Perdana Menteri Dengan Janji




Mohsin Abdullah -July 31, 2022 


Hari ini 31 Julai 2022, memorandum persefahaman antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan “dikatakan” tamat dan tidak akan disambung. Itu kata perdana menteri sendiri lima hari lalu.
Ismail yang juga naib presiden Umno berkata gabungan pembangkang dimaklumkan tentang ketetapan partinya untuk tidak menyambung perjanjian itu dan “kedua-dua pihak bersetuju tidak perlu ada perjanjian baharu”.
Agak “pelik” beliau menyatakan “ketetapan partinya” yakni Umno untuk tidak menyambung perjanjian itu. Saya kata “pelik” kerana bukankah MoU berkenaan ditandatangani kerajaan dan bukan Umno? Kerajaan Keluarga Malaysia seperti kita tahu merangkumi antaranya Bersatu dan PAS. Bukan kerajaan Umno mutlak. Akan tetapi mesyuarat Majlis Tinggi Umno pada April memutuskan MoU itu tidak diteruskan selepas 31 Julai 2022. Jelas Umno “have a big say” kerana Ismail orangnya dan jelas Ismail akur dengan kemahuan MKT partinya.

Ads by KioskedNamun menurut Fahmi Fadzil, pengarah komunikasi PKR, Perkara 2.1 dalam MoU yang ditandatangani 13 September 2021 menyatakan ia hendaklah berkuat kuasa daripada tarikh perjanjian ditandatangani dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen semasa.
“Ini dengan jelas bermaksud MoU sedia ada ini kekal berkuat kuasa sehingga Parlimen dibubarkan. Bila Parlimen boleh dibubarkan? Selagi mana Parlimen belum dibubarkan, MoU yang sedia ada ini akan terus berkuat kuasa,” kata Fahmi dalam hantaran di Facebook yang dilapor FMT 28 Julai lalu.
Saya setuju dengan beberapa penganalisis dan pemerhati politik yang menyifatkan MoU yang dimeterai itu telah “menyelamatkan” kerajaan Ismail yang memegang majoriti tipis, terutama kedudukan Ismail sebagai perdana menteri. Paling tidak MoU itu merupakan ‘gencatan senjata’ lantas memberi kestabilan kepada kerajaan, sedikit sebanyak.
Bagi Pakatan Harapan, MoU memberi peluang mereka “membuktikan” kemampuan untuk ‘memaksa’ kerajaan melakukan beberapa pembaharuan antaranya pindaan Perlembagaan berhubung gejala lompat parti. Apabila Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti diluluskan Parlimen Khamis lalu, ia pantas digunakan PH untuk memberitahu semua pihak (termasuk dalam kalangan mereka) yang dahulunya tidak setuju bahawa menjalin MoU dengan kerajaan adalah langkah ‘tepat’.
Hakikatnya MoU itu “win-win situation” untuk kerajaan dan Pakatan Harapan. Kini, PH mahu menuntut perkara lain yang dipersetujui. Ini termasuk mengehadkan jawatan tempoh memegang jawatan perdana menteri kepada tidak melebihi 10 tahun.
Dua lagi janji ialah membentang dan meluluskan RUU Peraturan Mesyuarat Parlimen dan pindaan Peraturan Mesyuarat Parlimen bagi memastikan prosiding Dewan Rakyat dan Dewan Negara berjalan dengan lebih teratur dan lancar. Ini khususnya prosiding Dewan Rakyat yang dipertikai selama ini dengan dakwaan speaker kerap memihak Ahli Parlimen kerajaan.
PH sudah mengarahkan wakilnya segera mengadakan mesyuarat dengan wakil kerajaan bagi “membincangkan perkara-perkara yang telah dipersetujui”, seperti yang termaktub dalam MoU secara hitam putih.
Pun begitu bagi Ismail, persefahaman demi kepentingan rakyat boleh diteruskan (walaupun MoU tidak disambung?) kerana “tak penting sama ada MoU bertulis atau tidak tapi yang lebih penting adalah kesefahaman untuk beberapa isu tertentu”. Bolehkah disimpulkan maksudnya hitam putih tidak penting? Tidak membawa erti?
Beralih pula kepada perjanjian (juga hitam putih) antara Ismail dengan Perikatan Nasional. Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin tempoh hari menyuarakan rasa kecewa terhadap Ismail yang menurutnya tidak bersungguh-sungguh memenuhi persefahaman yang dicapai mereka termasuk yang membabitkan pelantikan timbalan perdana menteri. Lalu PN kata Hamzah akan menghantar wakilnya bertemu Ismail tidak lama lagi.
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata Ismail mesti tunaikan janji kerana “itu perjanjian antara PN dengan Perdana Menteri”. Dan kata beliau lagi, “kalau dalam Islam janji mesti ditunaikan”.
Dalam pada itu, Khamis lalu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau JPPM memaklumkan permohonan Umno berhubung pindaan perlembagaannya sudah diluluskan. Bermakna JPPM mengizinkan pindaan perlembagaan Umno supaya pemilihan parti di semua peringkat diadakan tidak melebihi enam bulan selepas sesuatu PRU berlangsung.
Dengan ini pemilihan Umno untuk penggal ini hanya akan berlangsung enam bulan selepas PRU15. Bererti Ismail akan kekal sebagai naib presiden parti sehingga PRU15 diadakan. Bererti juga kalau tidak ada aral melintang, Ahmad Zahid Hamidi kekal presiden Umno hingga PRU mendatang – sekali gus punya kuasa menentukan siapa akan jadi calon Umno pada PRU15, dan siapa tidak.
Ramai pemerhati dan penganalisis politik percaya kelulusan JPPM ini akan menyaksikan PRU15 diadakan segera seperti yang pucuk pimpinan Umno mahu. Hampir pasti Ismail akan terdorong untuk akur dengan kemahuan itu.
Jika PRU akan diadakan tidak lama lagi, perlukah Ismail menunaikan janji yang termeterai dalam MoU dengan Pakatan Harapan? Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal undang-undang dan Parlimen berkata beliau akan membangkitkan kepada Kabinet cadangan had tempoh jawatan perdana menteri.
Bagaimana pula perjanjian Ismail dengan PN, terutama mengenai pelantikan timbalan perdana menteri daripada kalangan mereka (baca: orang Bersatu). Adakah beliau akan tunaikan janji itu jika PRU15 menjelang tiba? Apa perlu seorang timbalan perdana menteri jika Parlimen akan dibubar segera?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/perdana-menteri-dengan-janji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ego Annuar Musa Seperti Ini Hanya Menyusahkan Lagi Perdana Menteri

Ego Annuar Musa Seperti Ini Hanya Menyusahkan Lagi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 244 hits
Ternampak sombong dan ego benar reaksi Annuar Musa ketika ditanya wartawan berhubung idea pemotongan gaji para menteri di ketika inflasi ini Kalau pun tidak setuju Annuar seharusnya lebih berhemah serta menunjukkan sikap lembut dalam member...
Menteri Kalau Bodow Jawapan Pun Macam Bodow Jugak Keh Keh Malu Ke Orang La Weiiii

Menteri Kalau Bodow Jawapan Pun Macam Bodow Jugak Keh Keh Malu Ke Orang La Weiiii

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 176 hits
Rakyat perlu bersyukur harga barang di Malaysia kedua terendah di Asean kata Annuar July 24 2022 Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa berkata laporan Bank Dunia meletakkan Malaysia negara kedua mempunyai kadar harga tere...
Ayam Sejuk Beku Import Dijangka Masuk Pasaran September Ini Kata Menteri

Ayam Sejuk Beku Import Dijangka Masuk Pasaran September Ini Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 265 hits
Noh Omar berkata kementerian mengenal pasti beberapa negara untuk membekalkan ayam beku bagi memastikan barangan keperluan itu sentiasa mencukupi di negara ini PETALING JAYA Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui kedai kopera...
Menteri Agama Hang Jangan Buat Diam Tabung Haji Beli Hartanah Rm1 32b Di London

Menteri Agama Hang Jangan Buat Diam Tabung Haji Beli Hartanah Rm1 32b Di London

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 278 hits
KENYATAAN AKHBAR TABUNG HAJI BELI HARTANAH RM1 32B DI LONDON 1 Menurut berita dari portal The Edge bertarikh 21 July 2022 Lembaga Tabung Haji telah membeli hartanah di London bernilai 247 5 juta bersamaan RM1 32 bilion Vendornya Sinarmas me...
Ketika Menteri Yasonna Ikut Komentari Kisruh Ms Glow Vs Ps Glow

Ketika Menteri Yasonna Ikut Komentari Kisruh Ms Glow Vs Ps Glow

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 155 hits
Yasonna mencontohkan salah satu merk dagang yang sudah mendaftarkan kekayaan intelektualnya adalah Rocket Chicken yang merupakan sebuah merk dagang restoran cepat saji
Eskport Minyak Masak Polibeg Dihentikan Serta Merta Kata Menteri

Eskport Minyak Masak Polibeg Dihentikan Serta Merta Kata Menteri

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 277 hits
SEBARANG pengeksportan minyak masak dalam bentuk polibeg dihentikan berkuat kuasa serta merta kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa Beliau berkata langkah tersebut bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dengan minyak...
Mungkin Pada Masa Akan Datang Subsidi Elektrik Tidak Akan Diberikan Menteri

Mungkin Pada Masa Akan Datang Subsidi Elektrik Tidak Akan Diberikan Menteri

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 187 hits
Mungkin pada masa akan datang subsidi elektrik tidak akan diberikan MenteriKementerian Tenaga dan Sumber Asli akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri mengenai pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar untuk tempoh kitaran Pelepasan Kos...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner