Calon Timb Perdana Menteri Percaturan Muhyiddin Buat Semua Pening


 
Bagi Isham Jalil, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Annuar Musa lah orang yang mesti tampil menjelaskan isu perjanjian jawatan timbalan perdana menteri yang semakin kusut dan kalut sekarang.

Ini kerana, namanya disebut pemimpin Bersatu sebagai antara saksi ketika Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin memeterai perjanjian itu, dan tandatangan Annuar sebagai saksi di atas perjanjian bertarikh 17 Ogos 2021 itu tular baru-baru ini untuk tatapan semua.

Ada logiknya gesaan Isham itu. Tetapi, bagi saya, orang yang patut dan wajar tampil dengan penjelasan ialah Ismail sendiri. Saya nyatakan mengapa, walaupun semua maklum sebabnya – beliau terbabit secara langsung. Beliau dikatakan bersetuju wakil Bersatu memegang jawatan timbalan perdana menteri.

Muhyiddin sudah beritahu beliau letak tandatangannya di atas perjanjian itu, dan tanpa berlapik dan berselindung berkata Ismail juga menandatangani.

Sejak isu ini tercetus dan pelbagai dakwaan dan pendapat diluahkan, Ismail sehingga kini tidak beri apa-apa respons. Beliau kunci mulut. Padahal, penjelasannya amat penting untuk mereda atau menyelesaikan segala kekusutan dan kekalutan berhubung isu ini.

Maka, persoalan (yang dibangkit dalam artikel saya minggu lalu) terus timbul, iaitu adakah Ismail memaklumkan partinya, khususnya MKT, sebelum beliau menandatangani perjanjian itu? Atau setelah perjanjian itu ditandatanganinya?

Berdasarkan komen pemimpin Umno setakat ini, partinya tidak tahu Ismail mencapai persetujuan dengan Muhyiddin mengenai jawatan timbalan perdana menteri. Kata Isham, beliau “ada tanya beberapa rakan ahli MKT, mereka kata tidak tahu-menahu akan perjanjian itu”.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan pula berkata, pemimpin parti dan anggota Kabinet daripada Umno tidak mengetahui dan tidak dimaklumkan mengenai perjanjian itu. Menurut beliau, perkara itu “tidak pernah dibawa, apatah lagi dibincangkan dalam mesyuarat MKT”, malah beliau mendakwa hanya tahu setelah laporan mengenainya tular.

Berdasarkan itu, persoalannya ialah bolehkah mana-mana pemimpin (atau ahli) Umno, dan dalam hal ini, naib presiden berbuat sesuatu, dalam kes ini menandatangani perjanjian dengan pemimpin parti lain (presiden Bersatu) tanpa memaklumkan kepimpinan parti terlebih dahulu dan mendapat restu parti?

Jika boleh, maka tidaklah timbul masalah. Jika jawapannya tidak boleh, persoalan susulan ialah adakah tindakan boleh diambil? Jika boleh, apa tindakannya mengikut perlembagaan parti?

Kata Ahmad, soal pelantikan timbalan perdana menteri dan anggota Jemaah Menteri adalah hak atau “prerogative” Ismail selaku perdana menteri, lantas tidak perlu dibincangkan dalam parti.

Itu memang benar dan “prerogative” perdana menteri tidak pernah dipertikaikan. Namun, isunya di sini, adakah parti, pimpinan dan ahli tahu wujudnya persetujuan antara Ismail dengan Muhyiddin?

Perlu diingat persetujuan dicapai ketika Ismail belum diangkat sebagai perdana menteri. Jadi, soal “prerogative perdana menteri” tidak timbul. Bagaimanapun, soal hak perdana menteri boleh timbul padahal perdana menteri belum dilantik? Malah, persetujuan dilihat sebagai elemen supaya Bersatu menyokong Ismail menjadi perdana menteri, setelah Muhyiddin melepaskan jawatan itu tahun lalu.

Meskipun pelantikan timbalan perdana menteri hak perdana menteri, jelas ada syarat dalam perjanjian berkenaan yang Umno tidak berkenan. Ahmad mengaku Umno melihat pembubaran Parlimen ke-14 yang terkandung dalam perjanjian itu perlu diadakan selewat-lewatnya Julai 2022 atau mana-mana tarikh dipersetujui “haruslah diperbincangkan segera dengan lima pemimpin tertinggi parti, MKT dan Barisan Nasional”.

Perjanjian yang tular itu juga menggariskan perdana menteri yang baru dilantik “hendaklah memberi aku janji akan mengadakan rundingan dan mencapai suatu persefahaman dengan Perikatan Nasional (PN)sebelum menentukan tarikh pembubaran Parlimen ke-14 yang akan diadakan selewat-lewatnya pada Julai 2022 atau mana-mana tarikh yang dipersetujui bersama”.

Jelas klausa ini tidak disenangi Umno yang mahu ia menjadi faktor utama dalam menentukan bila Parlimen dibubarkan. Kita tahu Umno berulang kali menyarankan pilihan raya umum ke-15 diadakan segera, tetapi Ismail agak “keberatan” akur kepada permintaan partinya.

Ahmad enggan menjawab pertanyaan wartawan sama ada Ismail bertindak membelakangi parti. Apa pun, kita tidak perlu jadi pakar sains politik untuk tahu semua ini menimbulkan masalah besar buat Umno. Sehingga kini, agak aneh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi belum memberi komen mengenai isu ini, sebaliknya “memilih” untuk mengizinkan pemimpin lain, terutama Ahmad mengulas.

Beralih pula kepada PAS. Seperti disebut dalam artikel saya yang lalu, Presidennya, Abdul Hadi Awang mengakui isu jawatan timbalan perdana menteri “ada dibincangkan, tetapi tidak ada keputusan”. Maksud beliau tidak ada perjanjian.

Reaksi Muhyiddin seperti kita tahu ialah meminta Hadi merujuk setiausaha agungnya sendiri, iaitu Takiyuddin Hassan. Apabila didedahkan Takiyuddin adalah individu yang menggubal perjanjian berkenaan, Hadi tergamam.

Takiyuddin (mungkin terpaksa) mengaku pembabitannya, tetapi mendakwa perjanjian itu “bukan perjanjian, tetapi sebaiknya suatu ‘memorandum perjanjian’. Tidak mahu saya bincangkan apa bezanya (jika ada perbezaan) perjanjian dengan memorandum perjanjian.

Persoalannya, adakah Hadi tidak tahu akan wujudnya perjanjian atau memorandum perjanjian yang dimaksudkan? Adakah Takiyuddin selaku setiausaha agung PAS tidak memaklumkan Hadi, presiden partinya sendiri? Adakah beliau membelakangi Hadi? Beranikah beliau berbuat demikian?

Adakah ini satu kesalahan? Jika bukan, ertinya semua beres. Namun, jika ia satu kesalahan, adakah setiausaha agung boleh dikenakan tindakan? Tindakan apa mengikut perlembagaan PAS?

Saya setuju dengan Azmi Hassan, penganalisis dari Akademi Nusantara, agak pelik perjanjian yang begitu penting tidak diketahui presiden PAS. Azmi mempersoalkan bagaimana ketua parti yang membentuk PN tidak tahu akan perkara sepenting ini. Semua ini mencetuskan masalah buat PAS juga. Sama seperti Umno.

Saya ingin memetik kata-kata Azmi yang disiarkan FMT semalam: 

Ini menunjukkan betapa liciknya percaturan politik Muhyiddin dalam mengawal kerajaan persekutuan melalui perdana menteri…dan bagaimana Ismail menjadi perdana menteri kerana sokongan Bersatu. Jadi, tidak menghairankan perjanjian ini wujud.
Bagi saya, yang jelas pendedahan Muhyiddin mengenai perjanjian berkenaan berjaya membawa masalah kepada Ismail, Umno, Hadi dan PAS.
 
FMT



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/07/calon-timb-perdana-menteri-percaturan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Barang Naik Angin Pun Naik Kah Kah Kah Ini Semua Salah 70 Menteri Kah Kah

Akibat Barang Naik Angin Pun Naik Kah Kah Kah Ini Semua Salah 70 Menteri Kah Kah

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 242 hits
Berang dihon pemandu potong barisan mengamuk tunjuk isyarat lucah July 4 2022 Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka memaparkan pemandu Mitsubishi Pajero menunjukan isyarat lucah kepada pemandu kereta yang membunyikan hon kepadanya PETAL...
Al Kisah Timbalan Perdana Menteri

Al Kisah Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 277 hits
MOHSIN ABDULLAH July 2022 1Kata Ahli MKT Umno Puad Zarkashi Bersatu sokong Ismail Sabri Yaakob jadi perdana menteri demi jawatan timbalan perdana menteri bukan rakyat Benar atau tidak waullahualam Setuju atau tidak terpulang Cuma saya berpe...
Azmin Ali Akan Dilantik Menjadi Timbalan Perdana Menteri Minggu Depan

Azmin Ali Akan Dilantik Menjadi Timbalan Perdana Menteri Minggu Depan

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 262 hits
Azmin Ali akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri minggu depan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan melantik Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet minggu depan nbsp Menurut laporan The Coverage yang memetik sum...
Perdana Menteri Lari Tentera Ambil Alih Pemerintahan Sri Lanka

Perdana Menteri Lari Tentera Ambil Alih Pemerintahan Sri Lanka

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 374 hits
Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memberi keizinan kepada tentera Sri Lanka untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi mengembalikan ketenteraman selepas penunjuk perasaan menyerbu pejabatnya kelmarin lapor stesen penyiaran BBC Wickremes...
Era Paklah Najib Muhyiddin Ismail Tak Seorang Pun Berani Berdepan Dengan Semua Soalan

Era Paklah Najib Muhyiddin Ismail Tak Seorang Pun Berani Berdepan Dengan Semua Soalan

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 293 hits
Even Anwar Zahid pun sesekali Tak jawab lari dari wartawan atau Naik angin dengan wartawan Even Parlimen pun di era mereka ada sekatan dan pantang larang Jangan lupa lagu di bawah
Mgnews Jufazli Mengaku Tidak Bersalah Hina Perdana Menteri

Mgnews Jufazli Mengaku Tidak Bersalah Hina Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 179 hits
Jufazli boleh dianggap sedar dan tahu dia berhadapan risiko tersebut
Pru15 Dasar Umno Bn Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

Pru15 Dasar Umno Bn Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 193 hits
Umno dan Barisan Nasional mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan Justeru Timbalan Presid...
Anwar Bukan Liabiliti Walau Belum Lagi Jadi Perdana Menteri

Anwar Bukan Liabiliti Walau Belum Lagi Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 163 hits
Saya ingin mengupas persoalan ini menjelang Parti Keadilan Rakyat yang akan mengadakan Kongres Nasionalnya bermula Jumaat 15 Julai ini hingga 17 Julai 2022 di Shah Alam Selangor Gagal menjadi Perdana Menteri bukan bermakna Anwar Ibrahim sua...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner