Efa Western Klang Betul Chicken Chopnya Sebesar Saiz Tangan Hulk


Hi Korang,
Memang betullah seperti yang iklan yang terpampang di jalan Meru – Klang ini yang Efa Western menghidangkan Chicken Chop Sebesar Saiz Tangan Hulk, seriously kak lily tak tipu sebab kak lily dah pun merasainya tau. Hehehehehe
Eh menda-menda yang menarik ini haruslah kita terjah kan


Asalnya ternampak iklan di google mengenai hal ni, maka kak lily dan kengkawan pun plan untuk terjah kedai makan di Meru ini. Ktorang pun ke Efa Western hujung minggu lepas. Oh ya Efa Western terletak di Jalan Meru ini beroperasi setiap hari kecuali pada hari Khamis. Ianya dibuka bermula dari 4.30 petang sehingga 10.15 malam. Ingatkan kalau pi petang tak ramai orang ermm ramai jugak yer dan nasib baik masih ada meja ketika ini

Untuk info, Efa Western sememangnya cukup popular dengan hidangan barat yang ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan. Ktorang bila tengok menunya sampai tak tau nak pilih yang mana satu untuk di cuba



Antara hidangan yang menjadi signature di sini adalah seperti Nasi Chicken Chop Menangis, Double Chicken Grilled with Cheese, Nasi Lemak Mixed Grill dan Double Chicken Chop Sizzling. Terdapat juga hidangan utama yang sentiasa mendapat permintaan daripada para pelanggan seperti Chicken Chop, Chicken Grilled, Mixed Grill, Lamb chop dan juga Chicken Bleu

Tarikan Chicken Chop Sebesar Tangan Hulk
Ini memang betul, Chicken Chop merupakan hidangan utama ‘signature dish’ dari Efa Western cukup dikenali di kalangan masyarakat setempat. 
 Chicken Chop
Isi ayam lembut dan berjus disaluti dengan tepung yang digoreng ranggup. Di nikmati pula ketika panas-panas memang terbaik Untuk set Chicken Chop didatangkan bersama dengan kentang goreng, potato salad, coleslow dan 2 sos duo Efa Western


Memang betul beso wei.. ini tangan akak tutup pun still ade lebih lagik tuh
Keunikkan Chicken Chop di sini adalah saiznya agak besar yang diumpamakan seperti saiz tapak tangan HULK. Begitu tebal dan besar, memang terasa puas dan kenyang menikmatinya. Haruslah di Kongsi bersama dengan kengkawan yang lelainnyaKepelbagaian Menu Western Lain Memikat Jiwa
Sebenarnya memang banyak lagi pilihan menu-menu makanan barat yang lain
 
Antara menu lain yang kak lily bole cadangkan adalah Nasi Chicken Chop Menangis. Menunya tampak simple seperti nasi ayam penyet biasa tapi ayamnya menggunakan chicken chop yang besar portoinnya, di datangkan sekali dengan sambal yang just nice rasanya beserta tempe dan tahu dan lelain lagi. 

Di hidangkan panas-panas makin berseleralah kak lily makan




Kak lily cuba juga hidangan Fish n Chip kerana ramai yang kata isi ikannya di goreng ranggup dan tepung batternya tidak terlalu tebal. Set ini di datangkan bersama sos tartar, kentang goreng, garlic bread dan juga coleslow


Terdapat juga Double Chicken Chop Sizzling yang lebih banyak kuantiti ayam yang diberikan. Untuk set hidangan ini sesuai dinikmati ketika benar-benar lapar ataupin mahu dikongsi bersama ahli keluarga dan juga rakan yang lain

Ada juga pelbagai jenis masakan ayam yang boleh dinikmati bersama nasi lemak seperti Nasi Lemak Chicken Grill dan juga Nasi Lemak Chicken Bleu

Selain daripada hidangan protein seperti ayam dan kambing terdapat juga pasta yang boleh kita nikmati dari Efa Western seperti mushroom soup, meatball pasta, fish pasta dan pelbagai lagi. Menu ini pastinya menjadi pilihan ibu-bapa yang membawa anak-anak


Jika teringin nak makan hidangan yang ringan dan ringkas bolehlah mencuba mushroom soup, cheesy meatball, garlic bread dan banyak lagi. Untuk menu kanak-kanak antara yang direkomen seperti meatball pasta, Kids Chicken Set, Meatball Cheesy dan pelbagai lagi

Paling penting semua hidangan yang ditawarkan di sini harganya memang sangat berpatutan dan berbaloi. Saiz portion agak besar dengan kualiti rasa yang kena dengan citarasa orang-orang kita
Disediakan parkir berhampiran dengan kedai, kemudahan tandas begitu juga dengan surau. Fasiliti asas untuk kegunaan semua pelanggan Efa Western

Buat peminat masakan barat jangan lupa untuk singgah Efa Western untuk nikmati hidangan Chicken Chop sebesar tangan Hulk dan pelbagai menu masakan barat menarik yang lain. Pastinya semua menu yang ditawarkan dapat memenuhi citarasa satu keluarga

Memang berbaloi kak lily dan kengkawan datang kemari semata-mata nak cuba Chicken Chop Sebesar Tangan Hulk ni, memang terbukti betul!


Waktu Operasi:4:30PM - 10:15PM Setiap hari kecuali Khamis

LokasiLot 2555, Jln Meru, Batu 5 1/2, 41050 Klang, Selangor


Sebarang pertanyaan boleh hibungi 011 1198 3087 ataupun layariWebsite : https://efawestern.my/IG: https://www.instagram.com/efawestern/TikTok: https://www.tiktok.com/@efawesternhqFB: https://www.facebook.com/efawestern/





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/01/efa-western-klang-betul-chicken-chopnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecil Tak Puas Jom Makan Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk Di Meru Klang

Kecil Tak Puas Jom Makan Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk Di Meru Klang

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 176 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Lama juga tak update blog ni yer dah bersawang Sibuk dengan kerja hakiki mengatasi minat Tapi usaha juga untuk bagi yang t...
Is It Really Besar Tapak Tangan Hulk Here S What I Found Out At Efa Western

Is It Really Besar Tapak Tangan Hulk Here S What I Found Out At Efa Western

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 184 hits
Is It Really Besar Tapak Tangan HULK Here s What I Found Out at EFA Western Last weekend I was invited by a group of friends to have dinner When they told me the location I wondered Why do I have to go there What dish could possibly await A...
Kedai Ayam Goreng Baru Di Tanah Merah Kelantan D Apple Fried Chicken

Kedai Ayam Goreng Baru Di Tanah Merah Kelantan D Apple Fried Chicken

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 170 hits
Buat penggemar ayam goreng yang tinggal di Kelantan terutama sekali yang berada di Tanah Merah korang tak perlu ke Kota Bharu untuk mencuba ayam goreng di D Apple Fried Chicken sebab dorang ada buka cawangan baru di Gertak Chaber Tanah Mera...
King Tucks Into Chicken Chop At Famed Jb Eatery

King Tucks Into Chicken Chop At Famed Jb Eatery

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 109 hits
His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia enjoyed some delectable chicken chop at a popular restaurant in the heart of the city here His Majesty made a stop at the 79 year old Hua Mui restaurant for breakfast on Thursday According to a po...
Pengalaman Makan Darsa Fried Chicken Di Bangi

Pengalaman Makan Darsa Fried Chicken Di Bangi

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 183 hits
Tular makanan fried chicken yang mendpaat perhatian kat media sosial lagi lagi kat Tiktok iaitu Darsa Fried Chicken Jadi bila tau nak buka cawangan nak buka kat Bangi memang teringin lah nak try rasa sampai viral orang beratur nak makan bra...
Keputihan Normal Ke Tak Kaum Wanita Kena Faham Betul Betul Ni

Keputihan Normal Ke Tak Kaum Wanita Kena Faham Betul Betul Ni

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 151 hits
Keputihan ni memang benda biasa untuk kebanyakan wanita tak kiralah muda ke tua Tapi bila kita cakap pasal keputihan selalu timbul soalan normal ke atau ada benda yang tak kena Okay jom baca sampai habis Rasanya semua tau kot keputihan yang...
Anak Kita Cerminan Diri Kita Betul Ke

Anak Kita Cerminan Diri Kita Betul Ke

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 105 hits
Setiap kali kita melihat anak anak sedarkah kita bahawa mereka adalah refleksi diri kita sendiri Bukan hanya dari segi rupa tapi juga perangai tingkah laku dan cara mereka berfikir Anak anak belajar melalui pemerhatian Kalau kita selalu ber...
Sarapan Pagi Rahsia Badan Cergas Dan Otak Tajam Betul Ke

Sarapan Pagi Rahsia Badan Cergas Dan Otak Tajam Betul Ke

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 129 hits
Hampa pernah dengaq orang kata sarapan tu penting gila tapi dok rasa macam over je kan Meh nak habaq kat hampa benda ni bukan saja saja orang reka Sarapan pagi ni boleh dikira sebagai starter pack untuk badan kita Bayangkan kereta tak isi m...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah