Pelancaran Parti Terbesar Pernah Disaksikan Tun M Bersatu Terima Lebih 125 000 Permohonan Jadi Ahli Baru Di Sabah


Foto oleh Berita Harian
Peluasan Bersatu ke Sabah dilakukan kerana ramai bekas ahli Umno di negeri itu yang mahu menjadi anggota baru parti tersebut, kata Dr Mahathir Mohamad.

Kata pengerusi Bersatu itu, sedari awal pembentukan parti itu dua tahun lalu, ia sudah menerima banyak permintaan untuk penubuhan cabang Bersatu di Sabah.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, kepimpinan parti pada ketika itu berpendapat ia bukanlah waktu yang sesuai untuk berbuat demikian, lapor Malaysiakini lagi.


Loading...
“Waktu ditubuh (dulu), sudah ada orang-orang Sabah menyatakan keinginan mereka untuk bersatu dengan Bersatu. Tetapi pada masa itu kita berpendapat belum tiba masanya untuk kita datang ke Sabah.

“Kerana kita takut ada kepincangan yang boleh jejaskan prestasi kita dalam Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya dalam ucapan semasa majlis perasmian Bersatu Sabah di Penampang hari ini.


Anggota Dewan Undangan Negeri Sulaman Datuk Hajiji Mohd Noor dilantik sebagai Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah. - Foto oleh Bernama

Menurut Dr Mahathir lagi, selepas pertukaran kerajaan di peringkat pusat dan negeri, barulah jelas bahawa bahawa ramai anggota Umno menyimpan niat meninggalkan parti.

Anggota-anggota Umno itu, katanya, kemudian mencari parti baru kerana mereka masih mahu terus berkhidmat kepada negara.

"Mereka boleh sertai parti-parti dalam PH, tapi kita dapati yang teramai sekali yang berminat untuk bersama-sama dengan PH adalah mereka yang ingin menjadi ahli Bersatu.



“Ramai adakan rombongan ke Kuala Lumpur untuk yakinkan khususnya Bersatu supaya mereka juga dapat menyertai parti ini. Berkali-kali mereka datang untuk menyatakan keikhlasan mereka untuk menjadi ahli Bersatu.

“Kita menunggu sekian lama, sudah hampir satu tahun PH memerintah, tetapi inilah masanya yang kita berpendapat sudah tiba untuk kita tubuhkan parti Bersatu di Sabah,” tambahnya lagi.

Dalam ucapannya juga, Mahathir turut menzahirkan sokongan Bersatu terhadap parti Warisan sebagai parti pemerintah Sabah yang diketuai oleh Shafie Apdal.

Beliau turut mengingatkan anggota Bersatu, bahawa kehadiran mereka di Sabah bukanlah untuk bersaing dengan Warisan selaku parti sahabat PH di sana, sebaliknya untuk membantu menguatkan persahabatan.

“Bukan niat kita datang ke Sabah untuk jatuhkan orang itu orang ini, atau dirikan kerajaan sendiri.

“Sebagai ahli Bersatu yang bersama dalam PH, kita akan sokong parti yang memerintah di Sabah hari ini,” katanya lagi.

Bersatu bahagian Sabah secara rasminya dilancarkan di Penampang, dalam satu majlis yang disifatkan Dr Mahathir sebagai acara pelancaran parti terbesar yang pernah disaksikannya.
Menurutnya, parti itu menerima lebih 125,000 permohonan keahlian baru sehingga ke tarikh ini.



Selain itu juga, Dr Mahathir turut memberi peringatan kepada anggota parti yang baru supaya tidak menyertai bidang politik demi kepentingan peribadi semata-mata.

Tegas beliau, sesiapa yang menyalahgunakan kuasa politik mereka akan ditendang keluar daripada Bersatu.



Anggota Dewan Undangan Negeri Sulaman Datuk Hajiji Mohd Noor dilantik sebagai Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang diumumkan sendir oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu, pada majlis pelancaran Bersatu Sabah di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa Penampang.

Berucap pada majlis itu, Hajiji berkata penubuhan Bersatu di Sabah membuka lembaran baharu dalam konteks sejarah politik Sabah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat, khususnya Bumiputera dan pribumi di Negeri Di Bawah Bayu ini.

“Saya yakin dengan tertubuhnya Bersatu di Sabah, rakyat Bumiputera atau pribumi di negeri ini mempunyai alternatif sebagai satu daripada parti pilihan yang boleh memperjuang dan melindungi kepentingan mereka berikutan perubahan landskap politik negara selepas pilihan raya umum lepas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/pelancaran-parti-terbesar-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Harapan Rakyat Sabah Dibubar 64 000 Ahli Akan Sertai Ppbm

Parti Harapan Rakyat Sabah Dibubar 64 000 Ahli Akan Sertai Ppbm

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 326 hits
DENYUT REFORMASIKOTA KINABALU Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Lajim Ukin mengumumkan pembubaran parti itu hari ini untuk membolehkan 64 000 ahlinya menyertai PPBM Katanya sebanyak 36 744 borang permohonan akan diagihkan pada majlis pela...
Pm Dijangka Sempurnakan Majlis Pelancaran Bersatu Di Sabah 6 April Ini

Pm Dijangka Sempurnakan Majlis Pelancaran Bersatu Di Sabah 6 April Ini

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 253 hits
KOTA KINABALU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menyempurnakan majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah pada 6 April ini di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa di Penampang Loading Pengerusi Jawatankuasa ...
Halatuju Perjuangan Parti Yang Perlu Difahami Dan Dihayati Oleh Kesemua Ahli Ahli Parlimen Bersatu

Halatuju Perjuangan Parti Yang Perlu Difahami Dan Dihayati Oleh Kesemua Ahli Ahli Parlimen Bersatu

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 351 hits
KENYATAAN MEDIA1 Hari ini YAB Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah mengadakan sesi perbincangan khas bersama Ahli Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada BERSATU 2 Beliau tela...
Bersatu Sabah Bukan Untuk Ambil Alih Kerajaan Negeri Tun M

Bersatu Sabah Bukan Untuk Ambil Alih Kerajaan Negeri Tun M

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 361 hits
Foto sumber internetPENAMPANG Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Sabah bukan untuk mengambil alih kerajaan negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu berkata k...
Bersatu Sabah Akan Sokong Warisan Tun Mahathir

Bersatu Sabah Akan Sokong Warisan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 396 hits
Astro Awani Pakatan Harapan akan memberi sokongan penuh kepada parti pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Astro AWANI Ruzaini Zulkepli KUALA LUMPUR Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad beri j...
Large Following In Sabah Not A Threat To Warisan Bersatu Sec Gen

Large Following In Sabah Not A Threat To Warisan Bersatu Sec Gen

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 279 hits
Sabah Bersatu already attracting more than 120 000 members is not a threat to Parti Warisan Sabah said Bersatu secretary general Marzuki Yahya Instead Marzuki who is also deputy foreign minister said Bersatu spreading its wings to Sabah was...
Ex Umno Members Want Bersatu As New Home Dr M Explains Sabah Move

Ex Umno Members Want Bersatu As New Home Dr M Explains Sabah Move

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 505 hits
Bersatu s venture into Sabah came as the party found that many former Umno members in the state wanted to become its members said Dr Mahathir Mohamad The Bersatu chairperson in explaining its move to Sabah today revealed that the party star...
Muhyiddin Hints Ex Umno Rep May Lead Sabah Bersatu

Muhyiddin Hints Ex Umno Rep May Lead Sabah Bersatu

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 278 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin has hinted that Bersatu Sabah which was launched today may be led by ex Umno chairperson who defected Hajiji Noor This was revealed by Muhyiddin in his speech at the launching ceremony in Penampang this af...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst