalam menyanggah idea pemotongan gaji untuk menteri, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia mencabar pihak yang memberi cadangan tersebut agar menamakan negara yang berjaya menurunkan kadar inflasi melalui perlaksanaan langkah itu.
Menurut beliau, walaupun gaji setiap menteri dipotong, jumlah penjimatannya tidak memadai untuk mengubah keadaan inflasi yang dihadapi negara.
“Bolehkah anda namakan satu negara yang berjaya turunkan inflasi dengan memotong gaji menteri?” soalnya.
“Katakan anda potong RM10,000 daripada gaji setiap menteri, gandakan dengan 36 (jumlah menteri dalam kabinet), berapa yang anda dapat?
“Bolehkah anda beri jaminan kepada saya yang inflasi akan selesai (dengan cara ini) dan harga barang tak (akan) naik?
“Tolonglah, jangan main politik,” tempelak Annuar lagi.

Kenapa Annuar perlu bersikap sombong dan ego, malah siap melontarkan cabaran lagi?
Ternampak dalam hal ini, barangkali disebabkan tahap keegoan dan kesombongan dalam dirinya begitu tinggi, Annuar jadi tidak begitu faham berkenaan isu ini dan manfaat di sebaliknya.
Memanglah pemotongan gaji menteri tidak mampu menyelesaikan sepenuhnya masalah inflasi dan menurunkan harga barang, tetapi setidak-tidaknya ia dapat membantu ke arah itu.
Melalui potongan gaji yang dilakukan, wang tersebut boleh digunakan untuk perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada rakyat berbanding jika pemotongan tidak dilakukan, menteri-menteri lebih mungkin membelanjakannya untuk membeli cigar, selipar berjenama, jaket mahal dan seumpamanya.
Lagi pula, adakah menteri jadi miskin dan hilang aura sebagai pemimpin jika gaji dikurangkan?
Lebih daripada itu, yang terpenting sekali melalui pemotongan gaji itu dapat menunjukkan para menteri ada perasaan simpati kepada nasib rakyat yang sedang menderita dan kesusahan ketika ini.
Apabila Annuar menolak mentah-mentah idea pemotongan gaji, bahkan menyelitkan sikap sombong dan ego, gambarannya ialah beliau tidak bersimpati dengan rakyat.
Apakah begitu sikap seorang pemimpin?
Bukankah Khalifah Umar Al-Khatab ada berpesan – seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang berada dalam kekenyangan di ketika rakyat sedang kelaparan.
Pernahkah Annuar berasa lapar sejak jadi menteri? – ShahbudinHusin 26/07/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/ego-annuar-musa-seperti-ini-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Ali Akan Dilantik Menjadi Timbalan Perdana Menteri Minggu Depan

Azmin Ali Akan Dilantik Menjadi Timbalan Perdana Menteri Minggu Depan

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 261 hits
Azmin Ali akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri minggu depan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan melantik Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet minggu depan nbsp Menurut laporan The Coverage yang memetik sum...
Al Kisah Timbalan Perdana Menteri

Al Kisah Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 276 hits
MOHSIN ABDULLAH July 2022 1Kata Ahli MKT Umno Puad Zarkashi Bersatu sokong Ismail Sabri Yaakob jadi perdana menteri demi jawatan timbalan perdana menteri bukan rakyat Benar atau tidak waullahualam Setuju atau tidak terpulang Cuma saya berpe...
Annuar Musa Hopeful Application To Amend Umno Constitution Will Be Approved

Annuar Musa Hopeful Application To Amend Umno Constitution Will Be Approved

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 195 hits
Tan Sri Annuar Musa at the Ketereh Market in Kota Bahru Kelantan today 8211 Bernama photo KOTA BHARU Ketereh Umno division chief Tan Sri Annuar Musa has expressed hope that the Registration of Societies Department approves t
Perdana Menteri Dengan Janji

Perdana Menteri Dengan Janji

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 302 hits
July 31 2022 Hari ini 31 Julai 2022 memorandum persefahaman antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan dikatakan tamat dan tidak akan disambung Itu kata perdana menteri sendiri lima hari lalu Ismail yang juga naib p...
Anwar Bukan Liabiliti Walau Belum Lagi Jadi Perdana Menteri

Anwar Bukan Liabiliti Walau Belum Lagi Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 163 hits
Saya ingin mengupas persoalan ini menjelang Parti Keadilan Rakyat yang akan mengadakan Kongres Nasionalnya bermula Jumaat 15 Julai ini hingga 17 Julai 2022 di Shah Alam Selangor Gagal menjadi Perdana Menteri bukan bermakna Anwar Ibrahim sua...
Perdana Menteri Lari Tentera Ambil Alih Pemerintahan Sri Lanka

Perdana Menteri Lari Tentera Ambil Alih Pemerintahan Sri Lanka

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 374 hits
Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memberi keizinan kepada tentera Sri Lanka untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi mengembalikan ketenteraman selepas penunjuk perasaan menyerbu pejabatnya kelmarin lapor stesen penyiaran BBC Wickremes...
Calon Timb Perdana Menteri Percaturan Muhyiddin Buat Semua Pening

Calon Timb Perdana Menteri Percaturan Muhyiddin Buat Semua Pening

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 157 hits
Bagi Isham Jalil ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Annuar Musa lah orang yang mesti tampil menjelaskan isu perjanjian jawatan timbalan perdana menteri yang semakin kusut dan kalut sekarang Ini kerana namanya disebut pemimpin Bersatu sebagai ...
Ada Negara Yang Berjaya Turunkan Inflasi Selepas Potong Gaji Menteri Annuar

Ada Negara Yang Berjaya Turunkan Inflasi Selepas Potong Gaji Menteri Annuar

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 373 hits
Ada negara yang berjaya turunkan inflasi selepas potong gaji menteri AnnuarFoto MalaysiaNowTidak dinafikan di media sosial ramai yang mencadangkan agar gaji menteri dipotong bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan sekali gus wa...
Menteri Air Dedah Rahsia Masalah Air Di Kelantan Husam Musa

Menteri Air Dedah Rahsia Masalah Air Di Kelantan Husam Musa

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 274 hits
1 Akhirnya apa yg saya sebut mengenai punca masalah air di Kelantan sedikit terjawab Masalah utama bekalan air di Kelantan bertitik tolak daripada KELEMAHAN TADBIR URUS 2 Itu adalah sebahagian apa yg disebut sendiri oleh YB Menteri Air dala...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah