Kecil Tak Puas Jom Makan Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk Di Meru Klang
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lama juga tak update blog ni yer dah bersawang. Sibuk dengan kerja hakiki mengatasi minat. Tapi usaha juga untuk bagi yang terbaru dan terbaik buat korang yang tak bosan-bosan support blog makan Maha ni. Jom kali ni Maha nak bawa korang pergi jalan-jalan cari makan kat area Klang. Dengar kata sana ada Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk betul ker??
Restoran yang Maha pergi ini bernama EFA Western yang terletak tepi Jalan Meru, Batu 5 1/2, Klang. Kalau korang tak nampak lagi singboard restoran besar ada tepi jalan tu. Tulis terang-terang lagi kat situ Chicken Chop Besar Tapak Tangan HULK. Maha terkejut juga mula-mula dengan betul ker besar. Besar sangat ker? Jadi nak puaskan hati pergi sana cuba sendiri tengok dan rasai
Mula-mula sampai restoran ni pun dah besar boleh muat ramai orang. Tapi nasihat Maha nak datang kena awal kerana kedai ni pun ramai orang yang dah tahu jadi ada masa ia agak sesak. Tapi masih boleh makan lagi. Restoran ini waktu operasi bermula pukul 4.30 petang dan buka setiap hari kecuali hari Khamis mereka tutup. Jadi rancang waktu korang nak datang senang parking pun ada
Chicken Chop Besar Tapak Tangan HULK
Bila dah masuk teruslah Maha apa lagi order mereka punya signature dish kat sini Chicken Chop Besar Tapak Tangan HULK tu. Ia ada Sizlling Chicken Chop atau pilihan Chicken Grill. Tapi tengok lah memang besar betul ayam tu. Bahagian dada pulak tu yang penuh dengan isi tiada tulang. Menarik daging ayam tu digoreng garing diluar dan masih berjus didalamnya tidak kering. Didatangkan dengan EFA Perfect duo souce dan juga side dish pilihan seperti Kentang Goreng, Potato Salad dan Coleslow
Double Chicken Sizzling Chicken Chop
Makan panas-panas memang puas rasa sangat kenyang. Juga ayam tu boleh pilih untuk Double Chicken Chop. Ayam tu diberi dua sekali dengan saiz yang besar gilerrrr. Kalau saiz comel macam Maha ni boleh habis seorang makan. Hidangan western lain yang boleh korang cuba kat sini ada seperti Double Chicken Grilled with Cheese, Mixed Grill, Lamb Chop, Fish And Chips dan juga Chicken Bleu.
Meet Ball Pasta
Lamb Chop
Nak cuba menu western lain ada pasta dan sizzling plate. Nama pun restoran western jadi menu sini kebanyakkan western dan ada yang fusion iaitu gabungan western dan local seperti Nasi Lemak set dan Nasi Putih. Biasalah tekak Melayu kadang-kadang nak makan dengan nasi baru puas. Bagi korang yang datang bawa anak-anak ada juga menu untuk kanak-kanak jangan risau
Nasi Lemak Mixed Grill
Set Off Mushroom Soup
French Fries
Dah panas makan western perkena pula dengan minuman sejuk baru ngam. Kat sini Maha rekemen pada korang cuba mereka punya minuman best seperti Kasturi Asam Boi atau minuman jus buahan-buahan seperti Tembikai, Laici atau Mangga. Potong rasa terlalu kenyang tu bila minum yang masam-masam ni. Lepas tu boleh order lagi wakakakaka
Epal Asam Boi dan Tembikai Laici
Bagi keseluruhan menu ini dan juga saiz serta harga, bagi Maha ia sangat berbaloi. Rasa tu subjektif kepada masing-masing punya tekak. Bagi Maha ia cukup rasa dan ada yang kurang dan lebih sana sikit tu biasalah kena konsider juga. Tapi keseluruhan boleh dinikmati dan pilihan yang terbaik juga untuk cuba. Paling menarik saiz sangat besar seperti mana yang diwar-warkan dalam singboard tu
Jadi bagi yang duduk berdekatan atau yang memang suka makan nak cuba kelainan dari segi kuantiti dan saiz boleh datang ke Restoran EFA Western ini. Nanti kalau korang dah cuba tinggal komen kat sini yang baik-baik jer. Yang kurang tu bagi tahu pemilik restoran ok hehehe. So apa lagi selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Bagi Maha approve untuk makan di sini.
Waktu Operasi:4:30petang - 10:15malam. Setiap hari kecuali Khamis tutup
LokasiLot 2555, Jln Meru, Batu 5 1/2, 41050 Klang, Selangor
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hibungi Tel : 011 1198 3087 Laman web: https://efawestern.my/Instagram: https://www.instagram.com/efawestern/TikTok: https://www.tiktok.com/@efawesternhqFacebook: https://www.facebook.com/efawestern/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2025/01/kecil-tak-puas-jom-makan-chicken-chop.html