E Hailing Motosikal Dilihat Dari Isu Keselamatan Lebih Luas Anthony Loke


Bernama Walaupun ada pihak yang menyuarakan rasa bimbang dan membantah keputusan itu, tetapi pihaknya melihat ia dari sudut bahawa ini merupakan satu peluang untuk membuat satu kerangka keselamatan yang dapat mengubah cara menunggang motosikal. - Gambar fail 

SEREMBAN: Keputusan kabinet membenarkan perkhidmatan motosikal e-hailing baru-baru ini dilihat dari isu keselamatan secara keseluruhannya, kerana kajiannya nanti akan turut merangkumi aspek yang berkaitan dengan lain-lain perkhimatan penghantaran menggunakan motosikal.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Foo berkata walaupun ada pihak yang menyuarakan rasa bimbang dan membantah keputusan itu, tetapi pihaknya melihat ia dari sudut bahawa ini merupakan satu peluang untuk membuat satu kerangka keselamatan yang dapat mengubah cara menunggang motosikal dengan selamat.

"Ini termasuk penunggang motosikal yang terlibat dengan penghantaran makanan, dokumen dan sebagainya yang selama ini memang mereka tidak ada dikawal," katanya pada sidang media selepas turun padang ke Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP) di Wisma TNB di sini, hari ini.

Beliau memberi contoh penunggang motosikal yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran makanan yang telah ada dalam negara sejak sekian lama, dan tidak pernah ada kerangka keselamatan bagi mengawal mereka.

Katanya banyak aduan diterima menyatakan mereka ini menunggang motosikal dengan laju dan dalam keadaan merbahaya, kerana dikatakan hendak mengejar masa.

"Itu sebabnya setakat ini tidak ada apa-apa kerangka keselamatan dan peraturan yang mengawal penunggang motosikal ini. Jadi, apabila kerajaan membuat keputusan untuk membenarkan perkhidmatan motosikal e-hailing ini, kita akan mengambil peluang ini untuk merangka satu peraturan baharu.

"Ini semua kita akan satukan dalam satu kerangka. kita akan bincangkan perkara ini bersama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kita akan menggunakan peluang ini untuk mengawal-selia dengan lebih baik dan kita harap ini akan dapat mengubah sikap penunggang motosikal ini," katanya.

Mengenai CSSP, beliau berkata program itu adalah kolaborasi antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Miros, yang merupakan satu program latihan pengurusan perjalanan selamat dan program intervensi untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran berhubung keselamatan jalan raya, khususnya keselamatan menunggang motosikal semasa perjalanan pergi-balik kerja.

Katanya program ini mula diperkenalkan pada tahun 2017 dengan penyertaan seramai 20 majikan di sekitar Lembah Klang dan telah diperluaskan kepada 95 majikan pada tahun 2018.

"Pada tahun ini disasarkan 70 majikan menyertai program ini dengan Perkeso menyediakan peruntukan RM1.5 juta. Kerajaan amat prihatin terhadap isu keselamatan jalan raya yang melibatkan pekerja yang menunggang motosikal pergi dan balik kerja.

"Mengikut statistik purata setiap hari ada dua kematian dikalangan pekerja yang menunggang motosikal semasa perjalanan pergi-balik kerja dan kemalangan ini selalunya berlaku dalam lingkungan jarak 5 kilometer. Ini sesuatu yang amat membimbangkan dan kita harap perkara ini dapat ditangani dengan memberikan kesedaran dan juga kemahiran tentang keselamatan," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/e-hailing-motosikal-dilihat-dari-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5227 Perlu Melihat Perspektif Lebih Luas Utusan Malaysia 03 09 2019

5227 Perlu Melihat Perspektif Lebih Luas Utusan Malaysia 03 09 2019

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR 3 Sept Kempen utamakan produk Muslim perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar bagi menjurus ke arah keharmonian kaum Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata umat Islam membeli produk bum...
Isu Jammu Kashmir Malaysia Sokong Usaha Rundingan Majlis Keselamatan Pbb

Isu Jammu Kashmir Malaysia Sokong Usaha Rundingan Majlis Keselamatan Pbb

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 319 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Klia Isu Perlu Disiasat Henti Buat Andaian Loke

Klia Isu Perlu Disiasat Henti Buat Andaian Loke

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 224 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Insiden gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah isu besar yang perlu disiasat dan semua pihak termasuk pengendali lapangan terbang diminta tidak membuat apa apa andaian kata Menteri...
Mb Suruh Ko Cuti Jer Pun Wakil Rakyat Dap Memang Suka Propa Jer Lebih

Mb Suruh Ko Cuti Jer Pun Wakil Rakyat Dap Memang Suka Propa Jer Lebih

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 378 hits
Exco Perak Paul Yong yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rogol hari ini menolak saranan supaya beliau bercuti Bagi saya saya masih belum dijatuhkan hukuman katanya ketika ditanya sama ada akan bercuti Beliau justeru berkata akan terus ...
Iphone 7 Didapati Memancarkan Radiasi Lebih Daripada Tahap Yang Dibenarkan Fcc

Iphone 7 Didapati Memancarkan Radiasi Lebih Daripada Tahap Yang Dibenarkan Fcc

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 309 hits
Reading Time 2 minutesPihak FCC akan melakukan ujian semula ke atas peranti yang didakwa memancarkan radiasi dari tahap yang dibenarkan Satu laporan ujian berkaitan radiasi yang dipancarkan oleh telefon pintar telah didedahkan oleh pihak Ch...
Ahli Politik Islam Lebih Takut Golongan Kafir

Ahli Politik Islam Lebih Takut Golongan Kafir

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 503 hits
Umat Islam di seluruh dunia berpecah kepada beberapa kumpulan adalah disebabkan oleh ahli politiknya yang tidak berpegang kepada tali Allah iaitu al Quran dan Sunnah Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik berkata malah keadaan itu berlaku dis...
250 Kanak Kanak Didakwa Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Seorang Doktor Pakar Lebih 3 Dekad

250 Kanak Kanak Didakwa Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Seorang Doktor Pakar Lebih 3 Dekad

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 346 hits
Seorang pakar bedah dari Perancis telah disyaki menyeksa beratus ratus kanak kanak secara seksual dan ia dikhuatiri menjadi skandal pedofilia terburuk bagi negara berkenaan Pakar bedah terbabit didakwa telah melakukan kesalahan itu kepada k...
Serbuan Mengejut Di Lebih 10 Premis Nanostix Petanda Cukai Rokok Elektronik Dikenakan

Serbuan Mengejut Di Lebih 10 Premis Nanostix Petanda Cukai Rokok Elektronik Dikenakan

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 506 hits
Tidak ada angin tidak ada ribut tiba tiba premis menjual rokok elektronik jenama Nanostix telah diserbu pihak Kementerian Kesihatan di lima buah negeri serentak Perkara ini disahkan oleh Pengarah Nanostix Innovations Sdn Bhd Shahabudeen Jal...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Insta360 X5 Di Malaysia Teknologi Dan Revolusi Kamera 360 8k

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Makan Di Restoran Jwd Mee Tarik Puteri Habour

Hiburan 87 Pelajar Orang Asli Cemerlang Diberi Keistimewaan Laluan Khas Dan Pembiayaan Penuh Mara

Dia Idola Jadi Pelakon Identiti Bekas Kekasih Kim Soohyun Didedahkan

Sehingga Kini Peratus Keluar Mengundi Adalah Sekitar 30