Edar Jalur Gemilang Semasa Kempen Tidak Sepatutnya Dipolitikkan Zahidi


UMNO ONLINE

TANJUNG MALIM – Sumbangan Jalur Gemilang oleh Jabatan Penerangan Malaysia kepada orang ramai di sekitar Slim River di sini tidak sepatutnya dipolitikkan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Beliau berkata jabatan itu berperanan memupuk semangat patriotik dan cintakan negara, lebih-lebih lagi menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
“Itu adalah tugas kementerian jadi kalau ada apa-apa program Jabatan Penerangan melibatkan bendera dan sebagainya tidak sepatutnya jadi isu politik kerana ini adalah usaha untuk kita menerapkan semangat kemerdekaan dan patriotik.

“Kita meneruskan usaha ini di seluruh negara menerusi program ‘Info On Wheels’ tidak mengira masa, jadi orang yang menjadikannya isu tidak mempunyai semangat patriotik,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri program santai bersama Orang Asal di Kampung Sungai Teras, dekat sini hari ini.
Zahidi mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa Jabatan Penerangan menjadi alat politik Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Dalam pada itu, Zahidi berpuas hati dengan liputan media pada PRK DUN Slim yang memasuki hari ke-11 kempen hari ini dengan calon-calon bertanding memperoleh liputan yang cukup adil.
“Liputan pada PRK ini juga terbaik dan harap rakyat dapat membuat keputusan terbaik (semasa mengundi). Kita jangka (BN) boleh menang sebab rakyat sudah tidak percaya kepada Pakatan Harapan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian dalam perancangan menyediakan infrastruktur dan menambah baik liputan perkhidmatan telekomunikasi daripada 3G kepada 4G di perkampungan Orang Asli di DUN itu.
Terdahulu, Zahidi turut meluangkan masa bersarapan di restoran Pakya Bistro di Slim River dan menghadiri kenduri kampung di Dewan Terbuka Orang Ramai Kampung Kuala Slim bersama calon BN Mohd Zaidi Aziz.
PRK DUN Slim pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi dan dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan bekas guru, S. Santhara Sekaran. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/edar-jalur-gemilang-semasa-kempen-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adn Kota Anggerik Edar Pelitup Muka Corak Jalur Gemilang

Adn Kota Anggerik Edar Pelitup Muka Corak Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 331 hits
SHAH ALAM 23 OGOS Sebanyak 200 pelitup muka corak Jalur Gemilang diedarkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaan Ahli Dewan Negerinya Mohd Najwan Halimi berkata pemilihan me...
Lagi Kes Jalur Gemilang Terbalik Di Kluang Polis Johor Tahan Seorang Wanita

Lagi Kes Jalur Gemilang Terbalik Di Kluang Polis Johor Tahan Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 398 hits
Nampaknya memang ada di antara mereka yang sengaja ingin mencabar kesabaran rakyat Malaysia dan pihak berkuasa apabila polis negeri Johor berjaya mengesan sebuah lagi premis yang telah memasang Jalur Gemilang secara terbalik Ini berlaku di ...
Roti Manis Jalur Gemilang

Roti Manis Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 805 hits
jjj Roti Manis Jalur GemilangBy Kak Wan ResipicitarasawanBahan bahan300 gm tepung roti25 gm gula halus5 gm garam210 ml susu suam20 gm mentega atau marjerinPewarna merah putih biru kuningLoyang 7x10 in alas baking paperPenyediaan Larutkan yi...
Those Who Fly Jalur Gemilang Upside Down Will Be Punished Says Deputy Minister

Those Who Fly Jalur Gemilang Upside Down Will Be Punished Says Deputy Minister

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 375 hits
The Kedah flag was seen being flown upside down at a Kuah restaurant BUTTERWORTH Severe punishment will be imposed on those who deliberately fly the Jalur Gemilang upside down as such an act is considered to be an insult to the country said...
Mpk Mula Kenakan Kompaun Kepada Pemilik Premis Yang Gagal Gantung Jalur Gemilang

Mpk Mula Kenakan Kompaun Kepada Pemilik Premis Yang Gagal Gantung Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 332 hits
KUANTAN Majlis Perbandaran Kuantan mula mengenakan kompaun kepada pemilik premis di daerah ini yang gagal menggantung Jalur Gemilang di premis perniagaan mereka Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK Norkamawati Kamal berkata tinda...
Pasang Jalur Gemilang Terbalik Perbuatan Khianat Pada Negara

Pasang Jalur Gemilang Terbalik Perbuatan Khianat Pada Negara

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 400 hits
Provokasi ini dirancang mahu pengaruhi pemikiran anak muda BANGI Tindakan memijak dan memasang Jalur Gemilang secara terbalik adalah perbuatan yang dianggap mengkhianati simbol kedaulatan negara Justeru sekiranya mereka memberi alasan tidak...
Wanita Ditahan Dua Tahun Pasang Jalur Gemilang Terbalik Di Sebuah Premis Di Kluang Johor

Wanita Ditahan Dua Tahun Pasang Jalur Gemilang Terbalik Di Sebuah Premis Di Kluang Johor

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 403 hits
144 total views 144 views today Sebuah premis perniagaan di Jalan Lee Ah Leng Taman Nasib Kluang di sini dilaporkan memasang bendera Malaysia secara terbalik sejak dua tahun lalu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata serbu...
Dbkl All Fired Up To Raise The Jalur Gemilang

Dbkl All Fired Up To Raise The Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 425 hits
Pride in the nation DBKL employees waving the Jalur Gemilang after the launch of the Kibar Jalur Gemilang event in Dataran Merdeka in Kuala Lumpur ONG SOON HIN The StarKUALA LUMPUR Countless Jalur Gemilang will be flown on the main streets ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew